Monday, 23 December 2013

(Fakta blog menurrul) Dulu dan sekarang.

Memang tergelak sakan kalau tengok balik post-post lama. Post-post budak yang mentah dan masih takmatang. Jadi blog ni sebenarnya dah diedit. Hanya beberapa previous posts yang sangat-sangat aku sayang je yang masih takdibuang;

Aku;si pendosa
-Blog ini memang menggunakan kata nama kau supaya penulis terasa lebih dekat dengan pembaca,
-telah berkecimpung dalam dunia blog sejak 2012
-Blog ini adalah berkisarkan pengalaman travel 'long time ago' (masa dulu-dulu) dengan gambar-gambar selfie yang tiada limit.
-Sekarang Blog ini dah bertukar wajah. Blog ini adalah blog tarbiyyah, bukan lagi blog yang mempamerkan kisah-kisah aku travel. inshaa Allah. (No more selfies)
-sebanyak 52 posts telah didelete atas beberapa sebab. Jadi, post-post lama dahtakda.
-Bukan sebab taksayang kenangan-kenangan tuh. Sayang sangat. Tapi biarlah tersimpan rapi dalam diary hidup aku.

Aku; si penulis.

Hamba yang sedang merangkak untuk waspada terhadap;
Ajakan syaitan yang takpernah letih putus asa menyesatkan manusia.
Waspada terhadap syaitan  bertopengkan manusia.
Walaupun kawan tikam belakang memang benda biasa.

Berharap cukup waspada terhadap panahan cinta.
Panahan cinta manusia. Sebab menjadi hamba cinta manusia itu terlalu cliche'


Cukuplah cinta Allah aku cari.

Cukuplah cinta Allah aku damba.

"Allahuma yassir wala tuaasir"
Permudahkan jalan ina dan akhawat-akhawat dalam jalan tarbiyah ini.
Biar panjang. Walau payah. Tiada jaminan ianya mudah.

Kerana Allah tujuan kami. Subhanallah.

Blog ini bukan diary. Tapi hanya coretan hamba yang sedang berusaha.
Berusaha merangkak. Merangkak untuk mencari al-Haq.

Sebab kita nak sama-sama masuk syurgaaa kan?

Janji jangan pernah putus asa.
Jangan pernah. Walau sekali. Jangan.

Aku bukan budak baik.

Tapi berusaha untuk menjadi baik.
Baik pada pandangan Allah dan manusia.

Semoga tulisan-tulisan si 'pendosa tanpa noktah' ini,
 mampu membuka mata hati manusia.
Hati aku dan hati kita.

Niat di hati ingin ke syurga,
Namun amal, banyak lopongnya,
Aduhai sahabat usahlah berduka
Bukankah Dia, Luas keampunanNya?


thanks reading my diary

0 Smile for me♒: