Tuesday, 23 December 2014

Krismas di Sarawak


*Bila Krismas teringat Olaf dekat Frozen* weeee
p/s: Baca sampai habis. Inshaa Allah.

Cerita kelas kesayangan aku, Hayat 2.
Hari ni memang semua orang macam happy semacam. 
Sebab esok kitorang dah start cuti. takde kelas  *senyum senyum*
Then ni officially baru balik kelas Chemistry.

Lepas beli Nes-Mocha, balik bilik AD115. Bukak lappie,
Ada sesuatu yang aku nak kongsikan hari ni. About Krismas.
Takdapat dinafikan dekat Sarawak or lebih specific UNIMAS.
Percentage non-muslim lagi ramai daripada muslim sendiri.

Today a group of non-muslim friends wore the 'santa claus topi'.
Start daripada kelas pagi sampai ke petang. * bayangkan*
Topi tu warna merah dengan bulat putih dekat hujung.
Memang sangat-sangat-sangat cute diorang pakai.
Aku happy dikelilingi diorang. Bertopi 'santa claus'. cute!
Semangat nak sambut krismas tuh tinggi menggunung.
Teringat pulak masa kitorang sambut Aidilfitri.
*okay taknak buat cerita sedih*

*perempuan pakai scarf macam dekat bawah ni*
*Lelaki pakai topi yang ada bulat putih dekat hujung. * HOW CUTE!


Dicopet daripada ig Fatin( kawan) :) Yang tengah tuh Fatin.

Masa jalan2 dekat kampus, diorang pakai topi yang cute tuhh.
Pergi cafe. Pergi toilet. Top tu still ada. Memang cute seriously.
Tapi memang boleh buat perbandingan dengan kelas lain.
Kelas lain aku takperasan pun ada yang pakai.
*A really great view in my class today* berseri**

Hari ni jugak. Aku dengar ucapan 'merry christmas' bersambungan daripada diorang.
 *Memang jakun. Memang*
Happy dapat rasa situation diorang yang sangat eager nak sambut krismas.
Tapi kami-kami(muslim) tak boleh nak ucap kat diorang.

*Okay ni sebenarnya cerita yang nak disampaikan*

Masa jalan dengan Amy tadi, tetiba terserempak dengan sorang kawan non-muslim.
Seorang yang sangat happy-go-lucky. Seriously.
Lepas tuh. Dia cakap dekat Amy ,'Merry christmas '

Silent. No words. Amy senyap. Senyuman dilontarkan.
Dapat bayangkan macam mana lesung pipit yang kelihatan. 
Mungkin dia perasan Amy tak balas balik. 
Dan mungkin kotak fikiran dia baru dapat satu 'notification'

Dia cakap dekat Amy.
"Oppps. Jangan jawab eh. Lupa pulak". Senyum.
Lesung pipit Amy ditonjolkan lagi. Senyum.
*Tak abes-abes senyum.lol*

Thats it. Itu apa yang aku nak share. Rasa awesome.
Diorang tahu semua tuh. Diorang hormati semua tu.
Thats it.

Maaflah. Perasaan teruja aku kali ni memang tahap over. *weheeee*
Yelah. Pertama kali rasa sambutan yang macam ni. Tak pernah terpikir dapat rasa.
So let me share why the muslim cannot confess "merry christmas' .
To the non-muslim even though they are your great ever buddies.

David: Morning..what a great day..
Muslim: morning..so, hows ur Christmas?
David:great..will be enjoying very soon...
Muslim: good.
David: No wish for me?
Muslim: Islam respects the non Muslim, but to greet other religion is not allowed.
DAvid: but why?
Muslim: seems like we cant stop u to drink liquor, but we cant drink it..
David: But many of Muslim did wish for me..
Muslim: can you confess our confession of faith?(syahadah)?
David: NO!..can not!..it will effect my faith..
Muslim: but y?just a word..:)..say it..:)
David: now i understand:)

No Merry Christ mas ya...for those who appreciate your religion:)
(dicopet daripada belogkayangan :) )
..............................................................................................

 For all my non-muslim friends. Have a good holiday with your family guys !
Makin hari makin sayang Hayat dua. Hugs sikit.
"Kitak orang kan adik beradik kamek " ** Lets be friend forever**

au revoir -babai !


thanks reading my diary

Tuesday, 2 December 2014

Always be there- Mana Allah di hati ?

It’s everything about Allah
The pure love to our soul
Ya. Semuanya adalah mengenaiNya. Jatuh bangun aku dia yang nampak. Aku jatuh. Dia yang sedang menguji. Bila aku bangun, Dia masih sedang menguji . Sama ada aku akan lupa diri apabila berada di tempat atas atau sentiasa terus istiqamah bersyukur dengan segala pemberianNya. No doubt . Allah adalah sebaik-baik perancang.
Who have created you and me,
The heaven and whole universe

Sang pencipta manusia dan segala isi dunia. Allah yang Maha Agung dengan sifat kesempurnaanNya. Di dalam solat tempat kita meluahkan segala isi hati, Tak rugi bergantung padaNya. Tak rugi sesaat pun. Because the only one that can statisfy the human's heart is the One who made it.


He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little heart

ikuti kisah ini.
ketika seorang sufi diajukan satu soalan.
"Apakah engkau takutkan Allah?
Dia nangis dan jawab,
 "Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku seorang yang kufur,"

"Sebaliknya kalau aku kata ya, aku terasa menjadi seorang yang munafik. Sifatku amat berbeza dengan kata-kata."

"Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya tatkala mendengar ayat-ayat Allah, tetapi aku tidak"

Kalau kau tanya aku.."Adakah Dia di hatimu ?"
aku hanya mampu jawab..

"Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar Dia ada di hatiku.."
"Aku belum sampai ke tahap mencintaiNya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintaiNya."

"Aku yakin Allah itu dekat. Pintu keampunanNya lebih luas daripada pintu kemurkaanNya."
Selangkah aku mendekat, seribu langkah Dia mendekat.
..................................

Di mana Dia dihatiku bukan menagih satu jawapan.. Tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. 

Teruskan usaha mencariNya kawan-kawan. Selagi nafas ini mampu lagi dipinjam. Bersama-sama. Kita nak masuk syurga sama-sama kan ? Bila jatuh. Bangkit. Bangkit dan terus bangkit. Walaupun kau harus merangkak. Biar kau merangkak. Asalkan semangat untuk terus bergerak sentiasa ada. 

Bila kau dah bangkit. Memang tiada jaminan takkan jatuh lagi. Tapi selagi ada peluang untuk bangkit, bangkit. Kerana perancangan Allah terlalu indah untuk diduga. Dia adalah sebaik-baik perancang. Hanya Dia.

#Kalau orang kata nak buang tatu di kulit tu sakit, nak buang tatu dosa di hati tu lagii perit .
#The life of this world is a transient Shade 
Hidup adalah persinggahan sementara





thanks reading my diary

Friday, 28 November 2014

Bangkit setelah jatuh


A friend came near me. Slowly, she sighed ,"I lost sight of Allah. "
My heart was awaking. "You lost sight of what ?" i ask her, pretended didnt hear what she just said.
She repeated it again, " I lost sight of Allah dear"

How could you lost sight of Allah ?
Jangan sayang, Kalau kau jatuh . Bangkit.
Selagi boleh bangkit. Bangkit sayang.
Allah nak ajar kau erti kehidupan yang sebenar,

Allah selalu nampak saat jatuh dan bangkit kau.
Jangan berputus asa dengan rahmat dan pertolongan Allah,

surah Yusuf :87
"Tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah kecuali kaum yang kafir"



thanks reading my diary

Monday, 24 November 2014

KEHIDUPAN .Jom bangun!


Being alone is the most suitable time to start expressing something. So since i am here all alone now, nowhere else. Let me express something. It is about a little thing called AWESOME.

I call it as a little thing. But i dont mean it is small.Just a cute little thing to be speak out with 'something feeling' inside the heart.

My tough dearest brother always keep remembering me that.
Doing what we love is freedom.
Love on what we do is happiness.

Siapa sangka aku masih lagi mampu  kuat sehingga sekarang ?
Aku kuat kerana aku ada Allah .
Selagi aku ada Dia. Aku takkan mengalah dengan hidup hidup ini.
Aku cuba. Bila aku jatuh. Aku akan cuba bangkit .

Nak jadi orang awesome. Mana boleh jatuh tapi terus tak bangun-bangun?
What u gonna tell the world in the future ? your children ?

You still got a long life ahead you, sis. Dont waste it doing the wrong things . 
And what worse is ended up doing the wrong thing.

Now i already have many thing to be told to the next generation. How life treating me ? and how i struggle to it. But ilmu Allah sangat luas. Jomm kita usaha singkap selagi termampu.


UJIAN BUKTI RASA CINTA ALLAH KEPADA HAMBA
Cubaan itu adalah perlu.
Cubaan itu adalah ukuran bagi sempurna atau tidak sempurnanya iman seseorang
-surah al-ankabut , 1:29-

Kita nak jadi orang baik. Mana mungkin Allah 'shut up" kita daripada ujian-ujianNya. Jangan pernah jadi orang yang menyalahkan takdir tatkala diri terasa sangat jatuh. Sebab apa? Kita ada Allah. Sentiasa ada Dia. Setiap masa. Dia sentiasa tahu apa yang lebih baik untuk hambaNya. He knows what's deep in our heart. IlmuNya terlalu luas. Kita terlalu kerdil sayang, Terlalu kerdil.

Tanpa kita sedar. Allah nak didik hati, minda kita untuk menjadi seorang yang awesome. Siapa dapat menyangka? Dengan semua ujian yang telah pun ditempuhi dalam hidup ini menjadikan kita seorang hamba yang kuat . His servant with a strong will inside the heart. Tapi ini bukan bermakna kita dah tak akan jatuh lagi. Tomorrow is mystery. Just we have to prepare ourselves . Always.

JOM JADI AWESOME !

Letak tangan dekat hati ,Baca.
 .Mashaa Allah, La quwwata illa billah.
"(Sesungguhnya atas kehendak Allah, semua ini terwujud, 
Tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah) "
-al- Kahfi-

inallah maa'na. Allah sentiasa bersama.


thanks reading my diary

Saturday, 25 October 2014

A thing called "CINTA"

Muhasabahlah wahai jundullah.
Dan kerana Tuhanmu, maka bersabarlah.
*The title is too mainstream*

Meninggalkan "keindahan sementara" dunia couple. 
Dihadirkan ujian permintaan sang Adam yang tak dikenali.
Datang bertemu keluarga, menyapa si wali. 
Merisik diri , untuk ikat dengan ikatan pertunangan dahulu.
Aku masih belajar, katanya.

Berat ujian. Berat. 

Namun dunia couple takkan seindah dunia di mana;
Aku makin KENAL TUHAN. Aku makin SAYANG tuhan.
Aku mula menyingkap sebab mengapa aku hidup ?
Sedikit demi sedikit. Merangkak- rangkak.
Berusaha mencari ilmu Allah yang amatlah banyak.
Biar aku merangkak. Asalkan aku masih cuba untuk bergerak.
Allah sentiasa tahu apa yang terbuku di hati.

"Rela aku pendamkan impian yang tersimpan.
Enggan ku keasyikkan.
Gusar keindahannya merampas rasa cinta.
Pada Dia yang lebih sempurna."
_Di atas Nama Cinta_

Jom buat list rangking siapa yang paling kita sayang kat dunia.
Ini adalah jawapan yang common untuk yang couple:
1. Allah dan rasul
2.parents
3.kawan- kawan
4.cikgu
5.kucing
6..................?
7................?
8. Ahmad (pakwe)
Seriously ? Seriously Allah kau letak rangking paling atas? Aku tak percaya. should i list all the reasons? I think NO. Actually, almost all the time. kau akan ingat dia je. Apa dia buat? Kalau takde mesej yang sampai hari tuh. Dia lupa aku ke? Many things.. Hakikatnya, kau letakkan pakwe tuh dekat rangking yang teratas. Mendahului segalanya. 

ikuti kisah ini.

Seorang sahabat ditanya oleh iffa.
sahabat:"Iffa, kau nak tahu tak apa benda first yang aku buat lepas bangun daripada tidur?"
Iffa      :Emm kau capai handphone kau ?
sahabat: Betul. Aku akan capai handphone aku. Emm kau rasa siapa orang first yang akan aku contact, aku call ?
Iffa      : Hmmmmph. Parents kau lahh kann ?
sahabat: Emmm. tak Iffah. Aku akan call pakwe aku. (  Mula malu dengan diri sendiri)

Conclusionnya, apa makna semua ni? Bangun tidur terus ingat pakwe. *sebak* .
Rangking yang kita buat tuh tak membawa makna apa-apa. 
MEANINGLESS. Tak bererti. Membazir dakwat.

Couple yang selalu berkepit 24-hour.
Even though the couple will answer;
"Hmmph kami memang akan kahwin, dah mintak restu parents"
Bagus. Tapi selagi tak kahwin, Takpayah nak tunjuk gaya macam dah kahwin.
*fahamkan sendiri*

Banyak lagi reasons buruk bercouple. Banyak.

Menjadi seorang yang langsung tidak pernah memikirkan jodoh.
Itu bukan aku. Maka, tak dinafikan. Aku juga pernah terfikir.
Tapi itulah. Dugaan namanya. Cuba tepis dan tolak jauh- jauh. 
Bila perasaan itu hendak hinggap di hati. Boleh. Kejap je.
Tapi sekerasnya jangan biarkan perasaan tuh bersarang di hati.
 Kerana apabila sudah mula bersarang, kita sukar untuk menghalaunya pergi.
Susah. Sangat susah. Sangat payah.

Pemilik kromosom XX = Perempuan adalah KUNCI HUBUNGAN sebelum bernikah. Kita yang berhak memBUKA atau menGUNCInya . Justeru, Jom buka kunci itu hanya apabila sudah tiba detik untuk membukanya dalam keadaan yang diredhai Allah.

Kisah cinta Abg Bazli UNIC dan isteri.
( mintak permission Bazli untuk tulis kisah dia. ehehe.)

Masa tuh hujung tahun. Aku dengan abah dan adik bercuti ke Kelantan. Plannya adalah untuk mennaiki keretapi. Nak dijadikan cerita, kami bertemu keluarga Bazli dekat sana. Mereka sekeluarga sedang menguruskan majlis pertunangan adik Bazli. Di Kelantan. Jadi kami bermalam di rumah sewa yang sama. Masa tuh hari jumaat. Jadi semua kaum adam yang ada bersama kami pergilah solat jumaat. Masa tu jugak aku keluar bilik dan terserempak dengan bini Bazli. Manis. Cantik orangnya.

Tiba-tiba satu soalan yang tak disangka terkeluar daripada mulut . "Macam mana akak kenal Abang Bazli ?", Akak dengan bersemangatnya bercerita.Tak sangka. Aku jadi senang dengan akak. Macam ni ..

"Masa tuh akak join satu program. 
Tiba-tiba ada seorang lelaki cakap dia nak kenal akak. 
Akak pun jawablah, " Kalau nak kenal, jumpa wali ana"
Akak tak sangka sangat. Bazli memang betul-betul datang rumah akak. 
Dekat Kedah. Jumpa parents akak. Sebab dia memang nak kenal akak. 
Then lepas tuh, kami bernikah "

AWESOME.
 Masa tuh aku rasa sangat awesome. 
Cantik aturan yang Allah tetapkan. 
Sangat cantik. Subhanallah.*Bazli jiran ina 

Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang  baik. Begitulah sebaliknya.
Janji Allah yang sangat FAIR AND SQUARE. Lagipun Jodoh urusan Allah.
Jodoh adalah janji Allah sejak roh kita ditiupkan dalam perut ibu
Jangan menyibukkan diri untuk memikirkan urusanNya. FIRST THING FIRST!
Inshaa Allah. Cinta Allah vs cinta manusia ? Mana yang kita pilih ?

Wahai si pemilik hati ,Dakaplah hati ini agar terus kuat untuk terus berada di jalanMu.
la haulawala quwwata illa billah .
coretan by,
-Hamba yang merangkak mencari cintaNya-

#Menulis berdasarkan pengalaman diri dan sahabat tersayang
#Syukur Allah masih menyayangi diri ini T.T

Last but not least, seriously aku pun pelik kenapa nak post pasal tajuk ni hari ni. Banyak lagi yang nak dikongsikan. Tapi dah nampak notes- notes Chemistry melambai- lambai minta dibaca. Doakan final ina. Maafkan ina kalau ada yang terasa hati .Tak terniat langsung. Sama-sama kita ingat-mengingati. KERANA manusia tak pernah lari daripada kesalahan ..

thanks reading my diary

Friday, 24 October 2014

Seriously I MISS YOU Mekda.

Terkapar-kapar ku kelemasan.
Sakit dilambung ombak kerinduan .

Tak mengapa andai diri ini tak dirindui.
Tapi biarlah hanya aku yang merindu.
*Sorry jiwang SIKIT aje*

Sayu. Sebak. Bercampur-baur tengok gambar diorang ni.

Dulu  korang sentiasa bergerak bersama-sama aku.
Tapi sekarang hanya gambar yang kaku mampu bersama.
Biar gambar itu kaku. Biar. Asalkan memori kita sentiasa hidup.

Ya, di hati kita.

Entah. Tak perasan bila perasaan ni datang.
Entah kenapa Allah hadirkan rasa ini kepada hati aku hari ini.
Tiba-tiba dia menegur hati ini.
RINDU. rindu one of my buddies , Mekda.

Nor Asnieda . A kelantanese.
Entah. Lepas keluar SAKTI, tak dengar apa-apa cerita pun pasal dia.
Sedih dengan keadaan ni. Takpe. Aku takkan berhenti mencari tahu.
Memang aku tahu, setiap pertemuan ada perpisahan.
Sebab tuh, aku kena kuatkan hati tatkala perpisahan tu nak berlaku.

Tapi hanya satu aku pasti.
SEORANG SAHABAT itu amat mahal nilainya.
Biarlah dia hilang daripada pandangan mata.

Asalkan di hati, tempat untuknya masih teguh berada di situ.
Masih tak berganjak. Masih seperti dulu.

Seperti waktu dulu aku mula sayangkan kau.
Sejak di awal pertemuan kami. Sungguh.
Allah adalah sebaik-baik perancang.

Sekali oci sayang, selamanya oci sayang.

#SPREAD THE LOVES.
# oci tetap tak lupa daya , syaza.
#BECAUSE to love someone and to be loved is a great thing. EVER
#Esok satu Muharam. 
Semoga mampu menjadi hamba lebih baik. aminn
#RoadTOfinal. studyWEEK.





thanks reading my diary

Monday, 20 October 2014

"Ingat senang ?"

jom padam sikit-sikit :)

Ingat senang ?

"Ingat senang nak berubah ?"
Daripada pakai tudung pendek kepada pakai tudung labuh?
Daripada tak pakai handsocks kepada pakai handsocks?
Daripada tak pakai stokin kepada pakai stokin?
Daripada pakai seluar tight kepada pakai seluar straight cut?
Daripada gelak HUAHUAHUA kepada gelak tutup mulut?
Daripada solat lima waktu kepada cukup solat lima waktu?
Daripada suka makan banyak nak DIET ? *Aik tetiba je ahaha*

"Ingat senang ke?"

Tak

Serious talk. Memang susah. Payah. Perit. Bukan mudah.
Kenapa tak mudah?
"Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis"

Malahan setiap perubahan ke arah kebaikan yang kita buat tiada jaminan ianya mudah.
Tapi yakin satu perkara,

  • Allah ada bersama kita
  • Allah ada di setiap langkah kita
  • Allah ada untuk membela kita
  • Allah ada untuk menguatkan kita
  • Allah ada untuk memujuk kita
Percayalah, setiap manusia itu Allah anugerahkan sepasang kasut yang berbeza. Manusia itu sifatnya berubah. Jika pada saat ini kita sendiri rasa yang kita tak layak jadi A TRUE muslimah, macam yang lain. Jadilah a RARE MUSLIMAH.

Mereka jarang didapati. Normal, bila dah berubah, people will judge you without knows how your life is. Setiap manusia dugaan dan perjalanannya berbeza. Ada yang lurus, Ada yang bengkang-bengkok. Tak perlu berubah mengikut manusia, Tapi berubahlah keranaNya. Kerana perubahan keranaNya adalah lebih INDAH. 

Betapa baiknya Allah kerana Dia telah memberi kita hidayah.
Sesungguhnya kitalah orang yang paling bahagia jika kita orang yang beriman.
The life is a transient shade.

#ROAD TO FINAL.
#ONLY 2 WEEKS TO GO.
#dah nampak Johor melambai- lambai.

thanks reading my diary

Friday, 17 October 2014

Cinta High Class Fatimah Syarha dan Dr.Farhan Hadi.

"OHSEM! Sesungguhnya, He owned these hearts.
good Luck dear Pipah"
-Bidadari syurga to-be,(22th March 2014)

Inshaa Allah. someday. Allah is the greatest planner.

Semalam cepat sangat aku terlelap akan kepeningan tahap petala. Semua gara-gara Chemistry lab petang tadi. Bila bangun daripada tidur, pop-out gambar ni dekat skrin fon. My buddy Pipah yang hantar. Buku yang dibaca masa dekat Kem PLKN Semarak

A nice tarbiyyah book.

Itulah sedikit coretan comel yang aku tinggalkan.

Sekali sahabat, selamanya sahabat. 
Ina sayang Pipah.

Sebenarnya takberhasrat pun nak mempromote buku ni. Tapi buku ni memang satu tarbiyyah yang sangat-sangat sesuai bagi remaja-remaja yang di dalam hatinya; asyik memikirkan kahwin. Bacalah. Selamilah. Sesungguhnya tidak ada istilah cinta sebelum nikah. 

Terima kasih atas perkongsian Ustazah Fatimah Syarha dan Dr.Farhan Hadi,

Jodoh tetap menjadi urusan Allah.

Sibukkanlah diri mencari Allah dan mengenal agamaNya.
Kita tiada masa untuk dibazirkan dengan mengabdikan diri menjadi hamba cinta manusia.

Percayalah,

Allah akan hadirkan jua, si dia yang akan menjadi pelengkap agamamu.
Pada masa yang tepat. Jodoh yang tepat.

Suatu hari nanti, Dengan izin Allah.

Wallahualam.

Adios.




thanks reading my diary

Friday, 10 October 2014

Buat sahabat, HOLD my hand.

Antara hadiah yang tak ternilai, sahabat.

"When I say I'm your friend,
I'm trying to have u be my neighbor in Jannah"

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don't we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind

Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi noktahnya, kerana seoarang sahabat itu terlalu istimewa di dalam doa sahabatnya yang lain biarpun tanpa bayangan.

Dakaplah tanganku sahabat. Andai aku jatuh.
Dakaplah juga tanganku sahabat. Kalau engkau jatuh.

Bila sudah tertulis di Luh Mahfuz. Bakal ada pertemuan antara kita

Akan sedaya-upaya aku menjaga persahabatan ini.

Sekali sayang, selamanya sayang.

Kepada sahabat yang pernah hadir dalam hidup ina;
Dan juga bakal hadir dalam hidup ina.

Teruslah dikau berada di dalam hati.



thanks reading my diary

Thursday, 9 October 2014

Pakcik itu -Alhamdulillah-

Besar mana pengaruh duit sebenarnya ?
Big enough to make sane people kill

Aku membelek-belek nota Biology . Lalu terdengar suara pakcik-pakcik yang sedang bekerja. Bola mata aku lontarkan ke luar tingkap, tanpa membukanya. Langsir kusingkap sedikit. Walaupun tingkap tidak dibuka, namun setiap pergerakan pakcik diluar mampu dilihat oleh sepasang mata ini.

Hati tersentuh melihat seorang pakcik yang gigih bekerja. Aku dapat rasakan bahangnya panas hari ini. Setiap pergerakannya aku perhatikan. Fikiran memikirkan sesuatu. Mereka sedang bekerja. Aku bersyukur dengan hidup ini. Hanya seorang wajah terbayang di fikiran. Wajah abah. Aku membayangkan kalaulah abah yang bekerja macam tuh. Tak dapat tahan air mata rasanya kalau abahku bekerja sebegitu. Rasa bersyukur dengan hidup ini. 

Nampak pakcik itu duduk sekejap. Sambil mengibas-ngibas mukanya. Ya, hari ini sangat panas. Kesian. Ya, aku kesian. Semoga anak-anak pakcik itu mampu menggembirakan bapa mereka itu. Mampu membalas jasa bapa mereka yang telah bertungkus-lumus mencari rezeki untuk keluarga. Memang susah menjadi seorang bapa. Kerana itu, aku sangat tabik kepada seorang yang bergelar bapa. Biar apa pun pekerjaan mereka. Mereka melakukan tugas yang mulia, beribadat kerana semua pekerjaan adalah ibadat. menggumpul sahamm akhirat

pakcik yang sedaang berehat tak jauh dari bilik .

Aku di sini. Jauh daripada ibubapa. Malah remaja sebaya aku, masing-masing sedang mengejar impian masing-masing. Jadi terpaksalah meninggalkan dua orang angels yang sebenarnya sentiasa ada untuk menjadi sang pemberi semangat. Cuma, itulah. Aku je yang tak sedar. Kadangkala aku lupa mereka. Tak patut. Tak patut.

Aku rasa amazing kepada mereka-mereka yang bergelar ibubapa sebenarnya. Lagi-lagi apabila anak mereka membesar. Aku tahu susah. Susah nak melepaskan anak yang dijaga untuk mengenali apa itu dunia, untuk kenal apa itu kehidupan seperti yang dikatakan orang sekeliling. Pasti , perasaan bimbang kalau anak terjebak dalam perkara yang tak sepatutnya ada di hati. Kita kena berusaha menghilangkan perasaan itu daripada hinggap pada hati-hati ibubapa kita. Jom ! Berusaha menjadi anak yang baik. Mudah-mudahan mampu pula menjadi isteri dan ibu yang baik untuk anak-anak kita yang akan datang.

Sebab tu, hidup kita adalah stage. Yang mana bila kita kecil sampai ke besar. Kita sedang mempersiapkan diri untuk menjadi seseorang bergelar ibubapa. Sungguh, merekalah insan yang paling amazing dalam hidup ini.

Memang sifat manusia kan, kadang-kadang bersemangat sangat nak buat sesuatu perkara. Tapi akan ada satu masa, rasa semangat itu dibawa pergi berlari. Puas dicari kemana hilangnya semangat itu, kadang-kadang tak dapat jumpa apa puncanya. Maka perlulah berbalik semula kepada Allah. Sesungguhnya hanya Dialah sebaik-baik perancang. Em, doakan untuk final exam ina yerr.

Sekali lagi, terima kasih ya Allah atas nikmat , yang Engkau beri.
Ibubapa, keluarga, Persahabatan, Islam , Experience, Knowledge, Kind people around
Too much to be listed !

Cubaan itu adalah perlu.
Cubaan itu adalah ukuran bagi sempurna atau tidak sempurnanya iman seseorang
-surah al-ankabut , 1:29-

Look inside yourself
Such perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger, love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Let’s start questioning ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside?
No..

I love you ,Allah.

thanks reading my diary

Saturday, 4 October 2014

Dating di Kampus Barat bersama Mira

Officially hari ini adalah sehari sebelum menjelangnya Hari Raya Haji. ya, aku si perantau.

Tengahari: Aku melunaskan rindu untuk melukis. Tempat yang paling aku idam-idamkan ialah Tasik dekat cafe tasik. Kat situ ada cafe yang mana waterlily warna purple sedang mekar. Cantik sangat. Akhirnya terlunas jugak rindu aku terhadap lukisan. So, aku berjaya buat dua lukisan. Ni salah salah satunya! Ditemani si gadis cantik comel tinggi Nur Azreen Amira. Aku panggil dia Mira.


Pertama kali aku merasai panorama di Barat (Kampus utama) pada waktu malam .Planning yang asal adalah untuk main bowling disebabkan my buddy, Mira mengidam sangat nak main. Tapi situasi kali ini berbeza. Biasanya aku pergi beramai-ramai dengan buddies kitorang yang lain. Tapi kali ini aku hanya pergi berdua dengan Mira. Ya, kami puas berdating seharian hari ini. Dari pagi, membawa ke malam.

Hari ni semua berpisah. 
Cik Aien dah pun beronok-ronok dekat Selangor,
Cik Amy dah pun ke Australia beraya di sana,
Aku dengan Mira ke Kampus Barat.
Camok Mokki, Eda, Lija ke Kuching , ke Tasik Biru 
T.T . Emmm . sunyi ahhhh hidup .

Sebenarnya, nak melunaskan hasrat my buddy Mira nak berbuka puasa untuk hari ini dekat Kampus Barat. Akhirnya, dapat juga kami ke sana. Jadi kami berbuka dekat sana. Yang lawaknya, Ramai sangat budak-budak degree kat Student's Pavilion (Food Court Kampus Barat) ni. Mula-mulaa memang blur dengan cara order dan semua benda dekat Pavilion tadi. Nasib baik kami bijak. Sampaikan budak-budak degree langsung tak expect kitorang budak asasi. Inilah gunanya memiliki muka matured. huahuahaa.

Jambatan Cinta= Kat sini panggil macam tuh sebab dengar-dengar cerita kat jambatan ni ramai yang bertemu jodoh .wuu. Kesahihannya? Nanti ada masa aku kaji ya. Dush sekali. Takpayah nak buang masa nak kaji-kaji , Report Biology pun belum siap lagi.

Masa menunggu waktu berbuka, kami beli roti dekat Seven Eleven kejap. Nak kasi ikan yang memang tak pernah kenyang kat tasik.  Kitorang kasik dekat Jambatan Cinta .Memang lahap tahap macam tak makan sepuluh tahun diorang makan. Amazing sangat. Cantik sangat Ekologi yang Allah buat. Subhanallah.

Then aku teringat satu kenangan terindah yang memang sangat indah yang pernah berlaku dekat Jambtan Cinta ni dulu. Kat situlah tempat pertama di mana aku jumpa one of my buddy, Aein. Masa tuh akak usrah kami bawak kami ke tasik tuh untuk jogging and picnic. (Aku, Camok, Mira, Ika). Actually masa tuh, adalah sehari selepas habis MAP(Minggu Aluan Pelajar) atau lebih dikenali dengan Minggu orientasi. Sweetnya Allah ! Sampai sekarang, ukhwah kami masih berlanjutan , bahkan bertambah erat. So, kami kasik makanan kat ikan-ikan tanpa menghiraukan orang-orang sekeliling yang sedang sibuk berjogging and mengayuh basikal masing-masing. There's sure a lots of people but everyone is busy with their work.

kasik ikann makann . Makan jangan tak makan !
Azan maghrib berkumandang, kami pun berbuka lah dekat Pavilion tuh. Memang sweet ahh dating macam ni. Budak asasi yang tersesat dekat Kampus Barat. Nasib baik ada orang teman aku hari ni.


Lepas habis berbuka puasa, kami pun pergi solat maghrib dekat surau Kolej Sakura. Kolej yang paling dekat dengan Pavilion ni. Kitorang masih ingat lagi road untuk ke surau tuh, dulu masa puasa, akak usrah kami yang bawak ke situ. Sangat best sebab surau tuh khas untuk perempuan.

Maka kami perlu melalui Jambatan Cinta untuk pergi ke bus stop Kolej Cempaka. Nak balik naik bas untuk ke kolej kami. Masa sedang menunggu bas yang tak juga berkunjung tiba, Terdengar laungan takbir raya daripada PITAS    (Pusat Islam) , merangkumi masjid, tempat ceramah,  tempat belajar agama yang bertingkat-tingkat kat sini. Tak perasan berapa tingkat. Jujurnya, masa mula-mula aku jejakkan kaki kat PITAS ni masa bulan Puasa dulu aku rasa amaze sebab PITAS ni ala-ala Masjid besi dekat Putrajaya. Cantik sangat-sangat sangat.

Masa dah sampai Kolej Seroja, kolej kami. Sebelum turun daripada bas, Hai uncle bas yang baik ni boleh pulak bertanya satu soalan masa ada takbir azan dilaungkan di corong radio siaran Hot FM ," Tak rasa sedih ke dengar takbir raya ? ". Sebak ahhh . Kami berbalas-bals ucapan selamat hari raya dengan pakcik yang sangat baik hati tuh. Then turun bas menuju ke bilik masing-masing.

Ya Allah rasa air mata nak mengalir je. Kolej ni sangatlah sunyi sepi. Tak macam  kat Kampus Barat tadi ... Kat sini takde orang punnnnn . Nak balik Johor ! My dearest room mate camok Mokki belum balik berjalan lagi. tahap kesunyian aku malam ni amatlah melampau . Sunyiii ahh . So, aku pun  tidurr .. Kroih Kroih Kroihh 

Selamat Hari Raya Qurban, dari saya si perantau yang terover feeling nak jejakkan kaki di Johor oh Tanah Airku ! (Oh bombastiknyaa ayat ! ahahahaaa) Tak sabar nak bangun solat Hari Raya besok.

"Sedangkan bangau merantau pulang mencari kerbau, 
inikan pula anak dagang yang tinggalkan kampung halaman di tanah seberang "

Last but not least,
Terima kasih Mira teman oci.

Adios.

thanks reading my diary

Friday, 3 October 2014

sayang vs kekuatan



Confusion is always good start of learning
#yes LOVE WITHOUT MEASURE#
Bila kusedari diri disayangi .
Langkah kaki ini semakin berani.
Bila kukeliru, kusebut namamu
Terasa diriku kembali dipandu ..

Itu yang aku rasa. Bila aku rasa ibubapa tersayang menyayangi diri ini. Itu jugak aku rasa bila kawan-kawan tersayang sentiasa di sisi. Sentiasa willing untuk menjadi si pendengar setia. We really go ups and down together . I hope it wont stop

Sekarang aku nak berkata mengenai kekuatan hati .Hari ni aku rasa macam memang betul- betul takde jiwa.Pagi tadi, sebelum pergi kelas yang bermula pukul 8 pagi, Aku masih sempat menjalankan rutin harian, baca al-mathurat kejap .Sambil memuhasabah diri, memohon berharap kepadaNya agar segala urusan aku pada hari ini dipermudahkan .Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Tutup al-mathurat. Pukul 7:45 a.m. Maka langkah dilajukan agar tak lewat sampai ke kelas .Kelas pertama hari ini : PBL(Program Based Learning).Kelas ni membincangkan mengenai penyakit-penyakit yang mana untuk setiap trigger, satu situation seorang pesakit akan diberi, dan kita perlu buat discussion dan sedikit research .Inilah subject yang paling aku minat. Paling aku tunggu .

Tapi hari ni rasa lain. Kelainan yang buatkan aku rasa nak menangis sepanjang berlangsungnya discussion kitorang tadi .Yet memang air mata ni teringin jugak nak keluar daripada empangan mata. Tapi, senyuman adalah perisai semua tuh. Hai 'tiny diamond droplet' kenapa awak senang sangat nak menonjolkan diri ? Emm .Biarlah hanya hati yang menangis, aku tak nak tengok orang lain rasa dan nampak .Seriously aku masih terkesan dengan apa yang terjadi masa previous PBL .Kesannya sampai sekarang. Apa yang terjadi ? Tak perlu aku cerita .Cukuplah sekadar tahu yang rasa bersalah aku memang berbakul-bakul tingginya. Ya Allah, bantu aku bina kekuatan aku semula. 

You still got a long life ahead you, sis. Dont waste it doing the wrong things . 
And what worse is ended up doing the wrong thing.
-Nurrul Hadzriena-

Nak luahkan kat orang, tapi aku pun taktahu kenapa aku menangis .So, macammana nak luahkann ? Maka ya Allah, Jawablah. Berilah jawapan kepada kekusutan hambaMu ini .Pasti ada sebab kenapa hati aku jadi tak tentu arah tadi. Dengan tetiba banyak kenangan lampau mula berlegar-legar di fikiran. Lagilah kenangan-kenangan itu menjadi 'catalyst' untuk dua pasang mata milik aku untuk melimpahkan air dari empangan mata ini. 

Kelas last hari ni adalah Mathematics. So, masa balik tadi aku pun pandang langit. Pandang sedalamnya. Sebab tuh tak dengar sangat apa yang sedang buddies-buddies aku membebel masa kami tengah jalan. Itulah aku, bercakap dengan diri sendiri pandai. Cantiknya awan. Tapi jawapan masih belum ada. Mungkin Allah nak kau muhasabah diri ina, Allah nak kau ingat Dia. Dah nampak kan sign yang Dia sayang kau ? Allah taknak kau lupa Dia walau apa pun keadaan. Walaupun takde sebab dan jawapan kenapa hati kau kusut. Okay. itu tafsiran aku. sweetnya Allah .

Mashaa Allah, La quwwata illa billah.
"(Sesungguhnya atas kehendak Allah, semua ini terwujud, 
Tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah) "
-al- Kahfi-

Ya Allah hidupkan kami dengan iman
Ya Allah matikan dengan iman
Ya Allah bangkitkan dengan iman
Dan masukkan ke syurgamu dengan iman 

Semakin hari, rasa sayang aku dekat my buddies kat sini semakin menebal. Janganlah kau biarkan ia menjadi nipis ya Allah. Harumkanlah rasa cinta sahabat dalam hati-hati kami. Kerana mereka adalah kekuatanku. Kerana mereka adalah hadiah daripadaMu. Maka mungkin aku tidak menghargai hadiah yang sangat bernilai ini. Amy,Eda,Camok,Mira,Aein,Lija, Eiman <3 Okay  Amy dan Aein akan balik ke semenanjung untuk beraya. Hai beraya di perantauanlah jawapnya kami-kami di sini.

#Kalau orang kata nak buang tatu di kulit tu sakit, nak buang tatu dosa di hati tu lagii perit .
#The life of this world is a transient Shade 
Hidup adalah persinggahan sementara




thanks reading my diary

Thursday, 25 September 2014

Tetamu Subuh Allah.

#simbolik untuk hati yang mudah berbolak-balik#


Baru habiskan pembacaan wadah SINERGI siri 11 yang sebenarnya dah dibeli lama. Hari ini nampak majalah comel tuh tersepit di rak buku di mana buku-buku motivasi aku ditempatkan .Hari ini juga tangan terasa nak ambil buku tu. Aku selak satu-satu mukasurat .Disebabkan hari ni plan nak pergi keluar "shopping" kejap , Bukan shopping tapi niat utama nak withdraw duit , Maka aku bawa sekali majalah tuh. Mudah-mudahan kalau ada masa nanti boleh baca. 

Artikel- artikel di dalamnya terasa menarik di hati .Kali ini, pembacaan buat kali yang kedua betul-betul menarik di hati . Menusuk di hati . Mentarbiyahkan hati yang sebenarnya amat mudah berbolak-balik . Ya, aku mengaku hati yang berbolak balik adalah sifat manusia . Apatah lagi manusia biasa seperti aku, 

Aku baca kisah seorang hamba Allah yang terasa bersalah kerana terlewat untuk solat subuh di surau, Kerana itu sebenarnya rutin harian  dia. Ayunan langkah laju dan sepanjang perjalanan ke surau, lidahnya tak berhenti dibasahkan dengan zikrullah  dan beristighfar atas kelewatannya pada suatu pagi tu. Baginya, kelewatannya bukan satu kebiasaan. Penyesalan jelas memutik di hati. Maka hamba Allah itu berkata sebegini;

"Ya Rabb, pagi ini aku tidak sujud padaMu dalam tahajjud. Malahan aku tersungkur sujud di atas katilku sendiri. Nafasnya dihela panjang"

One of sentences that had been focused in the article . It touched this heart . Menghidupkan hati yang kadang-kadang , bukan kadang-kadang.. Tapi selalu lupa akan tujuan hidup sebenar di dunia ini. Semoga hati aku sentiasa hidup untuk selalu memikirkan kekuasaanNya. Tetamu subuh Allah . Dia tetamu subuh Allah yang setia. Kisahnya amat menarik .

Hadis ni selalu dibacakan di surau dekat sini usai solat Isyak ;
Saidina Uthman bin ‘Affan r.a meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam”. 
(HR Muslim.)

wallahualam , yang penting innamal a'malu binniat (Everything begins from niat ) .Jom bangun sahabat-sahabat tersayang! Jom Kuatkan diri. Jangan senang-lenang biarkan encik-encik syaitan ketawa besar dapat menjayakan rancangan mereka. Hati adalah raja bagi kerajaan hati . Jaga hati, pelihara hati .Its act like a nucleus. Baik hati, maka baiklah seluruhnya :) wallahualam ..

Btw balik tadi kitorang naik van , then uncle van tuh berjalan sampaikan rasanya, satu UNIMAS Barat telah diterokai, wee. Nak dijadikan cerita, kami berkesempatan melalui Kolej Cempaka di mana student-student Medical Faculty ramai ditempatkan di situ(dengar cerita) . Bila lalu Kolej tu tadi, aku rasa aku je yang over-feeling .Ya Allah, jiwaku ini; Berkeinginan untuk menetap di situ suatu hari nanti . Inshaa Allah .Amin . Pray for me :) Permudahkan jalan ina ya Allah . Kuatkan aku tatkala sifat lemah hendak mengambil tempat menjalankan tugas yang tak sepatutnya. Kuatkan aku ya rabb ..

#Izinkan aku terus menjadi tetamu subuh Allah yang setia
Inshaa Allah, amin ya rabbal alamin .ihdinassirotolmustaqim.
#The life of this world is a transient Shade ;
"Hidup adalah persinggahan sementara"
Jom. teruskan usaha mencariNya !


thanks reading my diary

Wednesday, 24 September 2014

Impian Kasih-

Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah
#The title for this post is too mainstream :o

Officially baru terjaga dari tidur . Sekarang 9:44 p.m . Start masa exam  mathematics petang tadi, kepala pening tahap petala. Almaklumlah, dah kena hujan 2 hari berturut-turut . Ini semua sebab malas nak bawak payung . Jadi lepas ni, kena bawak payung. wajibun. Kesian kat awak ;badan saya.

Ina rasa post kali ni amatlah pelik . Apalagi bila disapa dengan gambar doodle yang comel tuh. Post kali ni juga amatlah berkait rapat dengan satu post yang pernah ina post long time ago.Kejap. sebelum awak dan awak yang baca ni nak teruskan pembacaan, please jangan fikir yang ina ni "dah kena panahan  cinta" atau yang sewaktu dengannya okeh ! 

#Ni bukan post luahan perasaan 'aku jatuh hati' atau 'aku mula suka dia'.
#Malu menjengah bila post benda-benda macam ni, Takpe lepas ni taubat taknak post benda macam ni lagi :D.Segan whoaa. Tapi nak share jugak :p 
#The title for this post is too mainstream :o
Jom mencariNya sebelum dihadirkan 'si dia' olehNya :)
dan teruslah mencariNya jika sudah dihadirkan 'si dia' on the right time.
-sedang khayalan tak menjanjikan segunung kebahagiaan sebagai mahar hantaran-

last but not least,


type-off . Baru makan ubat, so kena tidur :)




thanks reading my diary

Friday, 29 August 2014

Di atas nama cinta

Tika mata diuji manisnya senyuman
Terpalit rasa , menyubur harapan
Dan seketika terlontar di dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku , dari terlena .
Dibuai lembut belaian cinta .

Rela aku pendamkan
impian yang tersimpan
engganku keasyikan
Gusar keindahannya merampas rasa cinta .
Pada Dia yang lebih sempurna

Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba
Dan kucuba menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya kuhadapinya
Andainya luka menghukum leka

Di atas nama cinta pada yang selayaknya
kunafikan yang fana .
Moga dalam hitungan setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redhanya

Biar sendiri hingga hujung nyawa 
Asal tak sepi dari kasihnya .
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa .

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki sehingga kurasai nikmatnya ..

Jiwa remaja . Jiwa yang sangat mudah berbolak-balik .
Bahkan , sifat hati yang mudah berbolak-balik ni ,,
Bukan hanya sifat seorang remaja .
Semua orang . ada sifat ni .
Maka berdoalah agar ditetapkan pendirian .
Untuk terus berada di jalanNya .
Kerana dia yang memegang hati ini :)



thanks reading my diary

Saturday, 2 August 2014

Pandangan si dia.




Again . A story written by me , Ana Ina
Tapi pengalaman seorang sahabat yang dikongsikan .
:) Enjoy reading !
.................................

Aku masuk dalam dewan tu .
Satu program usrah perdana . jemputan makcikku .
Allahu , ramainya perempuan yang pakai purdah !
Nak dibandingkan dengan diri aku ,,,
Tudung bidang 60 pun aku tak pakai .
Memang belambak dekat almari .. Tapi ..
Aku tebalkan muka . Aku terus jalan .
Aku nak menuntut ilmu baru kat sini .

Kenapa semua orang pandang aku ?
Apa salah aku ?
Aku dekatkan diri dengan seorang perempuan .
Dia tak berpurdah , tapi bertudung labuh .
Seorang yang cantik . Manis dipandang .

Aku tanya soalan . Dia pandang pakaian aku .
Jawab endah tak endah . Hatiku terasa .
Rasa malu menerpa . Seandainya hati ini boleh dikeluar masa tuh .
Orang ramai akan nampak betapa kecutnya hati ini .
Aku rasa nak keluar daripada dewan tu sekarang jugak !
Apa salah aku ? Kenapa semua orang kat sini nii ??!!

Namun berbekalkan kekuatan yang masih ada .
Kugagahkan jua kaki melangkah .
Daripada ramai-ramai orang di luar sana .
Aku yakin . Allah memilih hati aku untuk berada di majlis itu .
Allah memilih hati aku .
Aku ulang . Dia memilih hatiku .
....................................................................

Rasa kasihan menebali hati ina tatkala sahabat ina meluahkan .
Siapa kita untuk menilai seseorang hanya melalui luaran ?
Ina sendiri kagum dengan si pemakai tudung labuh ,
Apalagi si pemakai purdah .

Tapi , kenapa tidak berusaha untuk menjaga hati ?
Kita tak tahu apa yang orang lain dah buat untuk pendekatan dirinya kepada yang Esa .
Kita tak tahu apa sejarah keluarga dia .
Kita tak tahu apa penyebab dia jadi jahat atau buruk macam apa yang kita nampak .
Kalau kita jadi  budak baik . Bersyukurlah .itu satu nikmat .
Tapi tanpa "penjagaan yang rapi",
Mungkin 'kita yang baik' ini akan bertukar .
Apa yang akan terjadi pada masa depan ? Kita tak tahuu ..

Penilaian tak sepatutnya dibuat hanya melalui kecantikan seseorang ,
Begitu juga hal ini , Penilaian tak sepatutnya dibuat melalui pemakaian .
jangan pandang rendah terhadap seseorang yang  memakai tudung .
Selagi dia masih mampu dan mempuyai rasa tanggungjawab untuk menutup apa yang perlu,
Menjaga apa yang perlu , Hormati dia .

Kita tak tahu, mungkin si dia sedang berusaha ke arah itu -->yang lebih baik.
Ana takut pandangan serong sesetengah orang akan mencairkan azam baru si dia .
Maka berhentilah memberikan pandangan serong terhadap bakal si solehah .
Kita nak masuk syurga ramai-ramai . Bukan sorang-sorang .
JANJI !

Jom bantu si dia . Bukan melemahkan azam si dia.
Doa pula sangat diperlukan .
Dan semoga doa kita mampu sampai kepada hati-hati orang lain .

okay . type-off .



thanks reading my diary

Monday, 7 July 2014

Sekilas hatiku terusik


Hari tu, satu kelab di university  Iliya ada buat satu pemilihan bagi ahli jawatankuasa utk kelab itu .Iliya excited . sangat-sangat . Ini memang apa yang Iliya suka, melibatkan diri dalam komuniti. Iliya akan berkhidmat untuk kawan-kawan Iliya . Bila dibuat briefing mengenai program yang bakal dilaksanakan , Iliya lagi bertambah excxited ! Sebab ada tarian dalam program itu .

Kalau dalam mana-mana program dulu, Iliyalah yang akan volunteer utk menjadi guru penari . Tarian zapin pastinya menjadi kegemaran Iliyaa serta pelbagai ragam koreografi diselitkan utk menambahkan seri satu tarian yang dipersembahkan nanti . Ternyata idea bernas Iliya selama ini membuka mata para penonton yang melihat utk merasakan bahawa tarian zapin ni best J

Iliya bawak tarian zapin ke seluruh pelusuk Malaysia . Masa perkhemahan PKBM(L) Kebangsaan dekat Perak , dekat KD Sultan Ismail Tg. Pengelih , malah masa join PLKN .. Memang Iliya akan ajar free of charge .

Bagi Iliya , tarian zapin memang best . Sangat best . Mana taknya, Iliya dah menjinakkan diri dan hati ke arah tarian tradisional Johor itu  sejak di bangku sekolah rendah lagi. Masa sekolah dulu, semua ahli group zapin Iliya tak pkai tudung , tapi Iliyaa tetap dengan pendirian Syaira utk pakai scarf .Nampak agak pelik , tapi “ini pendirian aku , aku malu tak pakai tudung “ ,Iliyaa bermonolog .

Jujur Iliya cakap . Iliyaa jumpa jiwa Iliya dalam  tarian zapin . Iliya sangat enjoy bila masa ada apa-apa berkaitan zapin . Sepenat mana Iliya , Iliya tetap akan join mana-mana practice . People can ask Iliyaa to teach them this zapin , Iliya will surely have the time with them .THATS HOW THINGS WORK WHEN OUR HEART ARE STICK WITH THEM .

Iliya cintakan seni . lukisan, jahitan , mewarna, semuaa yang sewaktu dengannya . menari ? pun samaa “ they are there: at some part of me “ kata hati  berbicara lembut .

Tapi hari ni , Iliya pelik . ada satu perasaan skerasnya membantah Iliya untuk menari untuk kali itu .

Tatkala itu juga , Iliya berbolak-balik melawan perasaan sama ada nak join atau pun tidak . Dalam keadaan hati yang berbolak balik (hanya tuhan yang tahu ) Iliya sedaya- upaya berusaha mempamerkan riak wajah penuh ketenangan . Iliya tunduk senyap . Suara bising perbincangan kumpulan di dewan kuliah hari itu rasa tak didengari telinga .

Bila ditanya siapa volunteer nak ajar , takde sape yang angkat tangan untuk volunteer . Iliya ? Iliya  senyap jer .pandang bawah . Hati masih berbolak –balik padahal kata putus diperlukan masa tuh jugak .Akhirnya , ada yang volunteer  walaupun si dia yang volunteer tu bukanlah seorang  penari .Iliya a pandang dia, Punah harapan Iliya .

Riak muka Iliya macam biasa . Hati Iliya menangis … dulu Iliya tak macam ni .

Iliya tahu , Iliya masih dalam proses untuk melaksanakan perubahan .  Tudung labuh menjadi kegemaran , baju longgar menjadi sasaran . Al- Quran menjadi teman Iliya dimana- mana ; kelas, lab . Inshaa Allah Iliya akan berusaha utk istiqamah terhadap perubahan the JOURNEY TO JANNAH ini .Iliya masih ditemani ketenangan sepanjang perjalanan menuju JannahNya itu, tapi bila disentuh mengenai tarian , hati Iliya jadi goyah . Maklumlah , ia dah menjadi sebahagian daripada jiwa Iliyaa . Iliya menangis sendiri . Laju  tisu diambil bagi menyeka air mata. Takut disedari kawan-kawan .

Iliya penari . jahatkah Iliyaa ? Rasanya tak ..Tapi itu dulu .

Ya Allah . Ada satu perasaan malu untuk menari sambil diperhatikan ajnabi datang bertandang , perasaan malu dengan tuhan juga bertandang .  Besarnya dugaan ini ….  Jujurnya ,Sungguh Iliya rindu untuk menari :’(

Iliya terpaksa lupakan sesuatu yang menjadi separuh jiwa Iliyaa buat selama-lamanya . Dalam keadaan sedu-sedan itu , doa meniti di bibir “ya Allah , berikan kekuatan kepadaku untuk terus berada di jalanMu , aku perlukannya ya Allah “ ,air mata diseka usai berdoa . Nafas ditarik dan masa itu , segala pengharapan diserahkan hanya kepadaNya .

 Iliyaa tak kuat bab-bab teringat cerita-cerita lama ni , mungkin inilah ujianNya :)

Iliya tahu susah . Tapi , ini jalan yang Iliya pilih . Iliya yang dulu bukanlah yang sekarang.  Iliya bersyukur menjadi insan terpilih untuk diberikan hidayah olehNya . Alhamdulillah .

*Nak berubah , banyak benda akan diduga . Allah nak tengok tahap mana kesabaran kita dalam menuju redhaNya . Jangan mengalah . Biar kita nangis sekarang , jangan kita nangis nanti (DEEP) . Sungguh Allah tahu mana yang terbaik untuk hambaNya . Berusahalah untuk menjadi baik selagi peluang masih diberi .

Jom ! Iliya nak ajak korang .

UNTUK DIHARGAI, maka lihatlah pandangan Allah, bukan pandangan manusia .

CHANGE FOR GOOD IS AIN’T A CRIME -Hlovate –
Salah satu nukilan yang berani untuk dikongsikan .
Pengalaman hidup seorang hamba . Siapa identity Iliya yang sebenar ?
Ohh tak perlu diberitahu J Semoga Iliya istiqamah . aminn ..

ALL THE BEST DEAR SYAIRA .

thanks reading my diary

Saturday, 5 July 2014

one day one JUZUK . :) Barakallah .



this note have been written by my dearest Pipah on my quran :) 

Pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh kakak-kakak dan abang-abang yang sangat prihatin terhadap adik-adik asasi mereka di UNIMAS ini . Semoga aktiviti ONE DAY ONE JUZUK mampu diteruskan untuk bulan-bulan lain selain bulan Ramadhan . Rugi siapa yang tak join . Sebab ? Sebenarnya tanpa sedar , kita banyak ter-MEMbuangkan masa-masa kita dengan perkara-perkara yang tak berfaedah; bual-bual kosong etc. Maka dengan   menukarkan rutin harian yang lama itu dengan pembacaan dan penghayatan terhadap ayat suci al-Quran walau di mana pun kita berada; sama ada sebelum memulakan lecture class, lab project. Semoga hati-hati kita mampu merasai ketenangan yang selama ini didambakan .
.................................................................................................
a really great experience to be shared . 
source : template by IKRAM Samarahan .
due to Street Dakwah on 05th July 2014 
venue : Summer Mall, Kota Samarahan, Sarawak .
Nuzul Quran .Mungkin ketika membaca risalah ini, nuzul Quran akan tiba beberapa hari sahaja lagi . Yang pasti, Nuzul Quran jatuhnya pada bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini .

Ramadhan dan al-Quraan saling berkait rapat antara satu sama lain . Inilah tanda bahawa kalam Allah yang agung itu mempunyai kesan istimewa terhadap umat Muhammad ini.

"Sesungguhnya telah Kami turunkan kepad akamu sebuah kitab yang di dalamnya terdapat sebab- sebab kemuliaan bagimu .Maka apakah kamu tiada memahaminya ?"(Al- Anbiya' ayat  10 )

Justeru, kita amat berbangga dengan manuskrip langit ini . Kebanggaan kita iru menndorong kita untuk membasahkan lidah kita dengan membacanya .Kedua telinga kita juga didengarkan dengan aluan kalimahNya yang mulia . Sehinggakan hati kita terpaut untuk mentadabburnya .Abi Umamah pernah mengatakan bahawa rasulullah pernah bersabda ,

"Bacalah al-Quran kerana ia akan datang pada hari kiamat menjadi penolong bagi para pembacanya "

Keberkatan al-Quran bukan sahaja terpalit pada sang pembacanya ,namun rumah yang didiami sang pembaca juga akan turut diberkahi .Subhanallah ! Oleh itu , marilah kita sama-sama memberkahi rumha kediaman kita dengan sinaran ayat-ayat suci al-Quran .sabda Rasulullah lagi ,

"Rumah yang di dalamnya dibacakan al-Quran ,Maka menjadi luas bagi penghuninya , banyak kebaikannya, dikunjungi oleh malaikat dan syaitan keluar daripadanya "

Semoga kita menjadi seorang Muslim yang selalu mendampingi al-Quran dan rumah kita diberkahi olehNya . amin ya Rabbal alamin,,

spread the love . gembira bersama mereka . Ukhwah kami ukhwah fillah , Aminn .
jomm ! ONE DAY ONE JUZUK :)

thanks reading my diary

Saturday, 17 May 2014

Sahabat al-Quran


DUNIA adalah PENTAS, AKHIRAT tempat yang sebenar
Rasulullah SAW bersabda : ‘Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.’
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,’Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.’
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah SAW bersabda :’Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.’
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua …….kerana :Sampaikan dari ku walaupun hanya satu ayat.’ from :from here :)

thanks reading my diary

Monday, 28 April 2014

mahar cinta .



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,
Artikel pendek ini hanya ina coretkan khas untuk para akhwat-akhwat yang belum berkahwin.
Malah memerlukan sedikit sebanyak panduan daripada yang sudah berkahwin.
Semoga sedikit ilmu ini bermanfaat. 

Kita nak dapatkan cinta Allah. Bukan cinta hamba.

Jangan biarkan cintamu pada Allah berarus lesu,
Awasinya jangan sampai hilang daripada hatimu .
Kemurniannya jangan dikhianati dan didusta .
Kerana Allah tidak pernah mengkhianati cintaNya buat hamba 

EVERYTHING NEED MUJAHADAH .

"Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji"_devooteesMaharCinta_

Mengungkap " i love you" mungkin memah mudah.
Mungkin.

What is marriage? Its a contract. When two people have their nikah, they agree to strive towards Allah TOGETHER. Maybe they don't say it loud, maybe they don't even think it in their minds, but the real purpose of marriage is to gain proximity to Allah.

To serve Him. and to serve His deen.

Dear ukhti,
Lets seek for husband who will complete your deen,
Not a fake boyfriend that will destroy whatever deen u have.
   
setiap cinta yang dilafazakan
bukanlah sekadar mainan tetapi sebuah JANJI .
#favouritesong
understand it deeply . in your heart .
untuk dihargai, lihatlah pandangan Allah,
bukan pandangan manusia .





thanks reading my diary