Thursday, 25 September 2014

Tetamu Subuh Allah.

#simbolik untuk hati yang mudah berbolak-balik#


Baru habiskan pembacaan wadah SINERGI siri 11 yang sebenarnya dah dibeli lama. Hari ini nampak majalah comel tuh tersepit di rak buku di mana buku-buku motivasi aku ditempatkan .Hari ini juga tangan terasa nak ambil buku tu. Aku selak satu-satu mukasurat .Disebabkan hari ni plan nak pergi keluar "shopping" kejap , Bukan shopping tapi niat utama nak withdraw duit , Maka aku bawa sekali majalah tuh. Mudah-mudahan kalau ada masa nanti boleh baca. 

Artikel- artikel di dalamnya terasa menarik di hati .Kali ini, pembacaan buat kali yang kedua betul-betul menarik di hati . Menusuk di hati . Mentarbiyahkan hati yang sebenarnya amat mudah berbolak-balik . Ya, aku mengaku hati yang berbolak balik adalah sifat manusia . Apatah lagi manusia biasa seperti aku, 

Aku baca kisah seorang hamba Allah yang terasa bersalah kerana terlewat untuk solat subuh di surau, Kerana itu sebenarnya rutin harian  dia. Ayunan langkah laju dan sepanjang perjalanan ke surau, lidahnya tak berhenti dibasahkan dengan zikrullah  dan beristighfar atas kelewatannya pada suatu pagi tu. Baginya, kelewatannya bukan satu kebiasaan. Penyesalan jelas memutik di hati. Maka hamba Allah itu berkata sebegini;

"Ya Rabb, pagi ini aku tidak sujud padaMu dalam tahajjud. Malahan aku tersungkur sujud di atas katilku sendiri. Nafasnya dihela panjang"

One of sentences that had been focused in the article . It touched this heart . Menghidupkan hati yang kadang-kadang , bukan kadang-kadang.. Tapi selalu lupa akan tujuan hidup sebenar di dunia ini. Semoga hati aku sentiasa hidup untuk selalu memikirkan kekuasaanNya. Tetamu subuh Allah . Dia tetamu subuh Allah yang setia. Kisahnya amat menarik .

Hadis ni selalu dibacakan di surau dekat sini usai solat Isyak ;
Saidina Uthman bin ‘Affan r.a meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam”. 
(HR Muslim.)

wallahualam , yang penting innamal a'malu binniat (Everything begins from niat ) .Jom bangun sahabat-sahabat tersayang! Jom Kuatkan diri. Jangan senang-lenang biarkan encik-encik syaitan ketawa besar dapat menjayakan rancangan mereka. Hati adalah raja bagi kerajaan hati . Jaga hati, pelihara hati .Its act like a nucleus. Baik hati, maka baiklah seluruhnya :) wallahualam ..

Btw balik tadi kitorang naik van , then uncle van tuh berjalan sampaikan rasanya, satu UNIMAS Barat telah diterokai, wee. Nak dijadikan cerita, kami berkesempatan melalui Kolej Cempaka di mana student-student Medical Faculty ramai ditempatkan di situ(dengar cerita) . Bila lalu Kolej tu tadi, aku rasa aku je yang over-feeling .Ya Allah, jiwaku ini; Berkeinginan untuk menetap di situ suatu hari nanti . Inshaa Allah .Amin . Pray for me :) Permudahkan jalan ina ya Allah . Kuatkan aku tatkala sifat lemah hendak mengambil tempat menjalankan tugas yang tak sepatutnya. Kuatkan aku ya rabb ..

#Izinkan aku terus menjadi tetamu subuh Allah yang setia
Inshaa Allah, amin ya rabbal alamin .ihdinassirotolmustaqim.
#The life of this world is a transient Shade ;
"Hidup adalah persinggahan sementara"
Jom. teruskan usaha mencariNya !


thanks reading my diary

Wednesday, 24 September 2014

Impian Kasih-

Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah
#The title for this post is too mainstream :o

Officially baru terjaga dari tidur . Sekarang 9:44 p.m . Start masa exam  mathematics petang tadi, kepala pening tahap petala. Almaklumlah, dah kena hujan 2 hari berturut-turut . Ini semua sebab malas nak bawak payung . Jadi lepas ni, kena bawak payung. wajibun. Kesian kat awak ;badan saya.

Ina rasa post kali ni amatlah pelik . Apalagi bila disapa dengan gambar doodle yang comel tuh. Post kali ni juga amatlah berkait rapat dengan satu post yang pernah ina post long time ago.Kejap. sebelum awak dan awak yang baca ni nak teruskan pembacaan, please jangan fikir yang ina ni "dah kena panahan  cinta" atau yang sewaktu dengannya okeh ! 

#Ni bukan post luahan perasaan 'aku jatuh hati' atau 'aku mula suka dia'.
#Malu menjengah bila post benda-benda macam ni, Takpe lepas ni taubat taknak post benda macam ni lagi :D.Segan whoaa. Tapi nak share jugak :p 
#The title for this post is too mainstream :o
Jom mencariNya sebelum dihadirkan 'si dia' olehNya :)
dan teruslah mencariNya jika sudah dihadirkan 'si dia' on the right time.
-sedang khayalan tak menjanjikan segunung kebahagiaan sebagai mahar hantaran-

last but not least,


type-off . Baru makan ubat, so kena tidur :)




thanks reading my diary