Saturday, 25 October 2014

A thing called "CINTA"

Muhasabahlah wahai jundullah.
Dan kerana Tuhanmu, maka bersabarlah.
*The title is too mainstream*

Meninggalkan "keindahan sementara" dunia couple. 
Dihadirkan ujian permintaan sang Adam yang tak dikenali.
Datang bertemu keluarga, menyapa si wali. 
Merisik diri , untuk ikat dengan ikatan pertunangan dahulu.
Aku masih belajar, katanya.

Berat ujian. Berat. 

Namun dunia couple takkan seindah dunia di mana;
Aku makin KENAL TUHAN. Aku makin SAYANG tuhan.
Aku mula menyingkap sebab mengapa aku hidup ?
Sedikit demi sedikit. Merangkak- rangkak.
Berusaha mencari ilmu Allah yang amatlah banyak.
Biar aku merangkak. Asalkan aku masih cuba untuk bergerak.
Allah sentiasa tahu apa yang terbuku di hati.

"Rela aku pendamkan impian yang tersimpan.
Enggan ku keasyikkan.
Gusar keindahannya merampas rasa cinta.
Pada Dia yang lebih sempurna."
_Di atas Nama Cinta_

Jom buat list rangking siapa yang paling kita sayang kat dunia.
Ini adalah jawapan yang common untuk yang couple:
1. Allah dan rasul
2.parents
3.kawan- kawan
4.cikgu
5.kucing
6..................?
7................?
8. Ahmad (pakwe)
Seriously ? Seriously Allah kau letak rangking paling atas? Aku tak percaya. should i list all the reasons? I think NO. Actually, almost all the time. kau akan ingat dia je. Apa dia buat? Kalau takde mesej yang sampai hari tuh. Dia lupa aku ke? Many things.. Hakikatnya, kau letakkan pakwe tuh dekat rangking yang teratas. Mendahului segalanya. 

ikuti kisah ini.

Seorang sahabat ditanya oleh iffa.
sahabat:"Iffa, kau nak tahu tak apa benda first yang aku buat lepas bangun daripada tidur?"
Iffa      :Emm kau capai handphone kau ?
sahabat: Betul. Aku akan capai handphone aku. Emm kau rasa siapa orang first yang akan aku contact, aku call ?
Iffa      : Hmmmmph. Parents kau lahh kann ?
sahabat: Emmm. tak Iffah. Aku akan call pakwe aku. (  Mula malu dengan diri sendiri)

Conclusionnya, apa makna semua ni? Bangun tidur terus ingat pakwe. *sebak* .
Rangking yang kita buat tuh tak membawa makna apa-apa. 
MEANINGLESS. Tak bererti. Membazir dakwat.

Couple yang selalu berkepit 24-hour.
Even though the couple will answer;
"Hmmph kami memang akan kahwin, dah mintak restu parents"
Bagus. Tapi selagi tak kahwin, Takpayah nak tunjuk gaya macam dah kahwin.
*fahamkan sendiri*

Banyak lagi reasons buruk bercouple. Banyak.

Menjadi seorang yang langsung tidak pernah memikirkan jodoh.
Itu bukan aku. Maka, tak dinafikan. Aku juga pernah terfikir.
Tapi itulah. Dugaan namanya. Cuba tepis dan tolak jauh- jauh. 
Bila perasaan itu hendak hinggap di hati. Boleh. Kejap je.
Tapi sekerasnya jangan biarkan perasaan tuh bersarang di hati.
 Kerana apabila sudah mula bersarang, kita sukar untuk menghalaunya pergi.
Susah. Sangat susah. Sangat payah.

Pemilik kromosom XX = Perempuan adalah KUNCI HUBUNGAN sebelum bernikah. Kita yang berhak memBUKA atau menGUNCInya . Justeru, Jom buka kunci itu hanya apabila sudah tiba detik untuk membukanya dalam keadaan yang diredhai Allah.

Kisah cinta Abg Bazli UNIC dan isteri.
( mintak permission Bazli untuk tulis kisah dia. ehehe.)

Masa tuh hujung tahun. Aku dengan abah dan adik bercuti ke Kelantan. Plannya adalah untuk mennaiki keretapi. Nak dijadikan cerita, kami bertemu keluarga Bazli dekat sana. Mereka sekeluarga sedang menguruskan majlis pertunangan adik Bazli. Di Kelantan. Jadi kami bermalam di rumah sewa yang sama. Masa tuh hari jumaat. Jadi semua kaum adam yang ada bersama kami pergilah solat jumaat. Masa tu jugak aku keluar bilik dan terserempak dengan bini Bazli. Manis. Cantik orangnya.

Tiba-tiba satu soalan yang tak disangka terkeluar daripada mulut . "Macam mana akak kenal Abang Bazli ?", Akak dengan bersemangatnya bercerita.Tak sangka. Aku jadi senang dengan akak. Macam ni ..

"Masa tuh akak join satu program. 
Tiba-tiba ada seorang lelaki cakap dia nak kenal akak. 
Akak pun jawablah, " Kalau nak kenal, jumpa wali ana"
Akak tak sangka sangat. Bazli memang betul-betul datang rumah akak. 
Dekat Kedah. Jumpa parents akak. Sebab dia memang nak kenal akak. 
Then lepas tuh, kami bernikah "

AWESOME.
 Masa tuh aku rasa sangat awesome. 
Cantik aturan yang Allah tetapkan. 
Sangat cantik. Subhanallah.*Bazli jiran ina 

Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang  baik. Begitulah sebaliknya.
Janji Allah yang sangat FAIR AND SQUARE. Lagipun Jodoh urusan Allah.
Jodoh adalah janji Allah sejak roh kita ditiupkan dalam perut ibu
Jangan menyibukkan diri untuk memikirkan urusanNya. FIRST THING FIRST!
Inshaa Allah. Cinta Allah vs cinta manusia ? Mana yang kita pilih ?

Wahai si pemilik hati ,Dakaplah hati ini agar terus kuat untuk terus berada di jalanMu.
la haulawala quwwata illa billah .
coretan by,
-Hamba yang merangkak mencari cintaNya-

#Menulis berdasarkan pengalaman diri dan sahabat tersayang
#Syukur Allah masih menyayangi diri ini T.T

Last but not least, seriously aku pun pelik kenapa nak post pasal tajuk ni hari ni. Banyak lagi yang nak dikongsikan. Tapi dah nampak notes- notes Chemistry melambai- lambai minta dibaca. Doakan final ina. Maafkan ina kalau ada yang terasa hati .Tak terniat langsung. Sama-sama kita ingat-mengingati. KERANA manusia tak pernah lari daripada kesalahan ..

thanks reading my diary

0 Smile for me♒: