Saturday, 4 October 2014

Dating di Kampus Barat bersama Mira

Officially hari ini adalah sehari sebelum menjelangnya Hari Raya Haji. ya, aku si perantau.

Tengahari: Aku melunaskan rindu untuk melukis. Tempat yang paling aku idam-idamkan ialah Tasik dekat cafe tasik. Kat situ ada cafe yang mana waterlily warna purple sedang mekar. Cantik sangat. Akhirnya terlunas jugak rindu aku terhadap lukisan. So, aku berjaya buat dua lukisan. Ni salah salah satunya! Ditemani si gadis cantik comel tinggi Nur Azreen Amira. Aku panggil dia Mira.


Pertama kali aku merasai panorama di Barat (Kampus utama) pada waktu malam .Planning yang asal adalah untuk main bowling disebabkan my buddy, Mira mengidam sangat nak main. Tapi situasi kali ini berbeza. Biasanya aku pergi beramai-ramai dengan buddies kitorang yang lain. Tapi kali ini aku hanya pergi berdua dengan Mira. Ya, kami puas berdating seharian hari ini. Dari pagi, membawa ke malam.

Hari ni semua berpisah. 
Cik Aien dah pun beronok-ronok dekat Selangor,
Cik Amy dah pun ke Australia beraya di sana,
Aku dengan Mira ke Kampus Barat.
Camok Mokki, Eda, Lija ke Kuching , ke Tasik Biru 
T.T . Emmm . sunyi ahhhh hidup .

Sebenarnya, nak melunaskan hasrat my buddy Mira nak berbuka puasa untuk hari ini dekat Kampus Barat. Akhirnya, dapat juga kami ke sana. Jadi kami berbuka dekat sana. Yang lawaknya, Ramai sangat budak-budak degree kat Student's Pavilion (Food Court Kampus Barat) ni. Mula-mulaa memang blur dengan cara order dan semua benda dekat Pavilion tadi. Nasib baik kami bijak. Sampaikan budak-budak degree langsung tak expect kitorang budak asasi. Inilah gunanya memiliki muka matured. huahuahaa.

Jambatan Cinta= Kat sini panggil macam tuh sebab dengar-dengar cerita kat jambatan ni ramai yang bertemu jodoh .wuu. Kesahihannya? Nanti ada masa aku kaji ya. Dush sekali. Takpayah nak buang masa nak kaji-kaji , Report Biology pun belum siap lagi.

Masa menunggu waktu berbuka, kami beli roti dekat Seven Eleven kejap. Nak kasi ikan yang memang tak pernah kenyang kat tasik.  Kitorang kasik dekat Jambatan Cinta .Memang lahap tahap macam tak makan sepuluh tahun diorang makan. Amazing sangat. Cantik sangat Ekologi yang Allah buat. Subhanallah.

Then aku teringat satu kenangan terindah yang memang sangat indah yang pernah berlaku dekat Jambtan Cinta ni dulu. Kat situlah tempat pertama di mana aku jumpa one of my buddy, Aein. Masa tuh akak usrah kami bawak kami ke tasik tuh untuk jogging and picnic. (Aku, Camok, Mira, Ika). Actually masa tuh, adalah sehari selepas habis MAP(Minggu Aluan Pelajar) atau lebih dikenali dengan Minggu orientasi. Sweetnya Allah ! Sampai sekarang, ukhwah kami masih berlanjutan , bahkan bertambah erat. So, kami kasik makanan kat ikan-ikan tanpa menghiraukan orang-orang sekeliling yang sedang sibuk berjogging and mengayuh basikal masing-masing. There's sure a lots of people but everyone is busy with their work.

kasik ikann makann . Makan jangan tak makan !
Azan maghrib berkumandang, kami pun berbuka lah dekat Pavilion tuh. Memang sweet ahh dating macam ni. Budak asasi yang tersesat dekat Kampus Barat. Nasib baik ada orang teman aku hari ni.


Lepas habis berbuka puasa, kami pun pergi solat maghrib dekat surau Kolej Sakura. Kolej yang paling dekat dengan Pavilion ni. Kitorang masih ingat lagi road untuk ke surau tuh, dulu masa puasa, akak usrah kami yang bawak ke situ. Sangat best sebab surau tuh khas untuk perempuan.

Maka kami perlu melalui Jambatan Cinta untuk pergi ke bus stop Kolej Cempaka. Nak balik naik bas untuk ke kolej kami. Masa sedang menunggu bas yang tak juga berkunjung tiba, Terdengar laungan takbir raya daripada PITAS    (Pusat Islam) , merangkumi masjid, tempat ceramah,  tempat belajar agama yang bertingkat-tingkat kat sini. Tak perasan berapa tingkat. Jujurnya, masa mula-mula aku jejakkan kaki kat PITAS ni masa bulan Puasa dulu aku rasa amaze sebab PITAS ni ala-ala Masjid besi dekat Putrajaya. Cantik sangat-sangat sangat.

Masa dah sampai Kolej Seroja, kolej kami. Sebelum turun daripada bas, Hai uncle bas yang baik ni boleh pulak bertanya satu soalan masa ada takbir azan dilaungkan di corong radio siaran Hot FM ," Tak rasa sedih ke dengar takbir raya ? ". Sebak ahhh . Kami berbalas-bals ucapan selamat hari raya dengan pakcik yang sangat baik hati tuh. Then turun bas menuju ke bilik masing-masing.

Ya Allah rasa air mata nak mengalir je. Kolej ni sangatlah sunyi sepi. Tak macam  kat Kampus Barat tadi ... Kat sini takde orang punnnnn . Nak balik Johor ! My dearest room mate camok Mokki belum balik berjalan lagi. tahap kesunyian aku malam ni amatlah melampau . Sunyiii ahh . So, aku pun  tidurr .. Kroih Kroih Kroihh 

Selamat Hari Raya Qurban, dari saya si perantau yang terover feeling nak jejakkan kaki di Johor oh Tanah Airku ! (Oh bombastiknyaa ayat ! ahahahaaa) Tak sabar nak bangun solat Hari Raya besok.

"Sedangkan bangau merantau pulang mencari kerbau, 
inikan pula anak dagang yang tinggalkan kampung halaman di tanah seberang "

Last but not least,
Terima kasih Mira teman oci.

Adios.

thanks reading my diary

0 Smile for me♒: