Thursday, 9 October 2014

Pakcik itu -Alhamdulillah-

Besar mana pengaruh duit sebenarnya ?
Big enough to make sane people kill

Aku membelek-belek nota Biology . Lalu terdengar suara pakcik-pakcik yang sedang bekerja. Bola mata aku lontarkan ke luar tingkap, tanpa membukanya. Langsir kusingkap sedikit. Walaupun tingkap tidak dibuka, namun setiap pergerakan pakcik diluar mampu dilihat oleh sepasang mata ini.

Hati tersentuh melihat seorang pakcik yang gigih bekerja. Aku dapat rasakan bahangnya panas hari ini. Setiap pergerakannya aku perhatikan. Fikiran memikirkan sesuatu. Mereka sedang bekerja. Aku bersyukur dengan hidup ini. Hanya seorang wajah terbayang di fikiran. Wajah abah. Aku membayangkan kalaulah abah yang bekerja macam tuh. Tak dapat tahan air mata rasanya kalau abahku bekerja sebegitu. Rasa bersyukur dengan hidup ini. 

Nampak pakcik itu duduk sekejap. Sambil mengibas-ngibas mukanya. Ya, hari ini sangat panas. Kesian. Ya, aku kesian. Semoga anak-anak pakcik itu mampu menggembirakan bapa mereka itu. Mampu membalas jasa bapa mereka yang telah bertungkus-lumus mencari rezeki untuk keluarga. Memang susah menjadi seorang bapa. Kerana itu, aku sangat tabik kepada seorang yang bergelar bapa. Biar apa pun pekerjaan mereka. Mereka melakukan tugas yang mulia, beribadat kerana semua pekerjaan adalah ibadat. menggumpul sahamm akhirat

pakcik yang sedaang berehat tak jauh dari bilik .

Aku di sini. Jauh daripada ibubapa. Malah remaja sebaya aku, masing-masing sedang mengejar impian masing-masing. Jadi terpaksalah meninggalkan dua orang angels yang sebenarnya sentiasa ada untuk menjadi sang pemberi semangat. Cuma, itulah. Aku je yang tak sedar. Kadangkala aku lupa mereka. Tak patut. Tak patut.

Aku rasa amazing kepada mereka-mereka yang bergelar ibubapa sebenarnya. Lagi-lagi apabila anak mereka membesar. Aku tahu susah. Susah nak melepaskan anak yang dijaga untuk mengenali apa itu dunia, untuk kenal apa itu kehidupan seperti yang dikatakan orang sekeliling. Pasti , perasaan bimbang kalau anak terjebak dalam perkara yang tak sepatutnya ada di hati. Kita kena berusaha menghilangkan perasaan itu daripada hinggap pada hati-hati ibubapa kita. Jom ! Berusaha menjadi anak yang baik. Mudah-mudahan mampu pula menjadi isteri dan ibu yang baik untuk anak-anak kita yang akan datang.

Sebab tu, hidup kita adalah stage. Yang mana bila kita kecil sampai ke besar. Kita sedang mempersiapkan diri untuk menjadi seseorang bergelar ibubapa. Sungguh, merekalah insan yang paling amazing dalam hidup ini.

Memang sifat manusia kan, kadang-kadang bersemangat sangat nak buat sesuatu perkara. Tapi akan ada satu masa, rasa semangat itu dibawa pergi berlari. Puas dicari kemana hilangnya semangat itu, kadang-kadang tak dapat jumpa apa puncanya. Maka perlulah berbalik semula kepada Allah. Sesungguhnya hanya Dialah sebaik-baik perancang. Em, doakan untuk final exam ina yerr.

Sekali lagi, terima kasih ya Allah atas nikmat , yang Engkau beri.
Ibubapa, keluarga, Persahabatan, Islam , Experience, Knowledge, Kind people around
Too much to be listed !

Cubaan itu adalah perlu.
Cubaan itu adalah ukuran bagi sempurna atau tidak sempurnanya iman seseorang
-surah al-ankabut , 1:29-

Look inside yourself
Such perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger, love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Let’s start questioning ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside?
No..

I love you ,Allah.

thanks reading my diary

0 Smile for me♒: