Friday, 3 October 2014

sayang vs kekuatan



Confusion is always good start of learning
#yes LOVE WITHOUT MEASURE#
Bila kusedari diri disayangi .
Langkah kaki ini semakin berani.
Bila kukeliru, kusebut namamu
Terasa diriku kembali dipandu ..

Itu yang aku rasa. Bila aku rasa ibubapa tersayang menyayangi diri ini. Itu jugak aku rasa bila kawan-kawan tersayang sentiasa di sisi. Sentiasa willing untuk menjadi si pendengar setia. We really go ups and down together . I hope it wont stop

Sekarang aku nak berkata mengenai kekuatan hati .Hari ni aku rasa macam memang betul- betul takde jiwa.Pagi tadi, sebelum pergi kelas yang bermula pukul 8 pagi, Aku masih sempat menjalankan rutin harian, baca al-mathurat kejap .Sambil memuhasabah diri, memohon berharap kepadaNya agar segala urusan aku pada hari ini dipermudahkan .Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Tutup al-mathurat. Pukul 7:45 a.m. Maka langkah dilajukan agar tak lewat sampai ke kelas .Kelas pertama hari ini : PBL(Program Based Learning).Kelas ni membincangkan mengenai penyakit-penyakit yang mana untuk setiap trigger, satu situation seorang pesakit akan diberi, dan kita perlu buat discussion dan sedikit research .Inilah subject yang paling aku minat. Paling aku tunggu .

Tapi hari ni rasa lain. Kelainan yang buatkan aku rasa nak menangis sepanjang berlangsungnya discussion kitorang tadi .Yet memang air mata ni teringin jugak nak keluar daripada empangan mata. Tapi, senyuman adalah perisai semua tuh. Hai 'tiny diamond droplet' kenapa awak senang sangat nak menonjolkan diri ? Emm .Biarlah hanya hati yang menangis, aku tak nak tengok orang lain rasa dan nampak .Seriously aku masih terkesan dengan apa yang terjadi masa previous PBL .Kesannya sampai sekarang. Apa yang terjadi ? Tak perlu aku cerita .Cukuplah sekadar tahu yang rasa bersalah aku memang berbakul-bakul tingginya. Ya Allah, bantu aku bina kekuatan aku semula. 

You still got a long life ahead you, sis. Dont waste it doing the wrong things . 
And what worse is ended up doing the wrong thing.
-Nurrul Hadzriena-

Nak luahkan kat orang, tapi aku pun taktahu kenapa aku menangis .So, macammana nak luahkann ? Maka ya Allah, Jawablah. Berilah jawapan kepada kekusutan hambaMu ini .Pasti ada sebab kenapa hati aku jadi tak tentu arah tadi. Dengan tetiba banyak kenangan lampau mula berlegar-legar di fikiran. Lagilah kenangan-kenangan itu menjadi 'catalyst' untuk dua pasang mata milik aku untuk melimpahkan air dari empangan mata ini. 

Kelas last hari ni adalah Mathematics. So, masa balik tadi aku pun pandang langit. Pandang sedalamnya. Sebab tuh tak dengar sangat apa yang sedang buddies-buddies aku membebel masa kami tengah jalan. Itulah aku, bercakap dengan diri sendiri pandai. Cantiknya awan. Tapi jawapan masih belum ada. Mungkin Allah nak kau muhasabah diri ina, Allah nak kau ingat Dia. Dah nampak kan sign yang Dia sayang kau ? Allah taknak kau lupa Dia walau apa pun keadaan. Walaupun takde sebab dan jawapan kenapa hati kau kusut. Okay. itu tafsiran aku. sweetnya Allah .

Mashaa Allah, La quwwata illa billah.
"(Sesungguhnya atas kehendak Allah, semua ini terwujud, 
Tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah) "
-al- Kahfi-

Ya Allah hidupkan kami dengan iman
Ya Allah matikan dengan iman
Ya Allah bangkitkan dengan iman
Dan masukkan ke syurgamu dengan iman 

Semakin hari, rasa sayang aku dekat my buddies kat sini semakin menebal. Janganlah kau biarkan ia menjadi nipis ya Allah. Harumkanlah rasa cinta sahabat dalam hati-hati kami. Kerana mereka adalah kekuatanku. Kerana mereka adalah hadiah daripadaMu. Maka mungkin aku tidak menghargai hadiah yang sangat bernilai ini. Amy,Eda,Camok,Mira,Aein,Lija, Eiman <3 Okay  Amy dan Aein akan balik ke semenanjung untuk beraya. Hai beraya di perantauanlah jawapnya kami-kami di sini.

#Kalau orang kata nak buang tatu di kulit tu sakit, nak buang tatu dosa di hati tu lagii perit .
#The life of this world is a transient Shade 
Hidup adalah persinggahan sementara




thanks reading my diary

0 Smile for me♒: