Tuesday, 23 December 2014

Krismas di Sarawak


*Bila Krismas teringat Olaf dekat Frozen* weeee
p/s: Baca sampai habis. Inshaa Allah.

Cerita kelas kesayangan aku, Hayat 2.
Hari ni memang semua orang macam happy semacam. 
Sebab esok kitorang dah start cuti. takde kelas  *senyum senyum*
Then ni officially baru balik kelas Chemistry.

Lepas beli Nes-Mocha, balik bilik AD115. Bukak lappie,
Ada sesuatu yang aku nak kongsikan hari ni. About Krismas.
Takdapat dinafikan dekat Sarawak or lebih specific UNIMAS.
Percentage non-muslim lagi ramai daripada muslim sendiri.

Today a group of non-muslim friends wore the 'santa claus topi'.
Start daripada kelas pagi sampai ke petang. * bayangkan*
Topi tu warna merah dengan bulat putih dekat hujung.
Memang sangat-sangat-sangat cute diorang pakai.
Aku happy dikelilingi diorang. Bertopi 'santa claus'. cute!
Semangat nak sambut krismas tuh tinggi menggunung.
Teringat pulak masa kitorang sambut Aidilfitri.
*okay taknak buat cerita sedih*

*perempuan pakai scarf macam dekat bawah ni*
*Lelaki pakai topi yang ada bulat putih dekat hujung. * HOW CUTE!


Dicopet daripada ig Fatin( kawan) :) Yang tengah tuh Fatin.

Masa jalan2 dekat kampus, diorang pakai topi yang cute tuhh.
Pergi cafe. Pergi toilet. Top tu still ada. Memang cute seriously.
Tapi memang boleh buat perbandingan dengan kelas lain.
Kelas lain aku takperasan pun ada yang pakai.
*A really great view in my class today* berseri**

Hari ni jugak. Aku dengar ucapan 'merry christmas' bersambungan daripada diorang.
 *Memang jakun. Memang*
Happy dapat rasa situation diorang yang sangat eager nak sambut krismas.
Tapi kami-kami(muslim) tak boleh nak ucap kat diorang.

*Okay ni sebenarnya cerita yang nak disampaikan*

Masa jalan dengan Amy tadi, tetiba terserempak dengan sorang kawan non-muslim.
Seorang yang sangat happy-go-lucky. Seriously.
Lepas tuh. Dia cakap dekat Amy ,'Merry christmas '

Silent. No words. Amy senyap. Senyuman dilontarkan.
Dapat bayangkan macam mana lesung pipit yang kelihatan. 
Mungkin dia perasan Amy tak balas balik. 
Dan mungkin kotak fikiran dia baru dapat satu 'notification'

Dia cakap dekat Amy.
"Oppps. Jangan jawab eh. Lupa pulak". Senyum.
Lesung pipit Amy ditonjolkan lagi. Senyum.
*Tak abes-abes senyum.lol*

Thats it. Itu apa yang aku nak share. Rasa awesome.
Diorang tahu semua tuh. Diorang hormati semua tu.
Thats it.

Maaflah. Perasaan teruja aku kali ni memang tahap over. *weheeee*
Yelah. Pertama kali rasa sambutan yang macam ni. Tak pernah terpikir dapat rasa.
So let me share why the muslim cannot confess "merry christmas' .
To the non-muslim even though they are your great ever buddies.

David: Morning..what a great day..
Muslim: morning..so, hows ur Christmas?
David:great..will be enjoying very soon...
Muslim: good.
David: No wish for me?
Muslim: Islam respects the non Muslim, but to greet other religion is not allowed.
DAvid: but why?
Muslim: seems like we cant stop u to drink liquor, but we cant drink it..
David: But many of Muslim did wish for me..
Muslim: can you confess our confession of faith?(syahadah)?
David: NO!..can not!..it will effect my faith..
Muslim: but y?just a word..:)..say it..:)
David: now i understand:)

No Merry Christ mas ya...for those who appreciate your religion:)
(dicopet daripada belogkayangan :) )
..............................................................................................

 For all my non-muslim friends. Have a good holiday with your family guys !
Makin hari makin sayang Hayat dua. Hugs sikit.
"Kitak orang kan adik beradik kamek " ** Lets be friend forever**

au revoir -babai !


thanks reading my diary

Tuesday, 2 December 2014

Always be there- Mana Allah di hati ?

It’s everything about Allah
The pure love to our soul
Ya. Semuanya adalah mengenaiNya. Jatuh bangun aku dia yang nampak. Aku jatuh. Dia yang sedang menguji. Bila aku bangun, Dia masih sedang menguji . Sama ada aku akan lupa diri apabila berada di tempat atas atau sentiasa terus istiqamah bersyukur dengan segala pemberianNya. No doubt . Allah adalah sebaik-baik perancang.
Who have created you and me,
The heaven and whole universe

Sang pencipta manusia dan segala isi dunia. Allah yang Maha Agung dengan sifat kesempurnaanNya. Di dalam solat tempat kita meluahkan segala isi hati, Tak rugi bergantung padaNya. Tak rugi sesaat pun. Because the only one that can statisfy the human's heart is the One who made it.


He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little heart

ikuti kisah ini.
ketika seorang sufi diajukan satu soalan.
"Apakah engkau takutkan Allah?
Dia nangis dan jawab,
 "Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku seorang yang kufur,"

"Sebaliknya kalau aku kata ya, aku terasa menjadi seorang yang munafik. Sifatku amat berbeza dengan kata-kata."

"Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya tatkala mendengar ayat-ayat Allah, tetapi aku tidak"

Kalau kau tanya aku.."Adakah Dia di hatimu ?"
aku hanya mampu jawab..

"Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar Dia ada di hatiku.."
"Aku belum sampai ke tahap mencintaiNya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintaiNya."

"Aku yakin Allah itu dekat. Pintu keampunanNya lebih luas daripada pintu kemurkaanNya."
Selangkah aku mendekat, seribu langkah Dia mendekat.
..................................

Di mana Dia dihatiku bukan menagih satu jawapan.. Tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. 

Teruskan usaha mencariNya kawan-kawan. Selagi nafas ini mampu lagi dipinjam. Bersama-sama. Kita nak masuk syurga sama-sama kan ? Bila jatuh. Bangkit. Bangkit dan terus bangkit. Walaupun kau harus merangkak. Biar kau merangkak. Asalkan semangat untuk terus bergerak sentiasa ada. 

Bila kau dah bangkit. Memang tiada jaminan takkan jatuh lagi. Tapi selagi ada peluang untuk bangkit, bangkit. Kerana perancangan Allah terlalu indah untuk diduga. Dia adalah sebaik-baik perancang. Hanya Dia.

#Kalau orang kata nak buang tatu di kulit tu sakit, nak buang tatu dosa di hati tu lagii perit .
#The life of this world is a transient Shade 
Hidup adalah persinggahan sementara





thanks reading my diary