Tuesday, 2 December 2014

Always be there- Mana Allah di hati ?

It’s everything about Allah
The pure love to our soul
Ya. Semuanya adalah mengenaiNya. Jatuh bangun aku dia yang nampak. Aku jatuh. Dia yang sedang menguji. Bila aku bangun, Dia masih sedang menguji . Sama ada aku akan lupa diri apabila berada di tempat atas atau sentiasa terus istiqamah bersyukur dengan segala pemberianNya. No doubt . Allah adalah sebaik-baik perancang.
Who have created you and me,
The heaven and whole universe

Sang pencipta manusia dan segala isi dunia. Allah yang Maha Agung dengan sifat kesempurnaanNya. Di dalam solat tempat kita meluahkan segala isi hati, Tak rugi bergantung padaNya. Tak rugi sesaat pun. Because the only one that can statisfy the human's heart is the One who made it.


He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little heart

ikuti kisah ini.
ketika seorang sufi diajukan satu soalan.
"Apakah engkau takutkan Allah?
Dia nangis dan jawab,
 "Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku seorang yang kufur,"

"Sebaliknya kalau aku kata ya, aku terasa menjadi seorang yang munafik. Sifatku amat berbeza dengan kata-kata."

"Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya tatkala mendengar ayat-ayat Allah, tetapi aku tidak"

Kalau kau tanya aku.."Adakah Dia di hatimu ?"
aku hanya mampu jawab..

"Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar Dia ada di hatiku.."
"Aku belum sampai ke tahap mencintaiNya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintaiNya."

"Aku yakin Allah itu dekat. Pintu keampunanNya lebih luas daripada pintu kemurkaanNya."
Selangkah aku mendekat, seribu langkah Dia mendekat.
..................................

Di mana Dia dihatiku bukan menagih satu jawapan.. Tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. 

Teruskan usaha mencariNya kawan-kawan. Selagi nafas ini mampu lagi dipinjam. Bersama-sama. Kita nak masuk syurga sama-sama kan ? Bila jatuh. Bangkit. Bangkit dan terus bangkit. Walaupun kau harus merangkak. Biar kau merangkak. Asalkan semangat untuk terus bergerak sentiasa ada. 

Bila kau dah bangkit. Memang tiada jaminan takkan jatuh lagi. Tapi selagi ada peluang untuk bangkit, bangkit. Kerana perancangan Allah terlalu indah untuk diduga. Dia adalah sebaik-baik perancang. Hanya Dia.

#Kalau orang kata nak buang tatu di kulit tu sakit, nak buang tatu dosa di hati tu lagii perit .
#The life of this world is a transient Shade 
Hidup adalah persinggahan sementara





thanks reading my diary

0 Smile for me♒: