Thursday, 22 January 2015

Kubawa hati ini.


Ina. Kerana harga untuk menjadi seorang "penyabar" itu,
Sangat mahal sayang.

Mungkin kau kena bayar sifat itu dengan air mata engkau.
Kerana kau sahabat aku. Takmungkin aku takmampu membayar.
Harga seorang "penyabar" itu.

Biar sakit mana. Biar payah.

Aku nak bayar, Aku nak beli. Sebab aku sayang kau.
Biar banyak litter mana pun "tiny diamond" ini menonjolkan diri,
Biarlah. Asalkan Allah tahu apa yang tersirat di hati aku.
Biarlah air mata itu jadi teman setia aku siang malam.

Aku nangis bukan kerana aku lemah.
Aku nangis sebab nak bina kekuatan aku kembali.
Bina dan terus dibina.

Kerana sekali sahabat, selamanya sahabat

Buat engkau,  orang pertama yang tengok muka aku bangun tido.

thanks reading my diary

Friday, 16 January 2015

Pendam rasa suka atau jaga hati ?

*Baca.  Baru tahu
Monolog hati. Say to ourselves?:

Allah.
Berputikkah rasa itu ?
Bersemadikah rasa itu dalam jiwa aku ? Dalam hati aku ?
Aku nak, Kalau memang ada keharuman rasa semadi itu,
Biar dipendam.

Wait. Bukan pendam.
Lebih kepada  kawal. Kawal nafsu dengan akal.

Biar aku dapat kecapi benda yang haram suatu hari nanti,
Dengan jalan yang halal. Dengan cara yang halal.

Suatu hari nanti,
Inshaa Allah. Suatu hari nanti.
Tertanya-tanya apa benda yang haram itu ?
Bila baca dengan hati. Kau akan dapat agak. emm.


Makanan orang lain. Hak orang lain.
Barang orang lain. Hak orang lain.

Tapi kalau dapat kebenaran, benda itu halal.

Macam itu juga rasa cinta.
Cinta kepada ajnabi.
Cinta kepada selain itu takpe. Tapi bukan cintakan dunia.

Cinta berlainan jantina.
Allah kasi 'permission'  melalui lafaz nikah yang mulia.
Memberi getaran kepada hati-hati yang mendengar.
Menyebabkan some of people menangis tak sangka. Terutama ibubapa.

Lafaz di mana disertakan dengan tanggungjawab yang besar di bahu.
Bukan sekadar lafaz. Bukan,

Selagi kau tak dapat 'permission' itu.
Maka benda itu haram.

Kau buat. Kau dosa. Kau 'ter'buat. Tinggalkan.
Cuba walaupun payah. At least, try.

Kerana status 'menjadi mahal' itu terlalu high class,

Suatu hari nanti,
Kepada gadis.
Kelak akan datang seorang lelaki, entah siapa menemui ayahmu, Dan berkata,
"Izinkan aku menjadi imam anakmu di sajadah rindu"

Kelak akan datang seorang lelaki entah siapa menemui ibumy.Dan berkata,
"Izinkan anakmu menjadi ibu kepada anak-anakku suatu hari nanti"

Suatu hari nanti ,
**Jangan kejar benda yang belum pasti. Kerana janji Allah itu pasti.



thanks reading my diary

Thursday, 15 January 2015

Sebiru hari ini.

*Ini hanya coretan . Takde kena mengena antara hidup dan mati.*
*Betul ke tidak, aku yang tahu kesahihannya* peace.

Langit memang sentiasa biru. Walaupun bila hujan, awan akan bertukar jadi kelabu.
Dipenuhi air. Sarat kandungannya dengan air.
Tapi langit itu akan tetap warna biru. Cuma bertukar bila malam.

Macam itu juga aku. Aku yang mampu buat memek muka. Mampu tersenyum.
Bila ada masalah, akan tetap cuba untuk tersenyum.
Biar hati ditebali rasa sedih. Jangan tunjuk. Cuba jangan tunjuk.

"Ina, awak kan kuat. Kenapa nak sedih ?"
Stop.
Bila masa aku cakap aku sedih ?

somewhere at UNIMAS. Hakcipta terpelihara.
Tiba-tiba dapat voice wassap daripada seseorang. Seorang sahabat.
Berbunyi dengan nada tak jerit dan tak perlahan .

" Hei ina, kau ada masalah ke ? Aku tengok kau macam berair je mata tadi."

Haha. Aku tergelak. Tanpa sedar,
Aku menangis. Something got into my sight.
Masih ada sahabat yang prihatin terhadap aku.
Memang ada. Sentiasa ada. Cuma aku yang tak sedar.

Lap air mata. Aku balas wassap sahabat aku,
"Haha takdelahh. Mata aku allergic je tadi. Its common *smiley emoticon*"

Betapa mudahnya air mata ini mengalir.
Kadang-kadang airmata tu dapat redakan rasa sedih.
Kadang-kadang juga airmata itu buat aku rasa tak kuat.
Macam orang lemah.

Cuma aku tersedar daripada lamunan sekejap.
Kenapa kita ni mudah lupa ? Bila datang masalah.
Semua benda mula dijadikan bahan untuk kena marah.

Nak ke sampai tahap Allah hilangkan orang yang kita sayang,
Baru kita nak hargai kehadiran diorang ?
Baru dapat rasa diorang ada? Taknak kan..

Pergi Tak Kembali. Mereka ke dunia yang lain.
Pagi tadi aku dikejutkan dengan berita kematian abah Nani(my friend)
Memang tak sangka. Tapi itulah lumrah hidup manusia.
Setiap yang hidup pasti akan mati.
Semoga ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman.

Semalam memang tengah takde kredit.
Dan semalam aku skip tak call parents aku.
Tapi bila dengar berita tuh, aku terus pergi minimart.
Nak beli topup. Nak call parents. Tanpa sedar.
'tiny droplets' jatuh lagi.

Haih ina. Dont skip to call your parents.
Selagi kita masih mampu mendengar suara mereka.
Walaupun takdapat tengok depan-depan. Mereka jauh.

Tapi buatlah apa-apa yang mampu buatkan kita rasa dekat.
Rasa dekat dengan diorang. Buatlah.
\
Jadi selagi aku dan kau masih hidup di alam yang sama.
Alam dunia. Bukan alam barzakh.
Atau alam akhirat. Atau alam-alam lain.

Aku dan kau kena saling menghargai.
dan bersyukur dengan segala yang ada.
Sahabat. Keluarga. Cikgu2. Orang sekeliling.
Paling penting diri sendiri.
Dan paling paling paling penting . Allah.

Kerana Allahlah yang menghadirkan mereka-mereka dekat kau.
Allah yang menghadirkan perasaan sayang .
Kalau mereka-mereka sayang kau.

Bila rasa sedih. Ingat. Innallah maa'na.
Bila rasa apa-apa je. Ingat Dia.

*smiley*




thanks reading my diary

Sunday, 11 January 2015

Bila hati diusik "cinta"

Hari ni terasa ada notification yang pop-up supaya mencoretkan sedikit coretan ini. Semoga coretan pendek ini bermanfaat.

Allah sentiasa dekat. Kenapa aku menjauhkan diri ?

Ikuti satu lagi coretan ina. Ini hanya coretan *mungkin*
"Kita Hamba Cinta ?"

"Siapa Hamba Cinta ? "
Kita. 

fullstop. 

Kehidupan seorang pelajar.
Sejak akhir-akhir ni ,makin banyak kerja yang bertimbun-timbun.
Aku penat. Aku dah rasa fed-up dengan belajar.

Tiba-tiba satu soalan mengetuk kotak fikiran;
"Mana jodoh aku ni ? Kenapa takdatang je amik aku? "
"Aku dah malas nak belajar. Aku nak kahwin"
Amboi. *Takdelah sampai tahap suruh jodoh datang angkut* hahaha.

Tapi mana tahu ada yang pernah rasa sampai tahap tu ? haha.
Nope. Berbalik pada tajuk. Remaja yang selalu ada masalah hati.

Bila fikir balik. Kenapa dalam banyak-banyak benda ?
Benda tu yang aku fikir ? Why why and why ?

Cinta itu fitrah manusia. Lagi-lagi sang remaja.
Jadi jom landaskannya pada jalan Allah.
Jangan pernah mengalah, kerana syaitan takkan pernah mengalah untuk goda kita dekati zina.
Kita nak dia? berdoalah. Tulang rusuk takkan tertukar. Takkan.

Kenapa akhir-akhir ni aku cepat rasa fed-up?
 Siapa fed-up ? "Kau pernah kenal ke budak nama fed-up ?"

Paling menyedihkan, aku rasa makin jauh dengan Allah.
Aku bukan yang aku yang dulu. 
Sekarang aku dah rasa "nak rapat" balik dengan lelaki.
Aku rindu saat mula-mula aku rasa makin nak dekat dengan Allah.
Lelaki dijadikan benda yang paling dibenci. Tak tahap benci.
Tapi tahap aku tak pernah cakap dengan lelaki.
Walaupun aku dekat universiti.

Dan lelaki yang pertama berani. Ya akui kira berani tegur aku.
Masa tuh tengah Lecture IT(information Tecchnology) session.
Orang pertama.

Bukan aku sombong untuk mulakan perkenalan. Bukan sekali.
Lelaki nak tegur ? Nak berurusan benda2 yang penting ?
Macam disscussion PBL,etc. Boleh aje.

Cuma dalam hati ni. Dah berkeras  cakap.
"Awak kena kuat. Lelaki tuh dugaan bagi perempuan"
"Jangan jatuh. Jangan cepat jatuh" Itu aje.

 Sebab hanya siapa yang kenal aku akan tahu aku macam mana.
Bukan cepat jatuh cinta *Macam eeeiiuuu je perkataan jatuh cinta ni * jerk*
Tapi cepat jatuh hati dengan kebaikan orang. Jahat mana pun .
Tak kisah lah perempuan atau lelaki. Dengan kata lain,
Hati yang sangat mudah tersentuh.

"Jangan cepat jatuh hati"
"Sebab engkau mahal. Barang mahal. Jangan jatuh ! "

" Jatuh hati dekat Allah takpe "

kawan-kawan tersayang . Berubah tu benda awesome.
Tapi takde jaminan bahawa nak berubah itu senang. Cuma Allah janji.
Dia janji akan bantu setiap langkah hambaNya. Janji.
Dia nampak setiap usaha hambaNya walaupun ia sekecil kuman.
Walaupun sekecil sel neutrophils, basophils or eosinophils.

Semua pergerakan fluid dalam badan kita. Siapa yang kawal ?
Dengan immunity system segala bagai....Segala sistem badan.

Selagi Allah masih mengawal segala pergerakan "kilang" dalam badan.
Selagi itu kita ni tak lari dengan tugas utama dilahirkan di dunia.
Menjadi seorang Hamba Allah. Biar kita jadi hamba Allah.

Bukan Hamba Lelaki. Hamba manusia. Hamba dunia.

Atau hamba cinta. Hamba cinta lelaki.

Hinanya dianggap sebagai hamba cinta. 

Kita masih ada ibubapa yang perlu dIfikirkan.
We are so busy growing up. They are also growing old.
Kena ingat selalu. Call parents. Not boyfriend.

Ampunkan dosa hambaMu ya Allah ..
Ampunkan jua dosa-dosa orang sekelilingku.

Dan jangan biarkan api neraka terkena kulit ibubapaku walaupun hanya percikannya.
Pelihara mereka. Berkati kehidupan mereka. Ampuni dosa-dosa mereka.


__
-Hamba yang merangkak-

thanks reading my diary