Thursday, 15 January 2015

Sebiru hari ini.

*Ini hanya coretan . Takde kena mengena antara hidup dan mati.*
*Betul ke tidak, aku yang tahu kesahihannya* peace.

Langit memang sentiasa biru. Walaupun bila hujan, awan akan bertukar jadi kelabu.
Dipenuhi air. Sarat kandungannya dengan air.
Tapi langit itu akan tetap warna biru. Cuma bertukar bila malam.

Macam itu juga aku. Aku yang mampu buat memek muka. Mampu tersenyum.
Bila ada masalah, akan tetap cuba untuk tersenyum.
Biar hati ditebali rasa sedih. Jangan tunjuk. Cuba jangan tunjuk.

"Ina, awak kan kuat. Kenapa nak sedih ?"
Stop.
Bila masa aku cakap aku sedih ?

somewhere at UNIMAS. Hakcipta terpelihara.
Tiba-tiba dapat voice wassap daripada seseorang. Seorang sahabat.
Berbunyi dengan nada tak jerit dan tak perlahan .

" Hei ina, kau ada masalah ke ? Aku tengok kau macam berair je mata tadi."

Haha. Aku tergelak. Tanpa sedar,
Aku menangis. Something got into my sight.
Masih ada sahabat yang prihatin terhadap aku.
Memang ada. Sentiasa ada. Cuma aku yang tak sedar.

Lap air mata. Aku balas wassap sahabat aku,
"Haha takdelahh. Mata aku allergic je tadi. Its common *smiley emoticon*"

Betapa mudahnya air mata ini mengalir.
Kadang-kadang airmata tu dapat redakan rasa sedih.
Kadang-kadang juga airmata itu buat aku rasa tak kuat.
Macam orang lemah.

Cuma aku tersedar daripada lamunan sekejap.
Kenapa kita ni mudah lupa ? Bila datang masalah.
Semua benda mula dijadikan bahan untuk kena marah.

Nak ke sampai tahap Allah hilangkan orang yang kita sayang,
Baru kita nak hargai kehadiran diorang ?
Baru dapat rasa diorang ada? Taknak kan..

Pergi Tak Kembali. Mereka ke dunia yang lain.
Pagi tadi aku dikejutkan dengan berita kematian abah Nani(my friend)
Memang tak sangka. Tapi itulah lumrah hidup manusia.
Setiap yang hidup pasti akan mati.
Semoga ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman.

Semalam memang tengah takde kredit.
Dan semalam aku skip tak call parents aku.
Tapi bila dengar berita tuh, aku terus pergi minimart.
Nak beli topup. Nak call parents. Tanpa sedar.
'tiny droplets' jatuh lagi.

Haih ina. Dont skip to call your parents.
Selagi kita masih mampu mendengar suara mereka.
Walaupun takdapat tengok depan-depan. Mereka jauh.

Tapi buatlah apa-apa yang mampu buatkan kita rasa dekat.
Rasa dekat dengan diorang. Buatlah.
\
Jadi selagi aku dan kau masih hidup di alam yang sama.
Alam dunia. Bukan alam barzakh.
Atau alam akhirat. Atau alam-alam lain.

Aku dan kau kena saling menghargai.
dan bersyukur dengan segala yang ada.
Sahabat. Keluarga. Cikgu2. Orang sekeliling.
Paling penting diri sendiri.
Dan paling paling paling penting . Allah.

Kerana Allahlah yang menghadirkan mereka-mereka dekat kau.
Allah yang menghadirkan perasaan sayang .
Kalau mereka-mereka sayang kau.

Bila rasa sedih. Ingat. Innallah maa'na.
Bila rasa apa-apa je. Ingat Dia.

*smiley*




thanks reading my diary

0 Smile for me♒: