Saturday, 11 April 2015

Antara KESEDARAN dan kekuatan.

Hati manusia yang mudah berbolak-balik ini perlukan kesedaran.
Agar tak tersasar daripada landasan "journey to Jannah"
Kadang-kadang kesedaran dah lama berpaut di hati.
Kesedaran mengenai aurat,
Jika berpakaian ketat.
Jika berpakaian jarang.
Jika terjebak dalam kancah couple.

Kita tahu semua tuh salah.

Cuma kadang-kadang kekuatan masih tak kunjung tiba.
Siapa kita yang mengharapkan kekuatan hadir tanpa berusaha?

Sudah lama di hati berputik.
Tapi mengapa kekuatan masih belum kunjung tiba.
Satu suara menjawab,


“CARILAH KEKUATAN!”

Berusaha menyingkap satu-persatu ilmu Allah.
Mengangkat darjat sebagai orang yang berilmu.

Bertebarlah di bumi Allah untuk mencari kekuatan.

Kekuatan untuk break up bila dah sayang sangat our "fake behalf"
Kekuatan untuk pakai tudung labuh.
Kekuatan untuk terus kuat berada di jalan Allah.
Kekuatan untuk terus kuat mempertahankan agama Allah.

Tak ada jaminan bahawa segalanya mudah.

Tapi ingat, mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.
Jom sama-sama merangkak dan berlari menggapai manisnya iman.
Menggapai manisnya syurga.

Kita nak masuk syurga ramai-ramai kan ?

"Niat di hati ingin ke syurga,
Namun amal, banyak lopongnya,
Aduhai teman, usahlah berduka,
Bukankah Dia, luas keampunannya?"

Dengan bertebaran mencari kekuatan. 
Semoga datanglah kekuatan yang utuh untuk mengamalkan kesedaran,

“Dan barangsiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki) yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana Allah dan RasulNya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh,pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang.”

Bi taufik wannajah!

Sama-sama, Jom ?

p/s: Wait my writing :)





thanks reading my diary

0 Smile for me♒: