Tuesday, 7 April 2015

sahabat vs perasaan.

Nilai air mata itu sangat mahal sayang.
Biarpun mudah ia menonjolkan diri.
Biarpun orang takpernah nampak apa nilai yang ada padanya.

Abah pun cakap, aku ni sensitif sangat.

Sensitif sensitif aku, perasaan orang lain masih diberi keutamaan.
Sebab aku sedar, bukan aku sorang yang hidup kat dunia ni.
Banyak hati yang perlu dijaga.

Walaupun hati sendiri yang kerap merana tak diendahkan.

"Wahai orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mencemuh yang lain, kerana boleh jadi mereka yang dicemuh lebih baik daripada yang mencemuh"
-Surah al-Hujurat(49:11)

"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka buruk, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Sudah tentu kamu berasa jijik."
surah al- Hujurat(49:12)

Biar hanya Allah yang tahu segala isi hati aku.
Biar hanya Allah yang tahu betapa aku sayangkan engkau.
Kerana Dia telah mencampakkan rasa kasih dan sayang sahabat kepada aku dulu.
Mana mungkin aku nak tolak hadiah itu.

Walaupun mungkin kau takpernah sedar kesalahan sendiri.
Allah. Ampunkan segala dosa aku dan dosa dia.
Sekali ina sayang. Selamanya ina sayang.

Buat awak, Yang jadi roommate ina since June 2014.
Till 06/04/2015. Aku pindah sebab aku nak kau bahagia.
Sebab aku sayang kau. Rasa sayang yang sukar diungkapkan.

I stick with your words
"Lebih baik balik bilik tengok dinding daripada tengok orang"

Buat ke kali yang berapa kali, aku berjanji pada hati,
"Ina, pedulikan dia. Dia takpernah pedulikan kau"

Dan aku takmampu kawal diri.
Aku langgar perjanjian hati itu.

Buat ke kali yang berapa kali, aku akan mula mengikat janji yang sama.
Tetap juga, Aku langgar.
Aku takmampu.

Aku takmampu jadi selfish untuk hanya pikirkan hati sendiri.
Biarlah Allah menjadi saksi.

Ina, keep the strong you. Sabr is half of iman.




thanks reading my diary

0 Smile for me♒: