Sunday, 17 May 2015

Berubah itu superb HEBAT.

Hari ini ina rasa nak berkongsi sesuatu. Inshaa Allah.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani;
Datanglah seberapa banyak mana pun kenangan-kenangan lama, kenangan zaman jahiliyyah kau, yang buatkan engkau rasa desire nak buat balik semua tuh.

Yang buat kau lontarkan pernyataan "Siapa cakap berubah ni senang. Jangan judge aku. Korang taktahu kisah silam aku macam mana"

Rasa desire nak buat tu makin meluap-luap.
Sebab kau nampak ada orang lain buat .

Nampak orang dating.
Nampak orang menari.
Nampak orang make-up.
etc.

Pejam mata, ambil tangan letak kat hati , cakap;
"Bukankah aku berubah sebab Allah? Jangan pernah menyesal wahai diri. "
Jangan pertikaikan kenapa mereka-mereka keluarkan pernyataan itu.
Selagi kisah silam mereka masih kita taktahu.

Sekali lagi, we have no right to judge others.

Semua orang ada kenangan. Kenangan yang buat kita rasa bahagia.
Kenangan yang buat kita rasa rindu nak buat sesuatu yang pernah kita buat.

Bila teringat kisah-kisah jahiliyyah mereka.
Biarlah mereka.
Itu hak mereka.

Kalau kisah silam yang malap itu mereka takmalu untuk ceritakan dekat kita.
Rasalah bertuah.

Sebab taksemua orang mampu tahu.

Kisah silam mereka adalah penyebab apa mereka sekarang.

Salah satu sebab mereka jadi hebat.

Mereka hebat. 
Hebat sebab kisah silam mereka.

Hebat sebab,
Sebab mereka tinggalkan kenangan mereka, masa silam mereka.

Yang takmungkin mereka akan berpaling semula.
Untuk buat apa yang mereka tinggalkan.
Bila kerinduan mereka pada kenangan bertaut.

Hebat sebab,
Mereka tinggalkan benda yang pernah jadi darah daging mereka.
*darah daging tau? subhanallah*

Hebat sebab,
Mereka tinggalkan keduniaan untuk mencari akhirat.

Hebat sebab,
Mereka jadi orang yang sayangkan Allah lebih daripada segalanya.
*mereka tinggalkan cinta hamba. Cinta dunia*

Usahlah gusar dengan janji Allah,

Untuk yang nak berubah dan sudah berubah,

Berbahagialah kamu.
Rasalah bahagia tatkala kau bangun dengan rasa Islam.
Tatkala semua yang kau buat hanya untuk keredhaan Allah.
Tatkala pakaian kau pakaian takwa.

Berbahagialah.
Tatkala satu hari nanti kau rasa bahagia sebab TAKSANGKA.

Tatkala kau bermonolog;
"Taksangka aku mampu melangkah sejauh ini."
Saat kau pandang sekeliling. Ada saudara-saudara seislam kau yang masih belum berbalik pada fitrah.


BERUBAH.
Mereka orang hebat.
Aku, kau, kita yang nak berubah dan berubah.
Kita hebat. Hebat yang superb hebat.
Subhanallah.

Terima kasih Allah,

Kita nak jadi hebat? Berubahlah.

Takda jaminan bahawa setiap perubahan senang,
Tapi Allah sentiasa ada untuk beri kekuatan. Percayalah.
Bi taufik wannajah.

Jom? Kita nak sama-sama masuk syurga kan ?

*Untuk dihargai, lihatlah pandangan Allah.
Bukan pandangan manusia.

Kita kena kuat. Sebab Allah.
Kita kena kuat. Untuk Ummah.


thanks reading my diary

0 Smile for me♒: