Wednesday, 13 May 2015

syurga RUMAH kita

\
Kita bukan penduduk bumi, kita adalah penduduk syurga.
Kita tak berasal dari bumi, kita berasal dari syurga.

Maka carilah bekal untuk ke rumah.
Kembali semula ke kampung halaman.
Dunia bukan rumah kita.
Maka jangan cari kesenangan dunia.

Kita hanya pejalan kaki dalam perjalanan kembali ke rumah.

Bukankah mereka yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah,
selalu teringat akan rumah dan mereka mencari buah tangan,
untuk kekasih hatinya yang menunggu di rumah ?

Lantas, apa yang kita bawa untuk penghuni rumah kita?
Rabb yang mulia?

Dia hanya meminta amal soleh dan keimanan.
Serta rasa rindu padaNya yang menanti di rumah.
Begitu beratkah memenuhi harapannya?

Kita tak berasal dari bumi.
Kita adalah penduduk syurga.
Rumah kita jauh lebih indah di sana.

Kenikmatannya tiada terlukiskan,
Dihuni oleh orang-orang yang mencintai kita.
Ada isteri solehah serta tetangga dan kerabat yang menyejukkan hati.

Mereka rindu kehadiran kita.
Setiap saat meratap menanti kedatangan kita,
Mereka menanti khabar baik daripada malaikat Izrail.
Bila keluarga mereka akan pulang.

Ikutilah peta(al-Quran) yang Allah titipkan, sebagai pedoman perjalanan.
Jangan sampai salah arah dan berbelok ke rumah iblis laknatullah(hell).

Kita BUKAN penduduk bumi.
Kita penduduk syurga.

Bumi hanyalah persinggahan perjalanan kita.
Kembalilah ke rumah.

Subhanallah. Semoga sampai ke hati-hati kita yang sentiasa dambakan kedamaian dan pedoman.
#catatancaknun


thanks reading my diary

0 Smile for me♒: