Friday, 19 June 2015

Move on from cinta hamba, cari cintaNya!


             “Sudah-sudahlah tu. Bila nak move on ni Afza”
Afza hanya mampu tunduk menjawab,
            “Tapi kenangan dia lima tahun dalam buku diari aku tau
             “45/50 pasal dia Noha”
            “Aku cuba nak move-on”
            “cuba”
Noha mendekatkan diri kepada sahabat yang dikasihi di hadapannya. Memeluk erat.
             “Memang susah nak move on Afza, I know but……….. kalau kau nak continue your relationship with him pun……......”

Kata-katanya terhenti.
Diamnya agak lama.
                 “Aku takkan sokong
Sambungnya lagi.
                 “Cuma aku akan berusaha untuk tolong kau cari cinta Allah”
                 “Hanya cinta Allah yang mampu jadi ticket kau dan aku mampu jumpa kembali di syurgaNya”
                 “Sekaligus lunaskan impian dan makna kejayaan pada kita”
                 “Do you forget what the definition of success to us?”
Afza mengangkat mukanya. Kelihatan air mata masih bersisa di tabir mata dan pipinya basah. Terlalu sebak dengan kenangan yang datangnya tak dipinta. Tidak lama selepas itu, lantas soalan Noha dijawab;
                “Mestilah ingat”
                Being reunited with your family and friends in Jannah, That’s my definition of success”

                Afza kelihatan muram dan sedih selepas terbuka account instagram seseorang yang pernah disayanginya. Mungkin si dia memiliki ratu hati yang baru (sangkaanya), Noha perasan perubahan sikap Afza. Mana tidaknya, sedang asyik melihat skrin telefon, tiba-tiba ada air jernih yang jatuh.

                “Afza taknak jumpa Noha dalam syurga?” Noha bertanya.
Afza mengangkat wajahnya memandang Noha.
                 “Can you stop giving me such question dear?”sentap nadanya.
                 “Of course Afza nak capai cita-cita Afza, lunaskan definition of success kita”
                 “Terima kasih sahabat kerana selalu mengingatkan”

Peringatan sopan penulis: Cerita ini tiada kaitan antara hidup dan mati. Moga ada nasihat yang mampu sampai ke hati. Allahuma yubarik fik. Kalau betul itu rahsia hati dengan Allah. Tapi buat setakat ini, tak ada. Mungkin.
-The End (with smile)-

Jadilah sahabat itu, saling menguatkan. Supaya taklari daripada hidup berlandaskan iman.
Semoga kita mampu mendapat, semua kita mampu membuat.
Sungguh manusia kalah dengan emosi.
Sungguh manusia kalah dengan kenangan.

Untuk awak-awak yang masih takdapat move-on,
Move-on tetap kena move-on. Sampai bila? Hidup ini terlalu singkat untuk mengisi hati dengan perkara yang semestinya bukan memberi kebaikan kepada ummah. Bukankah kita hidup untuk ummah?
Bukankah hidup kita kerana Allah?
Bukankah cinta kita kerana Allah?

Syaitan itu takpernah berlenggang berhenti menyesatkan.

*bingung*

Apa sebenarnya yang ingin disampaikan? Asif kepada sesiapa yang masih belum dapat menangkap. Jujur, aku hanya berceloteh mengenai pengalaman hidup. Supaya apabila seseorang mengeluarkan kenyataan;
                “kau tak rasa boleh lah senang-senang cakap macam tu”
Dengan penuh hikmah dan bijaksana, mampu dijawab.

Well, Biasalah. Remaja.
Taklari daripada semua kes-kes perasaan ni. 
Aku tahu sebab umur aku pun masih ade sentence of teen dibelakang.

Kalau ada mahkamah hati, mungkin kes jatuh cinta bukan pada yang selayaknya ini mampu dikenakan hukuman mandatori iaitu hukuman pembersihan jiwa.

Kerana itu amat penting mencari sahabat yang bakal memandu kita ke jalan yang  betul. Sahabat yang takjenuh memberi nasihat walaupun diberi feedbacks yang teruk. Sahabat yang saling menguatkan untuk sama-sama terus hidup berlandaskan iman.

Sahabat yang sama-sama menjadikan Islam as deen, cara hidup. Bukan sekadar dengan bangganya memegang status i am a muslim, tapi part hati yang menjadi raja kerajaan diri pun hancussss.
Astaghfirullahallazim.
Ampunkan aku, ampunkan kami ya Allah.

(Pahala)dari Allah itu bukanlah angan-anganmu dan bukan (pula) angan-angan ahli Kitab. Barang siapa mengerjakan kejahatan, nescaya akan dibalas sesuai dengan kejahatan itu dan dia tidak akan mendapat pelindung selain Allah.

(al-Nisaa’:123)

Tiba-tiba rasa rindu dengan past?
Sahabatku sayang, rindu bukan tiket untuk dirindui. Sayang bukan maksudnya perlu disayangi kembali. Ada benda, kita kena belajar memberi instead of menerima.

Barang yang lepas jangan dikenang(hehehehehehhe).  Kita mulakan jaga hubungan dengan Allah. Yang dah lepas, biarkan lepas. Kita ada masa depan yang perlu dikejar. Kita ada Allah yang tak pernah jemu teman kita, setiap masa.


Move on wahai sahabatku sayang! Mulakan hidup yang baru. Tak payah stalk-stalk, tak payah layan emosi. Pergi ambil wudhu, merintih minta keampunan Allah atas kekhilafan diri yang pernah membiarkan Dia bukan di carta pertama dalam hati.

Sudah-sudahlah kita mengkhianati cinta kita kepada yang al-Haq.

Bermujahadahlah,
Kawal nafsu dengan akal.
Takkan rugi sebab syurga tu manis. Mahal.

Jadi diri kita yang baru. Biarlah apa orang nak kata, kita ada Allah.

“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya”

Pilihan ada di tangan kita.

“Apa-apa yang membawa kepada JAHANNAM BUKAN CINTA NAMANYA”;
Simfoni Cinta, Hilal Asyraf.

*kesat peluh. Fuh! Serius entri ni. Allahuma yubarik fik*
*sengih Nampak gigi dan dimples*

Tadah tangan,
Bismillahirrahmanirrahim..
“Tuhan usah bebankan kami dengan bebanan yang berat.
Seperti yang pernah Engkau berikan kepada umat-umat yang terdahulu dari kami.
Maafkan segala kesilapan, Ampunkanlah dosa, Rahmatilah kami”

Pentingnya dalam mencari sahabat yang solehah.

Pegang tangan sahabat, kata.
“Susah dan senang kita tempuh bersama, Bertemu dan berpisah kerana Allah”

thanks reading my diary

Friday, 5 June 2015

"cultural shock?" (tudung)

Peperangan yang sebenar,
Perwatakan diri yang sebenar.
Kekuatan diri yang sebenar.
Kelemahan diri yang sebenar.
Semua akan terlihat, tatkala kau berganjak ke universiti.
SUDAH memijak bumi universiti.

Tatkala dunia kau bukan lagi dihadirkan sang guru untuk menjadi sang penasihat,
Tatkala dunia kau bukan lagi disisi ibubapa seperti dulu.
Its a battle between your own.


Masa ni. Kalau kau jatuh, baru akan rasa betul-betul jatuh.

dan,

Iman dalam hati.

Memang something compulsory untuk dibawa. Kedua barulah perwatakan.

......................................................
Pagi itu, Afza bangun tidur seperti biasa. I-phone kesayangannya lantas diambil kerana menyedari kehadiran gambar daripada si pengirim misteri.

Gambar sedang loading.

Loading.......Loading......loading

Keluar gambar perempuan memakai purdah. Purdah berwarna hitam. Dengan caption; 


"wahai bakal bidadari syurga, izinkan aku mengenalimu"

Itu  bukanlah gambar Afza kerana Afza masih belum berpurdah. Tetapi masih tetap mengenakan tudung labuh untuk melitupi badan kecilnya. That's one point. Afza bertudung labuh. Memang sungguh indah dipandang.

Pada mulanya, ketidakselesaan jelas terpapar pada perilaku Afza tatkala si pengirim misteri sudah berani mengajaknya untuk keluar makan bersama-sama.

Tetapi Afza bijak menolak.

Petang. 4:12

Selepas menunaikan solat Asar, langkah perempuan seramai lima orang dan lelaki seramai dua orang kelihatan berjalan dalam kumpulan. Mereka hendak pergi ke gerai makan tidak berjauhan dari kampus. tiga kangkang kera mungkin.

Afza ada dalam golongan lima sahabat perempuan.

Si pengirim misteri ada dalam golongan dua sahabat lelaki.

Memang rancangan mereka untuk berjumpa buat yang pertama kalinya.

Kukira Afza sudah tidak bijak menolak ajakan.

Saban hari, Afza dan si pengirim misteri yang sudah diketahui identitinya dilihat semakin kerap berjumpa. Sampaikan, hanya keluar berdua-duaan dengan si pengirim misteri jika mahu membeli keperluan di luar kampus. Keakraban jelas terlihat oleh banyak mata yang melihat.

Sampai digelar couple of the batch.

Sampai sudah berani duduk bersebelahan di dalam kelas. Tanpa segan.

Sampai sudah berkali-kali dilihat berdating di cafe kolej. Tanpa segan.

Maka manusia-manusia yang sangat suka menilai melalui pemerhatian, (memang sifat manusia).

Yang memiliki pelbagai presepsi.

Mulalah menjadi judges tak berbayar. Mulalah ada hamburan yang kadangkala diselitkan cacian dan makian.

"Alaa. Aku yang takpakai tudung rasa malu nak dating"
"Bukan nak cakap apa, pakai tudung labuh kot"
"Peh lelaki tuu pun, bukan budak masjid ke?"

Sort a while, there comes the sound from the heart.

Can you stop giving them such feed backs?

Silent.

All of sudden.

"If nak benci sesuatu, bencilah perbuatannya. Bukan orangnya"

continue,

"Dia dahpakai tudung labuh, ikutlah dia pakai tudung tu" sambil senyum ikhlas.
"Tapi janganlah ikut benda-benda takbaik yang dia buat sayang" senyum lagi.

"Dont be judges"

Belajarlah daripada kesalahan orang lain dan kesalahan diri sendiri(compulsory)

satu suara lain menyampuk seakan berbisik bunyinya.

"Tapi dia benchmark"

"Kami tak benci dia, cuma kalau dia yang pakai tudung labuh pun macam tu..."

Bila cinta tanpa lafaz nikah memaut hati, Seolah-olah hilang arah diri.

Hebat panahan cinta manusia. Sebab tu kena beware. jauhkan diri!
*Tapi kali ni bukan entri pasal cinta*

Wallahualam.


...........................................


Subhanallah. She call perempuan tudung labuh as a benchmark.

Antara rangking teratas,

Guru kepada sang hamba yang imannya kehausan.

                        BEWARE:

"Student will follow teachers' behaviors more than their advices"


Jadi, bila semakin "famous" dan dijadikan benchmark. Dijadikan guru.
Semakin banyaklah cabaran. Semakin banyaklah yang perlu dilakukan.

"Derrrrr. aku bukan malaikat"

Orang hebat takkan cepat mengalah dengan ajakan syaitan.

Belajarlah daripada kesalahan orang lain dan kesalahan diri sendiri(compulsory)

U.N.I.V.E.R.S.I.T.I
Inilah dunia battle yang sebenar.

Setelah mengumpul bekalan iman di zaman sejak kecil.

Masa ni, Takkisahlah awak asalnya daripada mana.
SBP ke. Sekolah Agama. Tahfiz. Sekolah biasa. Politeknik.
Yang diperlukan adalah iman.

Yang diperlukan untuk peperangan-peperangan seterusnya dalam hidup.
Selepas peperangan di universiti. Baitul muslim menunggu.

Sifat hati manusia memang amat mudah berbolak balik.
Tetapi kawallah pusingannya agar tak selamanya berada di bawah.

Di takuk jahiliyyah.

Bertebarlah di bumi untuk mencari ilmu akhirat. Kerana hakikatnya, semua tempat adalah bumi tarbiyyah walaupun dicampak keseorangan di Madagascar hanya ditemani haiwan-haiwan.

Zaman inilah(kehidupan universiti), Kita akan lihat;

Perempuan tudung labuh bonceng motosikal dengan pakwe.
Si penghafaz 30 juzuk tanpa segan tersepit dalam kumpulan perempuan.
Banyak.

Biar terkejut. Cuma jangan ikut.

Kerana syaitan memang takpernah lelah hendak menyesatkan manusia.

Perempuan.
Hendak menjadi secantik-cantik perhiasan.
Atau sebesar-besar fitnah?

Aku perempuan. Mungkin juga engkau yang baca perempuan.
We girl. We choose.

Berbahagialah wahai bakal bidadari syurga.

Allahuma yubarik fik.

Buat permata yang aku cintai, juga diri ini.
Sisters,

Be a girl with mind, a woman with attitude. a lady with class.
But most importantly,
Be a good muslimah with a strong faith.


"Allah guides whom He Wills"
(28:56)

Jangan berhenti mentarbiyyahkan diri. Allahuma balighna Ramadhan.

Inshaa Allah. Ina hentikan coretan sampai ke baris ini. Kejap.
Nah Hadiah Hilal Asyraf.

"Cinta yang sebenar adalah ingin bersama ke JannahNya.
Maka apa-apa yang membawa ke jahannam, itu bukan cinta namaNya"
-Simfoni Cinta, Hilal Asyraf-


thanks reading my diary