Friday, 19 June 2015

Move on from cinta hamba, cari cintaNya!


             “Sudah-sudahlah tu. Bila nak move on ni Afza”
Afza hanya mampu tunduk menjawab,
            “Tapi kenangan dia lima tahun dalam buku diari aku tau
             “45/50 pasal dia Noha”
            “Aku cuba nak move-on”
            “cuba”
Noha mendekatkan diri kepada sahabat yang dikasihi di hadapannya. Memeluk erat.
             “Memang susah nak move on Afza, I know but……….. kalau kau nak continue your relationship with him pun……......”

Kata-katanya terhenti.
Diamnya agak lama.
                 “Aku takkan sokong
Sambungnya lagi.
                 “Cuma aku akan berusaha untuk tolong kau cari cinta Allah”
                 “Hanya cinta Allah yang mampu jadi ticket kau dan aku mampu jumpa kembali di syurgaNya”
                 “Sekaligus lunaskan impian dan makna kejayaan pada kita”
                 “Do you forget what the definition of success to us?”
Afza mengangkat mukanya. Kelihatan air mata masih bersisa di tabir mata dan pipinya basah. Terlalu sebak dengan kenangan yang datangnya tak dipinta. Tidak lama selepas itu, lantas soalan Noha dijawab;
                “Mestilah ingat”
                Being reunited with your family and friends in Jannah, That’s my definition of success”

                Afza kelihatan muram dan sedih selepas terbuka account instagram seseorang yang pernah disayanginya. Mungkin si dia memiliki ratu hati yang baru (sangkaanya), Noha perasan perubahan sikap Afza. Mana tidaknya, sedang asyik melihat skrin telefon, tiba-tiba ada air jernih yang jatuh.

                “Afza taknak jumpa Noha dalam syurga?” Noha bertanya.
Afza mengangkat wajahnya memandang Noha.
                 “Can you stop giving me such question dear?”sentap nadanya.
                 “Of course Afza nak capai cita-cita Afza, lunaskan definition of success kita”
                 “Terima kasih sahabat kerana selalu mengingatkan”

Peringatan sopan penulis: Cerita ini tiada kaitan antara hidup dan mati. Moga ada nasihat yang mampu sampai ke hati. Allahuma yubarik fik. Kalau betul itu rahsia hati dengan Allah. Tapi buat setakat ini, tak ada. Mungkin.
-The End (with smile)-

Jadilah sahabat itu, saling menguatkan. Supaya taklari daripada hidup berlandaskan iman.
Semoga kita mampu mendapat, semua kita mampu membuat.
Sungguh manusia kalah dengan emosi.
Sungguh manusia kalah dengan kenangan.

Untuk awak-awak yang masih takdapat move-on,
Move-on tetap kena move-on. Sampai bila? Hidup ini terlalu singkat untuk mengisi hati dengan perkara yang semestinya bukan memberi kebaikan kepada ummah. Bukankah kita hidup untuk ummah?
Bukankah hidup kita kerana Allah?
Bukankah cinta kita kerana Allah?

Syaitan itu takpernah berlenggang berhenti menyesatkan.

*bingung*

Apa sebenarnya yang ingin disampaikan? Asif kepada sesiapa yang masih belum dapat menangkap. Jujur, aku hanya berceloteh mengenai pengalaman hidup. Supaya apabila seseorang mengeluarkan kenyataan;
                “kau tak rasa boleh lah senang-senang cakap macam tu”
Dengan penuh hikmah dan bijaksana, mampu dijawab.

Well, Biasalah. Remaja.
Taklari daripada semua kes-kes perasaan ni. 
Aku tahu sebab umur aku pun masih ade sentence of teen dibelakang.

Kalau ada mahkamah hati, mungkin kes jatuh cinta bukan pada yang selayaknya ini mampu dikenakan hukuman mandatori iaitu hukuman pembersihan jiwa.

Kerana itu amat penting mencari sahabat yang bakal memandu kita ke jalan yang  betul. Sahabat yang takjenuh memberi nasihat walaupun diberi feedbacks yang teruk. Sahabat yang saling menguatkan untuk sama-sama terus hidup berlandaskan iman.

Sahabat yang sama-sama menjadikan Islam as deen, cara hidup. Bukan sekadar dengan bangganya memegang status i am a muslim, tapi part hati yang menjadi raja kerajaan diri pun hancussss.
Astaghfirullahallazim.
Ampunkan aku, ampunkan kami ya Allah.

(Pahala)dari Allah itu bukanlah angan-anganmu dan bukan (pula) angan-angan ahli Kitab. Barang siapa mengerjakan kejahatan, nescaya akan dibalas sesuai dengan kejahatan itu dan dia tidak akan mendapat pelindung selain Allah.

(al-Nisaa’:123)

Tiba-tiba rasa rindu dengan past?
Sahabatku sayang, rindu bukan tiket untuk dirindui. Sayang bukan maksudnya perlu disayangi kembali. Ada benda, kita kena belajar memberi instead of menerima.

Barang yang lepas jangan dikenang(hehehehehehhe).  Kita mulakan jaga hubungan dengan Allah. Yang dah lepas, biarkan lepas. Kita ada masa depan yang perlu dikejar. Kita ada Allah yang tak pernah jemu teman kita, setiap masa.


Move on wahai sahabatku sayang! Mulakan hidup yang baru. Tak payah stalk-stalk, tak payah layan emosi. Pergi ambil wudhu, merintih minta keampunan Allah atas kekhilafan diri yang pernah membiarkan Dia bukan di carta pertama dalam hati.

Sudah-sudahlah kita mengkhianati cinta kita kepada yang al-Haq.

Bermujahadahlah,
Kawal nafsu dengan akal.
Takkan rugi sebab syurga tu manis. Mahal.

Jadi diri kita yang baru. Biarlah apa orang nak kata, kita ada Allah.

“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya”

Pilihan ada di tangan kita.

“Apa-apa yang membawa kepada JAHANNAM BUKAN CINTA NAMANYA”;
Simfoni Cinta, Hilal Asyraf.

*kesat peluh. Fuh! Serius entri ni. Allahuma yubarik fik*
*sengih Nampak gigi dan dimples*

Tadah tangan,
Bismillahirrahmanirrahim..
“Tuhan usah bebankan kami dengan bebanan yang berat.
Seperti yang pernah Engkau berikan kepada umat-umat yang terdahulu dari kami.
Maafkan segala kesilapan, Ampunkanlah dosa, Rahmatilah kami”

Pentingnya dalam mencari sahabat yang solehah.

Pegang tangan sahabat, kata.
“Susah dan senang kita tempuh bersama, Bertemu dan berpisah kerana Allah”

thanks reading my diary

0 Smile for me♒: