Wednesday, 26 August 2015

Coretan hati-ukhwahfillah berlainan jantina?

p/s: Watak-watak dalam cerita ini hanyalah watak yang takpernah wujud dalam mana-mana alam. Hanya cerita dan langsung tiada kaitan antara hidup dan mati.
Tepat pukul 3:30 petang, kelihatan sebuah kereta viva putih memarkir kenderaan dihadapan pintu utama Masjid Sultan Abu Bakar, Johor. Ternyata, Singapura yang dulunya jelas dapat dilihat daripada bukit atas ini sudah kelihatan agak kabur untuk dilihat. Laut selat tebrau seakan-akan ditebali kabus yang sangat tebal. Mungkin kerana aktiviti pembinaan Waterfront City yang sedang giat dilaksanakan di pantai selat Tebrau selepas ditambak.

Agaknya, jika usaha menambak selat tebrau terus giat dilaksanakan oleh kedua-dua buah negara, maka Tanah Malaysia akan bercantum dengan Singapura. hehehe

Setebal-tebal kabus, tebal lagi hati aku yang susah untuk menerima kehadiran lelaki untuk dibiarkan bertakhta dalam hati. Tapi kali ini, hati yang sudah sekian lama dijaga supaya tidak terpesona dan dihinggapi walau secebis perasaan minat kepada yang berlainan jantina; Aku terasa tewas.

Ya, aku Afza Ammar binti Wazir terasa tewas.

Afza keluar daripada kereta dan diikuti oleh seorang lelaki daripada pintu depan tempat duduk driver. Mata mereka tertumpu kepada keindahan Masjid Sultan Abu Bakar yang sudah sekian lama tidak dijejaki. Sungguh indah. Mereka berjalan bersama ke pintu utama masjid yang sangat indah itu. Sampai di tangga masjid, mereka membuka kasut masing-masing. Afza menyimpan kasut mereka yang secara tidak sengaja warnanya sama, warna coklat di rak kasut di tepi dinding.

Tiba-tiba seorang makcik yang hanya memerhati gelagat mereka di tangga hadapan pintu masjid daripada tadi mengeluarkan suara,

              "Wah sepadan sejoli je korang ni"

              "Korang duduk mana?"

Soalan dijawab oleh lelaki yang bersama Afza, Ammar namanya. Dengan sangat sopan persis bagaimana Afza mengenalinya sejak daripada dulu.

Mereka melangkah masuk ke dalam masjid dan mengubah haluan masing-masing untuk ke tempat solat. Afza melangkah ke kiri, Ammar melangkah ke kanan. Usai solat, makcik tadi masih ada di tangga masjid seakan menunggu sesuatu. Afza dan Ammar memberi salam kepada makcik itu sambil kedua-duanya tersenyum. Lalu, langkah dilajukan menuju ke arah kereta yang mereka naiki tadi.

Kahwin, Satu perkataan mendalam yang terasa amatlah nonsense untuk Afza. Antara risik, tunang dan Kahwin. Kahwin adalah di rangking teratas bagi susunan Nonsense Afza. Walaupun seringkali dihinggapi dugaan lelaki-lelaki yang datang berjumpa keluarga untuk merisik, malahan ada yang meminta untuk terus ditunangkan. Ternyata Afza memang sekerasnya menepis. Kerana dia masih muda katanya. Memang ramai rakan-rakan sebaya Afza yang sudah berkahwin pada usia sebegini, tapi untuk Afza. That's not for me.

Sudah lama tidak jatuh hati. Tetapi dengan lelaki yang seorang ini, ternyata pagar yang mengelilingi hati Afza seakan-akan runtuh sedikit. Runtuh tanpa sedar dengan melihat segala perilaku Ammar yang amat menyenangkan lagi-lagi apabila berkata-kata dengan orang tua.

Sebenarnya, pertemuan mereka pada kali ini amatlah tak disangka kerana tiada sebarang perancangan langsung yang dirancang mereka. Sudah bertahun takpernah bersua.

Pertemuan ini juga tanpa sengaja apabila Ammar sanggup menemani Afza untuk bertemu Asila, kawan baik Afza yang rumahnya terletak di Batu Pahat.  Akan mengambil masa lebih kurang empat jam untuk ke sana daripada rumah Afza. Afza pula masih tidak berani untuk memandu dalam jarak yang jauh.

Pertemuan yang sememangnya diakui, menghadirkan sesuatu dalam hati Afza. Perasaan terasa mahu meminjam Ammar for the rest of her life. Serious.

Selepas menghantar Ammar pulang ke rumahnya, Afza memandu kenderaan bersendirian meredah jalan Bandar Johor Bahru yang amatlah sesak. Maklumlah sedang peak hour,

Afza menangis sendirian apabila seakan-akan mula sedar Ammar sudah tiada lagi di sebelahnya. She feel something.

"CINTA YANG SEBENAR ADALAH INGIN BERSAMA KE JANNAHNYA, MAKA APA-APA YANG MEMBAWA KEPADA JAHANNAM BUKAN CINTA NAMANYA"

Astaghfirullahalazim. Panjang kata istighfar Afza lontarkan. Ternyata hatinya masih hidup. Ternyata Afza lebih cuba untuk melebihkan sayangnya tetap pada cinta yang Agung.

Biar pun perasaan itu datang mengetuk walaupun ketukkannya halus, tak mungkin hati yang bermaksiat mampu bercampur dengan hati yang cintakan Allah. Apa yang haram tetap akan haram. Tapi usaha menghalalkan boleh dilakukan.

Jadi, tercoretlah sesuatu di dalam diary Afza;

"Ya Allah, sentiasalah kau pelihara hati-hati kami ya Allah. Let us put you as the first thing, always. Kalau kehadiran dia menjauhkan aku dariMu, maka jauhkanlah dia dariku. Aku rela"

"Walaupun hanya mampu bersahabat sahaja dengannya, biarlah persahabatan kami bukan sekadar terhenti di dunia. Aku hendak persahabatan yang membawa ke syurga. Ke syurga. Aku ulang lagi, ke syurgaMu ya Allah"
Hakikatnya, Ammar tetap lelaki. Afza tetap perempuan. Everything that they want to do, it is forbidden in Islam. Islam adalah agama yang sangat menjaga. Agama yang sangat halus.

Sabar dengan ketentuan Allah. Itu kunci utama.

Then when everything is halal, semuanya akan terlaksana di bawah redha Allah.

Apa yang didambakan manusia selain mencari redha Allah? Maka untuk suatu hubungan pun, redha Allah adalah perkara yang paling penting. Lagi-lagi hubungan antara lelaki dan perempuan.

Kerana ukhwahfillah ini, fokus kami hanyalah keredhaan Allah. Ya, maka perlu berpisah pun tidak mengapa. Tidak dapat balasan pun tidak mengapa. Tidak selalu bersembang pun tidak mengapa. Cukup sekadar kita tahu bahawa orang yang kita sayangi itu bergerak di atas jalan Allah, menjaga diri mereka dan menjadi pekerja-pekerja Allah di atas muka bumiNya. Itu sahaja sudah mengembangkan jiwa. Itu sahaja sudah melebihi segala-galanya.

Sebab tujuan utamanya adalah untuk bersama-sama buat selamanya.

Ya, bersama buat selamanya.

Di manakah kemuncak ukhwahfillah itu akan berlaku? Semestinya di syurga sana.

Ya, hanya yang melaksanakannya sahaja yang akan merasa. Yang berpusing-pusing dalam teori, takkan memahaminya.

Jadi kalau tindak-tanduk kita melemahkan keimanan sang Adam. Dear sister, You know what you should do right? 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Rapuhnya hati-hati sebahagian perempuan.  Dear brothers, you know what you should do right?
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Maka ukhwahfillah itu mampu kita bina apabila kita faham akan hubungan kita terhadap Allah"

Ya, akhirnya Allah jugalah tempat ini kembali, andai mahu membina ukhwahfilllah yang asyik ini.

.
.
.
.

Ukhwahfillah berlainan jantina walaupun tak diselitkan kata, "Akuu sayang kau dok"

Tapi di dalam doa , sahabat itu sangat bernilai. Sayang sahabat? Maka jangan biarkannya terawang-awangan dengan perasaan. Usahaalah melakukan sesuatu agar dia takpernah jauh daripada yang Esa. Kita ada senjata, doa.

Syurga, syurga, syurga.

Mustahil ke sana tanpa merapati Tuan Penciptanya bukan?

Sangat indah ubat yang Allah hadirkan hanya dengan bermuhasabah seketika. If He is the one, Inshaa Allah. If not, Allah sebaik-baik perancang dan pemberi rezeki.

Cinta Allah yang suci jangan sesekali dinodai. Syaitan takkan pernah berhenti menyesatkan.

Tersenyum.

Lets not turning fitrah to fitnah.

Alhamdulillah atas nikmat ini, Allah.

Nikmat menyedarkan kembali hati. Terima kasih Allah.



--Coretan Afza, 26th August 2015--

Eh, tanpa sedar. Dah habis cerita ni. ahaaa.

p/s: Moga ada mesej yang sampai daripada cerita pendek ini, Hati itu raja kerajaan hati. Peliharalah walaupun payah.


thanks reading my diary

0 Smile for me♒: