Thursday, 22 October 2015

Biar Saja, Sahabat.

Sudahlah. Kalau sikit takpa,
Dia pernah cakap kat aku;

          Jangan perasan diri bagus sangat.
          Aku Hipokrit dalam berukhwah.

          Sekarang, aku dah takda masa nak berpusing-pusing dalam teori.


Memori.
Itu yang agaknya kau harapkan. Maka, biarkanlah terus setia segala yang pernah berlaku antara kita. Menjadi satu memori.
Memori aku seakan merampas persahabatan korang, semua.

Maaflah teman, terlalu banyak kekurangan diri ini yang mampu menjadi kabus tebal menebali setiap kebaikan yang dulu pernah kau nampak  ada dalam diri.

Jika perlu sepuluh tahun kita berpisah, biarlah.
Jika takmampu lagi berjumpa sehingga nafas yang terakhir, biarlah.

Cuma doa itu takkan pernah lekang; tetap untuk kau. Seperti dulu.


Tipu, kalau langsung takpernah rindu. Hahahahahahahaha.
*gelak sambil mata dah start kabur*


Maaf teman, andai aku takmampu memaafkan.

Setiap tindak-tanduk kau, seakan aku yang bersalah.
Hakikatnya, siapa yang benar siapa yang salah takmampu ditafsir.

Maka, biarlah seberapa banyak air mata turun membasahi sejadah kerana memohon agar diberi kekuatan untuk terus percaya bahawa Allah sayangkan persahabatan kita.
Hakikatnya.
Aku juga manusia.

Hati yang rapuh itu, aku miliki walaupun tanpa dipinta.

Maafkan aku, dan terima kasih untuk segala memori wahai teman.
Semoga setiap kebaikan kau dibalas dengan kebaikan.

Paling aku pinta, maaf jika selama kau berkawan dengan aku.
Tanpa sedar aku menjauhkan kau daripada Allah,

Maaf jika ada.


Allah tahu. Allah tahu berapa nilai air mata yang pernah turun.
Allah tahu, Allah tahu sekuat mana hati mencari kekuatan yang pergi.

Jika seseorang teman kasih kepada sahabatnya, maka beritahulah.
Maka, kasih aku tetap macam dulu.

Jaga hati, jaga iman, jaga aurat; Kita terlalu berharga.
Seorang sahabat itu amat berharga dalam doa sahabatanya walaupun tanpa bayangan.




Take care selalu, Nur Amirah binti Aszeli. 

Mengapa harus kita rasa kecewa,
Sedangkan tuhan lebih mengetahui
Apa yang terbaik untuk makhlukNya.
Bukan ditakdir untuk menyiksa.

Kann?

Again, thank you Allah for today; another beautiful day i got. Alhamdulillah.


thanks reading my diary

0 Smile for me♒: