Sunday, 29 November 2015

di Atas Nama Cinta.

Ear phone disumbat ke kedua-dua telinga. 

Kuat Lagu DI ATAS NAMA CINTA kedengaran. Lagu- lagu yang dihadam setiap hari.

Laaah. Hadam setiap hari? Ke mana penghayatannya? Termakan, tersentap dengan penyataan yang hadir dari diri. Terus rasa sebak datang berkunjung mengetuk pintu hati.

Macam baca al-Quran, macam baca lecturer's notes semua; Tanpa penghayatan, semuanya macam angin lalu je. 

"Dan seketika terlontar ke dunia khayalan, Hingga terlupa singkat perjalanan"
Terlupa. Allah. Terlupakah aku tujuan aku hidup di dunia ini? Sudah cukupkah cinta yang diberi ikhlas dan sejati hanya untukMu? Allah. Allah.
Life is a journey, not destination. Maka, terlalu singkat. Takda masa nak berfoya-foya dengan apa yang dunia janjikan.

"Tersedar aku dari terlena, dibuai lembut belaian cinta"

Dulu bukan pernah buat statement; "Orang mahal mana mudah jatuh?" ke?

Jadi, nak jadi mahal, atau dengan sengaja mengurangkan nilai mahal itu?
Jawapan, pada diri.

Suburkan cinta, pada yang selayaknya.


Memang. Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba. Sedangkan nafas pun hanya pinjaman untuk kita, Tak malukah andai tiada usaha membalas? Allah. Terima kasih atas nikmat kembali menyuburkan hati.

Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang dengan ikhlas berserah diri kepada Allah, dan dia(juga) mengerjakan kebaikan dan mengikuti agama Ibrahim(Islam) yang lurus? Dan Allah telah memilih Ibrahim menjadi kesayangan(Nya) 
(4:125)



thanks reading my diary

Saturday, 28 November 2015

Insan bernama.

Firdaus.

Semoga perwatakkannya seperti si penghuni Firdausi.
Semoga hatinya mendambakan air sungai yang mengalir di sana.

Semoga hatinya jauh daripada maksiat.

Sungguh, bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba.

Sungguh sangat rindukan saat bersama bulatan kecil tersayang, sambil sama-sama berkongsi ilmu untuk ke Firdausi yang tak terbayang indahnya.

Firdaus. Bukan nama insan, tetapi tempat yang sepatutnya dijadikan matlamat.

Tersedar aku dari terlena.




thanks reading my diary

Tuesday, 3 November 2015

Beautiful life.

Allah, my life is beautiful.



Thank you for everything ya Allah.

Hati ini setenang laut, 
Walaupun kecamuknya hanya Engkau yang tahu.
Kerana itu aku mengambil keputusan untuk mengadu padamu.


Hati setenang laut,
apa lagi yang didambakan manusia selain nikmat tak terhingga itu?

Alhamdulillah. Thank you Allah.
Another beautiful day i got.

May the other day is beautiful as the previous. Amin ya Rabb.


thanks reading my diary