Saturday, 12 December 2015

Aku Bahagia

Cukuplah rasa bahagia yang aku rasa ini. Sebaknya datang tak diundang,


Terima kasih ya Allah.



Semalam masing-masing buat research about Safe Our Seafood dekat Kg. Telaga Air.
Kitorang naik dua kereta saga.

A very nice moment.

Masa balik tu, kitorang singgah sekejap dekat The Spring Mall. Banyak sangat arca- arca cantik kat situ, semuanya sebab Sambutan Christmast bakal bertandang.


Lepas makan dekat foodcourt, singgah dekat MPH kejap. Awhh, buku Matlutfi yang baru dah habis. Yang masih ada dalam stock, buku Mato, Diagnosis 2. Tapi nak dibandingkan dengan POPULAR, aku lagi suka MPH walaupun memang ada kad POPULAR. Maklumlah, selain pecinta haiwan, saya pecinta buku. Nak cintakan manusia? Fuuh itu benda paling complicated dalam hidup. Tapi, percayalah, aku penyayang :)

Dekat tengah-tengah mall, ada satu fountain. Dalam air tu, banyak duit. Yeah orang campak duit dalam tu dan masing-masing buat wish.

My bro Vishi, tanya Diyana; "Kenapa banyak sangat duit dalam ni? "

Diyana jawab, "Orang campak duit, lepastu buat wish"

Yeah memang benda tu, dianggap benda biasa dan kitorang hanya main-main je,

Laju  Vishi ambik wallet dia, keluarkan duit syiling. Lepastu campak duit dan wish.

"Please oci stay"


Fuuh sebaknyaaa hanya Allah yang tahu. Kenapa semua orang comel sangat bila masing-masing tahu aku nak pindahh? Tapi memang Vishi sekerasnya pujuk aku supaya  tak pergi. Emm entahlah, keputusan masih dalam dilemma lah.

Memang ramai yang pm, takkasik aku pindah. Sumpah, aku sayang sangat kat diorang. Maklumlah, memang dah terlalu rapat dengan diorang. Lepastu, nak blah macam tu je.

Kebetulan, semalam pergi airport untuk jumpa Maya. Maya, one of our buddies yang dah pindah dulu, sebelum aku hopefully. Balik-balik je, diorang pm. "Oci please stay"  dengan emoticon crying banyak-bayak.

"Hahahahaha tak comel betul orang sado nangis. Walaupun hanya crying emoticon je, dan realitinya tak nangis pun", aku balas.

Some of them jawab, " Come here to see me and you will see, whether im really crying or not. But please, don't go. Please stay oci"



Terharu. Sebak.

Dahlah.

Aku terlalu bahagia. Terlalu sayangkan diorang.

Dear Allah, Jagakan mereka sentiasa.

Aku terlalu sayangkan mereka.

Buat awak-awak,

Kamek sayang kitak naa.

Alhamdulillah for this.

Terma kasih, ya Allah.

*rindu dekat orang yang memperkenalkan aku cerita 1 litre of tears.
thanks reading my diary

0 Smile for me♒: