Thursday, 24 December 2015

Kerinduan bertaut padamu, Rasulullah.

Alunan selawat ini, membuat hati ini rindu padamu wahai kekasih Allah.

Bila diulang, bertambah rasa rindu.

Memang, aku rindu pada dia yang tidak pernah aku jumpa.

Malahan wajahnya langsung tidak pernah ditatap.

Begitulah keajaiban Allah, si pemegang hati-hati manusia.

Harini tiba-tiba sebak. Sebab aku rasa kelainan sambutan hari jadi Rasulullah.
Tak macam dulu.

Macam lain.

Rindu, nak ada orang teman aku pergi dengar ceramah. Malam ni, takda siapa nak teman macam dulu. Haha betapa manjanya aku siap nak berteman-teman, kan? Maaflah. aku memang macam tu.

Emm, sikpaalah. kamek sik mauk kacau kitak urang punya study week,
Suatu hari, Abu Ubaidah al-Jarrah pernah bertanyakan kepada Rasulullah;

"Wahai Rasulullah SAW, adakah manusia yang lebih baik daripada kami? Sedangkan kami Islam bersama-sama kamu dan berjihad bersama-sama kamu"

Jawab baginda,

"ADA. Iaitu kaum yang berada selepas dari kamu, mereka beriman kepadaku, sedangkan mereka tidak pernah melihatku" [Riwayat Imam Ahmad]

Sebak. Ya, berusahalah sebaik-baiknya untuk berpegang pada sunnah yang ditinggalkan Rasulullah. Peganglah dengan erat, seperti menggenggam nyawa sendiri.

Allahuma yubarik fik.

Sanah helwa, wahai icon terunggul.
Sanah helwa, wahai icon terunggul.
Sanah helwa, wahai icon terunggul.
Sanah helwa, wahai kekasih Allah.


thanks reading my diary

0 Smile for me♒: