Thursday, 3 December 2015

Sahabat.

Pilu.

Sebak terasa hati.

Bila solat sorang-sorang, baca al-Quran sorang-sorang. Aku merindukan sesuatu.
Hati ini sejujurnya merindukan kalian, wahai sahabat.

Bila lagi kita nak solat sama-sama? Tadabbur ayat al-Quran yang penuh dengan hikmah itu sama-sama? Berada dalam bulatan kecil usrah seperti dahulu sama-sama?

Sungguh. Masa amat mencemburui persahabatan kita. Terasa sekejap sahaja masa beredar. Masing-masing sudah tak mampu ditatap lagi oleh kedua mata ini seperti hari-hari dulu.

Sungguh cemburu kepada eratnya ukhwah kita.

Sayu.


Aku pandang tafsir al-Quran di tangan. Terlalu sayu. Terlalu banyak kenangan yang ditinggalkan bersama-sama al-Quran merah kecil molek ini. Yang kalian gunakan dan pegang tatkala masing-masing terlupa membawa al-quran masing-masing bila berkunjung ke bilik aku.

Biarlah. Sekurang-kurangnya, masih ada kesan yang kalian tinggalkan pada aku. Walaupun hanya cap jari yang kecil molek di beberapa helaian-helaian al-Quran.
Biarkan masa terus mencemburui kita, tapi jangan pernah sesekali membenarkan masa menghilangkan rasa sayang daripada hati kita.

Kita memang jauh tapi di hati, allahu. Terlalu dekat; hendaknya.

Amyy Baymax, Aeinkuuu, Miraakuu, Edaakuu, Mokki
Sahabat yang dulunya hari-hari dipukul oleh kedua tangan ini.

*tengok tangan kanan. *menangis rindu.

Sahabat yang selalu buat surprise tanpa sedikit pun hati mampu menduga.
Sahabat yang selalu ada masa untuk aku.
Sahabat, segalanya.

Mereka sahabat aku.

Azan Isyak dah berkumandang. Maka aku hentikan luahan ini sahabat. Semoga kalian sentiasa berada di bawah rahmat Allah. Sayang aku takkan pernah pudar, sahabat.
thanks reading my diary

0 Smile for me♒: