Wednesday, 24 February 2016

Aku #episode1

p/s: Jangan cuba meneka siapa aku. Aku ni, bukan Hadzriena. Aku nak pesan, aku dalam cerita ni, boleh jadi siapa-siapa pun. Cuma AKU dalam cerita ni, aku ceritakan perjalanan hidup dia. Takkisahlah dia siapa, mungkin lejen, mungkin seekor kucing. Cuma ada ibrah yang aku nak kongsi dan korek daripada cerita Aku ni. Bismillah.


Ini mengenai Aku.

Siapa aku? Biar menjadi rahsia.

Aku mungkin nampak macam lembut, tapi dalaman Allahu. Aku memang sangat minat benda-benda pasal tentera ni. Tersangatlah minat. Sebab aku jumpa jiwa aku dalam buat semua aktiviti-aktiviti tu. Sejak dulu.

Tangan aku, boleh tahan sakit kalau tampar orang. Walaupun itu hanya tamparan gurauan.

Allahu.

Terima kasih Allah untuk pertemuan ini.
Dengan setiap pertemuan dengan sesiapun sepanjang perjalanan hidup ini.

Pernah suatu ketika, *masa memula masuk degree*aku takut. Aku takut bila masa aku takda kekuatan nak bersandar. Iyelah, semua kawan-kawan aku masing-masing dah pindah uni. Yang masih kat uni sama ni, memasing lain-lain kos. Lain-lain kolej. Lain-lain fakulti.

Aku takut aku tak kuat nak berhadapan dengan dunia sebenar.

Bukan aku seorang yang tak berkeyakinan.

Cuma,

Aku takut takmampu nak realisasikan impian aku nak bergerak dalam gerabak dakwah. Kecintaan aku nak jadi murabbi bawak adik-adik usrah suatu hari nanti. I want to be something for ummah.

Aku takut aku tinggalkan angan-angan nak 24 H pakai niqab.

Aku takut takmampu bahagikan masa untuk datang usrah.

Aku takut langkah aku ke surau semakin payah.


Walaupun mungkin sekarang aku dah takpakai tudung labuh macam dulu. Aku tetap akan cuba menutup apa yang wajib ditutup, Aku cuba menjaga apa yang patut dijaga. Aku cuba labuhkan apa yang perlu

Orang nak judge? Persetan semua itu.

Memang takdapat dipertikaikan, pakaian dalam tentera. Masing-masing tahu macam mana. uniform. Dalam banyak-banyak benda. Kenapa pilih jalan itu wahai aku?

Sini aku coretkan,

Walaupun bertutup litup, bukan bermakna dia takmampu mengejar cita-cita.
Dia juga manusia yang ingin berjaya.
Jangan pernah kau sesekali membantah impian si dia.

Sebaliknya,

Kau kena terima segala minat dia.
Impian yang extreme. Bukan bermakna dia hilang sifat muslimah sejati.
Malah,

Sifat muslimah sejati sentiasa terpahat dalam hati.

Selagi tak melanggar syarie, hormatilah impiannya.

Bukan mempertikaikan pakaiannya.

Biarlah apa pun yang dunia ingin katakan,
Aku hidup untuk tuhan, bukan untuk manusia.

*fahami yang ini.
Sedangkan ada yang berada dalam kalangan suasana yang sememangnya berunsurkan islam, masih takmampu bermujahadah dalam meningkatkan ibadah. Takmalu kah kalau si dia yang berada dalam keadaan bukan suasana berunsurkan islam, tetapi tetap berusaha untuk melawan segalanya untuk memastikan dirinya sentiasa berjiwakan jiwa yang cintakan keindahan islam.
Sometimes, we have to get out from comfort zone. To see the realities.

Sometimes, kita kena persetankan apa orang nak judge kita. Untuk dapatkan ilmu ketenteraan yang selama ini kita cari.

Peluang nak belajar ilmu ketenteraan, susah.

Bila aku ada peluang,

Maka aku ambil.

Dan aku berpesan di sini,
Teruskan langkah wahai sahabat, walau kau rasa kekuatan kau hilang. Walau payah manapun.
Dan tetap jangan lupa,

Kita sentiasa ada kekuatan terbesar,

Allah.

-coretan AKU episod satu-

Adios. Aku tutup cerita seorang aku. Sebak.







thanks reading my diary

0 Smile for me♒: