Tuesday, 16 February 2016

Allah Always listen; luahan.

Ini cerita ina, akulah tu.

Harini masuk hari ketiga aku demam.

Perit. Sebab dahlama tak demam. Pedih. Sebab cuti aku  tinggal beberapa hari lagi untuk bersama keluarga. Jadi, sakit bukan penyebab aku takboleh ikut mereka  berjalan-jalan untuk ke rumah-rumah pakcik makcik di sekitar JB.
Aku gagahkan juga. Kalau boleh, kawan-kawan aku pun aku nak jumpa. Tapi, aku nak lebih bersama keluarga. Anak-anak buah aku.

Bangun daripada tidur, buka data. Banyak wassap yang masuk.

“You have 3032 messages from 40 chats”

Aku terus  buka wassap sahabat aku.

“Asal aku call kau tak  angkat? Lepastu online. Babun ah. Dari dulu sampai sekarang sama je kau. Walaupun aku rasa kau okey sikit daripada dulu. Bagi aku 10 sebab kenapa aku kena pergi Sarawak? Kau taktahu ke kau tu femes. Semua orang akan celebrate birthday kau. Takyah nak sedih sangat. Takyah nak drama sangat. Aku taknak spoilkan kau je, yelah mana tahu si ****** ada plan pape untuk kau. Minang ke hape, aku malas dah.

Sambungnya lagi,

“Dah mampus kau lah. Aku saje je nak call kau sebab esok exam so saje nak dengar suara kau. Harap kau call? Macam harom. Bye, muahh aku sayang je kau. Malas nak cakap banyak kali”

Macam tersiat-siat hati. Aku takmarah, langsung. Cuma sedih. Walaupun ni bukan message pertama. Dah biasa, cuma sebab dia bestfriend. Sebab dia perempuan yang aku sayang.

Entah.

Banyak benda aku nak bantah. Tapi aku bantah dalam hati jelah.

Terima kasih air mata, si pentafsir setia. Terima kasih Allah, si pendengar setia.

Bagi awak sepuluh sebab ye? Takpalah. Jangan datang. Bukan Sarawak je, jangan jumpa kat mana-mana pun. Kalau itu yang kau nak.  Aku pun sebenarnya lupa birthday aku dah dekat. Serious.

Takpalah, sekurang-kurangnya. Kau ingat birthday aku walaupun kau gunakan ayat “Semua orang akan celebrate birthday kau” sekurang-kurangnya aku tahu. Umur aku dah meningkat.

Kau cakap aku hipokrit ke hape, cakaplah. Blog ni tempat luahan aku. Bukan twitter tempat luahan kau ke? Takkisahlah. Hak memasing.  Yang penting, blog aku ni takde visitors. Tak open macam twitter kau. Okey aku tahu lepasni kau akan private twitter kau. 
Takpa, hak kau.

Takpa.
Takpa.
Takpa.

Aku tetap sayang kau. Tak pernah berubah.
Saksinya ada.

Dia.




"Seorang sahabat itu amat bermakna dalam doa sahabatnya, walaupun tanpa bayangan"







thanks reading my diary

0 Smile for me♒: