Wednesday, 17 February 2016

It won't, Allah.

p/S: Ini coretan nasihat buat diri. Inshaa Allah buat sahabat-sahabat juga.

Takkanlah sebab masuk PALAPES,menyebabkan kau;
·         Al-Quran yang terletak di meja belajar hanya dijeling sekilas, tanpa ada rasa untuk menjenguknya. Sombong untuk mengetahui apa mesej yang ingin Allah sampaikan kepada diri pada hari itu.
·         Rasa malu yang dulunya tebal dibina, menjadi nipis dari hari ke hari. Jeritan lantang di hadapan ajnabi tanpa sedikit pun rasa malu. Wahai sahabat sejantinaku, kemana perginya sifat malu kita?
·         Penjagaan Ikhtilat entah ke mana. Part ni susah sikit nak cakap, SEBAB terlalu meluas luasnya. (Bahkan kena buat satu lagi entri fully cakap pasal ni) dan aku bukan selayaknya.
·         Turun baris setiap hari Rabu pukul  enam pagi. Sebelum tu boleh pegi surau solat subuh dulu kan sayang?
·         Surau depan bilik je, kenapa takturun setiap kali dengar azan? Dulu masa surau jauh, kenapa kaki boleh dengan relanya berjalan nak cari redha Allah? Takpa, kalau takde peneman macam dulu pun, biar pegi sorang-sorang. Allah sentiasa ada sebagai peneman setia.
·         Buku nota usrah tersayang kau, jangan dibiarkan bersarang. Baca setiap kali ada masa. Bukankah cinta kau jatuh pada penulisan di dalamnya ina? 
Hidup ini cabaran. Ambil ibrah daripada setiap apa yang berlaku di sekeliling, bukan hanya berdiam diri. Kerana setiap daripada kita adalah daei’. Yang paling penting, daei’ kepada diri sendiri.

Wahai diri seorang Hadzriena,

dan.

Wahai diri awak yang sedang baca,

Ada sebab kenapa Allah letak kau kat tempat yang kau duduk sekarang. Dengan segala pengalaman yang Allahu, takterbayar harganya. Allah is preparing you for something great ahead. Lagipun, kau yang cakap kan. BE SOMETHING GOOD FOR SOMETHING. Right babe?

Jangan tinggalkan usrah. Jangan sesekali.

Usrah tanpa amal bagai pohon yang tak berbuah. Macam tu jugak ilmu tanpa amal
.
Cuba bayangkan, dengan ikut tarbiyyah melalui usrah pun kita masih taklenggang daripada buiat dosa. Apatah lagi kalau tak ikut tarbiyyah?

Masih rasa boleh berlapang dada tanpa usrah? Berjalan tanpa arahlah kita. Kita mungkin rasa ilmu di dada dah cukup. Dan ingat satu benda ni.

LIFE IS A PROCESS OF LEARNING. And it won’t stop until we’re been given to Him back.

IT WON’T STOP.
Imam Syafie berkata, “Akan kalahlah orang yang berilmu kalau dia berdebat dengan orang yang tinggi egonya. Berkata sebab ego. Bukan berpandukan ilmu”

Jangan sesekali menggadai prinsip. Untuk mendapat dunia yang mengiurkan.


Aku terlalu sayangkan agama ini.

thanks reading my diary

0 Smile for me♒: