Monday, 28 March 2016

Sahabat Biar Kamcing sampai syurga

*Kali ini penulisan ina mengenai ukhwah lagi. Bismillah.
Payung yang puas dicari sejak tadi masih tak dijumpai. Afza menyelak lengan baju yang menutupi pergelangan tangan, jarum jam casio miliknya sudah menunjukkan pukul 8:14 malam. Dari kolej Seroja, suara azan Isyak kedengaran kuat datangnya daripada corong surau Kampus al-Muttaqin. Lantas  telekung putih dicapai laju lalu sekujur tubuh Afza dilitupi oleh telekung, sempat juga dia menilik mukanya dan membetulkan telekung apabila berjalan melintasi cermin besar di koridor luar bilik.

Langkah dilajukan untuk ke rumah Allah.

Afza berjalan tunduk bagi mengelakkan air hujan yang entah bila lebat turun membasahi bumi Samarahan itu daripada terkena cermin mata tebal yang dipakainya. Akibat terlewat untuk pergi tarawwih hari itu, Afza terpaksa meredah hujan berseorangan. Hati Afza bersungguh-sungguh berdoa agar tidak bertembung mana-mana lelaki sepanjang perjalanan ke surau itu kerana dia perlu memberanikan diri melalui asrama lelaki untuk ke surau kampus. Mujurlah, dia tidak bertembung mana-mana kaum Adam.

Mereka sedang ralit dibuai mimpi dalam kesejukan hujan malam Khamis ini agaknya.

Afza membuka dan menyidai stoking birunya yang basah kuyup di kayu luar surau. Hatinya sebak memikirkan kekuatan yang Allah beri, memikirkan mengapa dia masih memakai stoking sedangkan dia tahu akhirnnya stoking kesayangan yang dipakainya akan basah dan berbau apabila tiba di surau nanti. Maklumlah, hujan yang diredah pastinya ada air-air berlopak yang tidak mampu dielak.

Itulah, kekuasaan Allah. Kekuatan yang Allah berikan kepada hati sesiapa sahaja yang ingin mengikuti jalannya. Menyedarkan Afza, aurat sentiasa perlu dijaga walau dalam apa keadaan sekalipun kecuali ada tragedi bertandang jika kita menutupnya. Sekilas pandang, Afza nampak ada stoking-stoking akhwat-akhwat lain yang bersidaian. Walaupun mereka datang dengan berpayung, lopak-lopak air tetap perlu diredah.

"Semoga Allah memberkati setiap niat dan perbuatan kita, wahai bakal bidadari syurga", Afza bermonolog.

Sedang khusyuk menyelak helaian ‘manuskrip langit’ alquran, pop-up satu message di skrin telefon dengan deringan lagu just the way you are. Mesej datangnya daripada Rabiatul Adawiyyah, rakan sebilik Afza.

Tanpa salam,

“wehh kau kat mana? Asal tak tinggal je kunci dalam kasut? Tahu kan kunci aku takboleh guna?”. 

Sepi seketika.
Soalan yang terasa agak kasar tanpa salam itu dibiar tidak berjawab lantas al-quran diletakkan kembali di rak. Rabiatul Adawiyyah, namanya tidak sama dengan perwatakannya, tapi siapa Afza untuk menilai si dia yang juga hamba Allah.

Sampai di hadapan bilik, laju-laju pintu dibuka. Rabiatul Adawiyyah yang menunggu di luar pintu bilik sejak tadi masuk tanpa salam, membuka tudung dan terus menghempaskan badannya di atas katil miliknya di bahagian sebelah kiri bilik. Afza memetik suis lampu dan kipas, lantas menuju ke meja belajar dan mengeluarkan diary miliknya.

“Ya Allah aku sayang dia, Rabiatul Adawiyyah”,ringkas luahan hati ditulis sambil mengesat air mata yang turunnya tak dipinta.

Sungguh Rabiatul Adawiyyah yang dipanggilnya Adda tidak seperti ini dulu………

……………………………………………………………………………..
Pagi keesokan harinya selepas membaca al-Mathurat, langkah dilajukan agar tidak terlambat untuk ke kuliah Biologi pagi itu. Apabila sedang berjalan melintasi asrama lelaki, Afza terdengar suara lembut  memanggil namanya daripada arah belakang. Langkah dihentikan, dan muncul wajah Noha yang kelihatan tercungap-cungap kerana berlari.

Noha terus menarik tangan Afza menuju ke kelas yang letaknya agak jauh daripada asrama. Pensyarah masih belum sampai lagi sewaktu mereka telah berjaya menjejakkan kaki di dalam kelas. Masing-masing menghela nafas lega seraya mata meliar-liar mencari tempat duduk kosong.

Selepas duduk di kerusi bahagian tengah kelas, Noha mengikat rambut ikal mayangnya yang masih basah sambil berkata dengan lagak seolah-olah berbisik,

“Afza, Noha puasa hari ini. Pagi tadi sempat sahur sebelum masuk subuh,”. Senyuman manis dilontarkan kepada Afza.

Afza membalas senyuman  Noha di sebelahnya sambil membalas,

“Nice darling. Petang ni kita buka dekat kedai luar kampus jom”. Sepantas kilat Noha menganggukkan kepalanya sambil mengenyitkan mata besar bundar miliknya.

Noha berasal daripada Bintulu, Sarawak dan dibesarkan oleh atuknya yang berketurunan Melayu Melanau. Memang sejak kecil, pendedahan mengenai Islam amatlah kurang untuknya. Tapi Noha sentiasa dilihat mempunyai minat yang mendalam untuk mengenal apa itu Islam.

Entah mengapa, Afza rasa selesa berkawan dengan Noha. Tak dapat dinafikan, Afza memakai tudung sedangkan Noha tidak memakai tudung. Tapi, mereka bagai isi dengan kuku. Afza takpernah berlenggang tanpa Noha. Siapa manusia yang ada kuasa untuk menilai ? Afza tak pernah berkecil hati dengan pandangan serong sesetengah akhwatnya. Malah dia menganggap, untuk mendekatkan Noha kepada Islam, sudah menjadi amanah kepadanya sejak mereka ditakdirkan untuk bertemu.

Afza masih ingat saat pertemuan pertama mereka yang langsung tak disangka;

Pertemuan di Tempat Makan Pavillion Kampus As-Syakirin. Masa itu mereka makan satu meja dan Noha yang memulakan perbualan mereka. Lama-kelamaan, mereka berdua saling menegur apabila berjumpa di Kolej Seroja; penempatan ‘bak syurga’ mereka. Menyebabkan mereka menjadi sang belangkas sehingga ke hari ini.

Sehingga pertemuan kali ke enam mereka, Noha tiba-tiba bersuara.

“Afza. Kau tengok aku. I am a muslim. Really I am. And I love my status to be in the greatest deen in the world”

“But it’s just a status for me”

Afza tekun mendengar tanpa menyampuk.

“A status on IC”,suara hiba.

“A status being shouted by mouth”
“I feel im too old to learn Islam”

Afza menggenggam tangan Noha seraya berkata,

“Noha. This deen is for everyone. For me. For you and for us”

Tak ada yang namanya lambat kalau nak mengenal Islam. Sebab Islam ni matapelajaran compulsory sepanjang hayat seorang hamba Allah until we’ve been sent back to Him”

Afza menyambung lagi ayatnya.

“Dan SEJARAH adalah tentera Allah yang menguatkan hati” sebaris gigi putih Afza kelihatan.
Afza tidak mahu melemahkan semangat seorang bakal ahli syurga, Iliya Anoha binti Datuk Kamaruddin.

Do you know Afza?”

Afza terjaga daripada lamunannya.

“Tak.” Laju pertanyaan dijawab.
Noktah.

“Laaa lajunya jawab. Kejaplah aku belum bagitahu lagi. Taknak dengar shut your ears up hmm”, Mulut dimuncungkan sambil muka merajuk kelihatan.

Afza meletakkan sulaman cross-stitch corak baymax di sebelahnya lantas memujuk, tergelak tatkala melihat muka Noha yang bagaikan tiada perasaan. Usai sesi memujuk, Noha menyambung kembali.

“Tahun ni, aku rasa taksabar sangat nak rasa Ramadhan. Sekarang, aku berada di dalamnya”

Afza diam. Tekun mendengar.

Noha menyambung.
“Aku rasa macam ada benda besar akan jadi masa Ramadhan ni, sama ada maut, jodoh atau apa-apa jelah”

Afza masih tekun mendengar.

“Emm Afza, kau tolong aku boleh?”Afza mengangkat kening mata kanannya lalu membalas,

“Tolong apa, wahai cik Intan payung Iliya Anoha binti Datuk Kamarudin? Untuk kau semua boleh”
Noha sepi.

Lambat-lambat, keluar juga suara yang agak perlahan tapi tetap mampu ditangkap oleh sepasang telinga Afza;
“Aku nak pakai tudung. Really
.....
........

“Tapi aku taknak pakai tudung labuh”
“Sebab diorang yang pakai macam obor-obor hehehehe”

Afza tergelak mendengar. Lantas menjawab,

“Boleh Afza”
……………………………………………….
Petang semalam, Noha memakai tudung semasa mereka keluar berbuka di kedai berhadapan kampus. Sungguh cantik dan ayu dilihat.
“Noha. Cantiknya kau pakai tudung” Afza mengusik.
“Tapi seriouslah. Memang cantik”

…………………………………..
Jam di dinding bilik menunjukkan pukul 4:15 pagi.

Noha menghela nafas panjang. Dia baru menghabiskan pembacaan wadah MUSLIM siri 21 yang sebenarnya sudah dibeli lama. Hari ini Noha nampak majalah comel tu tersepit di rak buku di mana buku-buku motivasi ditempatkan. Hari ini juga tangannya terasa hendak mengambil buku itu.

Noha menyelak satu per satu mukasurat. Artikel- artikel di dalamnya terasa menarik di hati .Kali ini, pembacaan buat kali yang kedua betul-betul menarik di hati . Menusuk di hati . Mentarbiyyahkan hati yang sebenarnya amat mudah berbolak-balik.

“Ya, aku mengaku hati yang berbolak balik adalah sifat manusia . Apatah lagi manusia biasa seperti aku” Noha bermonolog.

Noha membaca kisah seorang hamba Allah yang terasa bersalah kerana terlewat untuk solat subuh di surau kerana itu sebenarnya telah menjadi rutin harian  beliau. Ayunan langkah laju dan sepanjang perjalanan ke surau, lidahnya tak berhenti dibasahkan dengan zikrullah  dan beristighfar atas kelewatannya pagi tu. Baginya, kelewatannya bukan satu kebiasaan. Penyesalan jelas memutik di hati. Maka hamba Allah itu berkata sebegini;
"Ya Rabb, pagi ini aku tidak sujud padaMu dalam tahajjud. Malahan aku tersungkur sujud di atas katilku sendiri. Nafasnya dihela panjang"

Ayat yang terasa ditembak padu ke dalam hati. Sungguh dia; tetamu subuh Allah yang setia.
Lantas Noha mengambil i-phonenya dan menelefon Afza.

Talian dijawab,
“Afza, jom pergi solat subuh berjemaah pagi ni. Surau”
…………………………………………………..
Hari itu mereka tiada kuliah. Selepas menghabiskan pembacaan al-quran juzuk 3 selepas solat subuh pagi itu, Afza mendekati Noha.

“Noha, don’t you mind to join ODOJ?”

Dengan memek muka pelik yang jelas kelihatan, Noha mengangkat muka daripada skrin i-phonenya.

 “O.D.O.J ? What is that? Sorry Afza I never heard of it

Ooopss sorry. I forget to tell you earlier. ODOJ tu One Day One Juzuk

Sambung Afza lagi,

“Macam kita ada 30 hari untuk Ramadhan, jadi satu hari perlu disiplinkan diri untuk habiskan satu juzuk. Jadi inshaa Allah dalam sebulan kita akan dapat khatamkan al-quran dengan superb mudah” jawab Afza.

Noha menjawab dengan raut wajah teruja.

“Wah awesomenya! Tapi……..”

Katanya terhenti sambil muka ditundukkan ke bawah.
“Noha, kenapa ni? Tapi ?... emm” Afza menuturkan kata tanya tanpa mampu meneka apa pernyataan yang bakal Noha hamburkan.

“Noha takpandai baca al-Quran”

“Noha pandai baca al-fatihah. Tiga qul je. Surah yassin sikit-sikit ” sambungya lagi.

Sepantas kilat, Noha berada erat dalam pelukan Afza. Terasa ada “tiny droplets” yang turun dan terkena tangan putih milik Afza.

“Takpa Noha, Afza ada. Afza boleh ajar Noha”     

   
…………………………………..
alam ta ro kai fafa a’la robbuka bi as ha bil fill.
 Alam yaj a’l kaidahum fi todlil.
Wa ar sala a’ laihim toiron ababill

Kertas putih yang tampak penuh dengan tulisan itu didekatkan dengan mata. Noha membaca dengan teliti bait-bait rangkap bacaan surah al-Fill yang ditulis oleh Afza dalam tulisan bahasa Melayu. Disebabkan Noha masih tidak fasih untuk membaca al-quran tetapi bersungguh-sungguh mahu menghafaz sebanyak mana ayat-ayat al-Quran, ini antara inisiatif yang Afza buat.

Noha juga berniat mahu menambah bacaan dan kepelbagaian surah di dalam solatnya.

Di samping menjadi belangkas di luar bilik, Noha semakin kerap berkunjung ke bilik Afza untuk belajar membaca al-Quran. Mungkin kerana keihklasan hati dan semangat yang tinggi untuk belajar membaca kalam Allah itu, maka Noha sangat mudah untuk menangkap setiap pembelajaran al-Qurannya bergurukan si kerdil Afza.

Kehadiran Noha seakan-akan melenyapkan saat-saat pahit bersama roommate-nya, Rabiatul Adawiyyah ;tanpa sedar. Seolah-olah roommate-nya itu tak pernah hadir dalam hidupnya.

Seolah-olah tidak pernah merasai pengalaman di dalam bilik yang bagaikan neraka.
Seolah-olah tidak pernah hadir.
Seolah-olah tidak pernah merasa punya roommate sebegitu.

Rommate yang egonya tinggi melangit.

Seolah-olah.

Sedang khusyuk sesi pembelajaran manuskrip langit berlangsung, pintu bilik AR27 itu dikuak dan muncul Rabiatul Adawiyyah daripada luar. Macam biasa, lidahnya mungkin teramatlah sukar mahu memberi salam. Mukanya langsung tiada senyuman. Sungguh kelat dan tak lalu dipandang. Alunan bacaan Noha terhenti dan riak muka tidak senang jelas kelihatan.

Afza dan Noha hanya mampu berpandangan. Menunggu masa mulut bak “puaka” Rabiatul Adawiyyah menuturkan bicara.

Macam biasa apabila mereka bertiga bertembung.

Macam biasa.

“Laa. Apa kau buat dekat dalam bilik aku ni? Siap pakai tudung lagi. Huh. What the life”, Terasa seperti keluhan seberat 6000 kg beserta jijik dilepaskan.

“Kat luar sibuk tayang-tayang rambut”,Rabiatul Adawiyyah membuka tudung labuh di kepalanya.

“Kat luar tak pakai pulak” Dia menggantung tudung tadi di hanger sebelah katil.

Bagai panahan petir butir-butir ayat itu menembak hati Afza. Terus laju Afza seolah-olah menyangkal roommate-nya daripada menghamburkan tohmahan-tohmahan seterusnya yang bakal keluar secara episod.

“Daripada pakai tudung labuh akhlak macam perempuan tepi jalan lobi”
“Macam talam dua muka”
“Sibuk berkepit-kepit dengan lelaki” Berdas-das jawapan Afza beri. Tapi kesabaran tetap mampu dikawal.

Noha terkejut memerhatikan Afza kerana sebelum ini, Afza hanya berdiam diri.

Rabiatul Adawiyyah mengangkat kening double jerk. Mengejek memandang Noha. Noha cepat-cepat menundukkan pandangannya menghala ke lantai. Hatinya geram. Tapi hanya diam mampu dilakukan.

“Sekurang-kurangnya. Aku pandai baca al-Quran. Pakai tudung” laju Rabiatul Adawiyyah menjawab. Sinis.

Afza tetap membalas dengan nada yang perlahan serta senyum.

“Sekurang-kurangnya hati Noha bersih”
“Sekurang-kurangnya dia berusaha nak jadikan Islam as her deen. Cara hidup”
“Bukan hanya nampak macam the true rare muslimah tapi cara hidup hancuss”
“Bukan tahu baca al-Quran semata-mata. Tapi entah al-Quran tu sentuh ke tidak” sempat menjeling al-Quran milik roommatenya di atas meja belajar.

A-Quran yang masih tak bergerak dari tempat sejak minggu lepas.

“Bukan dengan bangganya pegang status I am a girl with tudung labuh, tapi ikhtilat entah ke gaung mana dilemparnya. Sibuk bercouple”

“Sudah-sudahlah Adda kau berusaha nak sakitkan hati Noha. Ingat parut kat hati susah nak hilang”

Afza menarik tangan Noha ,

“Jomlah Noha. Kita cari tempat yang tenang sikit as far as not this kind of room. Its hot as the hell though”

Laju mereka beredar keluar.
Rabiatul Adawiyyah hanya berdiam diri. Pastinya geram dengan aksi berani Afza. Sebelum ini, Afza tidak pernah berani untuk berbalas-balas dengan dia. Dari dalam bilik Afza mengomel geram sendiri.

“Peh berani kau lawan aku. Hell dia cakap!!”

“Everyone have its own limit derr”, terdengar laungan suara Afza daripada luar. Seolah-olah Afza menjawab kenyataan roommatenya.
…………………………………………………………..
 
Sampai sahaja di hadapan surau, kelihataan crocs putih milik murabbi mereka, Aminah. Afza dan Noha terus mengatur langkah laju untuk bersama-sama duduk dalam bulatan usrah mereka. Rabiatul Adawiyyah tidak datang usrah lagi kali itu. Macam biasa, Afza berusaha menyebelahi roommate-nya yang pernah disayangi sepenuh hati.
Suatu masa dulu.

“Kak Minah, Adda ada group’s discussion malam ni hmmmm. Dia minta maaf kat akak”

Entah untuk yang ke berapa kali, alasan yang sama digunakan.
Tadabbur ayat pada usrah kali ini adalah surah az-Zukruf ayat 60 hingga 68. Sampai sahaja pada ayat yang ke 67, adalah giliran Afza untuk membacakan terjemahan.
“Pada hari itu(kiamat), sahabat-sahabat karib sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain. Kecuali orang yang persahabtannya berdasarkan taqwa”
(az-Zukhruf 67:43)

Hiba bertandang teringatkan Rabiatul Adawiyyah. Afza rasa sebak tetapi riak muka masih dapat dikawal.

Usai usrah, murabbi mereka meminta Afza untuk tunggu sebentar ditemani Noha. Kak Aminah duduk berhadapan Afza dan meminta Afza mengulang definition of success yang selalu diulangi oleh mereka setiap kali usrah.
“Being reunited with your family, friends in Jannah. That’s my definition of success”

Senyap.

“Akak, Afza minta maaf. Afza takberniat nak tipu-tipu akak” Afza tunduk kepala.

“Takpalah Afza sayang. Awak dah cuba yang terbaik nak tarik balik Adda. Jangan stress stress eh. Fokus pada final. Fokus pada benda yang lebih penting”jawab Kak Minah.

 “Tadi, kawan akak terserempak dengan Adda. Dia tengah kat kaunter cinema dengan sorang budak lelaki”
................................................................
...............................................................................................


“Dan betullah, agama ni bukan agama paksaan

“Dan betullah, Allah nak tapis orang yang betul-betul nak kenal agamaNya”

........................................................................................................
....................................................................

“Allah hilangkan Adda, Allah hadirkan Noha kat Afza. Dekat kita”

“Dan akak memang dah pernah terserempak dengan Adda jugak dekat mall dengan seorang budak lelaki. Merah padam muka dia. Akak pun taktahu kenapa. Sebab pakai jeans warna pink kot hehehe.”

Senyap.

Afza bersuara, “Akak, Afza dah banyak kali tegur Adda supaya jangan layan lelaki tu, Asyek nickname dia. Budak Sarawak”

Sekarang, Adda sudah berani duduk bersebelahan dengan Asyek di dalam kelas tanpa segannya. Adda selalu memperkecilkan Afza tatkala Afza cuba untuk memberi nasihat kepadanya. Adda pula tidak pernah menjawab soalan-soalan Afza jika dia bertanya semasa mereka berada di dalam bilik.

Bilik itu terasa seperti sebuah penjara tanpa orang.

Tetapi Afza tidak sampai hati untuk menceritakan kisah Adda kepada murabbi yang dihormatinya itu

“Tapi siapalah Afza nak tegur orang yang lagi berilmu daripada Afza”
“Afza rindu Adda yang selalu bagi semangat dekat Afza dulu”
“Afza rindu Adda yang ajak Afza masuk usrah sama-sama dulu”
 “Afza rindu nak solat jemaah dengan Adda macam dulu”
“Semua berubah sejak Asyek hadir……….”

Air mata yang entah kali ke berapa mengalir disebabkan Adda dibiarkan berjejeran tidak diseka.
Semua berubah sejak itu……..”

Tapi Noha tahu Adda takpernah tertinggal daripada doa Afza. Cerita-cerita Afza berkaitan Adda tiada hamburan kutukan atau umpatan. Malah takpernah terhenti daripada  selitan memuji kebaikan.
Kebaikan dia, Sahabat kepada Afza Hanees binti Hafiz Falid.

Lantas Noha mendakap erat sahabat yang awesome di hadapannya itu. Dibiarkan tudung yang dipakainya basah.
……………………………………………

Pagi itu, Flight Afza adalah pada pukul 11 pagi untuk pulang ke Johor bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Flight Noha pula pada pukul 11:45 pagi. Mereka berjalan-jalan menerokai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching itu tanpa arah tujuan kerana sudah sampai seawal pukul tujuh pagi.
Ramadhan yang hendak berlalu terasa berat untuk ditinggalkan. Sungguh Ramadhan kali ini memberi 1001 makna kepada Noha. Mengenali sahabat-sahabat usrah dan bersama-sama menjayakan program Street Dakwah pada minggu ketiga bulan itu.

Ramadhan permulaan Noha pakai tudung. Walaupun pada awalnya Noha hanya memakai tudung semasa menghadiri usrah. Takut orang sekeliling mengejek katanya.

Ramadhan permulaan Noha berjinak-jinak dengan tahajjud beramai-ramai.
Ramadhan permulaan Noha menjadikan al-Quran dan solat sahabat karib.

Banyak sangat.

“Noha, jangan pernah lupa kata-kata akak Aminah ye. Doakan untuk Afza juga”

"KITA MENGAKU CUMA ADA SATU TUHAN, TAPI KENAPA KITA SERING JADI 'HAMBA' KEPADA RAMADHAN?"

Kak Aminah menegaskan supaya berusaha untuk istiqamah mempelajari agama Allah dan sentiasa mengamalkan tarbiyyah Dzatiyyah apabila pulang ke rumah nanti. Dan terus mengamalkan ODOJ walaupun mereka bukan berada di bulan Ramadhan.

“Inshaa Allah Afza. Noha pun tak nak jadi hamba Ramadhan semata-mata” Noha tersenyum memandang sahabat yang terindah disebelahnya.

“Emmm Afza janji dengan Noha boleh?” Noha bertanya dengan muka serius.

Muka Afza kelihatan pelik dengan reaksi serius itu . Noha cepat-cepat mendekatkan mulutnya pada telinga milik sepasang Afza Hanees binti Hafiz Falid

“Kawan biar kamcing sampai syurga beb”


....................................................
Lima bulan itu terasa amat lama. Afza sudah lama tidak bertemu sahabatnya Noha kerana dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mansoura University, Mesir. Noha terpaksa ditinggalkan tanpa rela. Tetapi impian dan cita-cita dibahu perlu dilunaskan agar tercapai. Menjadi seorang doktor ummah.

Hari itu, laju telefon diambil lalu message sampai kepada Noha.

Kita bertemu dan berpisah kerana Allah, kan?

Afza suruh hantar gambar terbaru Noha.
Afza lama membisu.

"Noha, aku nampak tudung labuh tu", perlahan ayat ditaip sambil mengelap air mata yang entah bila turun.

"Tu yang cantik tersarung dekat kepala engkau", sambung Afza, sebak.

"Tu yang warna biru cair", tambahnya lagi.

Noha membalas,

"Ye sayang. Doakan aku istiqamah. Terima kasih wahai sahabat yang superb hebat",

"Semoga kau mampu menjadi seorang bidadari syurga, sayang"

Afza membalas, "Bukan aku, KITA. Terima kasih untuk segalanya. sahabat"

Sepi.

Sepi lagi.

"Aku rasa nak peluk kau sekarang" masing-masing terkeluarkan ayat yang sama.

“Emmmm. Noha tahu tak kenapa Afza rasa persahabatan kita sangat-sangat fascinating and awesome?”

“Sebab kita sama-sama bersahabat. Dan dalam masa yang sama, kita sama-sama rasa nak berubah. Rasa nak lebih dekat dengan si Pencipta”

That was really awesome!

Lambat-lambat, Noha mengelap air mata yang jatuh menghinggapi skrin i-phonenya. Noha menaip dengan perasaan sebak yang tak mampu ditahan.

“Terima kasih untuk Ramadhan 2014, dan kau wahai anugerah terindah. Terima kasih Afza”

Afza membalas,
“Noha, janji jangan nangis keyh. Aku nangis takpa. Hehehehehehehe”, Afza ketawa mengekek dalam hiba.

“Best kan sama-sama jadi obor-obor? Rasa selamat”

Afza ketawa mengekek. Masing-masing tersenyum mengingatkan memori semasa Noha menyatakan bahawa perempuan tudung labuh itu seperti obor-obor.

“Haah. Obor-obor awesome”

“Ingat! Kawan biar kamcing sampai syurga”

...................................................
*Masih tiada ciplak cerita daripada sesiapa. Mogaada mesej yang sampai ke hati. Allahu ameen. 
Alhamdulillah kepada Allah Si pencetus idea. 
lagi beberapa hari Ramadhan datang bertandang
Moga kita antara yang bersedia.







thanks reading my diary

0 Smile for me♒: