Wednesday, 13 April 2016

Wahai Abah, (mengenai wanita)

Nilai sesuatu perkara, adalah pada mata si penilai
-oci-

Beauty is on The Eyes of Beholder.


Dialog antara seorang abah dan puterinya;


Wahai abahku kenapa lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja.

Wahai sayangku, bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya, tetapi di situlah kekuatan yang mampu meleburkan ego seorang lelaki, menjadi izzah yang paling gah bahkan lebih gah egonya seorang lelaki kerana sendu rayunya Musa A.S terselamat daripada kekejaman firaun, Duhai sayangku lembut wanita itu bukan lemah tetapi senjata.



Namun wahai abahku, wanita itu fitnah dunia?

Pernahkan sayangku dengar pesanan Illahi pada hambaNya? Wahai lelaki yang beriman, tundukkan pandanganmu dan jagalah kemaluanmu, Dan demikianlah lagi suci bagi mereka  dan Allah mengetahui apa yang kamu perbuat. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, tundukkanlah pondanganmu dan jagalah kemaluanmu (tutuplah auratmu)

Cuba nilai pada siapa dulu Allah dahulukan pesananNya? pada hamba yang bergelar ar-Rijal, kerana andai si lelaki menjaga pandangannya maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya dan tidaklah Allah lupakan pesanan pada wanita agar menjaga auratnya, bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijal dan an-Nisa' sama-sama mematuhi Illahi itu. Sesungguhnya, wanita yang beriman dan solehah itu lebih baik daripada ribua lelaki yang soleh.

Tapi wahai abahku, mengapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu?

Wahai sayangku, al-Haya (sifat malu) ada dalam diri setiap insan wujudnya seiring dengan nafas insani, al-Haya itulah menjadi pakaian Iman pada diri wanita itu, Indah al-Haya sebagai pembenteng diri namun bilamana al-haya itu lebur imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka paranoid menyangka diri belum cukup menarik, mereka kalah daripada segi psikologi.

Namun wahai puteriku sayang,wanita solehah itu pasti akan melindungi diri daripada perbuatan murahan itu. Wahai sayangku 1001 keindahan penciptaan wanita ada pada kamu.


 Nilailah sebaiknya :)

ADIOS
NURRUL HADZRIENA



thanks reading my diary

0 Smile for me♒: