Thursday, 12 May 2016

Kisah Sekolah Pondok.

Sekarang lagi beberapa hari untuk sampai ke Ramadhan tahun 2016.
Buku diary Ammal dibuka,
“Ramadhan, hadirmu ditunggu-tunggu. Diri ini masih tidak jemu untuk menjadi sang penunggu” sebaris perkataan ayat yang muncul spontan di kepala ditulis.

Sambungnya lagi,

“Semoga penungguan berakhir dengan jayanya. Sempat berada di dalamnya. Allahuma balighna Ramadhan”

Puasa tahun lepas, antara satu pengalaman yang amat bermakna bagi Ammal.

 *****************
27/6/2015, Sunday, 10 Ramadhan 1436
Home sweet home.
Skrin telefon jenama Samsung di tangan ligat di scrolling. Tiba-tiba tangan berhenti pada satu entri yang terasa menarik di hati.

AKADEMI PONDOK DI ATAS MUKA BUMI ALLAH, KELANTAN.
Tempat: .............................................
Masa: ................................................

Terus langkah mencari maklumat berkenaan daurah yang bakal diadakan di situ daripada pelbagai sudut.

Ammal buka page fb yang tertera. Dan menaip sesuatu,

“Saya pelajar university dan berminat untuk mengikuti program yang bakal diadakan. Is there still place for me? And how much is the fee. Saya akan datang daripada Johor dan sedang mengikuti program YADIM sekarang. Jadi mungkin akan lewat sehari daripada tarikh bermulanya program daurah itu.  Mohon ustazah memberikan feedback terhadap pertanyaan saya. Syukran ya ustazah. Allahuma yubarik fik”

Mesej dihantar.

Sehari seleapas itu, mesej dijawab;

“Boleh, awak sangat dialu-alukan untuk datang ke sini. Moga kita bertemu di sini nanti :)"


Teruja.





Tapi.


“Dari Johor hendak ke Kelantan. Naik bas? Abah mak kasik ke? Dahlah belum tanya lagi… aish. Dahlah sensorang” monolog Ammal.

Malam itu dikuatkan hati untuk menyatakan hasrat langkah Kembara Mencari Akhirat itu kepada ayah dan bonda.


“Boleh. Berapa bayarannya? “

Satu kali sahaja hasrat itu dituturkan. Terus dapat greenlight daripada bigboss tersayang, abah. Makin tebal rasa sayang Ammal kepada abah. Abah seolah-olah faham apa yang hendak Ammal lakukan. Mak pulak, langsung takkisah walaupun anaknya ini tidak akan berpuasa bersama-sama tahun ini.


*****************************************
Selamat sampai di Pondok Di Atas Muka Bumi Allah . Niat di hati diperbetulkan.

“Ammal, u are somewhere. Somewhere that don’t even belong. U are alone here, no one else. Grab everything as much as u can dear. Don’t waste your time here. And May Allah always there on your journey and may Allah bless everything that u did”

“Allah will take care of u. He is with you. Remember that”

And.

“U know what the real things that u want here right? Nur Ammal Hanan binti Anan?”

Kadang-kadang. Kembara berseorangan itu memang perlu. Untuk lihat pada siapa keyakinan yang utuh kita letakkan bila dalam keadaan berseorangan.

Ammal dah biasa berseorangan. Cumanya, kali ni tercampak agak jauh. Paling penting, dalam keadaan yang sangat berbeza.

**********************************
Laluan akhawat dan ikhwan berbeza. Memang perempuan dengan lelaki takkan bertembung. Walaupun laluan untuk membeli juadah berbuka puasa.

Lorong memang berbeza.

Laluan untuk ke penginapan adalah melalui lorong-lorong sempit yang ada di sebalik rumah-rumah yang sangat padat di situ.

Ammal mengamati sekeliling sejak menjejakkan kaki di situ.

Sampai sahaja di pondok penginapan, semua orang sedang berehat. Maklumlah penat selepas pulang daripada kelas kitab tadi. Ammal memanjat tangga untuk ke bilik.

“Ammal, ada bawak purdah atau niqab tak? “Kak Asmah yang baru dikenalinya bertanya. Kak Asmah membuka tudung dan meletakkannya di ampaian dalam bilik.

“Emm. Takdelah kak Asmah. Kita bawak tudung je belambak hehehehe. Nak pinjam akak punya boleh tak?”

Kak Asmah senyum.

“Bolehh Ammal. Nah . Ni niqab favourite akak tau. Jaga bebaik” barang bertukar tangan dan tuan.

Rupa-rupanya, di situ ada juga tiga pelajar university dan yang selebihnya adalah pelajar tetap pondok di situ. Mereka juga datang daripada pelbagai negeri.

And to be precise and excitedly said,

Di situlah kali pertama Ammal 24 hours fully with niqab.

Kerana sumber kekuatan adalah orang sekeliling di situ.

*************************************

Suasana yang mampu menitiskan air mata di sini, tanpa sedar air mata Ammal menitis.

Setiap kali azan, pasti saf-saf di masjid Pondok ini takpernah kosong sampai ke belakang. Walhal, masjid ini besar.

Setiap kali solat takkiralah subuh, zuhur, asar, maghrib, atau pun isyak, amatlah payah untuk duduk pada saf pertama. Sebab apa?

Laju sangat saf-saf itu terisi.

Laju sangat saf-saf itu terisi.

Sampaikan boleh guna term First come first serve

Terlalu laju.
 ********************************

2/7/2015, Thursday, 15 Ramadhan 1436,
Pondok Di atas muka bumi Allah.

Pembelajaran kitab Faridah.  
Setiap satu sifat-sifat Allah diterangkan secara terperinci. Kelas kitab ini adalah selama 3 jam.

Allah itu tunggal. Tiada bandingannya.
Allah wazaniah- Esa Allah tiada sekutunya.
Allah qidam- Tiada permulaan.
Allah baqa’- Kekal Allah tiada kesudahan.
Allah tak berjisim dan tak berupa.
Terselit juga mengenai Dunia Ini Cabaran Besar dan amat perlu untuk cuba mwnjauhi al-Wahn.

Siapa yang kenal dunia, pasti akan kenal penciptaNya.

Jangan Tak Kenal siapa al-Haliq.

Ammal mengubah posisi duduk dan meregang-regangkan jari. Buku nota diletakkan di tepi. Botol air yang terletak bersebelahan beg diambil.

 Hanya dalam masa tiga jam sahaja, buku nota Ammal dah dipenuhi 5 muka surat penuh.

 ********************************
3/7/2016, 16 Ramadhan 1436
Pondok Di atas Muka Bumi Allah
Ammal melalui lorong di sebalik rumah itu untuk menghadiri kelas pembelajaran kitab Misbahul Munir pagi itu bersama-sama akhwat yang lain. Lopak-lopak air dek hujan lebat malam tadi cuba dielak seboleh mungkin.

Sampai sahaja di masjid pondok, saf-saf depan telah dipenuhi warga-warga emas dengan kitab masing-masing. Ammal duduk di saf ketiga sebaris dengan akhwat lain. Ammal duduk dan membuka niqab dan purdah masing-masing.

Seketika, satu soalan ditanya oleh seorang akhawat,

“Ammal memang langsung tak ngantuk ke join kelas ni?” Tanya Kak Syifa’.

Ammal memandang wajah putih Kak Syifa’ dan menjawab, “Em, taklah akak. Kelas kitab ni best. Serious. Ammal paling bersemangat bila kelas kitab Thalatha Rasail”

Kata kak Syifa’ lagi,

“Emm taklah. Jarang tau tak ngantuk kelas ni. Biasalah belajar kitab kan. Tapi tulah, selagi ada peluang grab bebetul tau adek sayang”

“Jazakkalahhu khairan katseer Kak Syifa” balas Ammal sambil senyum.
Ilmu yang Ammal dapat pada hari ini amatlah bermakna. Kadang-kadang kita sedar, Cuma buat-buat taknampak atau pun memang tak perasan.

“Manusia ni, langsung takboleh buat oksigen, etc “
“Allah lihat apa yang kita buat even though dalam hati, - Sesungguhnya pancaindera dan hati akan disoal di akhirat. Maka, selalulah menyebut nama Allah”
“Allah menjadikan manusia ikut qudrat menjadikan, kehendakNya. Allah buat kita sempurna”
“Allah boleh luluskan semua plan-plan makhluknya”
“When Allah said kunfayakun, then it will happen”

“Nak bercakap pasal ilmu Allah, jiwa mesti kena banyak ilmu daripada pelbagai sudut”

Ammal? Ceteknya ilmu aku.

**********************
If and only if,
If you want to join pondok. Please put aside all the desired to be placed at an air-conditioned room or hotel. The accommodation will not as 5 Stars or even 1 star hotel. But just enough for you to do what the things that u must do; sleep, eat etc.

It will teach u how to really be appreciated what u have in life.

It will teach u to don’t even love the dunya, as it will just temporary. U have your other world ahead. Dunia itu diletak pada tangan, bukan hati.

It will teach u not to waste any unimportant things.

It will make u feel closer to Him.

The surrounding, the air there,

Be there, and u will feel how bless it was!

***********************
Kadang-kadang memang perlu untuk Allah jauhkan seorang sahabat daripada kita. Untuk lihat, kita kuat sebab manusia atau sebab Allah. Allah nak uji kekuatan kita dengan menjauhkan sebahagian daripada sumber kekuatan. Allah nak uji keikhlasan kita. Sayang, syurga bukan percuma.

Kadang-kadang memang perlu Allah jauhkan orang yang pernah jadi sumber kekuatan kita untuk berubah. Sebab Dia nak tengok, kita berubah sebab manusia atau sebab Allah.

dan.

Pandangan Tuhan pada manusia, Bukan intan permata bukan paras rupa,

Dan untuk sahabat yang memberikan pertolongan semasa di sana.

Manusia takguna je yang khianati sahabat dia. Ingat tu. Persahabatan bagaikan seutas tasbih. Ada awalnya tiada berpenghujung. Thank you bae sebab layan  kat sana dan melunaskan hasrat mencari ilmu di sana. Nak luah semua memang tak terungkap. Cuma, halalkan semuanya. Semualah. Take care.

Dan,
Dear Nur Ammal Hanan binti Anan,
Ramadhan pergi, Takkan amalannya pegi? Takkan kau ni hamba Ramadhan?

#catatan Ramadhan 2015 Hadzriena, sekolah pondok.

p/s: Moga ada mesej yang terselit. May He bless every step of our journey.
Allahuma balighna Ramadhan.










thanks reading my diary

0 Smile for me♒: