Thursday, 18 August 2016

Penulis buku vs carik publisiti?

*Kenapa perlu membaca buku ilmiah, motivasi?


Selepas membersihkan diri sesudah balik daripada sesi makmal petang itu, Afza berada di hadapan cermin membetulkan letak tudung bawal biru di kepalanya.

“Kau ni, petang Khamis je mesti hilang. Suka sangat tinggalkan aku sensorang kann?” sapa Sarah, roommate Afza. Sarkastik bunyinya.

Afza menoleh sekilas kepada sahabat yang sedang berjalan menghampirinya sambil tersenyum sengih.

“Macam biasalah, nak dating dengan Kak Falidi dekat Kolej Sakura”

“Sorry terpaksa tinggalkan kau. Takkan aku keluar kejap pun kau rindu? Pukul 11 nanti aku baliklah macam biasa, naik bas. Kalau kau nak ambik aku naik moto pun takpaaaa hehehehe”

Sarah laju menyampuk,

“Eeeeeei budak gedik ni. Taknakkk. Aku nak buat assignment Biological Oceanography. Take care Afza. Balik nanti share ilmu dengan aku ye”
…………………………..


Afza terserempak dengan seorang seniornya, semasa sedang menunggu bas.

“Eh nak pegi mana maghrib-maghrib ni Afza?” sapa seniornya.

“somewhere” Sepatah Afza jawab sambil buat muka comel.


"Taklah. Nak pergi Kolej Sakura lah."

“Aah yelah tu dia. Haaaaa bas dah nak sampai tu. Jangan balik lambat sangat” Balas senior.



………………………………….

“Kita mulakan majlis kita dengan ummul kitab, al-fatihah.” Naqibah Falidi memulakan usrah hari itu.

Maka beralunlah surah pertama dalam al-Quran itu, penuh makna. Tunjukkilah kami jalan yang lurus. Itu yang diminta dalam setiap 16 rakaat solat fardhu setiap hari. Itu yang dipinta dengan rendah hati dalam setiap alunan surah al-fatihah dalam amalan-amalan lain.

Dia pencipta kita. Mesti Dia mahukan yang terbaik untuk apa yang telah diciptakanNya.

Maka, setiap saat di dunia berpegang pada kalimah tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Maka dengan kebijaksanaanNya, pelbagai cara Allah hadirkan untuk “tunjukkan kami jalan yang lurus” (sebenarnya jika dilihat dengan sebaiknya).

Tafsir surah pada hari itu adalah surah an-Nas. Surah terakhir dalam al-Quran, mempunyai enam ayat. Kak Falidi memegang buku setebal dua inci yang memuatkan pengertian tafsir mengenai surah an-Nas. Hanya mengenai an-Nas.

Kak Falidi cakap surah an-Nas ini surah yang berat.

Kak Falidi cakap surah an-Nas perlu difahami oleh setiap yang bergelar hamba.

Kak Falidi menyatakan debar hatinya untuk membuka perbincangan mengenai surah itu.

Kak Falidi cakap surah ni walaupun pendek, bermakna.

“Kak Falidi, sebenarnya Afza takberapa ingat makna ayat surah an-Nas ni. Walaupun surah yang pendek” monolog Afza, sebak dengan diri sendiri.

Tekun Afza mendengar dan mencatit segala mesej yang penting ke dalam buku nota kuning miliknya.
.
.

One of the words Allah uses to refer to human beings in Arabic is the word (Nas) which comes from 
the root word “Nasiyan” which mean forgetfulness”

“Forgetfulness”

“Forgetfulness- nas- manusia- hamba”

“Here Allah is teliing us that at the heart of being human there exists a quality of being forgetful of who we are (a slave), who god (our master), and why we are here (to worship Him)”

“It makes good sense then why Allah keeps saying Remember me, remember where you came, Remember where you are going, remember how you were lost and I guided you, remember, remember, remember and remember”
.
.

Sebak kejap. Naqibah Falidi menyambung lagi.
.
.

In other words Allah is implying that everything we need we already know and have, and that the root of our dissatisfaction or “lack of faith” is not based in lack of having but rather in lack of remembering all that we have already been given

Yes. Allah sentiasa ada untuk hambaNya. Walau Dia tahu kita pelupa. Indah sungguh. Maha suci Allah dengan setiap kesempurnaanNya.
.

.
Lepas tu, sesi perbincangan pasal isu ummah pulak. Issue semasa. Isu pengeluaran buku-buku tarbiyyah dan motivasi yang semakin banyak dekat pasaran. Belambak.

Arahan: Disebabkan setiap jiwa memiliki pemikiran yang berbeza. Jadi, taksalah nak lontarkan apa pun buah fikiran yang terbit daripada sudut hati. Antara ayat-ayat yang common ialah.

“Alaaaa. Kalau beli buku banyak-banyak pun, takguna jugak kalau tak amal”

“Btw, ramai penulis ni nak publisiti je lebih. Bila dah famous, change to be someone else. Macam sekarang ni, ramai macam tu wei!”

“Orang ramai baca buku pun sebab writer dia famous”

“Eleh. Carik duit macam jual agama”

Bincangkan.

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha mengasihani.

Disebabkan setiap jiwa memiliki pemikiran yang berbeza. Jadi, taksalah nak lontarkan apa pun buah fikiran yang terbit daripada sudut hati. Cumanya, harap tidak tergolong dalam kalangan judges yang tak berbayar ni.

Allah ada pelbagai cara untuk merealisasikan  doa hambanya “tunjukkilah kami jalan yang lurus”. Pembukaan hati manusia untuk membeli buku tu pun, siapa yang buka?

Perilaku, melalui pendengaran, melalui apa yang dipandang, Semua tu cara tarbiyyah (didikan) Allah. Pembacaan buku ilmiah, agama dan motivasi juga, tak ketinggalan. ‘BELI BANYAK-BANYAK TAKGUNA JUGAK KALAU TAK AMAL?’ Kalau dah cakap macamtu, kenapa taksedar lagi? Buatlah amalannya walaupun payah. Penulis jangan dipersalahkan melulu.

Hakikatnya, mereka dah menyumbang sedikit untuk ummah yang semakin tenat ni. Berbalik pada kita, apa yang dah kita buat? Jadik judges?

Pembacaan buku ilmiah, keagamaan ini amat penting sebab we are full of forgetfulness. Berbalik pada tafsir surah an-Nas. Lagipun, bukankah ayat pertama Allah turunkan adalah “bacalah”? Sebabnya, manusia itu pelupa. Jadi, perlu sentiasa diingatkan akan tujuan utam hidup di dunia serta janji-janji yang tersemat dalam pengucapan syahadatul haq; Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah.

Ambik yang baik. Tinggalkan yang jahat. Ehhhhh jangan tinggalkan sepenuhnya. Jadikan pedoman dan pengajaran untuk hari-hari yang mendatang.
.
.
Selesai usrah pada hari itu.

Seperti kebiasaannya, sesi terakhir semasa usrah ialah sesi makan. Kak Falidi selalu masak dan membawa makanan untuk adik-adik usrahnya. Inilah bulatan gembira kami. Penuh kasih-sayang, limpahan daripada yang Maha ar-Rahman.
.
.

Pagi naik bas pukul 8. Kelas non-stop daripada pagi, petang ada lab yang memenatkan, maghrib naik bas pegi usrah. Tipuuuuuuuu-lah kalau cakap takpenat! Teringat naqibah lama pernah cakap masa asasi dulu;

“Alhamdulillah kalau Allah masih kurniakan adik-adik masa nak datang usrah masa asasi ni. Akak faham jadual padat sampai petang. Akak pun asasi jugak dulu”

“Moga-moga masih kekal perasaan sayangkan usrah tu masa degree nanti ye sayang”

Tiba-tiba terasa malu sebab pernah ajukan satu soalan ni pada naqibah masa asasi dulu;

“Kenapa diorang dah takjoin usrah ek akak?”

Bila dah ada dekat tempat degree’s life. Baru tahu. Lagi sendat padat berkali ganda daripada life masa asasi. Dan syukur, Allah masih memilih hati-hati ini untuk datang ke dalam majlis ilmu syurga duniawiNya. Syukur.

“Hebat kan naqibah Afza” monolog Afza sambil tersenyum seorang diri.

“Moga Allah memberkati setiap usaha”


p/s: Sama ada perlu pencarian ini kisah benar ataupun tidak, itu bukan tujuannya. Inshaa Allah moga ada mesej yang sampai. Tulus daripada saya yang menulis dan awak yang dah terbaca.

Salahkanlah diri sendiri sebab dah terbaca (hehehehehehe)

Habis dah.

Moga ada Allah disetiap langkah. Salam sayang
#catatanAfza

thanks reading my diary