Saturday, 29 October 2016

NUKILAN DARI HATI

Allahu akbar,

Sem 3, masih belajar dalam kos yang sama. Di university yang sama.
Entah harini rasa nak nukilkan sesuatu. Sesuatu dari hati.
 Sungguh sifat manusia;

Bila rasa berubah kepada baik (meninggalkan jahiliyyah) rasa rindu pada all stuffs masa zaman jahat. Rindu nak pakai tudung selempang je takkisah tutup dada atau tak, rindu nak menari atas pentas,  Rindu nak menyanyi atas pentas, rindu nak gelak kuat-kuat, rindu nak main skateboard dengan geng, rindu nak masuk pelbagai pertandingan modeling and make-up, Rindu boleh sesuka hati nak tegur lelaki, Rindu takpayah berpanas-panas nak pakai inner neck atau handsocks. Rindu zaman orang cakap “alaaaaa kau mesti takpernah make-up, pakai jeans semua kan?”. Yes, humans.

Bila rasa dah berubah kepada jahat (kembali jahiliyyah) rindu pulak masa jadik baik. Zaman hari-hari takpernah tinggal al-Quran, zaman lelaki tu macam satu musuh untuk diri sebab nak jage ikhtilat (lepastu memang rasa diorang tu perlu dijauhi), zaman-zaman setiap tutur kata yang keluar daripada mulut sedaya upaya untuk menjaga hati orang sekeliling, zaman-zaman tahap kesabaran tu subhanallah tingginya lebih tinggi daripada Everest, zaman-zaman jarang pakai seluar walaupun yang longgar. Rindu zaman sedaya upaya nak mencuba pakai fully niqab. RIndu zaman sentiasa ada masa dengan usrah, daurah, street dakwah, qiamulail. Rindu zaman orang cakap “weh kau bukannya baik sangat”.  Yes, humans.

Rindu zaman merasakan perempuan adalah aset yang paling berharga untuk agama, (menangis). Akan rindu zaman rasa diri sendiri adalah insan yang paling senang untuk masuk syurga (ikut cara agama)

Akan ada rasa rindu saat nangis kerana terlalu rindukan rasullullah SAW dan perasaan yang sangat kuat untuk jumpa baginda. Nangis bila dengar lagu-lagu dan cerita-cerita mengenai baginda. Allahu akbar. Terlalu rindu. Jujur, aku terlalu rindu. 

Sayangku (diri aku sendiri),

Itulah cabaran kehidupan. Allah ada pelbagai cara untuk menduga iman manusia. Allah ada 1001 cara untuk melihat sejauh mana kepercayaan kita letakkan pada Dia yang Maha Bijaksana. Allah ada berpuluh ribu strategi agar kesetiaan yang utuh kita tetapkan hanya untukNya.

Sayangku (diri aku sendiri),

Bukankah taman Firdausi itu indah? Ia bukan percuma.
…………………………….
……………………………..

Biar terkadang goyahnya tetap ada, sentiasa berusaha untuk meraih keutuhannya kembali.

…………………………..
…………………………….

Allahu akbar, subhanallah Allah sentiasa hidupkan hati yang satu ini untuk sentiasa mengingatinya walau dalam keadaan apa sekali pun.

Semoga hati ini akan sentiasa hidup selamanya. Moga akan sentiasa dalam genggamanNya. Genggamlah ya Allah, genggamlah ia dengan erat. Tiada seorang pun yang mampu tahu apa yang didambakan hati aku selainMu ya Allah.

Tiada siapa yang mampu tahu struggle seseorang untuk sentiasa dekat dan menyanjungi agamaMu ini selainMu, Kuatkan iman kami. Yakinkan kami. Let the judgemental person judge us, and we should shut their mouth with a goooood and true things.

Sabr is half of iman. Semakin tipisnya iman, semakin mudah untuk hilang sabar. Who doubt me?

Jangan rasa kecewa, sedangkan tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik. 


Ikhlas dari hati, semoga sentiasa dekat denganNya.
Ina rindu kucing ina,
Ina rindu abah mak.
Ina rindu family.
Ina rindu Johor,
Ina rindu patung micjey ka Bandar Mas,

Ina rindu diri ina.

thanks reading my diary

0 Smile for me♒: