Sunday, 23 April 2017

Kenapa menulis?

Kenapa menulis?



Bismillah mengenai tajuk ni. Bismillah aku akan mula singkapkan satu-satu sebab “mengapa” tu.

Sebab nak berkongsi apa yang aku rasa.
Sebab rasa tak adil ilmu tu aku sorang je yang tahu.
Sebab tulisan aku tulah yang akan jadik reflection untuk diri aku sendiri, bila diri rasa jauh daripada tuhan. Tuhan aku, dan tuhan yang kau kenal juga. Sebaik-baik pencipta, Allah.
Sebab aku nak semua orang sedar hakikat kenapa manusia dihidupkan oleh Allah.
Sebab nak tunjuk setiap orang mampu berubah, walau payah.


Roughly, sebab utama adalah untuk diri sendiri dan berkongsi.


Aku obviously bukan budak sekolah agama.

Aku pun ada kisah jahiliyyah aku.
Aku pun ada kisah macam mana aku berubah.
Semua orang ada.

Dan blog aku ni memang tak mengharapkan pembaca yang ramai pun. Cuma, cukuplah sedikit yang mampu baca guna mata hati. Lagipun blog ni masa awal penubuhan dulu, bukan pasal advices-advices ni semua. Dulu semua pengalaman pasal jalan-jalan, make-up and dipenuhi dengan selfies yang takde sempadan. Dulu memang ramai yang baca. Yelah, human love all that stuffs.
But it changed already. Alhamdulillah.

Dan aku ada kisah macam mana aku boleh jatuh balik ke gaung jahiliyyah. Mungkin fasa tu aku hadapi sekarang. Tapi jahiliyyah fasa sekarang ni, beza dengan dulu.

Aku rasa jauh daripada Allah, tapi Dia takjemu kasik signal kepada hati aku:

Allah tak jemu nak bagitahu aku

“Ina this is not what you want”
“Ina, please start all over again”
“Ina, be something for ummah”
“Ina, you had promised to”
“Ina, I love you”

Allah tu, sentiasa ada.






Dan tak sangka, buku aku bakal dipublished. Sumpah memang tak sangka Allah kasik aku peluang nak tulis walaupun dihimpit kesibukan yang tiada berpenghujung.

Panjang lagi nak dikongsi. Tapi aku ada bulatan yang perlu dihadiri.

Selamat berusrah semua!


thanks reading my diary

Friday, 21 April 2017

Stay up all night?

Bismillah.

Esok sebenarnya ada training. Macam biasa pukul 5:45 am dah baris pagi. Tapi niat nak study kejap sebelum tidur. Takkisahlah apa nak jadik esok. Tertidur dalam baris pun takpa haha.

0115- Mata dah disapa angin-angin ngantuk dan lambaian katil. Terkebil-kebil pandang notes microbiology.

0117- Terasa nak bukak blog orang. Nak baca, nak stalk. Dah lama sangat tak stalk orang. Lepastu, terjumpa sesuatu yang terasa memberi rasa segar. Segar hati dan mata, maka terkeluarlah subhanallah.


Terbaca sesuatu yang ditulis oleh seseorang. Betullah, Allah yang berkuasa nak ketuk hati orang untuk faham apa yang kita tulis. Moga, kita bukan jadi sisa dunia. Biarlah ada manfaat kat dunia. 

Hidup kat dunia ni, biarlah ada usaha untuk jadik yang terbaik.
Hidup kat dunia ni, sentiasalah usaha untuk perbaiki diri.
Bila rasa jauh dengan Allah, sambutlah teguran halus yang datangnya khas daripada Allah tu. Dekatkanlah kembali apa yang jauh. Usahalah macam mana sekali pun, walaupun mungkin dah terlalu jauh. Usaha.Usaha. Allah tengok usaha.

Walaupun mungkin perlu bermula balik daripada bawah untuk capai hakikat cinta yang sebenar-benarnya hakiki, usahalah. 


Okkeylah.Takdelah nak stay up all night sangat. Kang esok masa baris pagi takleh bukak mata langsung kang. Haru.


Laila Saedah! Assalammualaikum from me. May u guys have a gooooood day ahead. Dont forget to renew syahadah everyday. Its our anthem.

thanks reading my diary

Thursday, 20 April 2017

Pakwe tanpa syarat

Single bukan sebab terlalu memilih.
Single bukan sebab takda orang minat.


Cuma nak cakap, im goo00d at kasik alasan untuk mengelak daripada lelaki. Sampai tahap tu.

Manusia, suka itu fitrah.
Kawal.

Selagi mampu. Sebab kalau dah a step ahead “terterima”, susah beb nak patah balik. Susah nak move on nanti, sebab benda tu akan jadik salah satu benda yang kau sayang kat dunia ni. Benda dah sayang, memang susah lah nak move one (based on pengalaman dulu kala).


........
Ni mengenai sesuatu.

If kredit ade RM50, around RM30 itu akan digunakan untuk call pakwe tanpa syarat (abah) dan mak. Selebihnya, dalam urusan-urusan lain macam nak book hotel, balloon untuk majlis, call kawan bila sampai kelas etc.

Bukan nak riak, tapi aku berbangga (hahahahha cam sama je).



(Abaikan, anggap je macam tak sama. Kehkeh)

Takkan serabut. Sebab cinta tu halal.
Jiwa rasa tenang, sebab cinta tu halal.

Nikmat nak menjaga, dan nikmatnya rasa abah tu segalanya.

Moga terus menjaga. Sehingga masa yang sesuai untuk aku terima sesiapa. Jodoh adalah cerminan diri. Usahalah jadik baik yang semampu, barulah layak dapat "cermin" sebagai mana yang 
didambakan.

Girls,
We are not preparing ourselves to be the best wife to our future husband, we are preparing ourselves to be the best example for this deen.

Takpayah sibuk nak fikir siapa siapa empunya tulang rusuk kiri, kalau benda tu mapu buatkan kau lupa siapa pemilik rahim.




 Walaupun syarat yang aku letakkan hanyalah "boleh terima aku seadanya". Tu pun dah cukup berat.
 Sebab "seadanya" aku takkan dapat kau kenal selagi mana takde ikatan. 







thanks reading my diary