Pages

Thursday, July 23, 2026

Masa bersama


Malam tadi sebelum tidur, mommy cerita kat daddy cerita 2 hari lepas yang masih segar di ingatan. Memang mommy simpan sebab nak cerita pada daddy.

This is our late night talk. Its 11pm, tapi kat Sabah ni 11pm ni biasanya badan dah rasa penat sangat yelah sebab kami mulakan pagi lebih awal 1 jam. 6am langit dah cerah. 

Mommy mula bercerita pada daddy.

Mommy bawa anak-anak untuk a-day-out. Kami keluar jam 9am-2pm di luar. Tak jauh pun mommy bawa, ke taman dekat Blok A. 2km macamtu daripada rumah kami. Kami datang waktu tak ada orang, jadi anak-anak full time spend masa dengan mommy.

Ini taman permainan, tapi mainan kat taman ni banyak yang dah rosak. Tapi actually best je pergi taman yang rosak, jadi anak-anak fokus untuk main dan explore benda-benda lain di sekeliling. Dah banyak kali bawa Huwainaa & Khaleed ke sini.

Setiap kali datang, pasti ada memori-memori baru dengan anak-anak. Memori kali ini, memang mommy nak simpan sebab terlalu berharga. Ada dua memori yang sangat berharga.


19/7/2026 (Haritu)

Latest visit kat taman ni, Huwainaa kena gigit semut api. Lepastu masatu dia cakap, 

Huwainaa: "taknak lah pergi lagi. Nanti semut gigit Huwainaa".

Mommy: Ye, sakit kan dia kena gigit. Sebab tu lah Huwainaa kena berhati-hati bila nak berjalan.. Kalau ada banyak semut, jangan pijak. Kesian semut sakit kita pijak dia.. Dia nak hidup juga".

Huwainaa: Sorry semut.. 


23/7/2026 (Harini)

Masa nak turun daripada kereta, Huwainaa pesan pada mommy dan Khaleed.

"Mommy, Khaleed, hati-hati ye jalan. Nanti ada semut. Jangan pijak tau.. Nanti semut sakit"

Mommy: okay Huwainaa.. pandai anak mommy.

Mommy tersenyum puas.

Sebegitu mudah pembelajaran buat anak-anak kecil ini. Nasihat yang ringkas, dalam suasan tiada gangguan dengan skrin. Alhamdulillah. Mommy sentiasa suka cara ini. Day-out, mommy suka buat dengan anak2.

Lepastu Huwainaa pergi main. Ada satu permainan yang tak rosak, boleh main pijak-pijak. Mommy bantu Khaleed & Huwainaa. Pegang tangan depa. Lepastu, Huwainaa offer pada mommy;

"Mommy nak main juga tak? Meh lah mommy pula main"

MashaaAllah sebaknya hati mommy sayangku. Ni mommy tengah menaip pun dah banjir dah ni. Mommy nak ingat moment ini sampai bila-bila. Terima kasih sayang sebab selalu tak tinggalkan mommy. Sentiasa ajak mommy buat sesuatu sama-sama, tatkala mommy selalu terlupa mommy pun boleh buat sama-sama.

Lepastu mommy sambung lagi..

"Mommy happy sangat jadi ibu pada anak-anak mommy. Diorang ikhlas dengan mommy, dengan kita. Tak sama macam manusia lain. Orang lain, kalau pergi kat kita mesti ada sesuatu yang depa nak. Tapi anak-anak ni memang ikhlas. Kita ni dunia mereka"

"Mommy tak ready nak experience rumah sunyi tanpa suara anak-anak. Kita buat baik-baik sebagai ibu ayah diorang ye sayang"

"Sebenarnya senang sangat-sangat nak kenal anak kita. Kita kena spend banyak masa dengan anak-anak. Dari situ, barulah kita akan betul-betul kenal anak kita. Mommy suka sangat buat day out ni.
Mommy main dengan anak-anak tanpa perlu update di mana-mana social media. Kalau nak update sekalipun, mommy akan update malam-malam masa anak tidur. Mommy tak suka the urge untuk berkongsi pada orang lain momen yang sedang kita lalui sekarang. Biarlah sepenuhnya kita nikmati segala yang berlaku depan mata"

"Sebab tu mommy boleh berlembut dengan anak-anak. Sebab mommy sentiasa memilih untuk kenal diorang. Setiap kali spend masa, itulah masanya mommy kenal anak-anak"

"Setiap kali kalau mommy asyik nak marah-marah, mommy akan tengok semula macam mana hubungan mommy dengan anak-anak. Kadangkala itu adalah petanda mommy tak spend time elok-elok dengan anak".

"Kita sama-sama jadi ibu ayah terbaik ye sayang"

Daddy sebak. Daddy cakap terima kasih. Ada lah tu reflection daddy. Mommy bersyukur. Kebetulan besok anniversary kami. Okaylah. tulisan ni sampai kat sini jelah. mommy nak buat kerja. 

Mommy sayang Huwainaa dan Khaleed,

sepenuh hati mommy. InshaaAllah.





Wednesday, December 06, 2023

Ke syurga dunia

 Jadikanlah majlis-majlis ilmu sebagai alasan untuk tidak menghadiri perkara lain yang tidak bermanfaat. Jangan jadikan perkara-perkara lain sebagai alasan untuk kita tidak pergi majlis ilmu.

Berbahagialah, jika Allah mencampakkan rasa bersalah di dalam hati kita apabila sudah lama tidak pergi ke masjid, asyik skip usrah, mencipta-cipta alasan untuk melarikan diri. Rasa yang dicampakkan ini, bukanlah dicampakkan pada semua hati. Allah memilih, kepada siapa.

Hebatnya kasih sayang Allah, yang sentiasa melorong kita ke arah "jadilah manusia yang baik dan berilmu".

Kita nak masuk syurga?

singgah dulu syurga di dunia.

Tuesday, August 22, 2023

Buat overthinkers.


OVERTHINKERS?


 I dont know how to start. Tapi nak bagitahu,

Dalam kehidupan kita ni, tak semua perkara kita boleh control. Ada banyak perkara kita perlu serahkannya kepada tuhan. Overthink ni ada pros and cons. Macam perkara-perkara lain, kalau tak ada pun tak boleh jugak. Tapi kalau terlebih sangat pun tak boleh. Mental boleh sakit. Sakit yang tak nampak pada luaran.

Buat semua overthinkers yang terlalu extreme, 

this is time for us to make a deep reflection.

Tentang sejauh mana kita menyerahkan urusan kita pada Allah.

dan sejauh mana kita yakin Allah mampu untuk uruskan kehidupan kita lebih daripada apa yang kita mampu.

Itu sifat Allah. Paling mengetahui, paling bijaksana, paling baik. Penuh dengan kebaikan. 

Minda kita ada kapasiti. Tak semua benda boleh dimasukkan dan boleh terus bermastautin di dalam sana. Ada perkara2 yang kita boleh masukkan dalam minda tapi kena auto delete je after ten minutes lagi-lagi kalau benda tu tak penting. Kenapa nak beratkan otak dengan benda-benda yang tak penting?

Tapis.

Buat tapisan elok-elok.

Kalau rasa terlalu overthink je, take a deep breath and say this to ourself;

"aku serahkan urusanku kepadaMu"


This is what i did; Buat deep breath sambil tutup mata,

hembus nafas slow-slow sambil cakap "ya Allah, aku serahkan urusanku kepadaMu ya Allah".

Believe me, it is very amazing and powerful.

Kita akan rasa lebih ringan. 


Kerana kita serahkan urusan kita kepada Allah.

Kita percaya 100% kepada Allah.

Kita meminta kepada Allah, the one who hold our heart and soul.


Reflects. 

Sejauh mana kita percaya kepada Allah? 

Sejauh mana kita menyerahkan urusan kita kepada dia? 


Tuesday, June 13, 2023

SI PEMBURU DI DUNIA


 

Sekilas tulisan.

Sungguh selama mana kita hidup di dunia ini, kita sentiasa berada dalam mode pemburuan. Pemburuan untuk mendapatkan sesuatu yang sangat mahal tapi tak semua orang mampu mendapatkannya. Mungkin tidak semua orang pasti apakah yang sedang dikatakan aku. Tapi aku mahu semua orang tahu.

Keberkatan adalah sesuatu yang mengalir, bertambah dan berkembang. Itu yang kita mahukan. Kita perlu berhajat, berkeinginan dan memiliki impian supaya mencapai puncak tertinggi kehidupan ini, KEHIDUPAN YANG PENUH DENGAN KEBERKATAN.Kita semua sentiasa perlu memburu keberkatan, dalam setiap apa yang kita lakukan.

Bawalah sosokmu di mana-mana sahaja, pasti akan ada kebaikannya yang tersebar. Itulah berkat. Buatlah apa-apa sahaja, pasti kebaikan terselit di mana-mana. Itulah berkat. Katakanlah apa-apa sahaja, pasti ianya ada menyentuh Nurani manusia untuk sedar hakikat perlu dekat dengan tuhan dan perlu hidup bertuhan. Itulah berkat.

Itulah berkat. Kebaikannya bertambah. Kebaikannya tersebar meluas. Setiap sentuhan pasti ada kebaikan yang tersemai.

Kita berharap agar setiap pergerakan tangan, lidah dan semua anggota tubuh badan kita menjadi satu keberkatan atas setiap satunya. Betapa hebatnya jika manusia memiliki nurani dan keinginan yang sangat besar sebegini. Subhanallah. Sungguh kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap apa yang kita lakukan di dunia ini.

Sebab hidup ini adalah ibadah kepada Allah. Maka tugas kehambaan kita adalah untuk mengemudi hati menujuNya. Di dalam hati itu, jaminan dunia dan akhirat kita bernama keihklasan. Dan betapa beratnya mengendalikan hati agar ikhlas kepada Allah. KIta nak memburu hati yang ikhlas.

Jika sebelum ini kita tak pernah meletakkan goal “aku hidup sebab nak mencari keberkatan Allah”, jom pasang goal ini sekarang. Percayalah, hidup kita akan lebih tertuntun. Jom mulakan perjalanan memburu berkat?



Semoga sentiasa ada berkat.

Tuesday, April 04, 2023

Anaknya ramai, tetapi terabai.

 

Terasa sangat berat nak menulis dan berkongsi mengenai isu ini. Tetapi saban hari, makin menjadi-jadi isu ni sampai ke telinga. Biasanya si ibu yang datang mengadu.

 

Banyak isu sekarang, anak ramai tetapi mak bapak tak mampu nak tunaikan hak-hak anak.

Tidak pasti mengapa.

 

Kes 1:

Kalau pergi ke mana-mana pusat kebajikan yang menempatkan kanak-kanak daripada golongan asnaf / ibu ayah yang tidak mahu menjaga anak, sayu sangat hati ini. Mereka ditinggalkan di situ sedangkan ibu ayah masih hidup.

Tetapi, jika ibu ayah menghantar anak kerana memang betul2 tidak mampu untuk menjaganya, ianya tidak menjadi masalah kerana mungkin jika dihantar di situ kehidupan anaknya akan lebih baik. Tetapi, apa yang aku tidak sukai adalah jika anak yang dihantar itu mungkin dihantar setiap tahun.

Ayat mudahnya,

Ibu ayah buat anak, lepastu hantar anak ke pusat kebajikan sebab tak mampu nak jaga anak.

Lepastu tahun berikutnya, buat lagi anak dan hantar anak ke pusat kebajikan. Alasannya sama, sebab tak mampu jaga anak. Tahun berikutnya juga begitu…..

 

Astaghfirullah. Mengucap panjang setiap kali dengar kisah-kisah macamni.

Jahilnya kita. Parahnya ummat.

Mengapa sanggup membiarkan seorang khalifah cilik Allah ada permulaan kehidupan yang begitu? Sedangkan memang ibu ayah yang bertanggungjawab perlu menjaga? Bukankah ibu ayah yang mahukan anak itu?

Alasannya sama, sebab tak mampu jaga anak.

Kalau tak mampu jaga anak, ibu ayah perlu lah belajar family planning. Having sex is not haram for married couple, tetapi perlu kena dengan cara…

Sekarang dah banyak kaedah yang boleh digunapakai untuk mengelakkan kehamilan. Ianya tidaklah 100% selamat tetapi ibu ayah perlu lah berusaha. Ramai je yang menggunakan dan Berjaya jarakkan kehamilan ni… Jangan gadaikan kehidupan seorang anak adam… kasihanilah mereka. Mereka patut lahir ke dunia dalam keadaan yang baik dan diterima oleh semua orang terutamanya mak ayah sendiri………

 

Buatlah family planning.

Tetapi, ramai yang tiada ilmu family planning ni. Kerana apa? Sifat ego.

Ego tidak mahu belajar.

Ego sebab merasakan semua itu tidak perlu.

 

Kes 2:

Fuhh, berat tangan anak menulis pulak kes yang seterunya ni. Ini antara kes-kes kebanyakan yang ada.

 

Ayah bekerja sendiri. Ayah sihat tiada cacat.

Gajinya tidaklah tetap.

Ibu tidak bekerja. Ibu juga sihat dan tidak cacat.

Anaknya ramai, 6-8 orang. 

semua anaknya dijaga sendiri.

 

Lagi sekali,

Anaknya ramai, tetapi terabai.

 

Betul, setiap orang ada cabarannya yang tersendiri di dunia.

Dan memang betul, rezeki semuanya datang daripada Allah.

 

Ayah bekerja sendiri ; its okay tiada masalah.

Ibu tidak bekerja; its okay sebab ayah bekerja kan. Ibu pula dah ada tanggungjawab menjaga anak.

Anaknya ramai, 6-8 orang : ini yang berat sedikit hendak dikongsi.

 

Kita nak bercakap mengenai reality semata-mata. Hanya berkongsi. Tiada nak tuding jari ke mana-mana pihak atau nak cakap aku yang terbaik. Niatnya hanya berkongsi sebagai tauladan buat semua.

Ada satu kes, anak ramai 7 orang tetapi suami langsung tidak membantu isteri menguruskan hal-hal anak. Gaji suami pun tidak menentu, kadang2 RM300 sebulan kadang2 RM600 sebulan (bawah RM1K).

Dalam masa yang sama nak tanggung pulak anak yang ramai…….

Dalam masa yang sama si ibu stress sebab perlu menguruskan anak seorang diri sebab suami langsung tidak ambil peduli hal anak… semua urusan anak si isteri yang uruskan A-Z…..

Dalam masa yang sama, si isteri selalu menyuruh anak sulung untuk menjaga adik2….

Dalam masa yang sama, si anak sulung ni berasa sangat tertekan. “asyik2 kakak je, asyik2 kakak je”

 

Nampak tak semua serba-serbi tidak kena dalam rumah itu? Semuanya bermula daripada apa? Daripada ibu bapa jugak… anak2 yang dapat tempiasnya… ada banyak kes anak2 pun tiada peluang hendak bersekolah….. Lama-kelamaan si isteri berdendam dengan si suami… lama2 si ibu ayah pun selalu bergaduh depan anak2…… anak2 pun sedih.

berat mata memandang, berat lagi bahu yang sedang memikul.

 

Tidak ukur baju di badan sendiri.

Tidak buat family planning.

Suami langsung taknak menolong isteri (I would say, suami ni pemalas).

 

Ye, nak anak ramai ni pun kita kena ukur baju di badan sendiri. Tengok sama ada kewangan keluarga cukup/ tidak? Tengok sama ada emosi isteri dan suami okay atau tidak? Bukan nak best2 buat sex semata-mata. Pastu anak ramai. Pastu anak mendapat tempiasnya.

Pity the child.

 

 

Mungkin memang suami isteri tu tak ada family planning?

Tapi kalau tanya aku, sebenarnya semua ni berbalik kepada ilmu.

 

Suami isteri tak ada ilmu family planning.

Suami isteri tak cukup ilmu agama, mengenai hak-hak anak.

 

Berat sangat kalau nak bercakap mengenai hak anak ni, tapi aku akan meneruskan.

 

Begini,

Anaknya ramai, tetapi terabai.

 

Ibu ayah, berat sebenarnya perkataan “Amanah” ni.

Amanah adalah satu perkara yang akan perlu tanggung dan jawab di akhirat nanti.

Anak2 ni adalah Amanah yang memang perlu dijaga dan dididik semampunya.

 

Ye, seorang anak memang ada hak untuk dijaga dan dididik.

Itu hak seorang anak.

 

Hak ini kalau tidak ditunaikan, kita perlu takut. Takut bagaimana Allah akan mempersoalkan kita di akhirat nanti.

Menjaga dan mendidik anak-anak ni adalah satu cabang ibadah yang sangat luas. Sebenarnya apabila ada anak, kita akan semakin berusaha nak memperbaiki diri kita daripada segala sudut. Sebenarnya, apabila ada anak ni kita akan semakin dekat dengan al-khaliq. Pencipta kita. Iyelah, bermula daripada mengandung kita akan mendalami dan mengalami sendiri keindahan penciptaan manusia di alam Rahim, apabila anak keluar pula kita belajar perlbagai perkara yang lainnya.

Anak ini adalah Amanah Allah.

 

Bukanlah perlu berusaha menjadi seorang ibu ayah yang sangat perfect. Kita takkan mampu pun, tapi at least kita berusahalah untuk memenuhi hak-hak anak ni.

Kita tunaikan, pasti hidup akan lebih tenang dan dirasakan mudah.

 

 

Anak adalah Amanah Allah.

 

وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ

وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ

وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ

وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌۭ

 Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

(al-Baqarah:233)

 

Takutlah dengan firman Allah swt ini. Tunaikan hak-hak anak. Untuk suami, tunaikanlah hak-hak isteri dan anak2. Untuk isteri, tunaikan hak-hak suami dan anak2. Kita semua ada bahagian masing2.

 

Ayat ini sangat powerful.

We are talking about taqwa.

Tanya diri sendiri.

Apabila kita tidak tunaikan hak-hak yang perlu kita tunaikan ini? Adakah kita tidak takut akan azab2 Allah? Takutlah kepada Allah, tunaikanlah hak-hak anak.

 

"sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan"

 

Jika kita tunaikan, Allah tahu.

Jika kita tidak tunaikan, pasti Allah juga tahu.

Semuanya dalam pengawasan Allah.

 

Kita pilih.

 

Bukak mata, turunkan ego.

Carilah ilmu.

 

Semoga kita mampu menjadi ibu ayah yang baik.

Berusahalah agar tidak menjadikan kemiskinan ini sebagai adat temurun. Setiap kita perlu bertekad untuk memberi yang terbaik buat anak-anak yang terlahir daripada Rahim kita. Ayah2 yang menyumbangkan sperm pun ada tanggungjawab yang sangat besar terhadap anak2.

 

Takutlah kita kepada Allah.

Tunaikanlah hak-hak anak.

Monday, February 13, 2023

Apa yang kamu kejarkan?

Dunia ni terlalu banyak fatamorgana yang dihidangkan, setiap hari tanpa henti.
"Watch this dunya! sangat mengasyikkan!"

Kita merasa tidak tenang hendek mengejar itu dan ini,
Kita merasa tidak tenang hendak mencukupkan apa yg dirasa tidak cukup.

Sampai bila?
Kembalilah menyedari hakikat bahawa dalam mengejar dunia, kita pasti akan sentiasa lelah. Kerana setiap kali dikejar, pasti ianya akan terasa semakin jauh. Setiap kali dikejar, pasti kita tidak merasa cukup.

Inilah sifat dunia, seperti air laut yang masin.
Semakin diteguk, semakin rasa haus dan nak minum lagi.

Inilah sifat manusia,
Tidak pernah rasa cukup. 

Sampai bila nak terus meneguk air masin?
Semoga bukan kita.

Monday, January 30, 2023

Kita suka jumpa Allah tak

 


Surah al-baqarah, ayat 94.

“Katakanlah; “Jika kamu (menganggap bahawa) kampung akhirat (syurga) itu khusus untukmu di sisi Allah, bukan untuk orang lain, maka cita-citakanlah kematian (mu), jika kamu memang orang yang benar”

Ayat ni.

Setiap kita (hamba Allah) seharusnya mempunyai angan-angan untuk masuk ke syurga Allah yang penuh dengan segala kenikmatan. Tapi, angan-angan perlu disertai dengan usaha yang berterusan.

“Barangsiapa yang mencintai bertemu dengan Allah, nescaya Allah menyukai untuk bertemu dengannya. Barangsiapa yang tidak suka bertemu dengan Allah, maka Allah pun tidak suka untuk bertemu dengan dengannya”

(HR Bukhari 6027, Muslim: 4847)

Kita ni suka tak jumpa dengan Allah? Tengok balik solat kita macam mana? Plan our death. Dengan cara kehidupan kita.

Jangan pernah tinggal doa “ya Allah matikanlah aku dalam keadaan khusnul khotimah. Ambil lah nyawaku pada saat Kau betul2 redha dengan diriku dan segala amalanku”. 

Doa yang sangat ringkas, tapii terkandung seribu satu permintaan dan usaha yang perlu dilakukan.

Kejayaan sebenar seorang manusia adalah apabila kita berjaya masuk ke syurga.


Hadzriena,

31/1/2023

Tuesday, August 02, 2022

Happy World Breastfeeding Week 2022

 Assalammualaikum. Lama tak mencoret sesuatu dalam ni. Minggu ini adalah minggu penyusuan susu ibu sedunia.

Selamat menyambut minggu penyusuan susu ibu kepada semua ibu-ibu yang menyusu, ibu-ibu yang bakal menyusu, kalian yang suka belajar ilmu-ilmu penyusuan, suami-suami yang sentiasa menyokong penyusuan susu ibu dan semua orang yang menyokong penyusuan susu ibu.



Penyusuan susu ibu amatlah mencabar tetapi percayalah dengan ilmu yang betul, penyusuan akan menjadi lebih mudah. Remember, beginning is always the hardest tapi lama-lama akan mudah. Sangat mudah. Penyusuan susu ibu memiliki banyak sangat kebaikannya. Breastfeeding is not just giving milks. It is more than it.

Ingat? Breastfeeding adalah satu kemahiran yang mana memerlukan praktis! Takda jalan pintas! Practice makes perfect! Percayalah, ilmu akan membantu ibu-ibu untuk buat apa dan tepis segala cabaran yang ada dalam penyusuan. Ibu perlu ada support group yang betul supaya ada yang menyambut apabila ibu jatuh. Cari circle yang sehaluan dengan impian ibu supaya ibu sentiasa termotivasi daripada pelbagai sudut.

Untuk new mommies, ingat tau... Breastfeeding is a teamwork! Ibu dan bayi sama-sama sentiasa belajar. Banyakkan hands on breastfeeding apabila bayi sudah lahir.

Tipuuu lah kalau ibu takda masalah langsung dalam penyusuan susu ibu. Semua akan ada cabarannya. But, consider everyday as a milestone!! Setiap usaha ibu sangatlah berharga. 

Setiap titik susu ibu sangatlah berharga. Semoga setiap usaha ibu nak memberikan makanan pertama yang terbaik untuk bayi manusia ini akan diredhai Allah. Ibu adalah malaikat tak bersayap untuk anak-anak. Bersemangatlah sentiasa untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu.

Let's educate and support breastfeeding mommies.


Salam penyusuan susu ibu,

oci,

Certified Breastfeeding Peer Counselor.

oci selalu buat sharing mengenai ilmu2 breastfeeding di private instagram oci tau (sharingoci). Bolehlah follow kalau nak membaca ilmu2 breastfeeding.

Monday, May 10, 2021

Pejuang HAMAS yang hebat


Syahid adalah matlamat kehidupan,

Kerana kehidupan ini tidaklah seindah gemawan,

Jannah itu sebaik-baik pembalasan,

Kerana tuhan tidak pernah mendustakan.

qalam said by Dr. Riduan Mohamad Nor. 


Hebatnya pejuang hamas yang ditubuhkan dan diketuai oleh dua tokoh yang seharusnya menjadi contoh ikutan dalam memperjuangkan kalimah al-Haq, baik dari segi jihad, kesungguhan dan pengorbanannya; as-syahid Syeikh Ahmad Yassin  dan as-syahid Dr Abdul Aziz Rantisi. Kedua2 orang hebat ini dibedil oleh helikopter Apache Zionist Israel dengan peluru berpandu Hellfire.

Pendirian mereka terhadap perjuangan, dan cinta terhadap tanah airmya bumi Palestin dan Baitul Maqdis sangat kuat. Mereka mengabdikan seluruh hidupnya untuk jihad. Bumi Palestin tiada gantinya, tidak mungkin dapat ditukar ganti dengan apa pun. 

Zionis laknatullah sangat menggeruni Syeikh Ahmad Yassin. Pejuang hebat yang menubuhkan HAMAS ini langsung tidak takut mati. Bahkan mereka memang berimpian untuk mati syahid. 

Zionis laknatullah membunuh kedua2 tokoh ini bersama yang lain kerana mereka sangat takut jika HAMASmenjadi kuat dan memerangi mereka. Mereka sangka hamas akan lumpuh jika pemimpinnya dibunuh. Tetapi Kematian dua tokoh ini lah yang menyemarakkan lagi api jihad saudara Islam kita di Palestin. Mereka tidak berganjak walaupun seinci walaupun mereka tahu bila2 masa sahaja mereka boleh dibunuh. Mereka tak takut mati. 

Mereka jiwa al-quran. Mereka adalah al-quran yang berjalan. Dada mereka penuh dengan al-quran kerana budaya menghafal isi kandungan al-quran yang sudah sebati dalam diri.

Lagi pula, Manusia memang akan mati. 

Teringat kata2 Khalid al-Walid, "Jika diberi pilihan hendak mati syahid atau mati di atas katil, mana satu yang kami mahu? Pastilah mati syahid.

Zionist laknatullah ni pengecut. Mereka takut mati. 

Tetapi pejuang Islam? mereka tidak takut mati. Malah berimpian untuk syahid. Mereka jiwa al-quran! Mereka berpegang kepada "manusia memang akan mati", tetapi bagaimana cara kematian itu? Mereka tahu bahawa mati syahid itu ganjarannya amat besar. Mereka nampak syurga, walaupun jasad masih di dunia.

Hamas ditubuhkan atas semangat jihad mahu mempertahankan bumi al-aqsa! Intellectual yang ada di sana dan meneruskan perjuangan membeskan bumi al-aqsa! Serangan darat pastinya akan menjadi privilege utk tentera al-Qassam kerana mereka tahu selok belok Gaza. I am imagining  some underground tunnels that looks like a spider web was built there.    

Zionist laknatullah  akan kalah dengan izin Allah. Aaamin. Mereka (umat Islam di Palestin) tidaklah suka akan peperangan tetapi mereka berperang kerana ada sebabnya. 

Banyak perkara yang perlu kita pelajari daripada warga palestin,
Tentang bagaimana untuk terus acapkali bertanya kepada iman kita.

Sekuat mana,
sejauh mana,
Betul ke ada iman?

Nangis, dijentik bertubi-tubi dengan ayat sendiri.Malu dengan diri sendiri.
Ampunkan aku, Ya Allah.


 ‎حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

Berilah kemenangan kepada kami. Bantulah saudara kami.

Tuesday, April 14, 2020

Lima Prinsip Besar Dalam Hidup



Bersyukur. Bersangka baik. Buat baik. Sebarkan kebaikan. Ikhlas.

Lima prinsip besar ni.

When you find yourself in a position to help someone, be happy because it’s actually Allah had answered their prayers through you. Allah pilih hati kita untuk buat kebaikan. Dalam banyak-banyak hati, Allah ketuk hati kita.

"Phrase" Karma will hit.

Sebabtu Allah suruh buat baik.

Kau buat baik, benda-benda baik akan return back to you.

Allah taksuruh buat jahat, sebab Allah taknak benda-benda jahat return back to you.

Macam tu sekali kan kasihNya Dia?



Allah says; If Allah knows (any) good in your hearts, He will give you (something) better than what was taken from you. (8:70)

Buat kebaikan. Bila kita rasa bahagia, doakan supaya orang lain mampu rasa bahagia jugak (in their own way). Sebab kan oci dah cakap, doa tu perkongsian? Kita nak semua orang sama-sama rasa apa yang kita rasa.

Hikmah is everywhere. It's lies within everything that happened to us, to others. Cuma depends dekat kita lah, nak tengok dan intrepret semua benda tu macam mana.

Lima prinsip yang sentiasa berkait rapat. Kasik chance kaki kanan jalan dulu, nanti mesti kaki kiri pun rasa nak ikot sekali
.

Lima prinsip besar ni. Pasak dalam hati. Bawak sampai mati.

Pasak

Saturday, January 26, 2019

Once In a blue moon

Cinta ni, bukan kita cari kesempurnaan.

Perkataan "cinta" itu sendiri, bermaksud kita satukan mana-mana yang kurang. Sama-sama bina dan repair apa yang kurang. Satu equipment yang rosak tu, jangan buang terus. Tapi repair. Satu alat rosak, jangan buang. Dalam apa-apa perhubungan, kena ada tolak ansur. Takkisahlah hubungan persahabatan, kasih sayang, cinta, suka sama suka sekalipun.
Tolak ansur kena ada. Sama jugak untuk rumahtangga, kena ada tolak ansur. Kalau takde tolak ansur, rumah ke kanan, tangga ke kiri. Lama-lama roboh, bercerai-berai.

Apa-apa, doa. Doa. Doa. Hati  kita ni milik Allah. Kita jangan terlalu over untuk cross the barrier. Sebab tu, semua kena doa. Apa-apa pun, doa. Letak rasa percaya. Kita takboleh tengok masa depan kita. Kita mampu plan je, apa-apa Allah yang tentukan. Sama-sama kita doa. Hati kita ni milik Allah, Allah yang pegang.

Kalau Allah cakap He's the one, He will be the one. InshaaAllah, the right man on the right time. Kalau memang Allah dah tulis, benda tu takkan cepat dan takkan lambat. When He said kunfayakun, it will happen. Bila Allah dah rasa kita cukup ready dan layak nak terima sesuatu, Dia akan kasik. Cepat atau lambat, itu semua perancanganNya sebagai Yang Maha Bijaksana.

  • Banyakkan ilmu agama (paling penting),
  • Banyakkan dan tambah ilmu rumahtangga,
  • Jaga adab, jaga tingkahlaku,
  • Jaga kebersihan,
  • Be the best me in all aspects

InshaaAllah,
  • Then istikharah.
  • Jaga hati.

Soal Kahwin ni, bukanlah benda sehari dua. Kalau boleh, kita pasang impian untuk bersama-sama pimpin tangan pasangan sampai ke syurgaNya. Pasangan tu lah sahabat kita, yang sama-sama simpan impian nak bersama sampai ke syurga milik Dia.

Hidup itu sendiri adalah satu pembelajaran dan ianya takkan pernah terhenti sehingga Allah mengambil semula nyawa yang Dia pinjamkan dekat kita sekarang ni. To be in married life, is also another phase in human's life. Fasa baru dan mungkin lebih mencabar, dan proses pembelajaran itu masih diteruskan.

Proses pembelajaran itu pun tetap akan diteruskan bilamana Allah memberi rezeki anak. Tugas pasangan pulak, perlu menjadi murabbi dan ikutan yang baik untuk anak-anak. Kena sedar, tugas masing-masing sebagai perantaraan yang paling dekat untuk mengajar khalifah baru di bumi Allah (anak). Ada tanggungjawab, untuk mendidik seorang khalifah Allah untuk mengenal dunia. Jadi, perlu sentiasa bijak dan gunakan cara yang betul dalam mendidik.

Macam tu lah kronologi kehidupan. Setiap apa yang kita belajar dan lalui, sebenarnya ada tugas dan tanggungjawab kita untuk menyampaikannya pada manusia yang lainnya. Tugas untuk sentiasa mengingatkan kepada kebaikan, supaya diri sendiri malu untuk membuat kejahatan. Sebab memang lumrah manusia, pelupa.

Macam kehidupan juga, tak semua benda-benda dalam perkahwinan itu membahagiakan. Konsepnya sama, sebenarnya depends dekat kita sendiri untuk interpret rasa bahagia tu dengan  menjadi orang yang sentiasa melihat dengan mata hati untuk tengok setiap satu yang Allah kasik. Jadi orang yang bersyukur, dan cuba sedaya upaya tukar rasa kecewa kita kepada rasa bahagia. Bersangka baik dengan Allah, sentiasa.

Jodoh tu cerminan diri.

Cuba gapai solehah.

Moga segala usaha dan niat dipermudahkan, dengan izin Allah.

Percaya.


Wednesday, September 26, 2018

Uncle Prakash

Pak Mat, seorang pekerja dekat mushroom lab. Hari-hari aku akan datang jenguk mushroom room yang jaraknya selang dua puluh kaki daripada lab aku. Niatnya, memang nak jumpa kucing putih dan hitam yang ada dekat situ. Mula-mula dulu memang masing-masing (Kucing-kucing tu) takut dengan aku, yelah wajar. Sebab aku kan orang baru kat sini.

Kalau aku rasa letih sangat, memang aku cari kucing. Belai, main-main dengan kucing. Itu remedy aku, remedy kau ikut kau laaah.

Tapi bila dah lama-lama, kucing-kucing tu pun dah makin jinak dengan aku. Bukankah kalau tak kenal, maka tak cinta? Hiks. Okaylah, bukan nak bercerita pasal kucing pun sebenarnya.

Nak cerita pasal seorang pakcik india yang kerja dekat situ jugak.

Ada lah one fine afternoon hari tu, aku pun nak buat rutin harian aku macam biasa untuk jenguk kucing-kucing. Macam biasa, mesti Pak Mat ada dalam mushroom lab. Setiap hari jugak aku akan berjumpa dan berbual dengan Pak Mat, sebab aku memang datang tempat dia. Bila sampai tu, soalan pertama aku mesti.

“Hai Pak Mat, mana meow?”

“Tu haaaa, ada tidur dekat bawah meja tu” sambil tunjuk.

Aku pergi dapatkan kucing tu, lepastu sambung berbual dengan Pak Mat.

“Pak Mat, saya tak nampak pun uncle Prakash harini. Biasanya saya mesti terjumpa dia kalau keluar daripada lab”

“Ohh, dia cuti harini”

“Laaaah, yeke”

“Tahu tak, dia (uncle Prakash) sakit jantung. Haritu baru je operate
“Sebab tu dia kerja kat luar je”
“Takut udara dekat dalam ni takbagus untuk dia”

Yelah, mushroom lab tu penuh dengan hampagas dan kayu-kayu untuk semai dan buat tanaman cendawan. Semerbak bau cendawan, dan tempatnya sedikit tertutup. Kini baru aku paham, selama ni memang bertegur dengan uncle Prakash dekat luar lab je. Selalu cakap jerit-jerit je kalau dia duduk jauh sangat dari aku. Macam kawan dah. Selalu jugak dengar dan bercerita dengan uncle Prakash pasal kucing-kucing dia, dia pun pecinta kucing.

Kesian uncle Prakash.

Wahai anak-anak uncle Prakash, jadi orang berjaya okay? Banggakan abah awak tu, dia masih bertungkus lumus kerja walaupun pada hakikatnya kesihatan tak berapa nak mengizinkan. Moga tuhan menguatkan segalanya.

Hari ni, aku masuk lab lambat sikit. Pukul 1230 tengahari, sebab dari pagi tadi berhempas pulas menyiapkan finale masters proposal aku. Masa aku sedang dalam kesibukan filtering my seawater samples in the lab by using 20 micron plankton net, tiba-tiba pintu makmal rasa macam dibuka. Aku buat dunno jelah. Tapi rasa hairan sikit. Sebab Kak Nurul, lab officer yang selalu duduk dalam lab tu dengan aku tengah ada mesyuarat hari ni. Rupanya uncle Prakash yang jenguk aku.

“Laaaah, kite (saya) ingat siapa lah tadi”

Uncle Prakash membiarkan pintu makmal terbuka dan dia berjalan ke arah aku.

“Haha, taklah nah ambek ni. Sedap”

Uncle Prakash hulur muruku ikan dekat aku. Fulamaks terharunya aku. Aku ambil murukutu, then terus letak atas meja. Sebab nak sambung balik kerja aku yang masih belum selesai.

“Terima kasih uncle Prakash”

Lepastu, our conversation ongoing. Menyambil aku buat kerja aku.

Today, I had isolated the phytoplankton species that I want. Super excited, sampai petang tadi rasa taknak balik bilik. Tapi apakan daya, cukuplah pernah sekali balik malam. Taubat dah. Seram dia nauzubillah dengan keadaan makmal aku dekat bangunan paling belakang dan kampus yang langsung takde orang. Siapa suruh rajin sangat. Padan muka.

Rindu abah, rindu mak.

Monday, September 24, 2018

Cendawan

Harini mak bangun awal pagi. Aku terjaga pukul 0500 tadi, pelik sebab ada bunyi-bunyi dekat luar. Bila jenguk daripada pintu bilik, oh mak dah bangun rupanya.

“Aik, awalnya mak bangun”

Mak pandang je tanpa jawab soalan aku. Tapi senyap yang lama, sampai aku jadi teragu-ragu betul ke ni mak. Atau………………………………………………. haha okaylah aku langsung tak berniat nak tulis entri kisah mistik. Nanti aku ni haa yang meremang takut sendiri. Taubat.

“Aah, ni haa tengah masak”

“Ohh, nanti jangan lupa kejut orang solat subuh tau mak”

Tu je respons aku.

Banyak je benda aku rasa nak tanya sebenarnya. Apa yang mak tengah masak? Kenapa awal sangat? Tapi aku masuk dalam bilik balik, mamai dan rasa nak tidur lagi. Badan masih penat dengan perkara-perkara semalam. Izinkanlah aku tidur ye mak. Lalu aku masuk bilik, tutup lampu.

Pagi tu, terjaga sendiri pukul 0600. Yelah, biological clock aku kalau dekat rumah. Kalau dekat hostel, aku akan bangun awal sikit bangun sebab nak study and buatlah apa-apa yang boleh in the meantime tu. Selimut ditolak ke tepi, lepastu aku terus keluar jenguk mak. Bau masakan mak sedap gila namateyy (nak mati). Tapi pukul 0600 pagi, masa semua orang tengah tidur.

“Tu haa, mak dah masakkan cendawan”
“Dengan ayam masak lemak”
“Nanti makan tau”
“Atas meja”

Allahuakbar. Benda yang sumpah priceless.
mak is always a mak.

Ceritanya hari ini, aku nak pergi balik hostel dekat Segamat dah. Nak naik bas pukul 0915 pagi, jadi aku kena keluar rumah dalam pukul 0815. Haritu masa balik home town hari jumaat, aku angkut bawak balik satu paket cendawan sekali. Aku mintak dekat lab officers yang jaga mushroom lab. Terima kasih ya Allah untuk setiap insan-insan yang buat baik dekat aku ni. Semoga Allah sentiasa membalas setiap satu kebaikan yang kalian lakukan, subhanallah maha suci Engkau. Aku memang mudah terharu.

Aku bawak balik lettuce sekali. Sumpah tak ingat apa nama dia dalam Bahasa Melayu, dan malas nak google. Eh! Terlupa dan tak ingat sama ada lettuce atau pun salad, mana-mana lah. Bukan tak tahu nama sayur, aku terlupa je.* #@#$$#&#$$%*

Maka terjawab tak persoalan kenapa aku cakap benda tu priceless?

Ceritanya, mak masakkan cendawan tu supaya aku boleh jamah sebelum aku balik hostel. Mak kena bangun awal sebab mak perlu pergi ke sekolah seawal pukul 0700, kerja. In addition, sebenarnya mak tengah demam sampai takde suara. Maka, mana agaknya mak kaut kekuatan untuk bangun semata-mata nak masakkan cendawan untuk anak dia yang satu ni? Obviously memang untuk aku, sebab aku sorang je anak yang ada dekat rumah ni. Allahu, semoga aku mampu menjadi seorang ibu yang sekuat mak nanti.

Terima kasih mak :’)

Lepastu abah hantar aku dekat stesen bas, kali ni abah yang drive. Aku pulak jadi penumpang untuk hari ni, hihi. Sampai je dekat stesen, aku keluarkan luggage dan dua bagpacks aku; satu 40L, satu lagi 90L. Semuanya memang berat-berat belaka. Luggage warna kuning cerah aku satu tu terisi dengan water samples, seawater daripada Teluk Sengat dan Tanjung Balau.

“Ni apa ni barang banyak sangat ni”

Tak tahu itu soalan ke penyataan. Tapi aku senyap je.

“Dalam bagpack besar ni ada apa? Beratnya”

“Ada buku bah dalam tu”

Betul. Memang penuh dengan buku-buku aku. Tapi ada jugak terselit lima empat buah buku diaries aku masa highschool dulu. Tapi part aku bawak diaries tu aku senyap je, nanti abah sambung dengan tembakan soalan bertubi-tubi pulak. Nanti abah cakap, kan nanti ada memori baru. Hiks.

Masa nak bawak luggage kuning aku naik atas bas, aku perasan ada air yang keluar daripada beg tu. Ahh sudahhhh! Mesti tutup botol tak kemas ni. Aku pun bukak zip luggage, cuba ketatkan tutup bottles dan tutup balik. Tapi, air masih lagi keluar sikit. Alahai, macam mana nak buat ni?.

Pakcik bas suruh bawak naik semua barang dekat atas bas. Sambil tunjuk isyarat tangan ;awak dah boleh naik bas.

“Awak duduk je seat mana-mana”

“Letak je barang awak atas seat, orang tak ramai hari ni”

Aku pandang je pakcik bas tu,

“Em, pakcik. Kite (saya) nak letak barang dekat bawah lah. Ada bawak air dalam luggage kuning ni” Sambil jari telunjuk tangan kanan aku tunjuk pada luggage yang dah basah dalamnya tu. Dekat luar, tak nampak ada air yang keluar.

“Ohhh, awak bawak ikan ke dalam tu?”

“ Tak, air untuk research. Takut seat tu basah nanti” aku menambah sambil sengih dekat pakcik tu. Pakcik bas pun angguk banyak kali, sambil dia bukakkan tempat simpan barang bahagian bawah.

“Ohhh, takpelah. Awak letak je dekat bawah ni”

Bagpack besar tu pun boleh letak sekali”

Aku angkat dan letak bagpack aku yang seberat anak gajah tu dalam tempat simpan barang, pakcik tu angkatkan luggage kuning aku. Lepastu, aku terus peluk cium abah. Lepastu aku lambai abah. Sikit-sikit, abah hilang daripada pandangan aku. Aku tutup tingkap bas dengan langsir, lepastu tiba-tiba rasa takde mood.

Terima kasih abah :)
Terima kasih jugak pakcik bas :)

Entah, sumbat telinga dengar lagu dan zikir dekat mp3 pun rasa tak kena. Aku kena naik bas seterusnya lepas ni, dua kali bas yang berbeza untuk sampai ke tempat menuntut ilmu. Lepastu, aku baca buku sentuhan al-Akh.

Sampai je terminal Larkin, aku turun untuk ambik barang dekat tempat penyimpanan barang bawah. Hati aku seraya tadi memang takputus-putus doa supaya water samples dalam luggage aku tak tumpah dalam bas. Pakcik tu pun bukak tempat simpanan barang. Aku taksangka satu tempat penyimpanan barang tu dipenuhi air, water samples aku. Nasib baik ada barang aku sorang je dekat dalam tu. Bagpack berisi buku aku basah. Haru sungguh!

Pakcik tu pun marah aku. Aku sumpah taksangka pakcik tu sanggup marah aku kat depan ramai orang yang ada masa tu. Tempat public, dan itu adalah stesen bas. Sampainya hati pakcik.

Aku terus nangis dekat situ, serious.

Haha taklah, haru sungguh kalau nak nangis kat tengah-tengah alam manusia sedang berasak-asak nak naik bas. Nanti gambar aku jadi viral pulak sebab perempuan cantik tumpahkan air dekat bas seorang pakcik bas yang baik. Aku takut jadik trending pulaks, haha sila abaikan sarcasm aku.

 Aku tak nangis pun, sebab pakcik tu mana ada marah aku punggg.

“Takpelah, air jeeeew”

“Alaaa. Kesian bas pakcik basah”

“Takpelah”

Sorry sangat-sangat pakcik. Basah bas tu”

Aku langsung tak mention pun yang tu sea water samples, nanti kalau dah kering dia akan bertukar jadi garam. Lepastu satu bas akan masin. Koff! Kofff!

“Air awak tu cukup tak nanti?” pakcik tu tanya sambil senyum.

Alahai, itu pulak yang pakcik tu fikirkan. Cukuplah pakcik buat aku terharu. Our conversation still ongoing, a lots of thing had came along in our conversation. But, let it be in my memories.

Terima kasih lagi sekali pakcik :)

Aku alih barang letak dekat tepi, lepastu pikir macam mana aku nak buat dengan botol-botol tu? Memang, banyak air aku yang tumpah daripada dua botol besar yang aku guna. Dah tinggal separuh je untuk kedua-dua botol. Kalau aku biarkan selamba badak tarik luggage aku tanpa tukar botol, alamatnya sia-sia jelah aku balik nak ambil water samples. Aku terfikir nak beli air mineral botol besar 1.5 L untuk ganti botol yang takrapat tu, nak buang je air mineral yang ada dalam botol.

Aku tinggalkan kejap beg aku dekat tempat tadi, aku bawak purse dan phone je. Masa jalan nak mencari kedai tu, aku nampak ada satu botol air mineral 1.5 L kosong dekat tepi stesen.

“Boleh jimat duit aku”

Aku pun ambik lah botol tu. Lepastu jalan depan lagi sikit, jumpa satu lagi botol kosong. Aku pun tunduk untuk ambil botol tu. Orang pandang-pandang daripada tadi?

“Ye, dah kenapa kalau aku nak kumpul botol ni untuk recycle. People?”

Aku cakap dalam hati sambil rasa nak tergelak. Bukan pertama kali aku sorang-sorang lepastu buat benda creative macam ni. Tapi aku takkisah pun sebenarnya, kisah apa aku. Asalkan gue dapat nyelesain permasalan gue. Biasalah tu, orang pandang sekejap hiks. Jakun pun sekejap.

Lima minit aku ambil masa untuk settle-kan masuk lebihan air dalam botol kosong tu. Banyak jugak sisa yang ada. Aku sempat perhatikan dekat-dekat dalam water sample aku, ada anak ikan sekali. Haha, kesian anak ikan terscoop sekali masa sakan scoop air laut semalam. Udang kecil pun ada.

“Nak bela lah menatang kecik ni”
“Tengoklah kalau tiga jam sampai Kolej, dia tak mati lagi”
“Tak mati, aku bela”
“Sampai mati”

Haha. Macam jahat kenyataan tu. Tapi aku nak bela je hahahahahaha. Yelah, sampai mati. Sampai ajal ikan-ikan dan udang-udang yang menjadi mangsa scoop aku semalam.

To those who asked me why I went back my home town by using bus instead of using my car, here is the answers. My car was not in a good condition, he was having a grief cough. There’s no medicine that could I give to relieve her cough. Haha, actually my car did have some problem to its clutch. I stopped using it since I thought I may break the gearbox which then will make the repair’s fee higher.

So, aku hanya tunggu my dad and my brother datang nanti.

Screw me; my handphone, my laptop and my car are not in good condition. It happened simultaneously. Semua benda-benda yang penting. Nanti aku share macam mana dah dua minggu aku having life without social media and whatsapp. The important thing is whatsapp, because a lots of works needed to be done and its the medium for discussion. As I just mentioned, screw me.  macam-macam dia rosak. Beragak lah wahai semua barangku, janganlah buat hal macam ni. Sis sayang setiap satu kalian (phone, car, laptop).

Paling sayang laptop aku yang dah berkhidmat sejak aku form two :)

Banyak benda aku nak share sebenarnya, haa alhamdulillah yang kali ni dah berjaya diikat supaya tak lapuk dek zaman. Alhamdulillah Allah kurniakan sedikit masa lapang di sebalik kesibukan yang takde berpenghujung. Sebenarnya, hari ni banyak sangat dramanya. Nanti lain kali aku sambung, ada kerja yang perlu dibuat.

Tak, ni bukan kisah mengenai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Macam biasa, hidup aku memang penuh dengan drama. Tak, hidup kita realitinya memang penuh dengan drama. Tapi pengarahnya memang the best planner yang pernah kita ada, the greatest almighty. By the way, buku-buku aku dalam bagpack yang basah tu tak basah pun. Alhamdulillah.



Catatan hari ni habis kat sini,

Senyum :)




© Copyright 2023 | ALL Right Reserved to Menurrul