Pages

Friday, November 10, 2017

Dakapan Ukhwah

Tapi kalau aku ada peluang menyayangi, yakinlah aku akan berusaha sayang sepenuhnya. Takpelah, at some point aku taknak lelaki kenal aku. Nanti kau jatuh cinta, wahai sang Adam. Gilaaaa-lah sarkastik betul penyataan. Okaylah sila abaikan.

Tapi aku masih ambil some point into consideration. Kah!


After all, this is my blog. Jadi tak salah untuk aku meroyan atau pun buat lah apa-apa yang aku rasa terdetik nak buat. Segala lintasan hati yang rasa nak ditulis, maka tertaiplah sedikit di sini.

Aku sambung lagi. Sekali Allah pernah satukan hati-hati kita, selamanya akan cuba diperkukuh walaupun kadangkala nampak retaknya tanpa diduga. Mohon Allah sentiasa satukan dalam rabithah.

Mohon Allah pegang hati-hati kita supaya tak tersasar daripada landasan ukhwahfillah.

Baca balik ayat al-Quran mengenai sungai yang mengalir di syurga, wajah kau yang terbayang. Besar betul impian yang aku letakkan dekat kau.

Indahnya syurga tu dilimpahkan dengan berjuta-juta kebaikan, ketenangan dan kenikmatan.

Aku nak kita sama-sama duduk tepi sungai nanti, sambil letak tangan dalam air. Terasa sejuknya air yang mengalir tu. Aku nak kita sama-sama nyanyi tepi sungai tu nanti, nyanyi lagu panggil ikan kaloi. Masatu mungkin suara kau dah sedap. Maklumlah, dalam syurga. Semua benda-benda cantik.

Subhanallah, indahnya bayangan. Indah lagi kalau bayangan menjadi kenyataan.

Aku nak tangan kau yang bersama-sama aku berpegangan melangkah ke dalam syurga yang memiliki 1001 kenikmatan yang tak terbayang dek akal manusia.


Sahabat, selamanya.


Bukankah kita berjanji nak jadikan bayangan tu sebagai realiti? Jangan mungkir janji?

11/10/2017

Janji.

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2023 | ALL Right Reserved to Menurrul