Pages

Wednesday, February 07, 2018

Berkongsi rasa satu.

Kenapa aku suka qiam Jamaei?

Sebab semua orang akan baca al-mulk dulu sama-sama sebelum tidur. Lepastu bila masa sampainya sepertiga malam, semua orang akan bangun.

Walaupun geng-geng yang takboleh solat, period sekalipun. Mereka akan bangun. At least akan baca al-mathurat. At least akan duduk kat tepid an dengar orang lain baca al-quran.

Semua orang lebih rela bangun tidur untuk dapatkan rasa tahajjud, daripada terlena dibuai mimpi.

Di sebelah kanan, akhawat sedang mengangkat takbir. Solat tahajjud.
Di sebelah kiri, akhawat sedang membaca al-quran.
Di belakang, akhawat sedang berwirid.

Namanya dalam gerabak yang sama.

Kalau sorang bangun, takkan semua tak ikut?

Maka, inilah gerabak yang hendak aku genggam sampai bila-bila.

Entah, aku terlalu gembira dan terharu dengan apa yang dah Allah kasik. Allah terlalu terharu dengan nikmat yang Allah kasik tu.


Allah, aku rasa touched dengan ayat sendiri.

Sebab semua nak suasana mengingati Allah.

Kalau tanya kenapa aku suka?
Sebab aku nak suasana mengingati si Dia.
Sebab aku suka jadi imam untuk akhawat semua untuk solat Subuh.

Perasaan jadi imam untuk solat subuh, lain.
Sebab aku akan usaha untuk bangkitkan satu rasa dalam diri akhawat, supaya betul-betul tak melayan mata.

Terkadang tu bila ayat yang aku paham maknanya dihayati, air mata terjatuh jua.

Aku suka jadi imam. Priceless lah, rasa tu. Kalaulah perempuan tu boleh menjadi seorang imam di masjid dan juga seorang muazzin, itu lah antara cita2 yang aku nak gapai. 

Hebat seorang muazzin, hari2 beribadah memanggil dan mengingatkan orang2 lain bahawa "waktu solat dah masuk, jom solat semua! Jom ingat Allah!"

Moga, akan sentiasa Bersama insan yang ingin capai damainya qiam. Walau busy macam mana pun. Walaupun dah kahwen.

Boleh qiam dengan suami pulak. Eh? 

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2023 | ALL Right Reserved to Menurrul