Monday, 23 December 2013

(Fakta blog menurrul) Dulu dan sekarang.

Memang tergelak sakan kalau tengok balik post-post lama. Post-post budak yang mentah dan masih takmatang. Jadi blog ni sebenarnya dah diedit. Hanya beberapa previous posts yang sangat-sangat aku sayang je yang masih takdibuang;

Aku;si pendosa
-Blog ini memang menggunakan kata nama kau supaya penulis terasa lebih dekat dengan pembaca,
-telah berkecimpung dalam dunia blog sejak 2012
-Blog ini adalah berkisarkan pengalaman travel 'long time ago' (masa dulu-dulu) dengan gambar-gambar selfie yang tiada limit.
-Sekarang Blog ini dah bertukar wajah. Blog ini adalah blog tarbiyyah, bukan lagi blog yang mempamerkan kisah-kisah aku travel. inshaa Allah. (No more selfies)
-sebanyak 52 posts telah didelete atas beberapa sebab. Jadi, post-post lama dahtakda.
-Bukan sebab taksayang kenangan-kenangan tuh. Sayang sangat. Tapi biarlah tersimpan rapi dalam diary hidup aku.

Aku; si penulis.

Hamba yang sedang merangkak untuk waspada terhadap;
Ajakan syaitan yang takpernah letih putus asa menyesatkan manusia.
Waspada terhadap syaitan  bertopengkan manusia.
Walaupun kawan tikam belakang memang benda biasa.

Berharap cukup waspada terhadap panahan cinta.
Panahan cinta manusia. Sebab menjadi hamba cinta manusia itu terlalu cliche'


Cukuplah cinta Allah aku cari.

Cukuplah cinta Allah aku damba.

"Allahuma yassir wala tuaasir"
Permudahkan jalan ina dan akhawat-akhawat dalam jalan tarbiyah ini.
Biar panjang. Walau payah. Tiada jaminan ianya mudah.

Kerana Allah tujuan kami. Subhanallah.

Blog ini bukan diary. Tapi hanya coretan hamba yang sedang berusaha.
Berusaha merangkak. Merangkak untuk mencari al-Haq.

Sebab kita nak sama-sama masuk syurgaaa kan?

Janji jangan pernah putus asa.
Jangan pernah. Walau sekali. Jangan.

Aku bukan budak baik.

Tapi berusaha untuk menjadi baik.
Baik pada pandangan Allah dan manusia.

Semoga tulisan-tulisan si 'pendosa tanpa noktah' ini,
 mampu membuka mata hati manusia.
Hati aku dan hati kita.

Niat di hati ingin ke syurga,
Namun amal, banyak lopongnya,
Aduhai sahabat usahlah berduka
Bukankah Dia, Luas keampunanNya?


thanks reading my diary

Sunday, 22 December 2013

Kisah sedih rakan kami sehari sebelum SPM. cicik, awak kuat sayang !


Ini adalah kisah benar , aku dan rakan-rakan batch Legacy of Lenity yang lain, adek2 kat SAKTI menjadi saksi ...

Tahun ni, aku tingkatan lima. SPM menjadi kewajipan bagi kami .
Tatkala itu, diri masing-masing sibuk dengan belajar.

Sibuk dengan persiapan hari-hari terakhir sebelum peperangan.

Nak dijadikan cerita, masa tu tiga hari sebelum menjelangnya SPM.
seorang ibu kepada rakan kami , ibu Arep telah kembali ke rahmatullah..

kami juga turut merasakan kesedihan itu tapi, perasaan orang yang kehilangan ?
kami speechless untuk berkata mengenai hal itu :( kami hanya mampu memberikan semangat dan sokongan untuknyaa agar terus tabah .
 cicik dan Arep , were attending a Kizuna Project of SBP students at Japan.
Ini adalah kisah sahabat ina yang superb hebat. superb tabah.

Nur Haleesa bt Mohd Hairi .

Kami panggil dia dengan gelaran cicik.
a weird nickname :) same goes with me. friends call me ochi :)

Indeed. Dia kuat. Dia tabah. Dia kuat.*kagum sangat*

Arwah ayah cicik kembali ke rahmatullah sehari sebelum kami memegang kertas SPM yang sebenar. Sehari sebelum semua ilmu-ilmu dalam otak bakal dihamburkan  keluar di atas kertas.

Sehari sebelum peperangan di dalam dewan peperiksaan bermula.
Sehari sebelum batch kami bermanja-manja nakal dengan pengawas peperiksaan.
Sehari sebelum kami dengan taksegannya minta jawapan dekat pengawas peperiksaan.

Sehari sebelum.
Sehari sebelum.
Cuma sehari sebelum.

Jam 9;00 pagi, (Bilik seminar 3,SAKTI)(Kelas Agama Islam)

Masa tu aku ngantuk sangat. Tapi hati cakap takboleh tido. Maka, kaki yang takpandai nak duduk diam ni berjalan-jalan seolah-olah mencari ketenangan dalam proses menghilangkan ngantuk yang takdapat dibendung.

Hakikatnya, aku kacau kawan-kawan yang buat kerja. Bantu diorang supaya sama-sama tak rasa mengantuk.
dan.

Hakikatnya, ramai jugak yang sama-sama berjalan dalam kelas. Mungkin niatnya suci murni juga macam aku.
dan.

Ternyata mereka tak lena. Mereka takmengantuk.
Keadaan yang bising menjadi benchmark bagi statement aku.

Dan ini pengalaman yang TAKMUNGKIN dapat aku lupakan,
Sedang busy menjawab paper-paper previous SPM Agama Islam, ustazah Rabiatun secara tiba-tiba masuk ke dalam bilik seminar kami dan menuju ke arah Cicik. Ustazah seolah-olah membisikkan sesuatu kepada cicik dan menunjukkan isyarat supaya mengikutinya keluar. Dari jauh, aku dapat nampak cicik keluar daripada bilik seminar.

Hati aku berdebar-debar, secara tiba-tiba. Tanpa sedar.

Aku menuruti kata hati untuk melangkah ke arah group cicik. Masa tu, hanya kata hati yang mampu berbicara.

Lepastu aku tanya liesa, sahabatku yang duduk sebelah cicik.

"Liesa. Kenapa? " soalan yang padat dan padu.

Liesa membalas sebaris, "Ayah cicik meninggal"

Aku speechless. Aku sebak sambil langkah dilajukan ke luar bilik seminar nak dapatkan cicik. Sukar nak percaya dengan kenyataan masa tu. Masa aku sedang nak pakai sandel yang agak tak tersusun di luar bilik seminar, aku dengar teriakan kuat daripada bangunan bawah. Bilik seminar 3 terketak di tingkat 3 bangunan sekolah.

Aku terus berlari ke bawah dan aku mula sedar, pipiku basah. Sejurus aku  nampak cicik, aku terus peluk dia seerat-eratnya. Hanya satu ayat mampu aku luah,

"Cicik, sabar ye sayang", takut-takut jika tersalah cakap, hatinya terluka.

Lepastu, GPK HEM sekolah kami , En. Alim bin Konting datang dengan isteri beliau untuk hantar cicik balik. ke rumah yang terletak di Batu Pahat.

Aku dan Farhana ikut sekali.sekali seumur hidup aku merasakan perasaan ini ..

Biasanya aku akan keluar sekolah untuk;
1. Outing (termasuk fly)
2. Apa-apa aktiviti
3. Balik bermalam
4. Attending tournaments.
etc.

Tapi kali ini ,
Aku keluar sekolah untuk menemani sahabatku balik ke rumah kerana sesuatu yang sukar aku percaya ini. Hanya Allah yang tahu perasaan aku masa itu .

Mula-mula, aku bacakan yassin dulu. Hati ini takberhenti-henti terbayangkan arwah. Aku terus mendoakan beliau. Terfikirkan juga nasibku jika berada di tempat cicik tatkala itu, L

Bila Farhana pula baca yassin, aku peluk cicik.
Peluk erat-seeratnya.

Ya Allah. Sungguh berat dugannya. Air mata takhenti mengalir daripada matanya. Tapi senyuman tetap mampu cicik kasi kat aku. Cik, you are so strong dear.

Menangis aku ingat keadaan ni.

cicik tukar gambar arwah sebagai wallpaper phone. Aku hanya mampu melihat apa yang cicik buat . sedihnyaa.
ini semua macam mimpi .

Bila kami sampai kat rumah cicik ,

Aku tak sangkaa sesuatu yang selalunya dijadikan mesej yang disampaikan dalam mana-mana ceramah berkaitan ibubapa. sedang berlaku dihadapan aku.

Ya. Sedang berlaku.
Berlaku di hadapan aku.

Aku nampak, ramai sangat orang kat depan rumah ..
kebanyakan diorang berpakaian putih, berkopiah .. mimpikah aku ?

aku cakap dengan hati aku : "ina, jangan nanges tau, kuatkan diri kau ".
"kau kenaa kasik semangat kat cicik, bukan nanges " okayy aku promise .

Bila cicik keluar kereta, orang pertama yang cicik jumpa adalah abang cicik yang umurnya tua setahun daripada kami. Ini saat yang sangat menghibakan.

Abang cicik, memujuk hati adiknya;

“Leesa, jangan nangis”, sebaris kata-kata diluahkan dalam keadaan mata yang sedang merah. Ya, sedang menangis.

Lambat-lambat, mereka menangis dan berpelukan di hadapan kami.

Aku dan Farhana sepantas kilat pandang ke belakang. Kami taktahan sebak. Kami mengelap air mata yang turunnya tak dipinta. Bila masuk rumah, cicik jumpa ibunya lantas bersalaman dan berpelukan. Takberapa lama selepas itu, beberapa sahabat kami yang datang menggunakan van sekolah sampai. Van sekolah yang memuatkan Joy, Nani, Mira Bai, Teacher Rafidah dan Ustazah Rabiatun.

Tak lama selepas itu, jenazah sampai di rumah. Kami berkesempatan melihat jenazah arwah ayah cicik. Hiba sangat bila tengok cicik cium jenazah arwah. Dekat situ juga air mata yang takdapat ditahan mengalir. Kami hanya memerhatikan adik-beradik cicik dan saudara-mara mengucup jenazah buat kali yang terakhir.

muka arwah tersenyum. jelas kelihatan . SUBHANALLAH.

Masa nak balik ke asrama, saudara-mara masing-masing mengingatkan kitorang.

"kasik semangat kat leesa eh , jangan biarkan dia sorang-sorang "
 dan macam2 lagi ..

Semua takut cicik down memandangkan dia nak SPM. Lepas cicik jumpa semua saudara-mara dan adik-beradik, kami teruskan perjalanan balik ke SAKTI,

kuatnyaa dia. Cicik salah seorang yang ditarget 9A+ dan aku nampak dia sangat kuat ..walaupun dugaan tu aku rasakan berat untuk dia,

cicik, oci miss you.

harap2 lepas nie dapat jumpaa lagi .
for everything you may  face , be STRONG sayang !

oci sentiasa ada kat sini untuk jadi kawan dengar luahan hati cicik, sokong cicik.. dan semuanya ..

and yet ,  we feel our friendship bond the whole batch getting stronger .



................. dan aku tak sedar ,airmata mengalir sewaktu tercoretnyaa kenangan ini..





thanks reading my diary