Tuesday, 29 December 2015

Dengar sini, sahabat.

I am talking about common sense.

Perasan tak?
Permulaan nak bersahabat dengan orang yang mulanya dianggap asing. Dianggap alien bagi diri sendiri.
Bila masa si “alien” itu memiliki common senses yang sama tanpa langsung dapat diduga, tiba-tiba status ALIEN akan lebih mudah bertukar untuk menjadi seorang kawan.
Kawan baru. Daripada kawan, Menjadi sahabat.

Memang tanpa common sense pun, untuk menjadi seorang sahabat bukanlah suatu perkara yang mustahil. Tapi bila ada satu hobi, perangai, cita-cita yang sama,

Mesti lebih mudah untuk seorang ALIEN bertukar status menjadi seorang kawan.
Kita suka makan banyak, dia suka makan banyak.
Kita suka melukis, dia pun boleh tahan hebat melukis.
Kita sukakan Hlovate, dia pun addicted jugak.
Kita minat penulisan budak tomato, dia pun minat jugak.
Kita suka baca buku, dia pun suka baca buku,
Kita suka memasak, fuuh dia pun terrer memasak,
Kita suka buat orang sakit hati, di pun sama haha.
Dia suka korek hidung senyap-senyap, kita pun sama.
Eh?

Pendapat itu, ada yang bangkang?
*okey kita sambung coretan dahulu. Nak bangkang, kejap lagi ye.

Okey. Aku sangat suka bercakap pasal manisnya ukhwah. Kerana nikmat ukhwah itu jangan disangkal manisnya.
Antara anugerah terindah itu, jangan ditepis jauh daripada hati.

“Kalau nak cari sahabat, cari manusia yang bila kita tengok dia, kita ingat Allah. Kalau tak ada, kitalah yang kena jadi pemula”

“Jadilah sahabat itu, saling mengukuhkan. Untuk kita hidup berlandaskan iman” Bukannya melemahkan.

Emm, you got what I mean?

Kadang-kadang, walaupun takde common sense yang sama, tapi bila hati ada terdetik nak mencari sesuatu dalam hidup macam;
Nak lagi kenal Alah.
Nak lagi kenal agama Allah.
Nak lagi mujahadah dalam mengamalkan segalanya mengikut syariat.
Nak berubah jadi seorang yang lebih baik untuk diri sendiri dan ummah.
 Dan kita jumpa dengan orang yang ada rasa yang sama,

Automatik, orang yang dianggap alien itu akan mudah untuk menjadi sahabat kita.
Sebab apa? Sebab tujuan kita sama.

Sebab tujuan kita sama.
Sebab tujuan kita thesaurus.
Sebab tujuan kita muradif.
Sebab tujuan kita sinonim.
Sebab tujuan kita tak berbeza.
Sebab tujuan kita seiringan.
Sebab tujuan kita seerti.

Sebab tujuan kita berlari bersama.
Sebab tujuan kita merangkak bersama.

*menangis. Terlalu terharu dengan Allah yang begitu sweet. Allahu.
Sedar tak? Bila tujuan sama, hati itu akan bertambah mudah untuk bertaut.

Sahabat, gapailah sama-sama. Hakikatnya, memang kita nak masuk syurga. Tapi kalau masuk sorang-sorang, best ke? “Being reunited with your family and friends in Jannah, that’s my definition of success”

Kelainan memang pasti ada. Tapi, tujuan hidup itu, jangan biarkan ada kelainan.Lagipun, Tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak mampu mencintai saudaranya sebagaimna mncintai dirinya sendiri.

Ukhwah ni satu ikatan tanpa tali, tapi berpaksi. Sebaiknya, biarlah berpaksikan iman. Allah beri. Hargai. Be something good for something. Sahabat ni, family kita tatkala berjauhan dengan keluarga. definisi seorang sahabat itu, berbeza-beza mengikiut orang. Iyelah, kita hidup kat dunia ni bukannya nak berpaksikan hanya pada satu otak, satu pemikiran. cara Pelaksanaanya lain-lain. Tapi, berpaksikan tujuan yang sama.

"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa" [az-zukhruf, 43:67]

Hanya taqwa yang dapat selamatkan persahabatan yang dibina. Hanya taqwa yang benar-benar ikhlas keranaNya akan memastikan kita mampu bertepuk-tampar di syurga, mampu tarik keluar tangan rakan-rakan kita dari jurang neraka yang dalam. Bagaimana mahu menjadi seorang sahabat yang bertaqwa? Sabda Rasulullah SAW, "Taqwa itu terletak di sini..." Sambil menunjukkan dada(hati baginda) sebanyak tiga kali. [Hadith riwayat muslim]

Kawan baru.
Daripada kawan,
Menjadi sahabat.
Daripada sahabat biasa.
Menjadi sahabat dunia akhirat.
Menjadi sahabat sama-sama menggapai tangan di syurga sana.

Inshaa Allah.

Buat semua sahabatku- terlalu ramai untuk aku coretkan nama satu-persatu.

hanya kalian yang tahu apa nilai kalian pada aku. Cuma, jangan terlalu membandingkan. Sekali aku sayang, walaupun yang dicampak ke muka adalah tahi, aku akan tetap cuba membalasnya dengan kasih sayang.
Salam sayang, salam rindu.
Terima kasih.
Jumpa lagi.
*ala-ala pasaraya hari-hari. Okey sekarang sila bangkang.



thanks reading my diary

Monday, 28 December 2015

cerpen; Bahagia itu Rahsia Tuhan.

Ini mimpi yang pelik. Mimpi yang pelik sebab kau hanya keluar berdua-duaan dengan aku. Kau memandu kereta, selepas itu, kau  membawa aku berjalan-jalan pergi pantai. Semua lah. Mananya tidak pelik, sebab hadirnya kau tiada bersama buddies-buddies aku yang lain. Pelik.
Mungkin satu isyarat kau rindukan friendship dengan aku, atau aku sendiri yang memiliki keegoan tinggi melangit tidak mahu mengaku aku rindukan friendship kita. Apa-apa tanggapan mampu jadi betul. Iyelah, manusia kan. Takda benda yang mampu diestimate secara tepat(sebenarnya). 

Takkisahlah apa petanda mimpi itu, hanya mainan tidur atau apa-apa.
Persahabatan yang dibina bagai seutas tasbih. Ada permulaan tetapi tiada berpenghujung.

Ada suatu ketika, nama kau tercatat dalam diari coklat kesayangan aku. Aku bermohon supaya Allah sentiasa memelihara hati kau daripada digoda oleh cinta-cinta hamba berlainan jantina. Termasuk aku. Sebab aku sayang friendship yang terjalin, takmungkin aku membiarkan friendship itu hanya bertahan di dunia tanpa dapat aku menemukan engkau di syurga.
Segala sifat caring kau kepada sahabat kau yang lain yang kadangkala tak berbelah bahagi ,takmungkin dapat dilupakan. Takmungkin juga aku akan senang duduk apabila melihat kau terlibat dalam kancah kes cinta bukan pada yang selayaknya.

7 Julai 2011- merupakan tarikh aku menegur kau tatkala tanpa sengaja aku terpaksa duduk di sebelah kau. Pertama kali aku merasakan pergerakanku bakal menjadi  kekok kerana tidak biasa dengan keadaan orang asing duduk bersebelahanku. Kau tak menemukan tempat kosong yang lain, katanya. 

Bila sekilas pandang ke segenap ruang kelas. Emm, yelah betul.

Masa itu Information Technology lectures. Ternyata kata-kata pensyarah di hadapan tak didengar sepenuhnya. Maklumlah, taksangka kau dengan semangatnya menyatakan hasrat kau mahu menjadi seorang doktor. Kau mahu merealisasikan harapan ibu kau untuk menjadi seorang neurologist.  Sebenarnya, kau minat untuk mengambil jurusan kejuruteraan kerana tidak meminati subjek Biologi, tapi atas sebab kukuh kau yang tersendiri, kau tekad untuk meneruskan perjalanan dan pengembaraan kau mencari  ilmu Allah dengan mengambil jurusan sains perubatan.
Bila aku terfikirkan balik, taksangka kau takmalu untuk menceritakan cita-cita kau kepada orang asing seperti aku. Aku pun, berkongsi hasrat dan cita-citaku mahu menjadi seorang gynecologist. Tegas aku katakan kepada kau, aku mahu memelihara maruah perempuan Islam . Iyelah, dunia sekarang kadangkala memang terpaksa menggunakan khidmat doktor lelaki dalam proses menyambut kelahiran bayi kerana tidak ramai doktor perempuan yang pakar dalam bidang itu. Itu fakta yang tidak dapat dinafikan.
Suatu hari aku terasa amat sesak dengan masalah yang disangka tiada jalan keluar. Ada jalannya, tapi aku tak berusaha menyelidik dan mencari tahu kerana kepala yang terasa amat kusut. Maka linangan air mata takdapat dibendung semasa sedang dalam kuliah, banyak kali. Beberapa hari aku  dalam keadaan yang sama. Menangis.
Aku sedang mengalami keresahan akibat salah faham antara sahabat sister-hood aku. Sungguh, orang cakap bercouple itu complicated dan takkan dapat rasa manisnya ukhwah sesama jantina. Aku menambah satu fakta di situ. Kalau gaduh antara sahabat sejantina, lagilah complicated. Tapi nikmat ukhwah itu jangan disangkal manisnya. Aku terlalu sayangkan mereka.
Usai kelas, aku terus ke surau kampus untuk solat zuhur di situ bertemankan hati sedih yang masih bersisa. Kuingin merintih kepada Rabb.
Sebelum membuka kasut dan menapak ke dalam surau, telefon berbunyi menyatakan ada notification baru yang masuk. Maka aku membiarkan ia tanpa dibuka lantas langkah dilajukan untuk membasahkan dan menyegarkan diri dengan berwudhu’. Sekali lagi, air mata turut jatuh bersama jatuhnya air wudhu’ dek sifat  graviti di bumi. Mungkin air wudhu’ itu akan terasa masin sedikit kerana campuran air mataku. Hehehehehe
Segar. 
Hati yang agak berkecamuk sejak daripada pagi tadi dirasakan semakin tenang selepas berwudhu’. Maka aku masuk ke dalam surau, dan membuka notification tadi.

Kau menghantar whatssapp kepada aku. Bertanya,
          “Afza, Assalammualaikum. Kau kenapa macam sedih je. Tadi aku macam Nampak kau berlinang je” sebaris pertanyaan ditanya. Seolah-olah ada noktah di penghujungnya..

Allahu. Aku mengucap tasbih subhanallah.  Masih ada sahabat yang seprihatin dia. Diri ini terasa dihargai. Walaupun aku sangat pelik mengapa kau mesej aku.
Mesej ditaip;
           “Eh, taklah. Biasalah mata aku allergic tadi”

Masakan aku tidak terharu. Orang asing yang takpernah dikenali sedang berusaha meredakan kesedihan di hati!

          “Emm yelah sahabat, yang penting ingat ni”
          “The one who can satisfy the heart  is the one who made it”

           “Kau faham maksud aku kan?”

Aku tersenyum sebak, menjawab;
          “Aku faham, sahabat, Jazakumullah khayran katseer.

Maka telefon ditutup dan aku bersama-sama sahabat-sahabat yang lain menunaikan solat berjemaah zuhur itu. Terasa setiap masalah hilang satu-persatu. Sungguh indah saat bersamamu, ya Rabb.
Rutin sebagai seorang pelajar perubatan dijalani seperti biasa, aku hanya berjumpa dengan kau saat sama-sama dalam  satu kumpulan PBL(Program Based Learning) yang sama. Aku hanya mendengar kau bersuara tatkala menyampaikan hujah dalam perbincangan kita mengenai penyakit-penyakit pesakit yang kadangkala kronik, kadangkala biasa-biasa sahaja. Tidak pernah aku terasa untuk membazirkan kredit untuk bermesej-mesej dengan kau atau pun menyimpan hasrat untuk menelefon kau.
Pernah suatu hari, aku terasa tertarik dengan peribadi kau. Maka aku catatkan sesuatu di dalam diary kesayangan,

              “Jangan biarkan syaitan Berjaya laksanakan tugas dia! Tetapkan pendirian! No boys are allowed to enter this heart! Kerana aku sayangkan Allah. Stop thinking about boys because my bakal imam is doing the same thing right now. Who is him? Somewhere,in dunya or heaven”

            “Afza, taklayak langsung seorang hamba itu meletakkan Allah bukan pada tempat yang pertama” monolognya lagi.
Okay sekarang aku jadi malu. Dah kantoi jantina kau.

Aku rasa taklayak langung aku membiarkan kau yang merupakan seorang murabbi adik-adik usrah ke dalam kancah maksiat yang merupakan permulaan rosaknya raja kerajaan diri. Astaghfirullahalazim. Terima kasih ya Rabb, hanya seketika sahaja engkau menyinggahkan diri aku ke dalam kes perasaan remaja ini dan dengan sekelip mata, kau menghantar isyarat mengetuk hati bahawa tidak perlu untuk aku meneruskannya. Sungguh hidup yang paling bebas ialah bebas bercinta dengan Rabb, bebas berdating dengan Rabb tanpa sedikitpun mengkhianati cinta yang hakiki itu.
Aku taknak sekali-kali lagi terlibat dalam kancah cinta low class itu walaupun datangnya hanya bagaikan angin yang menyapa hati. Sungguh hati perlu selalu dihidupkan dengan kebesaran Illahi. Sejenak seketika, muncul satu suara seakan berbisik makna kejayaan yang selama ini aku tekadkan dalam diri.

“Being reunited with your friends and family in Jannah, that’s my definition of success”

Jadi, takmungkinlah aku nak mengkhianati diri sendiri. Macam Hilal Asyraf cakap dalam Simfoni Cinta, Apa-apa yang membawa kepada JAHANNAM itu bukan cinta namanya.
Fuh! Panjang lebar aku mengorek kembali kisah-kisah yang pernah berlaku. Semuanya bermula kerana aku tiba-tiba termimpikan kau macam yang dinyatakan dalam ayat aku pada permulaan coretan ini. Maka perasaan pelik itu membuatkan aku jadi begini. Maklumlah, kau dan aku masing-masing takpernah memberikan apa-apa kenangan yang manis. Setakat tanpa sengajanya kau menegurku tatkala aku sedang di dalam keresahan tiga tahun lepas menggunakan nombor telefon yang kau dapat daripada group wassap PBL. Itulah sahaja memori yang ada.
Cukup. Takmungkin kenangan yang datang mampu mengalih fokusku pada tujuan utama aku hidup. Maka dengan tegasnya aku membuat kesimpulan, mimpi itu hanya mainan syaitan yang berusaha hendak menyesatkan hati aku.
Semasa sedang bercuti di kampung halamanku di Johor, ayahku memberitahuku bahawa ada keluarga bertujuan hendak menikahkan aku dengan anak lelaki dalam keluarga mereka. Berita itu bagaikan meluruhkan jantung tatkala ada orang berhasrat menikahiku, padahal aku langsung sukar untuk bercakap dengan lelaki lagi-lagi apabila aku sudah memasang tekad untuk memakai tudung labuh, seperti sekarang. Ini perancangan Allah, kataku.
Hatiku hanya menahan sebak tatkala rupanya kau yang datang. Kau yang selama ini menyimpan hasrat mahu menikahiku, tanpa memberitahuku, tanpa dapat kuduga. Maka dengan sekali lafaz, aku sah menjadi seorang isteri yang sah kepada kau, wahai imam yang ditunggu.

            “Tak kisah ke kahwin dengan obor-obor?” aku bertanya kau tatkala kita. Kita? Tatkala kita berjalan-jalan di tepi pantai bersama-sama. Persis mimpi aku. Macam dejavu.
           “Bahagia je kahwin dengan obor-obor” gelaknya kuat tatkala menuturkan perkataan obor-obor yang membawa maksud; perempuan tudung labuh mengikut kamus Afza.
             “Obor-obor solehah, inshaa Allah. Sebenarnya abang pun taktahu sejak bila Afza jadi obor-obor ni. Iyelah, dahlama taknampak sejak dah graduate jadi doktor ummah. Tak ada sebab untuk kita jumpa.  Abang rasa bertuah. Dulu abang wassap Afza sebab nak menyatakan hasrat nak mengahwini. Tapi mungkin masa itu Allah tahu abang masih takmampu untuk nikah. Mujur Afza takpernah hantar apa-apa mesej lepas tu. Allah jaga hati Afza.”

Aku juga mengaku, sudah dua tahun tidak bertembung atau terserempak kau. Maklumlah, masing-masing dihantar untuk praktikal di hospital lain semasa tahun keempat.

             “Dapat isteri yang hebat, Abang dapat isteri package high-class tanpa sedar. Allahu”
             “Afza tahu tak, actually muslims do dating. Tapi kenapa kita takbuat dulu huh?”

Afza memandang suami di sebelahnya dengan muka penuh tanda tanya. Seolah-olah meminta penjelasan dengan kata-katanya yang dianggapnya salah. Kening diangkat.

             “Terma dan syaratnya, kena nikahlah. Macam kita sekarang ni. Hehehehehehe”

Rasa malu menerpa diri. Otak aku langsung taksampai untuk fikir ke tahap itu masa itu. Aku menunduk malu. Suamiku terlalu romantik orangnya.

            “Semoga kita mampu bersahabat, kamcing sehingga ke syurgaNya abang”
             “Semoga dapat juga sama-sama berpenat untuk ummah, doctor
             “You too, Dr. Afza Haneez bin Ammar Hafiz”jawab kau tersenyum.


Aku nak cakap dekat kau: Afza bahagia, 
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

*Tiada kaitan antara hidup dan mati. Tercoret sewaktu membaca notes pasal nervous system yang teramat sangat memeningkan. Ini cara penulis menghilangkan stress.

Satu benda, kita yakin Allah itu sebaik-baik perancang kan? Jadi. Jodoh dan ajal tu biarkan menjadi rahsiaNya. Bahagia itu hadiah Allah. Semoga hidup kita sentiasa diselaputi kebahagiaan walaupun acapkali dugaan datang menjenguk.
Tajuk LU5 Muscle contraction, menunggu.

Gene Translation, transcription menunggu.
Banyak dah melambai-lambai.

Selamat menduduki final !

Adios. Masa untuk study. 

thanks reading my diary

Thursday, 24 December 2015

Kerinduan bertaut padamu, Rasulullah.

Alunan selawat ini, membuat hati ini rindu padamu wahai kekasih Allah.

Bila diulang, bertambah rasa rindu.

Memang, aku rindu pada dia yang tidak pernah aku jumpa.

Malahan wajahnya langsung tidak pernah ditatap.

Begitulah keajaiban Allah, si pemegang hati-hati manusia.

Harini tiba-tiba sebak. Sebab aku rasa kelainan sambutan hari jadi Rasulullah.
Tak macam dulu.

Macam lain.

Rindu, nak ada orang teman aku pergi dengar ceramah. Malam ni, takda siapa nak teman macam dulu. Haha betapa manjanya aku siap nak berteman-teman, kan? Maaflah. aku memang macam tu.

Emm, sikpaalah. kamek sik mauk kacau kitak urang punya study week,
Suatu hari, Abu Ubaidah al-Jarrah pernah bertanyakan kepada Rasulullah;

"Wahai Rasulullah SAW, adakah manusia yang lebih baik daripada kami? Sedangkan kami Islam bersama-sama kamu dan berjihad bersama-sama kamu"

Jawab baginda,

"ADA. Iaitu kaum yang berada selepas dari kamu, mereka beriman kepadaku, sedangkan mereka tidak pernah melihatku" [Riwayat Imam Ahmad]

Sebak. Ya, berusahalah sebaik-baiknya untuk berpegang pada sunnah yang ditinggalkan Rasulullah. Peganglah dengan erat, seperti menggenggam nyawa sendiri.

Allahuma yubarik fik.

Sanah helwa, wahai icon terunggul.
Sanah helwa, wahai icon terunggul.
Sanah helwa, wahai icon terunggul.
Sanah helwa, wahai kekasih Allah.


thanks reading my diary

Wednesday, 23 December 2015

Erti Kebahagiaan.

Ini luahan,

Siapa sangka? Masuk PALAPES, aku dapat family baru. Macam dulu.

Merekalah kebahagiaan bagi aku. Antara hadiah terindah aku masa degree.
Tak cukup rasanya diungkapkan dengan kata-kata.

Jadilah diri aku, baru rasa bahagia yang sebenar-benarnya. hehehehehe.

Suka duka kami bersama, walaupun knuckle tu sakit. Tapi kalau teringat muka diorang ni, automatic semua benda boleh buat. Automatic masing-masing jadik kuat macam hulk.

Kita perempuan, lemahnya memang ada.

"urang luar sik akan pernah paham apa berlaku di sitok"

Ikrar KSTARIA yang diangkat setiap hari rabu pagi;
1. Beriman kepada tuhan dan bertaqwa kepadanya.
2. Setia kepada negara dan sedia berkorban demi kepentingannya dan tidak sekali-kali mengenal menyerah.
3. Memegang teguh disiplin tentera dan sentiasa menjunjung tinggi sikap kepewiraan dan kehormatan tentera.
4. Mengutamakan pelaksanaan tugas dengan jujur dan ikhlas.
5. Menyimpan rahsia negara DENGAN SEKETAT-KETATNYA.

Seriously said, manusia kan. So Ikrar yang kelima tulah yang sangat paling teramat susah nak dijaga. Tapi, percayalah. Kalau dah kena backstabb atau "terjumpa kawan tikam belakang" , mesti ikrar yang kelima tu makin mudah untuk diaksanakan. Jadi, terima kasih backstabber.

Semalam, aku tukar status wassap aku. Status yang sekian lama tak ditukar,

kembara mencari akhirat, Bismillah -sejak bulan Jun 2015 masa pergi sekolah pondok.

kepada,

Rasulullah, icon terunggul.

Yang penting, kembara aku takkan pernah terhenti.
Takkan sebab masuk PALAPES,

segala benda yang telah sekian lama cuba dikukuhkan dalam diri, dibiarkan layu begitu sahaja.

Ikhtilat yang sekerasnyaa dijaga, hancur begitu sahaja.

Segala kecintaan kepadaNya, hilang macam tu je.

Takkan.

Langsung bukan ticket untuk buat segala benda tidak berpandukan syariat.
.......................................

Kesempatan.

Ini kesempatan yang Allah kasik, untuk aku menulis. Sekarang sewaktu tercoretnya luahan ringkas seorang pendosa tanpa noktah ini, adalah pukul 1:21 pagi. Sebenarnya, sekarang aku sedang menjalani latihan berterusan sebagai seorang pegawai kadet wanita bagi PALAPES tentera Darat.
Jadi, Dengan namaNya yang maha Pengasih lagi maha Penyayang.

*mula cerita serious
Untuk meneruskan hasrat untuk masuk PALAPES, langsung aku tak cakap keputusan itu adalah keputusan yang salah.

I have my own opinion.

I have my own perspectives.

Paling penting, Allah tahu setiap niat yang tersirat dalam hati.

Paling penting, Allah tahu apa yang sedang dijuangkan.

Lagipun, arwah Ahmad Ammar pun belajar ilmu-imu ketenteraan kan?
Para anbiya', nabi, sahabat-sahabat nabi memiliki imu ketenteraan kan?

Lagipun minat aku memang pada semua benda tu.

"It's reached a point in my life where i find it's not longer necessary to try to impress anyone"

Hahaaha. Sekali lagi aku menangis tanpa dipinta,
Nak bercerita dengan manusia, takkan ada siapa yang faham apa yang sedang dijuangkan oleh diri ini.
Biar. Manusia, yang juga hidupnya sementara.

Terima kasih Allah for this beautiful life i got. Pelihara mereka, housemateku tercinta.

Oci sayang shiqinn Habeha rumet tercinta, Ashi mantan rumet, Aina si penyibuk lepak bilik, Ina driver kesayangan, Hanis si pencetus huru-hara.

Alhamdulillah. I praise Allah dan jangan lupa 12 Rabiulawal 1437,

Sanah helwa icon terunggul.
Sanah helwa icon terunggul.
Sanah helwa icon terunggul.





thanks reading my diary

Tuesday, 22 December 2015

Praise to Allah.

*Hanya luahan ringkas.

Setiap kali angin kebahagiaan datang mengetuk hati,
I praise Him.

No matter what happen. I Love Him.
No matter what happen. I Love Him.
I love Him.
I am single and taken to love Him, Allah.

Thank you for this beautiful life ya Allah.

May the day ahead will be filled with happiness. just like my previous day.



thanks reading my diary

Wednesday, 16 December 2015

Backstabber

Backstabber.

Peh, sakit ditikam. Masa tu dunia jadi kelam. Hanya air mata yang datang silih-berganti menemani saat-saat berseorangan.

Tapi akhirnya,

Hanya kena sedar satu benda.

Backstabber tu memang benda biasa kat dunia ni. 
Backstabber tu memang benda biasa kat dunia ni.
Bare with this statement.

Backstabber ni kekadang bagus jugak. Dia jadik batu loncatan untuk kita jadi seorang yang lebih berhati-hati, waspada dan tak mudah mempercayai orang. Mungkin juga menjadikan pemikiran kita lebih matang.

Jadi, kalau terasa ditusuk tu. Cool down. Istighfar banyak-banyak.

Allah kan ada.
Allah kan ada.
Allah kan ada.
Allah kan ada.

Allah yang tak pernah jemu memerhatikan setiap perjuangan manusia di dunia.
Selagi hidup, berjuanglah.


Adios.
.
thanks reading my diary

Monday, 14 December 2015

Short Motivation

Speechless.

Allah itu memang sebaik-baik perancang. Itu je mampu cakap.

Biar pun aku pelik dengan diri sendiri yang langsung tak meminati sesiapa pun, tapi Allah tetap hadirkan orang-orang yang mampu memekarkan bunga kebahagiaan dalam hati aku.

Akhir-akhir ini, tidur aku tak pernah terasa ada bebanan di bahu. Walaupun kalau dilihat pada alam realiti, banyak bebananya, banyak kerjanya.

But i keep motivating myself. Sampai bila nak bela sifat malas dalam diir? Sampai bila?
Allah mengangkat darjat orang yang berilmu, kan?

Orang malas memang akan selalu rugi, plus.

Hidup pun sementara.

Goodluck for your final guys.

Adios.

thanks reading my diary

Saturday, 12 December 2015

Engagement

Generally speaking, an engagement is not a binding contract. Meaning, you are not obligated to marry the person you are engaged with. During the period of engagement, the relationship between you and the person you plan on marrying are similar to the relationship between any unrelated male and female (non-mahrams).

So the rules regarding ikhtilat (intermingling between sexes) still apply, even if you are engaged. My point is, the only special relationship you have with the person is that you plan on marrying him. That is it. Anything extra is cultural and/or unnecessary. 

Therefore, an engagement can still be cancelled and it is not the same as a divorce. There is a reason why engagement isn't supposed to be made public, because it is not a guarantee that you will marry that person. In the case that an engagement is cancelled, the emotional discomfort that might ensue can be minimized if the engagement isn't made public in the first place.

I am not saying that you should be in doubt in an engagement that you are in. Surely, you should pursue the relationship until marriage and have good thoughts that it will work out in the end. Shaytan (the devil) doesn't want you to get married, so he will do whatever it takes to prevent the relationship from happening. He wants zina (fornication), and he despises nikah (marriage).

So there is a balance that needs to be in place. Be optimistic that the marriage will take place, but at the same time don't go into the marriage blindly. Meaning, you should still use your good judgment to see if the person you are marrying is the right fit for you or not.
Istikharah is not the only step you should take. In fact, istikharah is the third step in a 3-step decision making process. The first two steps are about the effort you put in. So, your effort does count and Allah asks that you try your best before putting your trust (tawakal) in Him. That is the process. 

In brief, you have the right to choose whom to marry. Logically, you should marry someone who shares the same goals as you do. Otherwise, both of you might be walking towards a different direction.

Yes, you will disagree with each other on many things and that is a part of marriage. But your ultimate goal should be the same. That ultimate goal should be the foundation of your marriage, and both of you should stand on the same foundation, right?
-Aiman Azlan-

Put your trust in Allah because he is the greastest planner. No one else.

thanks reading my diary

Aku Bahagia

Cukuplah rasa bahagia yang aku rasa ini. Sebaknya datang tak diundang,


Terima kasih ya Allah.



Semalam masing-masing buat research about Safe Our Seafood dekat Kg. Telaga Air.
Kitorang naik dua kereta saga.

A very nice moment.

Masa balik tu, kitorang singgah sekejap dekat The Spring Mall. Banyak sangat arca- arca cantik kat situ, semuanya sebab Sambutan Christmast bakal bertandang.


Lepas makan dekat foodcourt, singgah dekat MPH kejap. Awhh, buku Matlutfi yang baru dah habis. Yang masih ada dalam stock, buku Mato, Diagnosis 2. Tapi nak dibandingkan dengan POPULAR, aku lagi suka MPH walaupun memang ada kad POPULAR. Maklumlah, selain pecinta haiwan, saya pecinta buku. Nak cintakan manusia? Fuuh itu benda paling complicated dalam hidup. Tapi, percayalah, aku penyayang :)

Dekat tengah-tengah mall, ada satu fountain. Dalam air tu, banyak duit. Yeah orang campak duit dalam tu dan masing-masing buat wish.

My bro Vishi, tanya Diyana; "Kenapa banyak sangat duit dalam ni? "

Diyana jawab, "Orang campak duit, lepastu buat wish"

Yeah memang benda tu, dianggap benda biasa dan kitorang hanya main-main je,

Laju  Vishi ambik wallet dia, keluarkan duit syiling. Lepastu campak duit dan wish.

"Please oci stay"


Fuuh sebaknyaaa hanya Allah yang tahu. Kenapa semua orang comel sangat bila masing-masing tahu aku nak pindahh? Tapi memang Vishi sekerasnya pujuk aku supaya  tak pergi. Emm entahlah, keputusan masih dalam dilemma lah.

Memang ramai yang pm, takkasik aku pindah. Sumpah, aku sayang sangat kat diorang. Maklumlah, memang dah terlalu rapat dengan diorang. Lepastu, nak blah macam tu je.

Kebetulan, semalam pergi airport untuk jumpa Maya. Maya, one of our buddies yang dah pindah dulu, sebelum aku hopefully. Balik-balik je, diorang pm. "Oci please stay"  dengan emoticon crying banyak-bayak.

"Hahahahaha tak comel betul orang sado nangis. Walaupun hanya crying emoticon je, dan realitinya tak nangis pun", aku balas.

Some of them jawab, " Come here to see me and you will see, whether im really crying or not. But please, don't go. Please stay oci"



Terharu. Sebak.

Dahlah.

Aku terlalu bahagia. Terlalu sayangkan diorang.

Dear Allah, Jagakan mereka sentiasa.

Aku terlalu sayangkan mereka.

Buat awak-awak,

Kamek sayang kitak naa.

Alhamdulillah for this.

Terma kasih, ya Allah.

*rindu dekat orang yang memperkenalkan aku cerita 1 litre of tears.
thanks reading my diary

Thursday, 3 December 2015

Sahabat.

Pilu.

Sebak terasa hati.

Bila solat sorang-sorang, baca al-Quran sorang-sorang. Aku merindukan sesuatu.
Hati ini sejujurnya merindukan kalian, wahai sahabat.

Bila lagi kita nak solat sama-sama? Tadabbur ayat al-Quran yang penuh dengan hikmah itu sama-sama? Berada dalam bulatan kecil usrah seperti dahulu sama-sama?

Sungguh. Masa amat mencemburui persahabatan kita. Terasa sekejap sahaja masa beredar. Masing-masing sudah tak mampu ditatap lagi oleh kedua mata ini seperti hari-hari dulu.

Sungguh cemburu kepada eratnya ukhwah kita.

Sayu.


Aku pandang tafsir al-Quran di tangan. Terlalu sayu. Terlalu banyak kenangan yang ditinggalkan bersama-sama al-Quran merah kecil molek ini. Yang kalian gunakan dan pegang tatkala masing-masing terlupa membawa al-quran masing-masing bila berkunjung ke bilik aku.

Biarlah. Sekurang-kurangnya, masih ada kesan yang kalian tinggalkan pada aku. Walaupun hanya cap jari yang kecil molek di beberapa helaian-helaian al-Quran.
Biarkan masa terus mencemburui kita, tapi jangan pernah sesekali membenarkan masa menghilangkan rasa sayang daripada hati kita.

Kita memang jauh tapi di hati, allahu. Terlalu dekat; hendaknya.

Amyy Baymax, Aeinkuuu, Miraakuu, Edaakuu, Mokki
Sahabat yang dulunya hari-hari dipukul oleh kedua tangan ini.

*tengok tangan kanan. *menangis rindu.

Sahabat yang selalu buat surprise tanpa sedikit pun hati mampu menduga.
Sahabat yang selalu ada masa untuk aku.
Sahabat, segalanya.

Mereka sahabat aku.

Azan Isyak dah berkumandang. Maka aku hentikan luahan ini sahabat. Semoga kalian sentiasa berada di bawah rahmat Allah. Sayang aku takkan pernah pudar, sahabat.
thanks reading my diary