Another qiam Jamaei. Sebab ada
program Ikhwah and Akhawat Productive.
0330 hrs. Jam loceng pelbagai deringan berbunyi. Segenap ruang dekat hall tempat akhawat tidur bising, deringan yang mintak untuk bangun. Seakan cakap, "bangun semua bangun! Allah kejut tu sayang"
"Allah rindu tu sayang"
Afza bangun, selimut ditarik melepasi kaki. Rasa sejuk menusuk tulang, membuatkan mata rasa nak tertutup kembali. Dalam kabur-kabur, dia nampak dah ada dua tiga figura yang dah disaluti dengan kain putih. Dah pakai telekung dan beberapa bait-bait ayat al-Quran kedengaran, damai.
Dia tercari-cari cermin mata yang semalam diletakkan di sebelah bantalnya, tapi tak jumpa.
"Haaaa, cari spect lah tu!"Halimi yang tidur sebelahnya, tegur.
"Haah, Limi. Mana entah" Jawab Afza perlahan. Selimut yang masih ada dekat kaki diambil dan terus dilipat. Lepastu, Afza duduk bersila.
"Haaa, tu ha aku letak atas meja tu malam tadi", sambil jari telunjuk Halimi tunjuk arah meja.
"Lain kali jangan letak tepi kepala tu sayang oi, kang kena pijak dengan orang baru tahu. Haru!"
Hahahhahahahha haru sungguh___
Pagi-pagi lagi dah kena bebel, nasiblah seorang Afza.
Nasiblah Halimi simpankan cermin mata dia.
"Haaaaaaa, maceh Limi", Afza sengih kasik muka comel.
Pakai cermin mata, baru Afza dapat tengok dunia dengan jelas. Figura-figura yang pakai telekung makin bertambah. Macam cendawan tumbuh selepas hujan.
Haaaa, takkan kau nak tercegat kat situ lagi Afza?
Seketika, air wudhu yang membasahi muka terasa sangat menyegarkan. Afza membasuh muka tiga kali, sambil berkata dalam hati.
"Semoga mukaku adalah muka yang bercahaya kelak di akhirat"
Sempat lagi dia menegur semua orang yang dia jumpa masa dekat tempat ambil wudhu tadi. Dah namanya perangai, takkisahlah masatu mamai ke tak. Afza tetap kepoh. Tapi terkadang tu, kepohnya adalah kepoh yang bertauliah. Dalam setiap kepohan, ada terselitnya kata-kata penuh berhikmah. But still, masih kepoh.
Pakai telekung, terus Afza duduk ambil tempat sebelah Kak Syuaibah. Takbir diangkat. Seketika, dia hanyut dengan rasanya bersama Rabb.
Diambil al-quran kecil merah miliknya, dibuka lantas terus dibaca. Sekali lagi dia hanyut dengan ayat-ayat al-Quran yang mendamaikan itu.
Seluruh ruang hall dipenuhi dengan suara merdu, syahdu para akhawat yang hadir. Ayat-ayat al-quran terasa amat dekat dengan telinga dan hati. Dipenuhi dengan rasa merendah diri dan terharu, kerana dalam banyak-banyak hati Dia memilih kami. Alhamdulillah, nikmat untuk rasa.
"Afza jadi imam lah pagi ni, boleh?" Kak Nurin datang dan tanya.
"Boleh akak, tapi Afza nak orang lain baca doa lepas solat macam biasa. Hehehehhehehe"
Afza memang macamtu. Semua orang kenal cara dia kalau solat berjemaah ni. Kalau Afza imam, dia suka suruh orang lain bacakan doa. Kalau orang lain imam dan mintak dia bacakan doa, dia takde masalah untuk itu. Taktahu kenapa, tapi itu cara dia.
"Okay, Limi baca nanti"
Bacaan pertama dalam solat subuh tu, menyegarkan setiap jiwa. Alunan bacaan al-fatihah oleh Afza memang menyentap jiwa setiap anak muda yang dibelakangnya untuk berhenti melayan mata. Bacaan yang amat merdu, tapi tegas. Sungguh.
Satu kelebihan Afza, bacaannya.
"Allahu akbar", Afza sujud. Jemaah di belakang ikut.
Selesai solat, diselangi dengan zikir-zikir memuji zatNya. Dan seperti yang dipersetujui, Limi baca doa lepas habis solat.
Limi nampak macam tersekat-sekat. Kelihatan macam tergagap-gagap membaca walaupun ada kertas dekat depan. Mulanya Afza membiarkan sahaja. Tapi lama-lama, Afza mintak jugak kebenaran Limi untuk membiarkan dia yang meneruskan bacaan. Limi akur, dan Afza mula mengetuai bacaan.
Limi rasa sesuatu yang tak kena.
Tak kena pada diri dia yang selama ini dia terlepas pandang. Sibuk sangat dengan urusan dunia, kalau Allah tak tarik hati nak join qiam ni taktahulah bila lagi tangan tu rasa nak pegang apa yang namanya al-Quran. Limi bermonolog.
Takkisahlah kalau dulu selalu baca al-Quran, lepastu bacaan dan alunan dah superb. Tapi kalau tinggal (lama), akan ada sedikit gagap. Berkata dekat diri sendiri, betul-betul sentapan yang maha kuat untuk Limi.
Tu hanyalah teguran kecil Allah, untuk tanya kat diri sendiri. "Bila kali terakhir kau pegang ayat-ayat suci yang aku turunkan?"
Limi sambut teguran kecil tu. Rasa hiba je dengan diri sendiri. Lambat-lambat, dia tanam goals baru untuk diri sendiri.
Sebenarnya pelik, kalau sepanjang satu bulan takde ilmu baru yang dikaut.
Sebenarnya pelik, kalau sepanjang satu minggu takde tambahan hafazan ayat-ayat al-Quran.
//
//
//
Maka, Limi tengok balik dekat diri dia.
Mana kesungguhan aku dalam mengamalkan apa yang namanya the way of life?
///
//
//
Tambah ilmu selagi boleh.
Amal selagi Dia kasik kudrat.
Jangan jadi macam pokok yang tak berbuah, Tak beramal dengan ilmu yang ada.
"Cakap pasal ilmu, mungkin orang yang kita nampak penagih dadah tu lagi banyak ilmu daripada kita" ayat Afza haritu, kedengaran dalam kepala.
"Tapi Allah nak tengok ilmu tu diamalkan atau tak. Tu lah antara salah satu perbezaan kita dengan mereka"
Ilmu dan amal.
Mana kesungguhan aku dalam mengamalkan apa yang namanya the way of life?
///
//
//
Tambah ilmu selagi boleh.
Amal selagi Dia kasik kudrat.
Jangan jadi macam pokok yang tak berbuah, Tak beramal dengan ilmu yang ada.
"Cakap pasal ilmu, mungkin orang yang kita nampak penagih dadah tu lagi banyak ilmu daripada kita" ayat Afza haritu, kedengaran dalam kepala.
"Tapi Allah nak tengok ilmu tu diamalkan atau tak. Tu lah antara salah satu perbezaan kita dengan mereka"
Ilmu dan amal.
///////////////////////////////////////
Okaylah thats all for tonight. Rasa nak share and alhamdulillah dah tertunai dengan tertaipnya apa yang aku nak share dekat sini. I will start my new semester tomorrow, all the best for everyone!
typed-off.
Okaylah thats all for tonight. Rasa nak share and alhamdulillah dah tertunai dengan tertaipnya apa yang aku nak share dekat sini. I will start my new semester tomorrow, all the best for everyone!
typed-off.
No comments:
Post a Comment