Allah sentiasa dekat. Kenapa aku menjauhkan diri ?
Ikuti satu lagi coretan ina. Ini hanya coretan *mungkin*
"Kita Hamba Cinta ?"
"Siapa Hamba Cinta ? "
Kita.
fullstop.
Kehidupan seorang pelajar.
Sejak akhir-akhir ni ,makin banyak kerja yang bertimbun-timbun.
Aku penat. Aku dah rasa fed-up dengan belajar.
Tiba-tiba satu soalan mengetuk kotak fikiran;
"Mana jodoh aku ni ? Kenapa takdatang je amik aku? "
"Aku dah malas nak belajar. Aku nak kahwin"
Amboi. *Takdelah sampai tahap suruh jodoh datang angkut* hahaha.
Tapi mana tahu ada yang pernah rasa sampai tahap tu ? haha.
Nope. Berbalik pada tajuk. Remaja yang selalu ada masalah hati.
Bila fikir balik. Kenapa dalam banyak-banyak benda ?
Benda tu yang aku fikir ? Why why and why ?
Cinta itu fitrah manusia. Lagi-lagi sang remaja.
Jadi jom landaskannya pada jalan Allah.
Jangan pernah mengalah, kerana syaitan takkan pernah mengalah untuk goda kita dekati zina.
Kita nak dia? berdoalah. Tulang rusuk takkan tertukar. Takkan.
Kenapa akhir-akhir ni aku cepat rasa fed-up?
Siapa fed-up ? "Kau pernah kenal ke budak nama fed-up ?"
Paling menyedihkan, aku rasa makin jauh dengan Allah.
Aku bukan yang aku yang dulu.
Sekarang aku dah rasa "nak rapat" balik dengan lelaki.
Aku rindu saat mula-mula aku rasa makin nak dekat dengan Allah.
Lelaki dijadikan benda yang paling dibenci. Tak tahap benci.
Tapi tahap aku tak pernah cakap dengan lelaki.
Walaupun aku dekat universiti.
Dan lelaki yang pertama berani. Ya akui kira berani tegur aku.
Masa tuh tengah Lecture IT(information Tecchnology) session.
Orang pertama.
Bukan aku sombong untuk mulakan perkenalan. Bukan sekali.
Lelaki nak tegur ? Nak berurusan benda2 yang penting ?
Macam disscussion PBL,etc. Boleh aje.
Cuma dalam hati ni. Dah berkeras cakap.
"Awak kena kuat. Lelaki tuh dugaan bagi perempuan"
"Jangan jatuh. Jangan cepat jatuh" Itu aje.
Sebab hanya siapa yang kenal aku akan tahu aku macam mana.
Bukan cepat jatuh cinta *Macam eeeiiuuu je perkataan jatuh cinta ni * jerk*
Tapi cepat jatuh hati dengan kebaikan orang. Jahat mana pun .
Tak kisah lah perempuan atau lelaki. Dengan kata lain,
Hati yang sangat mudah tersentuh.
"Jangan cepat jatuh hati"
"Sebab engkau mahal. Barang mahal. Jangan jatuh ! "
" Jatuh hati dekat Allah takpe "
kawan-kawan tersayang . Berubah tu benda awesome.
Tapi takde jaminan bahawa nak berubah itu senang. Cuma Allah janji.
Dia janji akan bantu setiap langkah hambaNya. Janji.
Dia nampak setiap usaha hambaNya walaupun ia sekecil kuman.
Walaupun sekecil sel neutrophils, basophils or eosinophils.
Semua pergerakan fluid dalam badan kita. Siapa yang kawal ?
Dengan immunity system segala bagai....Segala sistem badan.
Selagi Allah masih mengawal segala pergerakan "kilang" dalam badan.
Selagi itu kita ni tak lari dengan tugas utama dilahirkan di dunia.
Menjadi seorang Hamba Allah. Biar kita jadi hamba Allah.
Bukan Hamba Lelaki. Hamba manusia. Hamba dunia.
Atau hamba cinta. Hamba cinta lelaki.
Hinanya dianggap sebagai hamba cinta.
Kita masih ada ibubapa yang perlu dIfikirkan.
We are so busy growing up. They are also growing old.
Kena ingat selalu. Call parents. Not boyfriend.
Ampunkan dosa hambaMu ya Allah ..
Ampunkan jua dosa-dosa orang sekelilingku.
Dan jangan biarkan api neraka terkena kulit ibubapaku walaupun hanya percikannya.
Pelihara mereka. Berkati kehidupan mereka. Ampuni dosa-dosa mereka.
__
-Hamba yang merangkak-
No comments:
Post a Comment