Tuesday, 21 June 2016

Cukup terharu.

22 June 2016. Malam Rabu. Kolej Kenanga, UNIMAS.

Tengah khusyuk selak-selak notes Ecology (esok exam final), terberhenti dekat tajuk Magrove Ecosystem. Bukannya mengantuk. Tapi Nampak satu notifications insta poping-up on screen. From Emma, Hikmah Dani. One of honey bunny bonni bonny sugar plumpy.

Emma cakap pasal kali terakhir dia sentuh tangan mak dia. Masih terasa sejuknya tangan itu tu.

Ayat Emma;

“Semalam, ada salam tangan seorang makcik ni. Tiba-tiba hati ini tersentak. Ya Allah rindunya dekat arwah mak. Teringat kali terakhir cium tangan mak. Sejuk”

“Al-fatihah untuk mak”

Lepastu ternampak pulak notification cicik. Haleesa Hairi. Jugak salah seorang yang aku sayang. 

Masa arwah ayah cicik meninggal, masa tu kitorang tengah kelas SPM kat bilik seminar. Lagi 3 hari nak SPM masatu. Aku  dan Farhana ikut cicik balik Batu Pahat. Memang takkan dilupakan. Allah tu, terlalu bijak dalam merencanakan sesuatu. Kan sayang?

*menangis dengan penyataan sendiri.

Tapi betul. We plan. Allah plan. He is the planner, and He is the best Planner.(oci, 2016)


Menggunung rasanya perasaan rindu tu. Tapi jangan lupa satu benda ni. 

"Be tough sayang, oci here for you"

You know that I meant it. and u know how i prove it.


Menggunung lagi rasa terharu dengan setiap kebahagiaan yang pernah Allah beri. Pertemuan dengan setiap insan-insan yang pernah hadir dalam hidup. Which each of them, are too valuable with their own pieces. With different storyline and background. With everything different. But inshaa Allah still with the same goal. To be closer to Allah.

B.A.H.A.G.I.A

Bahagia. Perlu dicari. Siapa yang takpernah rasa kepayahan dalam hidup, maknanya dia takhidup. Eh? Walau susah mana problem tu, carik kebahagiaan disebalik dinding-dinding kepayahan tu.Okey, I know you understand what I mean. Sometimes u understand more than what I understand.

Allah will not burden a soul beyond what it can bear right?

Susah senang tu lumrah yang Allah kasik. Untuk uji segalanya. Dan perjalanan hidup nilah tempat diuji. Lepas dah mati meninggalkan dunia, maka ujian itu dah lenyap. Maka, kita akan ke stage seterusnya. Ujian yang lain. Menanti.

Kunci utama nak rasa bahagia? Bersyukur. Bila kita bersyukur, Allah akan tambah rezeki dalam keadaan yang tak diduga.

Dah. Kena sedar diri esok nak exam. Malam ni tetiba terstay-up padahal takpernah-pernahnya seorang oci rajin stay-up. Kalau Wake up favourite lah.

Eh sebelum tu,

Take care my dear Hikmah Dani and Haleesa Hairi. May Allah always grant u guys happiness dunya wal akhirah. 

adios.
Terima kasih, Allah.

thanks reading my diary

Monday, 20 June 2016

cares untuk sweetheart?

Kisah Januari 2015. Asasi. Kampus Timur UNIMAS.

“Kadang-kadang aku ni Nampak tak mempedulikan, tapi jauh di sudut hati (sampai antartika, lalu savvanah, tundra, taiga, desert, grassland, shrub forest dan pusing balik ke tropical rain forest, Johor) ; I do care. Too care actually. Until it hurts myself

Sambung lagi.

“Takpa, Allah ada. Keep smile and love Allah”

Noktah pada penghujung ayat.

Tutup buku diary berkulit biru. Sebenarnya tu buku diary baru sebab yang lama dah hilang jejak. Puas carik, tapi takda rezeki nak jumpa.

Apa aku nak buat ni lepas ni?

T.O.I.L.E.T

(toilet yang paling bersih dipilih)

Nangis sepuas-puasnya. Sekarang memang tengah feeling down gila sebab baru je tengok result English midsem and it hurt myself. Markah teruk. Bila tengok balik. Speechlesslah teruk dia. Lepas dah rasa macam nak tertidur dalam toilet, aku keluar daripada toilet lepastu basuh muka kat sinki.

But to be honest,the result it not that bad.

But as im too determinate to be a doctor, its make sense. Bakal doktor apa result teruk macam tu?

Beberapa hari tu, aku senyap je. Pergi jumpa Sir Fairuz lah(lecturer English masatu). Banyak benda. But seriously memang determination tu . And yes, sebab aku memang nak jadik doktor. Nak owned medical faculty. Nak kahwen dengan medical student. Eh?

Abaikan.

Then, tiba-tiba dapat voice note daripada seorang sahabat. Aku dengar banyak kali. And I cried a lots. Walaupun baru pertama kali dengar , kekadang dengan kelajuan yang takdapat disangkal, aku takdapat tangkap bait-bait perkataan.

Then I start googling (googling? Haha peduli apa salah grammar)

Bryant Oden Best Friends forever lyrics.
I keep repeating it until I memorize it.
screenshot back on January 2015
Untuk awak.

Haaa awaklah yang kasik oci lagu tu. Take care Always. Allah takkan pernah jadikan satu pertemuan tu sia-sia. Allah takkan pernah. Takkan.

Ulang balik ayat atas.
“Kadang-kadang aku ni Nampak tak mempedulikan, tapi jauh di sudut hati (sampai antartika dan pusing balik ke equator) ; I do care. Too care actually. Until it hurts myself”

Aku tahu kau sakit sampai kau kasik aku semua password untuk account twitter, instagram, facebook, semua tu; dah cukup buat aku demam.

Ulang lagi,
“Kadang-kadang aku ni Nampak tak mempedulikan, tapi jauh di sudut hati ; I do care. Too care actually”


Semoga Allah genggam persahabatan kita,
Hadzriena=Amirah Aszeli.
Esok exam Ecology

Catatan Hadzriena, 21 Jun 2016.

thanks reading my diary

Thursday, 16 June 2016

Mengenai Sesuatu.


Dulu.

Masa mula-mula nak berubah, memang terasa dunia ni sementara.
Memang rasa membaca al-Quran dan buku-buku ilmiah itu hobi.
Memang rasa nak share semuaa ayat al-Quran, hadith, bacaan ilmiah yang pernah dibaca.
Semua rasa nak dikongsi.

Sebab rasa tak adil dalam beratus manusia hanya aku sorang yang tahu.

Jejak pergi surau tu adalah jejak yang sangat-sangat bermakna.
Terasa ada Allah pada setiap langkah, walaupun hanya anjing yang menemani.
Memang terasa takda dah ayat-ayat kasar yang keluar daripada mulut ni (harapnyalah)
Nak join GPTD lah, nmati syahid, nak pergi sekolah pondok lah.
Nak macam-macam. “Nak kembara mencari akhirat dalam kata lain.”

Nak jadikkan Islam as deen, cara hidup.

Perasaan sebak bila kawan-kawan yang masih couple duk call, tanyaa.
“How did u change? I see u different babe. U change. To better

Menangis.

Ingat lagi. Dua malam yang sama, dua orang sahabat duk wassap tanya pendapat itu ini.
Lepastu esoknya aku Nampak perubahan kat blog dia. Blog dia bertukar wajah.
Menangis lagi.

Bila jalan nak pergi kelas, rasa bahagia je. Rasa macam kat sekeliling ada sokongan walaupun hakikatnya kekadang, aku sorang.

Aku takcakap aku limited edition malah sekali perfect dalam setiap perkara.
But that’s it. Bila kita cuba nak jadik perempuan yang Tak dikenali. masturat.

Perasaan tu? Bila meninggalkan apa yang pernah kita buat dulu.
Hanya yang pernah hadapi yang tahu.

Perasaan tu hadiah terindah.
Betul.

Antara hadiah terindah Dia buat aku. Kemanisan tu, hadiah terindah lagi bermakna.

Takpelah. As He know whats deep in our heart. Cuma, pasakkan dalam hati jangan pernah berhenti.

Eh, serious dah jauh daripada tajuk. Hahaha. Terpulanglah nak abaikan atau tak. Sekarang ni nak cakap mengenai sesuatu.
Kenapa menulis? Sebab menulis tu, adalah kata hati. Dan, antara diary untuk dibaca semula bila terasa diri jauh dari Illahi.

Entah. Biarlah setiap bait perkataan itu hanya Allah yang gerakkan hati insan-insan untuk baca, tak perlu dipromote. Sebab aku segan. 

Dan wahai yang memberi komen-komen menyokong walaupun aku takkenal siapa empunya diri, Terima kasih. Walau hanya tulisan di ruangan komen, dah mampu menjadikan aku rasa aku kerdil. Hadiah Allah. Dah cukup menghilangkan sedikit rasa senggugut yang aku rasa, Eh?

Haha.

Moga hati tak dihinggapi sifat riak, takbur, ujub; tiga adik beradik rapat tu. Terima kasih Mato sebab pilih cerpen aku antara top15 walaupun berjela-jela cacat cela yang ada. Moga ada ibrah yang mampu sama-sama diambil.

Dan, terima kasih sahabat yang takpernah berhenti menyokong; Amirah Aszeli.

Dan, terima kasih Allah untuk rasa bahagia setiap hari yang Kau beri. Terima kasih Allah untuk semua orang yang pernah hadir dalam hidup ini, sama ada  yang meninggalkan kenangan baik atau buruk.
Semua bermakna. valuable.

Please bare in your mind. Each of us is valuable. 

Be amazing just the way u are. 
Each are, limited edition.

Yang menulis dengan hati,
Saya.

Yang dah terlanjur membaca,

Awaklah.

okey gurau.

thanks reading my diary

Saturday, 11 June 2016

Kelebihan Mati Syahid

Final tetap final, pembacaan buku ilmiah takkan dilupakan. Sebab apa? Sebab aku manusia yang takpernah sesekali terlepas daripada dosa.

Bukan maksum.
Cuma inshaaAllah, miliki hati.

7 Kelebihan orang mati syahid.
  1. Dosanya diampunkan sebaik sahaja gugur titisan darah pertama
  2. Dia dapat melihat tempatnya di syurga
  3.   Diselamatkan daripada azab kubur
  4. Selamat daripada ketakuta yang besar- yaumul hisab di akirat nanti
  5. Dipakaikan dengan mahkota kebesaran dari permata yang lebih baik daripada dunia dan isisnya
  6. Dia dinikahkan dengan 72 Bidadari
  7. Diberi izin untuk mensyafaati 70 orang ahli keluarganya

Hadith Riwayat At-Tirmizi- Hasan Sahih
(disalin daripada antara buku Favourite, Ahmad Ammar)
:ni kali kedua berkata di blog mengenai beliau, Syahid yang tertangguh.

Al-fatihah.

Sentiasa jadikan syahid itu matlamat hidup. Allahuma yubarik fik
May this Ramadhan makes us more closer to Him.
;conversation ws yang dalam buku antara arwah dan kakaknya


catatan Hadzriena, 
7 Ramadhan 1437 H

thanks reading my diary

Friday, 3 June 2016

Catatan Amalan Hamba.

Baca sampai habis. Jangan tinggal walau sepatah ayat.
1. Apabila matahari digulung.
2. Dan apabila bintang-bintang berjatuhan,
3. Dan apabila gunung-gunung dihancurkan,
4. Dan apabila unta-unta bunting dibiarkan(tak terurus)
5. Dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan.
6. Dan apabila lautan dipanaskan.
7. Dan apabila roh-roh dipertemukan dengan tuannya.
8. Dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya.
9. Kerana dosa apa dia dibunuh?
10. Dan apabila lembaran-lembaran catatan amal dibuka selebar-lebarnya.
11. Dan apabila langit dilenyapkan.
12. Dan apabila neraka jahim dinyalakan.
13. Dan apabila syurga didekatkan.
14. Setiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakannya.

(surah al-Takwir)

Sumber; al-Quran.

 Fahami. Dalami. Interpret sendiri. Terlalu bermakna. Macam ayat-ayat yang lain.


Ramadhan.

And. Ahlan wasahlan ya Ramadhan. May we doing fine in becoming Ramadhan. May this Ramadhan and even any month we getting closer to Him.

"Ramadhan is the (month) in which Quran was sent down, as a guide to mankind and a clear guidance and judgement (so that mankind can distinguish between right and wrong) "

(al- Baqarah; 185)

But what is actually the key to get closer to Him?

  • It is the Quran
  • To futfil the purpose of Ramadhan, this month has to be about the Quran for all of us.
  • Treat it like we never had a relationship with the Quran before, like we are starting all over again.
Last but not least, perbaharui kalimah syahadah setiap hari. 

Catatan Nurrul Hadzriena,
3rd June 2016.



thanks reading my diary