Thursday, 16 June 2016

Mengenai Sesuatu.


Dulu.

Masa mula-mula nak berubah, memang terasa dunia ni sementara.
Memang rasa membaca al-Quran dan buku-buku ilmiah itu hobi.
Memang rasa nak share semuaa ayat al-Quran, hadith, bacaan ilmiah yang pernah dibaca.
Semua rasa nak dikongsi.

Sebab rasa tak adil dalam beratus manusia hanya aku sorang yang tahu.

Jejak pergi surau tu adalah jejak yang sangat-sangat bermakna.
Terasa ada Allah pada setiap langkah, walaupun hanya anjing yang menemani.
Memang terasa takda dah ayat-ayat kasar yang keluar daripada mulut ni (harapnyalah)
Nak join GPTD lah, nmati syahid, nak pergi sekolah pondok lah.
Nak macam-macam. “Nak kembara mencari akhirat dalam kata lain.”

Nak jadikkan Islam as deen, cara hidup.

Perasaan sebak bila kawan-kawan yang masih couple duk call, tanyaa.
“How did u change? I see u different babe. U change. To better

Menangis.

Ingat lagi. Dua malam yang sama, dua orang sahabat duk wassap tanya pendapat itu ini.
Lepastu esoknya aku Nampak perubahan kat blog dia. Blog dia bertukar wajah.
Menangis lagi.

Bila jalan nak pergi kelas, rasa bahagia je. Rasa macam kat sekeliling ada sokongan walaupun hakikatnya kekadang, aku sorang.

Aku takcakap aku limited edition malah sekali perfect dalam setiap perkara.
But that’s it. Bila kita cuba nak jadik perempuan yang Tak dikenali. masturat.

Perasaan tu? Bila meninggalkan apa yang pernah kita buat dulu.
Hanya yang pernah hadapi yang tahu.

Perasaan tu hadiah terindah.
Betul.

Antara hadiah terindah Dia buat aku. Kemanisan tu, hadiah terindah lagi bermakna.

Takpelah. As He know whats deep in our heart. Cuma, pasakkan dalam hati jangan pernah berhenti.

Eh, serious dah jauh daripada tajuk. Hahaha. Terpulanglah nak abaikan atau tak. Sekarang ni nak cakap mengenai sesuatu.
Kenapa menulis? Sebab menulis tu, adalah kata hati. Dan, antara diary untuk dibaca semula bila terasa diri jauh dari Illahi.

Entah. Biarlah setiap bait perkataan itu hanya Allah yang gerakkan hati insan-insan untuk baca, tak perlu dipromote. Sebab aku segan. 

Dan wahai yang memberi komen-komen menyokong walaupun aku takkenal siapa empunya diri, Terima kasih. Walau hanya tulisan di ruangan komen, dah mampu menjadikan aku rasa aku kerdil. Hadiah Allah. Dah cukup menghilangkan sedikit rasa senggugut yang aku rasa, Eh?

Haha.

Moga hati tak dihinggapi sifat riak, takbur, ujub; tiga adik beradik rapat tu. Terima kasih Mato sebab pilih cerpen aku antara top15 walaupun berjela-jela cacat cela yang ada. Moga ada ibrah yang mampu sama-sama diambil.

Dan, terima kasih sahabat yang takpernah berhenti menyokong; Amirah Aszeli.

Dan, terima kasih Allah untuk rasa bahagia setiap hari yang Kau beri. Terima kasih Allah untuk semua orang yang pernah hadir dalam hidup ini, sama ada  yang meninggalkan kenangan baik atau buruk.
Semua bermakna. valuable.

Please bare in your mind. Each of us is valuable. 

Be amazing just the way u are. 
Each are, limited edition.

Yang menulis dengan hati,
Saya.

Yang dah terlanjur membaca,

Awaklah.

okey gurau.

thanks reading my diary

0 Smile for me♒: