Ini satu pengumuman khas daripada aku.
Takdelah sayang, ini satu coretan dan peringatan ringkas (mungkin).
p/s: Sekarang duduk, dan bayangkanlah kita sedang berusrah bersama-sama. Usrah alam maya. hehe cute.
Sebab apa? Kita berbalik kepada tafsir surah an-Nas, bahawa manusia itu menang FULL OF FORGETFULNESS. Sedangkan Allah dah mention dalam al-Quran, kita adalah sebaik-baik makhluk (malu dengan diri sendiri, sedangkan malaikat dan binatang pun takbuat dosa) (malu)
Sebab sifat semulajadi kita memang pelupa, sebab itu kita perlu diingatkan.
Usrah tanpa amal bagai pokok yang tak berbuah. Macam itulah jugak ilmu tanpa amal. Cuba bayangkan,
Sedangkan dengan ikuti tarbiyyah melalui usrah kita masih taklenggang daripada buat dosa, apatah lagi kalau tak ikot usrah? Masihkah kita boleh berlapang dada tanpa usrah? Berjalan tanpa arahlah kita.
Takkisahlah awak takpakai tudung ke, pakai tudung singkat ke, pakai tudung labuh ke, takpakai stoking ke. Kalau nak ikuti usrah, takda syarat. Cumanya ia perlu untuk mereka yang bergelar hamba dan masih sedar dia bergelar hamba.
"Sayangku, life is a process of learning and it won't stop until we're been given back to Him back" (oci, 2016)
Usrah ni, kita kumpul dan berbincang mengenai Allah (there's a lot of thing) (toooooo much) . Takrugi masa pun bila berusrah, malahan kita akan rasa kemanisan berada dalam bulatan itu. Percayalah.
Sebab apa dalam dunia sekarang ni wajib ikuti usrah?
Kita manusia. Tapi sebusy mana pun, letakkanlah usrah tu antara dalam list-to-go setiap hari. Bila setiap kali rasa berat hati dan malas nak datang usrah, ingatlah benda ni;
1. Kenapa takboleh luangkan sedikit sahaja masa untuk ingat Allah. Aku menolak pelawaan Allah yang panggil hati ni untuk berdating denganNya?
2. Apa yang akan aku jawab bila Allah tanya; Apa yang kau lakukan untuk mengingatiKu di dunia dulu?
3. Apa reason yang kuat dan kukuh untuk Allah terima akumasuk ke syurgaNya?
(malu) (malu) (malu)
Jadiklah antara orang yang terpilih untuk menjejaki majlis ilmuNya. Allah dah hantar signal ke hati, cuma kita yang perlu memilih (nak atau tak). Pilihlah diri sendiri untuk menjadi insan yang Terpilih.
Dunia rindukan pemuda yang berjuang untuk Islam. Allah dan Rasul cintakan pemuda yang tiada sifat keanak-anakan.
Dunia rindukan pemuda yang berjuang untuk Islam. Allah dan Rasul cintakan pemuda yang tiada sifat keanak-anakan.
Ikutlah, dan kita akan rasa kemanisannya. Selamat berusrah semua!
This short note end here.
Peringatan sopan: Kalau boleh, if nak datang usrah tu tunjuklah yang kita betul-betul bersemangat nak berusrah. Jangan susahkan naqibah duk suruh ambik awak.... Kita nak, kita yang kena kejar.
No comments:
Post a Comment