Tuesday, 6 June 2017

Menggapai kembali Mutiara Iman

Kalau dulu rasa tak complete bila tak baca al-quran sehari, Kalau dulu sedih bila takdapat puasa sunat sebab period, Kalau dulu rasa takselesa bila pakai seluar walupun longgar, kalau dulu makanan halwa telinga lagu-lagu yang menghidupkan jiwa, kalau dulu majlis ilmu jadi tumpuan utama, kalau dulu menangis bila terskip usrah, kalau dulu qiam jamie’ menjadi suatu penantian, kalau dulu mukhayyam ditunggu sebagai penguat silaturrahim, kalau dulu suara azan di surau laju disambut, kalau dulu sekolah pondok dijejaki setiap kali cuti, kalau dulu surau jadi tempat lepak paling best, kalau dulu al-akh cakap kau sombong, kalau dulu dalam hati nak berkhidmat untuk ummah dengan join GPTD.

Semua tu, nikmat.


Kalau sekarang makin berkurang. Ketahuilah, iman sedang tenat.

Ketahuilah Allah sedang tarik nikmat.

Ketahuilah, sifat iman dan hati itu memang berbolak-balik. Teguhkanlah kedudukannya dengan letak yang selayakNya.

Bila perasan jatuh merudum, bangkit balik. Allah dah kasik nikmat untuk perasan. Cuma kena bertindak, bukan duduk je.




Tak, aku tak cakap untuk kau. Lebih kepada aku.

Memanglah manusia tu pendosa tanpa noktah. Tapi, tak penatkah kita menjadi sang pendosa?

Untuk rasa kembali nikmat tu, bangkitlah. Do something, walaupun perlu bermula kembali daripada bawah. Nak seribu daya, tak hendak sejutalah dalihnya.

Taknak gerak, atau pun lebih sayangkan dunia?



Atau, dunia dah hinggap di hati?



Kau sedar, kau tahu macam mana nak capai rasa nikmat tu. Macam dulu.

Kau rasa payahnya macam mana.

Maka, berusahalah!

Syurga tu mahal. Maka itulah bayarannya, usaha untuk gapai nikmat beribadat. 

Sincerely, oci.



thanks reading my diary

Wednesday, 24 May 2017

Masih

Dan kawan,

Andai benar cinta, kita akan usaha untuk tengok orang yang kita cinta bahagia.

Dan tahu tak satu cara untuk bahagia? Bila menegur dengan menggunakan “kita”.

Sebab kita semua bukannya mulia untuk tuding jari pada yang lain. Konon-konon kita mulia.

Dan jangan sebab ego masing-masing, kita yang dulu berjanji setia untuk berukhuwah sampai syurga… kini Cuma tinggal janji yang tak lagi setia.

Sungguh aku masih lagi cinta.


It’s time to begin, isn’t it?

I get a little bit bigger but then I’ll admit

I’m just the same as I was

Now don’t you understand

That I’m never changing who I am

[Imagine Dragons – It’s Time]


thanks reading my diary


thanks reading my diary

Buku usrah

Belek-belek buku usrah masa kat atas rak, berhabuk. Nampak sangat lama tak sentuh.

Rasa berhabuk mata, deeply touched betul.

Aku rindu,

Come on, eventhough if u have to start from the beginning back. Do it. Allah tengok usaha.

Dunia rindukan pemuda yang berjuang untuk Islam. Allah dan Rasul cintakan pemuda yang tiada sifat keanak-anakan. 💪

Kau sayang agama kau, kau selalu cakap. Kalau dulu kau mampu lawan segala hasutan dunia, kenapa sekarang nak beri alasan?

Kalau dulu segala kesedaran mampu dibuat dengan perbuatan, mengapa tidak sekarang?

Sakitnya iman.

Yang baca jangan terasa, aku cakap pada diri aku yang hina.

Let people said anything, i will try to catch whatever goals that had been set by me. And of course, the dunya is not the main goal.

I will arise stronger than before. I will.


thanks reading my diary

Friday, 19 May 2017

Sedikit untuk kau.

Pernah berkawan rapat.
Rapat yang tersangatlah rapat.
Dan Allah jauhkan.

Mungkin kau berkawan aku sebab agama aku.
Mungkin kau lihat aku alim, lebih sikit daripada kau.
Dulu.

Bila aku terjatuh sikit ke lembah jahiliyyah,
Kau seakan menjauh.
Langsung tiada sokongan.
Malah semakin menjatuhkan.

Kau cakap banyak kali,
"aku taksuka askar"

Bila aku memang masuk,
Kau berkali ulang,
"Haa, suka lah tu duduk sebelah lelaki"

Dari sudut yang lain.
Kau takpernah tahu kepayahan nak menjaga, takpernah.

Dan aku takdelah terlalu bodoh,
Sampai sanggup menolak diri sendiri dalam keluarga ini.

Mereka kebahagiaanku.
Kau apa tahu.

Semua orang tengah berusaha,
Kau apa tahu.

Kau hanya nampak,
Dan kau menilai.

Tapi, biarlah saksi hanya Dia.
Yang takpernah lngsung nak hilang daripada aku.
Walaupun apa pun keadaan aku.

Maka aku lihat,
Siapa kawan, siapa lawan.

Maka pesan aku pada kalian,
Jangan bersahabat kerana agama,
Kelak orang itu semakin kurang agama,
Kau meninggalkan.

Bersahabatlah kerana Allah.
Jatuh bangkit bersama,
Hanya untuk dapatkan syurga bersama,

Tak pernah meninggalkan.

Maka, jika selepas ini aku bangkit semula.

Jangan cari aku.

Anggap aku takpernah hadir,
Dalam kehidupan seorang manusia.

Seperti kau.


thanks reading my diary

Tuesday, 16 May 2017

Pujuk Hati

Kena selalu pujuk hati,
Tatkala ujian datang menyapa,
Bersangka baiklah padaNya.

Tatkala hati terluka,
Bersabarlah dengan air mata,
Kerana untuk Allah didik sabar, Itulah  antara cara

Berhimpit dengan hati yang pasrah,
Jiwa yang terlalu rapuh,
Namun berfikir sejenak,
Untuk apa ditangis cinta manusia,
Yang sememangnya, adalah sementara.

Walhal cinta pada yang Esa,
Tidak pernah ditangisi mengenang dosa,
Hanya ada kata-kata yang hanya sekilas Cuma,
Bahawa aku mencintai Dia,
Tetapi mana bukti pada lafaznya,
Sebagai tanda bukti cinta kepadaNya.

Sujudlah padanya,
Ikutlah perintahnya.
Itulah tanda dan bukti,
Bahawa kita lebih mengutamakan Dia.

Apabila hilang kemanisan dalam beribadah, itu petanda dunia makin meresap ke dalam jiwa

Ringkas. Moga padu,

Jangan diteruskan untuk teguh dunia itu menginap di jiwa,
Takut iman hanya menjadi sarang dalam jiwa.

Indah dunia yang hanya pinjaman untuk seketika?

Atau kebahagiaan hidup di akhirat yang dijanjikannya?


ndai yang dicari tu pujaan manusia, firaun pun orang puja. Andai yang terasa indah tu pujian manusia, kapal titanic yang besar, megah dan indah, sering dipuji-sanjung pun boleh karam.  Andai yang dicari dalam dakwah tu tentang cinta dan jodoh, taknak ke try cari cinta si pencipta jodoh dan cinta?-beloved Mato-


Puisi menurrul, 16/5/17- 0330 HRS, Tuesday.

thanks reading my diary

Tuesday, 9 May 2017

Adding book

Harini bertambah lagi koleksi buku kesayangan aku. Maken bertambahlah pakwe-pakwe aku ni (booooks). Ni antara koleksi yang aku ada, tapi tak semuanya ada kat sini. 

Orang pinjam.

Aku suka kalau orang pinjam.

Dan pinjamlah kalau nak, dengan syarat tahu pinjam tahu pulang. Sebab, cuba bayangkan kalau pakwe korang orang amek?

Konfem meroyan tahap petala.

Sure aku memang meroyan kalau hilang, sebab sayang. Sebab beli pakai duit sendiri. Sebab sanggup berat beg dengan buku nak bawak masuk kargo tu. Mana boleh tinggalkan pakwe, aku setia kot.

Dalam kereta aku bawak, dalam flight aku bawak. At least akan ade satu buku dalam beg aku setiap masa. 

Tkkisah duit habis sebab booooks, sebab ilmu tu tak berkesudahan. 

Hargailah. Sebab mereka kesayangan aku.


thanks reading my diary

Sunday, 7 May 2017

Sejadah.

#Puisihatimenurrul
Written on 31th August 2015.

SEJADAH.
Bukan sekadar sejadah.
Sejadah ini menjadi saksi.
Saksi air mata yang turun tatkala hati terasa dibebani tindakan manusia.
Saksi melihat aku bangkit semula memohon daripadaNya.
Kupohon kekuatan, Kupohon dipagarkan hati dengan dawai besi.
Agar takjatuh layu menyembah bumi,
Hanya kerana insan kerdil berstatus manusia di dunia ini.

Sejadah.

Saksi kuBiarkan hati dibiar takjenguk walau sekadar dijeling sekilas oleh manusia.
Saksi kekuatan hati aku layu juga tanpa diduga.
Iya. kerana hakikatnya, aku tetap manusia.

Sejadah.
Saat gembira bertandang, saat duka mengetuk.
Tempatmu tetap disitu. Menjadi saksi pertemuan antara hamba dengan tuhan pencipta.
Cuma semuanya pilihan kita.

Membiarkan sejadah tersadai  atau segera membentangnya.

Biar, apa yang dilakukan untuk menjaga hati orang lain.
Walau ada pahitnya, kemanisan pasti jua ada.

Biarkan, sejadah ini tetap menjadi saksi terasa rendahnya hati sebagai seorang hamba.
Yang langsung takmampu menduga apalagi memegang hati manusia.

Kerana hakikatnya, tetap;

The one who can only satisfy the human heart is the one who make it”

Keep growing up. Be matured and move on!
#feelreleased






thanks reading my diary

Wednesday, 3 May 2017

Diary of the day

Diary of the day.

4:30 am- Bangun then buatlah apa yang boleh buat. Lepastu,

siapkan lab report Aquatic Botany,
Pegi siram pokok sawi and lettuce,
Sidai baju kejap,
Solat subuh,
Al- Mathurat.



Nak share something. Tapi rasa cam taksempat pulak. Nantilah ye lain kali. Cuma,
“Iman lah penyelamat dunia yang penuh pancaroba”

My Nur Afifah Muhammad, dengar ni. Baca ni, I MISS youu. Nak jumpa, nak peluk. Nak tumbok. Nak cubit sampai lebam.

Nak nangis, 

Kalau rindu mesti nangis. Mai god hadzriena.

K nak pegi kelas luh. Mak oii pakcik bas ni asyik ulang lagu assalammualaikum ustazah je ni. 


thanks reading my diary

Tuesday, 25 April 2017

Final year project vs kekuatan?

1836- Esok ada exam oral Arab. Sekarang baru habis kelas Mangrove. Jadi aku lepak dekat tempat favourite, perpustakaan. Walaupun aku tahu aku takboleh study kat sini. Sebab keinginan nak baca dekat rak buku lagi tebal daripada nak baca lecture notes. Sekarang dekat Carel Room, Level 2.
K abaikan intro yang takde kena mengena dengan tajuk. Ini kisah hari ni. Ini kisah pagi tadi.
0830- Aku dapat wassap daripada lecturer aku, Dr. Teng.

“Can you come morning at 9am?”

“Nopeeeeee sir. If at 10 maybe I can come. There’s no bus at 9. *smiley keluar air mata*”

“Ok….. come at 10am”

So harini terajin sikit nak siap awai. Nak naik bas pukul 0930, aku dah start siap-siap pukul 0830. It is amazing hehehehhe. Biasanya 0900 baru terkedek-kedek mandi bersiap semua. Lepastu duk terkejar-kejar bas. Lepastu naik bas semput-semput. Lepastu membebel cakap pakcik bas datang awai. Lepastu. Lepastu. Lepastu etc.

But not for today. It’s an important day. I want to meet my supervisor.


Setelah baca  bergunung-gunung journal, carik minat aku semua.

Sampai Fakulti pukul 0945. 1000 pergi masuk bilik dr. It’s a nice meeeeting.

Aku propose tajuk aku;

“Sir, actually im interested to di this topic. Epiphytic diatom associated with Rhizophora mangle (Red mangrove) at Sarawak”

He look impressed.

“Seriously you want to do this title?”

Yes sir” dengan yakinnya.

“It’s a bit difficult, it’s a new title. No one had done it. But its okay, I will follow you to go to the field” laju Dr. cakap macam tu.

“I had read some journals about this. And all of it, I had read all the materials and methods for each research. So for this one, its nice” aku sambung.

Okay, state all things and methods that you know”



And I start explaining it one by one.

Aku mula sayang keihklasan dia. Aku mula rasa nak korek segala ilmu yang dia ada. Aku dah mula rasa nak korek segala apa yang aku boleh daripada dia.

“It’s a bit different from others because you have to go to field and get your samples twice or three times a week”

Aku jenis takkisah penat macam mana pun, janji boleh capai apa yang aku nak. Dr sambung lagi,

“And, what if you continue my study about this. Change it to be a specific diatom, Nitcsanvasbbnas”

“What is it sir? Nitcsanvasbb?????”

And he start spelling it slowly.

N. I. T. Z. S. C. H. I. A

“Nitzschia spp.”

I jot it down.



Meeting berlangsung dengan soalan soalan daripada aku dan classmates, Jane and Aisyah. Hehe sebenarnya jumpa tiga orang. So lepastu aku kasik diorang cakap pulak hehe.

Dah habis dah Dr cakap pasal TEM, Single cell isolation and Elisa Kit (for domoic acid). Lepastu Dr cakap,

“Your name will be put in the journal if you continue your study (MASTER, PHD) after this”

“Or else, your name will not there as the author”

So akhirnya dapat tajuk yang aku propose, aku tukar nama tajuk dengan;



Molecular and morphology characterization of Nitzschia spp. From Sarawak mangrove area.

#happy #alhamdulillah

Semoga semangat ni kekal sampai aku habis buat final year project aku. Sikit lagi je ina, lagi setahun je nak graduate dah. Taksabar nak bawak abah mak tengok aku graduate!

Inshaa Allah abah mak, lepasni aku ada research aku sendiri. Lepasni aku ada nama aku sendiri untuk rujukan buat masa akan datang (untuk future generation yang minat bidang aku). Lepasni nama aku ada dalam citation.

It’s my goal.

Sekarang dah pukul 7. Dahlah, nak type-off. Btw, this is not a diary. Just nak luahkan apa yang aku rasa nak luah je. Biarlah, blog aku. Hehe.

Sebelum tu,

Don’t forget to renew our syahadah.

Dan lagu Taman Firdausi terus beralun di earphone. Wahai taman, aku rindu aku. Aku rindu aku yang kuat. Aku rindu aku yang tak pernah nak mengeluh takda masa untuk dakwah tarbiah. Aku rindu….  banyak perkara.

Lap air mata.

Allah, moga kau sentiasa Nampak segala usaha. Buat awak yang tengah carik kekuatan jugak, jangan sia-siakan diri sendiri. Tulah kekuatan, diri sendiri. Selain daripada Dia yang tak pernah jemu nak jadi kekuatan terbesar kita.

Rise up, dunya is not permanent.






Sooner or later, it will diminish just like you.

Its just an amusement and a play. Stay away from al-Wahn.
(K jauh dah daripada tajuk)


Stand up again and again, be good. Do gooood. And the most important thing,

Cari redhaNya.

Type off. Bilik Carel level 2 No.6
25th April 17. CAIS, UNIMAS.


thanks reading my diary

Sunday, 23 April 2017

Kenapa menulis?

Kenapa menulis?



Bismillah mengenai tajuk ni. Bismillah aku akan mula singkapkan satu-satu sebab “mengapa” tu.

Sebab nak berkongsi apa yang aku rasa.
Sebab rasa tak adil ilmu tu aku sorang je yang tahu.
Sebab tulisan aku tulah yang akan jadik reflection untuk diri aku sendiri, bila diri rasa jauh daripada tuhan. Tuhan aku, dan tuhan yang kau kenal juga. Sebaik-baik pencipta, Allah.
Sebab aku nak semua orang sedar hakikat kenapa manusia dihidupkan oleh Allah.
Sebab nak tunjuk setiap orang mampu berubah, walau payah.


Roughly, sebab utama adalah untuk diri sendiri dan berkongsi.


Aku obviously bukan budak sekolah agama.

Aku pun ada kisah jahiliyyah aku.
Aku pun ada kisah macam mana aku berubah.
Semua orang ada.

Dan blog aku ni memang tak mengharapkan pembaca yang ramai pun. Cuma, cukuplah sedikit yang mampu baca guna mata hati. Lagipun blog ni masa awal penubuhan dulu, bukan pasal advices-advices ni semua. Dulu semua pengalaman pasal jalan-jalan, make-up and dipenuhi dengan selfies yang takde sempadan. Dulu memang ramai yang baca. Yelah, human love all that stuffs.
But it changed already. Alhamdulillah.

Dan aku ada kisah macam mana aku boleh jatuh balik ke gaung jahiliyyah. Mungkin fasa tu aku hadapi sekarang. Tapi jahiliyyah fasa sekarang ni, beza dengan dulu.

Aku rasa jauh daripada Allah, tapi Dia takjemu kasik signal kepada hati aku:

Allah tak jemu nak bagitahu aku

“Ina this is not what you want”
“Ina, please start all over again”
“Ina, be something for ummah”
“Ina, you had promised to”
“Ina, I love you”

Allah tu, sentiasa ada.






Dan tak sangka, buku aku bakal dipublished. Sumpah memang tak sangka Allah kasik aku peluang nak tulis walaupun dihimpit kesibukan yang tiada berpenghujung.

Panjang lagi nak dikongsi. Tapi aku ada bulatan yang perlu dihadiri.

Selamat berusrah semua!


thanks reading my diary

Friday, 21 April 2017

Stay up all night?

Bismillah.

Esok sebenarnya ada training. Macam biasa pukul 5:45 am dah baris pagi. Tapi niat nak study kejap sebelum tidur. Takkisahlah apa nak jadik esok. Tertidur dalam baris pun takpa haha.

0115- Mata dah disapa angin-angin ngantuk dan lambaian katil. Terkebil-kebil pandang notes microbiology.

0117- Terasa nak bukak blog orang. Nak baca, nak stalk. Dah lama sangat tak stalk orang. Lepastu, terjumpa sesuatu yang terasa memberi rasa segar. Segar hati dan mata, maka terkeluarlah subhanallah.


Terbaca sesuatu yang ditulis oleh seseorang. Betullah, Allah yang berkuasa nak ketuk hati orang untuk faham apa yang kita tulis. Moga, kita bukan jadi sisa dunia. Biarlah ada manfaat kat dunia. 

Hidup kat dunia ni, biarlah ada usaha untuk jadik yang terbaik.
Hidup kat dunia ni, sentiasalah usaha untuk perbaiki diri.
Bila rasa jauh dengan Allah, sambutlah teguran halus yang datangnya khas daripada Allah tu. Dekatkanlah kembali apa yang jauh. Usahalah macam mana sekali pun, walaupun mungkin dah terlalu jauh. Usaha.Usaha. Allah tengok usaha.

Walaupun mungkin perlu bermula balik daripada bawah untuk capai hakikat cinta yang sebenar-benarnya hakiki, usahalah. 


Okkeylah.Takdelah nak stay up all night sangat. Kang esok masa baris pagi takleh bukak mata langsung kang. Haru.


Laila Saedah! Assalammualaikum from me. May u guys have a gooooood day ahead. Dont forget to renew syahadah everyday. Its our anthem.

thanks reading my diary

Thursday, 23 March 2017

Hakikat

Allah, Kadang-kadang, hakikatnya aku takpernah mintak untuk kau hadirkan kekuatan dengan menghadirkan seorang sahabat bertudung labuh, berpurdah, berniqab, berbuqa' sekalipun.

Cukuplah sekadar yang selalu tak pernah menolak bila masa aku ajak nak join usrah, program-program, forum agama etc.

Sentiasa cari masa untuk aku dalam dinding-dinding kesibukan.

Sebab hakikatnya aku pun sama busy.

Allah, sentiasalah kau menjadi kekuatan terbesar aku yang tak pernah lelah nak dengar segala keluhan, rintihan, dan melihat segalanya.
thanks reading my diary

Kisah masjid asasi

Petang tadi lepas habis kelas dekat CTF4, kebetulan kelas habis lambat. Lepastu Ika offer nak hantar aku balik kolej.

Dan kebetulan, aku belum solat Asar.

Dan kebetulan jugak, terlintas dekat kepala nak solat dekat masjid asasi dekat Kampus Timur.

Indahnya kebetulan.

Masatu hujan lebat gila. Lebat tahap semua tudung kain dan seangkatan dengannya kena pegang. Elak untuk terselak sana sini.

Sampai je Kampus Timur, ika parking dekat depan koperasi. Disebabkan hujan sangatlah kuat, maka kami lalu laluan ikhwah. Dulu takpernah laluu situ pun hahahahaha. Sebab takut bertembung ikhwah. Kang kalau terserempak mana-mana ikhwah, habislah menunduk semedang je masa jalan. (betapa baiknya ana dulu hehe) (riak nauzubillah)



Eh sekarang baik jugak. Inshaa Allah.

Lepastu, aku dengan ika share satu payung. Gunalah laluan ikhwah sambil aku cakap.

“Weh, laluan ikhwah. Laluan ikhwah ni Ika! Hahhahahhaa”
(gelak tak ingat dunia)

Tapi hujan, so takdelah kuat mana.

Ika pulak jawab;
“Wuishh. Astaghfirullahhallazim”

Kitorang sambung gelak.

Hakikatnya, masing-masing tak pernah meninggalkan pun. Masing-masing tak jadi alumni dalam tarbiyah pun. Kat dalam hati tu, sentiasa ada. Nikmatnya rasa hidup dalam tarbiyah tu.

Sampai je masjid, ada beberapa pelajar asasi tengah duduk tepi surau. Firasat aku, masing-masing tengah tunggu hujan berhenti. Kot.

99% sure.

Masuk je surau, terimbau segala kenangan. Ya Allah, berharga sangat tempat usang ni tapi menghidupkan jiwa bagi aku. Dulu ia menghidupkan jiwa, sekarang pun keadaannya masih sama. Takpernah berubah. Orang yang keluar masuk dari sini yang berubah.

Hmmm. Pedas kenyataan tu.

Aku dan Ika terus tutup tirai yang memisahkan laki dan perempuan. Agaknya tadi anginnya kuat sangat. Tergelak aku tengok ika taksampai nak capai langsir yang atas hehehehehe. Jadi, aku tolong Ika. Terimbau lagi segalanya kenangan kat masjid tu.

Hidupnya lah jiwa ni bila pergi sini.

Lepastu satu benda first yang tarik minat aku, adalah karpet biru kat situ. Nampak dah lusuh sangat. Hilang dah warna biru cerah macam dulu. Aku pun cakaplah kat ika,



“Mungkin masjid ni pernah banjir kot ika”

“Atau ramai sangat datang”

(Gelak kat luar. Tapi hiba kat dalam)



Aku ambil wudhu kejap. Kedudukan cermin yang ada dekat depan toilet tu, tetap sama macam dulu. Walaupun lama dah rasanya tak jejak sini. Terasa sangatlah lama. Tapi kenangan-kenangan tu rasa segar je.

Usai je solat. Aku gantung balik telekung dekat penyangkut. Lepastu mata meliar-liar cari satu ayat kat dinding masjid tu yang aku ingat sampai sekarang.  Sebaris je ayat, tapi kesannya besar untuk sentiasa yakin dengan jodoh ketentuanNya. Ayatnya,

“Single? Well Allah is preparing the best person for you”

Suka seseorang berlainan jantina, itu fitrah manusia. Bila kita cuba tolak fitrah tu, pedih. Lagipun aku remaja macam korang. Kalau takde suka siapa-siapa, itu pelik. Tapi tulah, depends on kita untuk bertindak apa dengan ilmu yang kita ada. Bagi aku, biarlah pedih mana. Asalkan aku dapat capai cinta yang Haq.

K dah lari jauh pulak daripada cerita.

Lepastu aku terpandang rak-rak yang ada al-quran, al-mathurat semua. Aku sentuh. Terasa berhabuk. Hibanya rasa hati.

Masjid ni macam tak dijaga sepenuhnya, macam dulu. Hibanya rasa.Lepastu aku pun cakap kat Ika,
“Ika, masjid ni dah macam takda orang. Tak macam dulu. Penuh je”

Ika jawab,
“Kan, kalau dulu ramai je yang stay kat sini siang malam tukar-tukar orang”
“Lepastu macam dah tak terjaga” aku sambut lagi.


Hakikatnya, itulah yang aku perasan. Ke manakah perginya semua orang?

*k aku sambung nanti. Ade lab sat.

thanks reading my diary

Saturday, 18 March 2017

Cerita Hari Ini.

18th March 2017.

6:00 am. Bangun tido, solat semua. Berdebar jugaklah untuk pertandingan harini. Sebab rasanya, dah lama tak ikut. Tapi aku rindu nak rasa. Jadi di sebalik dinding-dinding kesibukan itu, aku tetap tekad nak masuk.

7:00 am. Turun ke court Takraw, pakai baju warna merah dengan seluar dan skirt pendek hitam. Sebab harini tugas aku adalah jadi urus setia  Takraw dan MC sempena Kenanga Sport Fest. Mulanya, tugas asal hanyalah perlu menjaga pendaftaran peserta.

So aku anggarkan dalam pukul 10 dah settle. Lepastu, nak pergi pertandingan naik bas pukul sepuluh.

9:45 am. Still takde orang yang turun untuk ganti. Kerja yang mulanya adalah hanya perlu uruskan pendaftaran, jadi benda lain. Kena uruskan semua sebab urus setia  yang sepatutnya tak turun padang. Dengan bersalahnya, aku tanya Tyah.



“Tyah, siapa turun lepasni? Liza turun tak?”

“Hmm macam takda je”

Dan apa yang berlaku selepas tu, biarlah menjadi rahsia. Cuma, aku taksempatlah nak naik bas pukul 10. Rasa terkilan sangat, Sumpah.

Maka aku wassap pengarah pertandingan.

“Aasif, ana takdapat hadir sebab pengurusan pertandingan harini adalah sampai pukul 4”

Sedihnya.

Lepastu, masa aku tengok jam pukul 11. Kebetulan hosmet aku hanis yang ada motor ada kat situ, so aku tanya Hanis.

“Hanis, kalau hantar oci boleh tak?”

Hanis jawab, “Boleh!”

So aku wassap lah balik pengarah program.

“Pertandingan dah habis ke belum? Boleh ta kan datang sekarang?”

Pengarah jawab,

“Waalaikumsalam pertandinga Tilawah dah Habis (emoticon sedih). Allah… Takpa. Niat tu dah ada”

Yup, Pertandingan Tilawah al-Quran.

“Alaaaa yekee. Sikpalah. Hmm takde rezeki. Sikpa jzzkallah” aku jawab.

Dahlah sampai tu jelah aku cerita. Tapi banyak benda happy berlaku harini. Inshaa Allah esok pun sama, macam hari-hari lepas.

Moga dalam setiap kesulitan dan kekhuatiran yang Allah beri, kita mampu sentiasa mencari bahagianya. Sebab, bahagia sentiasa ada walau seperit apa perkara  yang ditanggung hati.
Allah sentiasa ada. 

Sentiasa ada, walaupun sahabat  yang pernah menjadi sahabat karib sekolah, asasi kau cuba nak jauhkan diri. Jika itu yang membahagiakan kau, teruskanlah.

Aku ada Dia.


Nah sebelum tu, nah sedikit perkongsian.

56. Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya bumiKu luas, maka sembahlaha Aku (saja)
57. Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.
58. Dan orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, sesungguhnya mereka akan Kami tempatkan pada tempat-tempat yang tinggi (di dalam syurga), yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang berbuat kebajikan.
59. Iaitu orang yang bertawakal kepada tuhannya.

29; An-Ankabut, al-Quran ms 403.

thanks reading my diary

Sunday, 12 March 2017

Alumni

Alumni

Lately, banyak luahan terasa nak diterjemahkan dengan huruf.
Sungguh aku rindu. 
Tapi tulah, kadang-kadang takboleh nak salahkan environment.

Tapi diri sendiri yang tak kuat.



atau,


Takda usaha nak gapai kembali,
Takda usaha nak jadi kuat kembali.



atau,




Hanya biarkan kesedaran yang Allah dah send ke hati,

Hanya kesedaran tanpa perubahan.

Tanpa usaha memperbaiki.


Tak. Bukan alumni. 
Sebab hidup ni memang process of learning, until we been sent back to Him.

Ingatlah, susah mana pun.

Berusahalah! 
Syurga bukan percuma.



thanks reading my diary

Friday, 10 March 2017

rindunya sentuhan akhwat

11:00 pm

Esok dah nak start latihan Tempatan. Maka, malamni ada rollcall. Ni baru habis rollcall.
Bestnya latihan, TapI aku rindu sesuatu. Sumpah setiap hari aku rindu.
Sentuhan al-Akh. Memang buku yang sangat kena dengan jiwa. Jiwa yang merindukan suasana usrah, dan semua program-program dakwah dulu.
Aku tekad nak habiskan lagi pembacaan buku ni malam ni. Untuk yang keberapa kali.
Tak, jangan salah anggap.

Aku takpernah lari.

Malahan, cuba nak gapai kembali.

Semakin menjauh. Tu yang aku rasa. Orang lain nampak aku macam biasa.
Gelodak jiwa yang merindui, takde siapa yang tahu. Kecuali Dia.

*nangis

Dalam group usrah, murabbi ana sibuk berbincang mengenai pertemuan syurga mereka malam ni dengan usrahmates.

Mereka berbincang. Aku hanya memerhati. Seen.

Moga janganlah ada yang memberi alasan, aku cemburu.


Datanglah sahabat, walaupun perlu meredah hujan selebat-lebat hujan. Allah panggil, murabbi setia menunggu. Ilmu baru menunggu, syurga dunia. Walaupun nampak kecil, kesannya besar.

Kak Izzi cakap malam ni ada makanan special sikit.

Sebenarnya baru je jumpa semua. Tapi aku terlalu rindu. Maka, tertaiplah sesuatu oleh jari-jemari ini dalam group.

"Bestnyaa"

"Lama takjumpa antunna"

Begitulah macam mana Allah sentuh qalbu setiap hati. Takda pertalian darah pun, malahan bukan jiran sebelah. Bukan kawan satu fakulti. Rumah sewa jauh-jauh.

Yang menyatukan kerana niatNya sama. Allahu inshaaAllah.

Dan kegigihan murabbi yang takpernah lelah nak tarik dan terus tarik. 

Yakinlah, body aku memang tengah berbaris rollcall kat sini. Tapi jiwa aku dibawa ke sana, syurga dunia. 

"Realitinya memang ada akhwat yang pilih untuk jadi alumni, walaupun dah lama atas jalan ini. Jadi, syukurilah nikmat dakwah ini sebab tak ramai yang rasa dakwah ni satu nikmat. Tapi, sayu bila ada anggap itu bebanan. kalau kita bersyukur, sepatutnya syukur itu diterjemah dalam amal kita"

Dakwah tu nikmat. Nikmatilah!

'''''''''''''''''''''''''''''''

K dah lama rasanya taktulis macam ni. Ya Allah berikanlah sebaik-baik kekuatan. Bagaimana kau utuhkan hati aku untuk percaya dan sayangkan agamaMu bertahun-tahun dulu, utuhkanlah juga hati aku untuk sentiasa berada di jalan ini. 

Okay, nak type-off. Esok aku ada baris pagi pukul 5.30 am. Happy training to myself!

Sebelum tidur, baca buku dulu. Laila Saedah!



thanks reading my diary

Monday, 27 February 2017

so beautiful.

Bismillah. Dengan nama Allah.

Harini 27 Februari 2017. I don’t know what so special about this date, and I don’t remember how this date could be so special for me.  Okay to be honest, it’s just a birthday.

Maka dengan izin Allah, 27 Februari 1996 aku keluar daripada Rahim seorang wanita yang kuat. She is, my very lovable Azizah Awang. Daripada seorang bayi yang hanya pandai menangis, sekarang dah membesar dan inshaaAllah akan terus membesar dengan izinNya. Tanpa izinNya, mungkin dunia ni bukan lagi tempat berpijaknya tubuh seorang Nurrul Hadzriena.
I don’t know, Allah had given me so much loves. Walaupun kadang-kadang pada realitinya, apa yang dilalui itu adalah sesuatu yang perit. Allah juga yang buka hati untuk sentiasa terima setiap apa yang datang sebagai kebahagiaan. Walau seperit mana ujian, I tried to turn it to be something beautiful. Sebab, Allah takkan uji kalau Dia tahu hambanya tak mampu (takkan sesekali).

Moga Amy, Daya, Pipah dan semua sahabat yang jauh daripada aku (hanya jauhnya jarak, tapi kat hati tak pernah jauh) sentiasa dalam jagaanMu ya Allah. Amin.

“ Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana hanya redha Allah  semata-mata yang menjadi tujuan utama”


Thank you for everything. Thank you everyone, baik atau buruk. Semua orang baik.

Terima kasih wahai tuhan pemberi rasa. 

thanks reading my diary

Thursday, 16 February 2017

Bermula kembali- Niat masuk askar?

Ini luahan jujur.

Seriously, memang dah terasa sedikit jauh daripada tuhan. Siapa tuhan aku? Tuhan yang kau kenal jugak. Tuhan yang ada padanya segala sifat kebaikan, kemuliaan.

Tapi takpe, even bermula kembali dari bawah balik untuk capai hakikat yang sebenar-benarnya kebenaran pun, aku rela. Untuk belajar daripada mula cara untuk hayati dan dapatkan khusyuk kembali dalam solat pun, aku akan buat. Tulah sebenar-benarnya hakikat, Hidup berpaksikan akhirat.

Jugak, kena tengok balik apa niat diri sendiri nak join military training dan masuk dalam keluarga askar kat sini. Kena tengok balik niat kenapa sanggup tolak diri sendiri untuk masuk dalam kehidupan askar. Allah dah send perasaan cintakan ilmu ketenteraan dalam hati, tapi diri sendiri sepatutnya tahu cara yang betul untuk aplikasi. Sungguh to be honest, tak semudah yang kau orang anggap. Tarbiyyah dalam ni, lain. Tarbiyyah kat luar sana, lain.

Betullah, things are easier said than done.

Dan memang kenyataan, everything have it pros and contras.

Sampaikan aku dah cakap kat diri sendiri, walaupun seperit mana belajar  dan going through military ni as a girl. Anak-anak aku akan datang wajib ada ilmu tentera (bila aku ada anak nantilah). Sebab bagi aku, grab as much knowledge as you can selagi mana diri tu ada label sebagai hamba Allah. Dan, usahalah jadik hamba Allah yang cintakan setiap ilmu yang ada dalam dunia. Bila dah rasa cintakan ilmu, bertebarlah cari.

Berbalik kepada semakan kembali apa niat join military training. Yang pasti, niatnya bukan sekadar nak rasa wow bila dapat pangkat leftenan muda, leftenan, mejar, colonel etc. Niat kau lain, niat aku lain. Niat yang aku semat, sebab aku nak join GPTD dulu. Tapi kehidupan kat uni membataskan aku untuk belajar ketenteraan dengan GPTD (sebab banyak pegi luar negara). Bila ada peluang keemasan dekat uni aku ada palapes, siapa yang taknak grab? Kau lepaskan peluang? Kau rugi takdapat ilmu.

Sentiasalah letakkan harapan dan impian dalam hati, untuk mati syahid.

Sumpah aku tak tipu, kalau kau go through semua sejarah-sejarah Islam masa zaman-zaman Khalifa Ar-rasyidin, Khalifa Uthmaniyyah dan zaman-zaman selepas tu, kau akan nangis. Ilmu ketenteraan ini memang antara ilmu kat dunia ni yang semua orang wajib ada. Sebab kalau bukan digunakan untuk pertahankan Negara, kau boleh gunakan untuk bantu sedara-mara Islam kau kat Negara lain. Bukankah kita bersaudara?

Takpayah nak cakap hahahhahhaa what such a poyo girl you are? Konon nak pertahankan Negara, lembik je aku tengok. Aku hahahahhaa dekat kau balik, siapa kau nak judge aku sedangkan aku tak pernah rasa nak judge kau? Satu je aku cakap, orang yang suka cari ilmu ni dia takkan suka judge orang. Semoga kita antara insan-insan tu.

Bila kau dengar cerita pasal peperangan Islam sejak zaman Rasulullah, mesti bergetar jiwa. Bila dengar kisah Muhammad Al- Fateh, lagilah bergetar jiwa. Lagilah berkobar-kobar nak belajar ketenteraan. Sebab Sultan Muhammad al-Fateh adalah pemuda Islam, Berjaya menakluki Instanbul Seawal usia 24 tahun. Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

K setiap kali cerita atau bercakap pasal Muhammad al-Fateh and Ahmad Ammar, meremang rasa. Toooo awesome ya Allah. *sebak
Takkisah nak cakap aku poyo tahap gaban ke hape ke bila dengar niat aku tu, sumpah kebenaran tu hanya Allah yang tahu. After all, He is my great company. He know everything bout me. He still with me, when there is any people that want to go away and keep silent herself from me. No problem, my friend (Allah) knows the best for me.

Selamat meng-go through sejarah penaklukan Konstantinopel and feel mesmerizing!
Selamat meng-go through juga segala kisah Ahmad Ammar!

Once you join military, both men and women are same. Jangan harap nak layanan yang berbeza. –Tuan Syahrizad-

Dear girl, we are amazing. Keep holding on, sikit je lagi. Dunia ni taklama mana pun. Bertebarlah, ilmu Allah tu luas seluas luasnya.


Adios, Renew syahadah everyday.
and, pray to be syaheedah.

thanks reading my diary

Tuesday, 14 February 2017

Percaya

Yang percayakan Aku.

Selagi mana sifat asal kau adalah lembut, sekasar mana pun kau pada orang ramai, Kau akan change back to the real you pada yang selayaknya.
Yang selayaknya ini adalah;
-Orang yang betul-betul kau percaya
-Orang yang tak ambik kesempatan kat kau
-Orang yang sama-sama ada masa jatuh bangun kau
-ORANG YANG TERIMA KAU SEADANYA WALAU SEBURUK MANA PUN KAU

Terima kasih pada semua orang yang percayakan aku. Walaupun aku busy dengan latihan dan jawatan aku dalam palapes, korang tetap panggil aku kalau ada apa-apa event. Korang tetap percaya aku boleh uruskan orientasi akuatik (setiausaha) , Majlis Suai Kenal PALAPES untuk siri 21 dan 22 (dua dua tahun setiausaha) dan segala bagai program berkait dengan WCS, WWF Ysealli. Bila masuk uni, setiausaha ni benda yang sukar sebab kau kena uruskan bermula daripada paperwork sampailah hari kejadian.

                Terima kasih untuk segala lukisan yang diminta untuk setiap program. Terima kasih untuk kepercayaan korang untuk aku teruskan jadi MC untuk semua majlis takkisahlah untuk program-program fakulti atau palapes. Banyaknya kat palapes, sebab palapes banyak event. Inshaa Allah segala ilmu tu aku takkan kedekut untuk turunkan pada yang mahu belajar.

Allah jugaklah yang kasik rezeki dekan hasil usaha. Bukan tu je, banyak lagi benda. Terima kasih. Walau jahat mana pun, semua orang baik.


                Dan aku akan teruskan balik perjuangan aku dalam pidato kembali. Terima kasih atas semua sokongan dan kepercayaan. Believe me, just be you. Persetankan apa orang lain nak cakap. Yang penting, apa yang wajib dijaga, jagalah (cth:aurat). Semoga terinspirasi.

thanks reading my diary

Wednesday, 11 January 2017

#shortnoteforhadzriena

Walau horrible mana pun seorang muslim tu, Islam itself masih cantik jugak.

Allah dah gariskan Islam tu sebagai agama yang cukup sempurna. Antara nak dengan taknak je.

dan, bukan mudah untuk bernafas dalam jiwa hamba.

Rindunya dekat abah, mak, siblings, Johor!

Pray for my last Payperrr. Adios!
#kalaustudymestidekan
#Allahyuftahalaikum
thanks reading my diary

Monday, 9 January 2017

Ciri lelaki idaman

K tajuk entri macam geli and gedik gila. hahahahaha. Dan jangan salahkan diri aku kalau kau dah terlanjur baca kekekekeke. Dan aku taktahu why rasa nak tulihh pasai ni, walaupun nak exam. Biaq pi semuaaa tu.

Just a short writing. I had shared these only with a person, my roomate Shiqin sayang. Sebab, entah. Pelik dengan diri sendiri yang susah nak jatuh hati kot sekarang. Bukan ada sejarah ditinggalkan, in fact aku yang meninggalkan (long time ago).

Sebab aku nak praktikkan, bukan hanya ada kesedaran tahu couple tu noononononono masa tengah couple dulu. Kita praktikkan.

Tinggalkan sebab lillahi.

Being single and trying to be not known by people, it is not as easy as u thought. Sebab masatu lah orang akan sibuk berpusu-pusu nak masuk minang, ask for making you his/her partner. Sebab mungkin diorang nampak kau baik.

Tapi berbalik kepada niat, kau nak single. Tu namanya ujian.

Dugaan bagi lelaki adalah wanita, dugaan bagi wanita adalah lelaki. Allah nak uji keutuhan cinta kita pada dia. Mana selayaknya rasa sayang tu kita letak?



Okey nilah yang aku share dekat shiqin haritu, Aku cakap kat dia lelaki jenis apa yang aku suka;

1. Sakai (otak gila-gila), tapi beragama.
2. Someone who is changing. (Dia ada past life dia yang sikit hitam atau banyak hitam pun takkisah even budak-budak underground, tapi dia berubah)

Sebab, dua ciri tu at me (Tapi part beragama tu, aku jahil banyakk) . Be my friend, and you will know several things about my past, how i struggling, and everything. But surely, the future road will never getting easier. But, selagi manaa hidup, jangan pernah berehat. Be something for ummah. Dan, jangan jadi islam dekat social meds je.

Dan jangan judge aku baik, kalau kau nampak aku baik. Sebab kau taktahu macam mana jahatnya aku.

Dan jangan judge aku jahat, kalau kau nampak aku jahat. Sebab kau takpernah tahu macam mana baiknya aku.

Go in marriage with a purpose in getting closer to Allah and inshaa Allah it will be a blessed marriage. 
And, Inshaa Allah.

Kosongkan singgahsana. Biarkan yang sepatutnya dapat, akan duduk.

Ya Allah, kurniakan rinduku kepadamu dan kurniakanlah kasihku kepadamu.
#futurewedding
#doayangbaikbaikje
#tunggulahinvitation
#inshaaAllahdipermudahkan
#preparing
Doakan yang baik-baik je ye?
Doakan yang baik-baik je ye?
Allah yuftah alaikum for exams!

thanks reading my diary

Saturday, 7 January 2017

Kembali semula.

Benda paling susah kat dunia, adalah untuk istiqamah.


Know that the path to Allah is not a flat one. Your iman(faith) will go up and down. Your ability to worship will go up and down. But, know that for every dip, there is also a rise. Just stay patient, stay consistent, don’t lose hope and seek help in Allah. The path is hard. The path have bumps and drops. But, like all things in this life, this path will come to an end. And that end will make it all worth it!

The more you learn about Islam, The more you will fall in love with it
 Go in marriage with a purpose in getting closer to Allah and inshaa Allah it will be a blessed marriage. And, Inshaa Allah.

thanks reading my diary

Sunday, 1 January 2017

Kehebatan

Kehebatan

Takda manusia kat dunia ni, dia boleh jadik hebat bila sorang-sorang. Being independent is good. But what we must have, we must able to know how to deal with people, be brave and independent person. Kalaulah hidup ini untuk diri sendiri je,

Mana lahirlah murid yang berilmu? (cikgu taknak kasik ilmu).
Mana tersebarnya dakwah Islam? (Bila rasa kubur nanti asing-asing)
Mana sampainya kebaikan? (Takda orang yang mengingatkan)
Mana boleh teguhnya pentadbiran? (mentadbir sorang-sorang)

Kalaulah hidup ini untuk diri sendiri je, itu bukan hidup namanya.
*I write it macam sebuah cerita. Cerita aku dan dia.Mungkin sedikit formal. Takpa, what I want to say are the lessons.

24th December 2016.
Hebat mana pun persahabatan itu, takkan boleh lawan macam mana hebatnya kalau tautan yang terpaut at the first place adalah kerana Allah. Rasanya dah lama tak contact. Tapi seorang sahabat itu amat bermakna dalam doa sahabatnya yang lain, walaupun tanpa bayangan. Aku ada wassap dia lepastu kitorang go through contact each other. Sedang bersiap-siap untuk masak, pop-up notification dekat phone. Gambar dibuka, dengan caption;
“on the way to jaybee project dekat area Legoland kat Nusantara I guess”
Aku gelak sebab mana ada Nusantara dekat Johor, Hutan Belantara ada lah. Hahahhaahahah.
Aku kasik gambar aku, and said goodluck dekat dia. Kebetulan masa tu aku memang tengah nak masak, jadi aku cakap;
“K nak masak”
“Bai”

Taklama lepas tu, aku dapat wassap lagi, “ Nusajaya lah, tadi  cakap Nusantara hahhahaha”.
Sebenarnya malamtu ada qiam jami’e dekat dengan kolej, dekat Pejabat Ansor. Mungkin mengambil masa dalam lima minit untuk sampai. Walaupun period tahap muntah-muntah, tapi tetap aku gagahkan diri. Sebab apa yang aku nak adalah suasana, suasana mengingati Allah.
Selesai pembacaaan al-mathurat pada petang itu, dia cakap dia baru sampai dan sedang menikmati kecantikan bandaraya Johor dekat Danga Bay. Buat aku, tu benda biasa sebab kat situ tempat bermain daripada kecik. Apa yang dalam fikiran aku, alangkah baiknya kalau aku ada kat Johor masatu. Alangkah baiknya, sayang.

25th December 2016
Hari Krismas. Memang tak dapat dinafikan bahawa orang Islam dekat Sarawak adalah ¼, tapi seriously kehidupan kat sini lebih membuka mata dan minda. Ini juga bumi tarbiyyah. Aku sedang menziarahi rumah seorang jurulatih tentera darat aku, kami berjalan satu skuad. Berjalan sampai malam.
26th December 2016
Setiap kali belajar, itu yang aku nampak. Lampu bentuk baymax yang dia kasik. Tiba-tiba terasa nak ambik gambar, dan aku hantar dekat dia. Then, she tagged something on my ig. Lepastu aku meroyan cakap dp wassap aku comel. K memang comel gila, gambar kucing warna coklat!! Aku kasik gambar notes pasal Phylum Onychophora dekat dia, then kasik gambar aku. She said I am beautiful (berani cakap takcantik? Putus kawan kang. K gurau).

27th December 2016
Pop-up notification, 10:58 pm. Dia cakap kawan dia , Fara tengah tenat.
“Fara tengah tenat. Rasa takkuat. Ni tengah on the way nak pergi hospital. I know I should not be sad since I will accompany her, tapi serious rasa takkuat”
Lepastu sampai lagi wassap dia, forward mesej daripada mak Fara;
“ Semalam doc suruh kami kumpul  dan siapa-siapa nak tengok Fara boleh sebab bila-bila masa Fara akan pergi… Doakan segalanya dipermudahkan ye…”
Sambungnya lagi,
“Aunty izinkan walaupun Fara taknak kawan-kawan dia datang tengok dia dalam keadaan sakit. Tapi tunggu kejap ye sebab doc nak pindahkan ke menara Utama 1 supaya boleh gather ramai sikit privacy saat akhir dia”

Allah…. Hati aku macam retak seribu. Masa tu terus rasa taklalu nak makan, semua takde selera. Lepastu aku dapat segala report daripada dia pasal Fara. Part yang aku takboleh tahan, bila dia kasik aku gambar Fara masatu. Hanya Allah yang tahu perasaan aku. Aku rasa nak book ticket nak pergi jumpa Fara, dan semestinya untuk jumpa dia. Tapi bila aku nyatakan hasrat aku kat dia, dia kata takpayah. Dia jaga Fara. Dia cakap Fara happy sangat sebab dia datang. Masatu, Fara dah nazak sangat… Nak minum air setitik pun tersedak-sedak. Allah..

Apa yang mampu aku salurkan, hanya doa. Aku jauh untuk sampai ke sana. Memang aku takhenti doa untuk Farah, sampailah ke saat ini.

01st January 2016
Aku tengah makan dekat ruang tamu. Dia wassap aku, Fara dah takde.



Sekejap je. Moga tempatmu di syurga wahai sahabat. Aku rasa terkilan sangat taksempat jumpa Fara walaupun sekali. Kehebatan yang aku nak cakap, kehebatan bersahabat itu. Memang Fara  tu kawan baik kau. Tapi yakinlah, Doa aku takpernah akan tertinggal untuk kau dan Fara. Pertemuan sesingkat satu tahun, dah nak masuk tiga tahun kita kawan. Apa yang pernah berlaku antara kita, takpernah luput dalam ingatan. Zahir dengan tertumpahnya air mata rindu. Hakikatnya aku takpernah lupa kau, cuma ego yang menguasai. Take care sayang.

Kawan terbaik adalah;

1.       Seseorang yang dengan melihatnya mengingatkan kita pada Allah.
2.       Seseorang yang dengan perkataanya bertambah amalan kita.
3.       Seseorang yang dengan amalannya remembering us towards akhirat.

Setiap rindu, biar Allah yang tahu.













thanks reading my diary

Thursday, 29 December 2016

Hakikat Bahagia.

Hakikat bahagia adalah ketenangan, bila hati mengingati tuhan. 
.
.
.
.

Tinggalkan sekejap lecture notes awak tu, Jangan lupa dating kejap. Nah sedikit sharing.
Islam memandang tinggi kepada kecemerlangan dunia jika ia menjadi instrumen untuk cemerlang akhirat. Imam Ghazali menggariskan dalam kitab Ihya Ulumuddin, bahawa kecemerlangan yang kemuncak dibahagikan kepada;

1. Keadaannya kekal abadi -forever
2. Kegembiraanya kekal abadi
3. Tak wujud kejahilan lagi selepas itu
4. Tak wujud kemiskinan lagi selepas itu

Wahai manusia! Bertakwalah kamu kepada Allah dan takutlah pada hari ketika seorang bapa tidak mampu menolong seorang anak dan seorang anak tidak mampu menolong bapanya sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu pasti benar, maka janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kehidupan dunia dan jangan sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam mentaati Allah.
33:31



Salam maghrib, Selamat bertaddarus  and Gooodluck for final!

thanks reading my diary

Monday, 26 December 2016

Wanita Solehah, bidadari dan maharnya.


Suatu ketika, seorang hamba Allah; Malik bin Dinar melalui pasar. Beliau ternampak seorang hamba wanita- Hamba high-class.
Hamba pada zaman dahulu ada peringkat-peringkatnya,
Hamba high class ni; merupakan kesayangan tuannya kerana kecantikannya. Ke mana sahaja dia pergi, akan ditemani bersama bodyguards.

Malik bin Dinar berkata: “Wahai wanita, aku hendak membeli engkau”
“Lelaki yang macam kamu nak beli aku? Lihat keadaan kau yang compang-camping” jawab hamba wanita itu sambil ketawa.
Sambungnya lagi “wahai bodyguard, lihat dia ni nak beli aku”
Kata Malik bin Dinar, “Aku benar-benar mahu membelimu”
Kata wanita itu, “ Wahai bodyguard, bawa dia. Bawa jumpa master, tuan kita"
Maka Malik bin Dinar dibawa balik bersama-sama ke mahligai tuan mereka. Masuk sahaja ke dalam mahligai, wanita itu memanggil tuan mereka.
“Bang, bang. Cuba keluar. Cuba tengok hari ini ada benda yang lucu berlaku ketika di pasar. Ada seorang lelaki tua yang compang-camping, miskin yang ingin membeli aku. Berapa banyak yang dia boleh bayar untuk membeli aku?”
Maka tuan itu keluar daripada biliknya. Maik bin Dinar sudah ada di hadapan mahligai. Beliau berkata lagi;

“Aku hendak membeli wanita ini”
Tuan itu berkata, “Adakah kamu mampu untuk membayar harganya?”
Jawab Malik bin Dinar, “Aku akan membayar harganya”
Berapa banyak yang akan engkau bayar?
Jawab Malik bin Dinar lagi, “Aku akan membayar dua biji kurma untuk harga wanita ini”

Terkejut. Semua orang sekeliling yang mendengar ketawa.
“Hah, hamba wanita yang cantik seperti ini kamu hendak beli dengan harga dua biji kurma yang telah tiada isinya? Betulkah kamu ini? Apakah alasan kamu hendak membayar dia dengan harga dua biji kurma?”

Jawab Malik bin Dinar,
“ Wahai tuan, dengar. Di sisi aku ada seorang perempuan juga. Ada seorang wanita. Yang mana ianya diciptakan daripada saripati kasturi, kapur dan zafran. Nur wajahnya adalah daripada nur Allah swt. Jika dia terzahir pada tempat yang gelap, maka tempat yang gelap akan terang dengan cahayanya. Apabila terzahir di depan matahari, maka matahari akan menjadi malap kerana cahaya perempuan ini lebih terang. Jika satu selendangnya jatuh ke bumi, maka seluruh dunia akan harum. Jika setitik air liur jatuh ke laut, maka laut akan manis keseluruhannya. Jika suaranya terdengar oleh mayat, maka mereka akan terbangun”
“Allah menciptakan wanita itu, yang sama umur dengan kamu dengan serta-merta. Wanita-wanita itu memliki sepenuh kecintaan kepada kamu, suci; tiada haid dan nifas. Tidak akan memberontak kepada kamu. Akan mencintai kamu dengan sepenuh hati kamu. Kecintaan bidadari ini di dalam syurga, sehingga di dalam hati mereka; sekarang ini apabila mereka melihat jika lelaki-lelaki yang dicalonkan untuk menjadi suami mereka itu diganggu oleh isterinya di dunia, maka dia akan mengatakan”
“Hei isteri, berhati-hati dengan suami aku. Dia akan bersama-sama aku selama-lamanya di dalam syurga”

Bermakna, isteri di dunia belum tentu akan bersama contohnya sekiranya terjadi penceraian di dunia. Tetapi apa yang pasti, Allah telah tetapkan. Dia adalah pedamping yang disediakan oleh Allah taala untuk menjadi pendamping lelaki itu di dalam syurga”
“Wahai tuan, tolong bagitahu kepada aku. Manakah yang lebih baik. Perempua yang berada di sisi kamu atau pun di sisi aku?"
Dijawab oleh tuan, “ Sudah tentu perempuan yang telah engkau sebutkan tadi”
Maka ditanya oleh Malik bin Dinar, “Adakah kamu ingin memilikinya?”
Dijawab oleh tuan, “Sudah tentu aku ingin memiliknya. Berapakah harganya?’
“Harganya adalah kamu beriman kepada Allah, taat kepada perintahnya, tinggalkan segala larangannya, sentiasa hidup dalam keadaan taubat kepada Allah, selalu bangun bertahajjud kepada Allah. Segala amal soleh itu akan menjadi mahar kamu untuk berkahwin dengan bidadari”
"Jika perempuan-perempuan di dunia ini, dia dapat mengawal nafsunya, bermujahadah, dapat taat kepada suaminya, dapat menjaga puasanya, menjaga kehormatan dirinya, menjaga solatnya, menjaga tanggungjawabnya sebagai ibu, sebagai isteri.. Maka di akhirat nanti dia akan menjadi penghulu kepada seluruh bidadari, dan kecantikannya jauh lebih hebat dari seluruh bidadari"

Kita terlalu berharga.
Fahamkan. Allahuma yubarik fik.
Doakan exam ina.

thanks reading my diary

Saturday, 24 December 2016

Qiam Jami'e

Biar takdapat join solat tahajjud, Girl's case. Dengan senggugut muntah-muntah sekalipun. Tetap aku gagahkan diri.

Yang aku nak adalah suasana.

Suasana mengingati tuhan.


Hakikat bahagia itu, adalah ketenangan.
Bila hati mengingati tuhan.


short and padat. adios!
#shortnotesforhadzriena

thanks reading my diary

Saturday, 17 December 2016

Keperluan Usrah.

Ini satu pengumuman khas daripada aku.

Takdelah sayang, ini satu coretan dan peringatan ringkas (mungkin).
p/s: Sekarang duduk, dan bayangkanlah kita sedang berusrah bersama-sama. Usrah alam maya. hehe cute.

Dalam dunia sekarang ni, setiap yang bergelar manusia yang menggunakan oksigen free hasil pemberian daripada Allah; Perlu mengikuti usrah.

Sebab apa? Kita berbalik kepada tafsir surah an-Nas, bahawa manusia itu menang FULL OF FORGETFULNESS. Sedangkan Allah dah mention dalam al-Quran, kita adalah sebaik-baik makhluk (malu dengan diri sendiri, sedangkan malaikat dan binatang pun takbuat dosa) (malu)

Sebab sifat semulajadi kita memang pelupa, sebab itu kita perlu diingatkan. 


Usrah tanpa amal bagai pokok yang tak berbuah. Macam itulah jugak ilmu tanpa amal. Cuba bayangkan,

Sedangkan dengan ikuti tarbiyyah melalui usrah kita masih taklenggang daripada buat dosa, apatah lagi kalau tak ikot usrah? Masihkah kita boleh berlapang dada tanpa usrah? Berjalan tanpa arahlah kita. 

Takkisahlah awak takpakai tudung ke, pakai tudung singkat ke, pakai tudung labuh ke, takpakai stoking ke. Kalau nak ikuti usrah, takda syarat. Cumanya ia perlu untuk mereka yang bergelar hamba dan masih sedar dia bergelar hamba. 

"Sayangku, life is a process of learning and it won't stop until we're been given back to Him back" (oci, 2016)


Usrah ni, kita kumpul dan berbincang mengenai Allah (there's a lot of thing) (toooooo much) . Takrugi masa pun bila berusrah, malahan kita akan rasa kemanisan berada dalam bulatan itu. Percayalah.

Sebab apa dalam dunia sekarang ni wajib ikuti usrah?

Kita manusia. Tapi sebusy mana pun, letakkanlah usrah tu antara dalam list-to-go setiap hari. Bila setiap kali rasa berat hati dan malas nak datang usrah, ingatlah benda ni;

1. Kenapa takboleh luangkan sedikit sahaja masa untuk ingat Allah. Aku menolak pelawaan Allah yang panggil hati ni untuk berdating denganNya?
2. Apa yang akan aku jawab bila Allah tanya; Apa yang kau lakukan untuk mengingatiKu di dunia dulu? 
3. Apa reason yang kuat dan kukuh untuk Allah terima akumasuk ke syurgaNya? 

(malu) (malu) (malu)

Jadiklah antara orang yang terpilih untuk menjejaki majlis ilmuNya. Allah dah hantar signal ke hati, cuma kita yang perlu memilih (nak atau tak). Pilihlah diri sendiri untuk menjadi insan yang Terpilih. Wallahualam.

Dunia rindukan pemuda yang berjuang untuk Islam. Allah dan Rasul cintakan pemuda yang tiada sifat keanak-anakan. 

Ikutlah, dan awak akan rasa kemanisannya. Selamat berusrah semua!



This short note end here.

Peringatan sopan: Kalau boleh, if nak datang usrah tu tunjuklah yang kita betul-betul bersemangat nak berusrah. Jangan susahkan naqibah duk suruh ambik awak.... Kita nak, kita yang kena kejar.






thanks reading my diary

Thursday, 8 December 2016

kasar vs. lembut.

Sebab apa takpernah terniat untuk aku bandingkan seseorang dengan sesiapa? Sebab setiap orang ada buruk dan ada baiknya.

Sebab kalau kau ikhlas berkawan, apa pun sifat buruk yang dia ada. Kau akan terima. Bukannya buat dia terkapai-kapai persoalkan apa sebenarnya salah dia.

Kalau aku mampu terima apa-apa pun perangai, cubalah jugak terima seburuk mana perangai aku. i know everyone is different but thats it.


.Macam nilah kronologinya

“Aku lebih rela jadik orang kasar. Biar bila someday orang yang berkawan dengan aku tahu yang sebenarnya aku lembut, dia akan bersyukur. Sebab rupanya Allah hadiahkan sesuatu di sebalik kesabaran dan keikhlasan dia berkawan”

Daripada,

“Jadik orang lembut apabila mula-mula berkawan. Lepastu in the middle of friendship jadik seorang yang kasar. Mungkin sahabat yang berkawan dengan aku akan cakap aku talam dua muka etc. dan mula meninggalkan sebab taksangka”



Semua tu Allah uji. Nak uji sejauh mana keihkhlasan kita dalam berkawan.



Tak sempurna iman seseorang itu selagi mana dia tidak mampu mencintai dirinya seperti mencintai dirinya sendiri.

dan,

Allah takkan pernah bina kelemahan sahabat. melainkan untuk kita tampal dengan kebaikan.


Salam saiyydul ayyam. Allahu Allah. Ampunilah segala dosa hambaMu ini, 



thanks reading my diary

Monday, 5 December 2016

on a piece of paper

Someone does write these little pieces of sentences, on a piece of paper. But you know what, from just a piece of paper it turns out to be something bigger- Untuk sentiasa kuat menyelami kehidupan sebagai hamba Allah.
………………………………………

“Assalammualaikum, To her future friend (anyone that will be her friend) please be beware this. Wanita di hadapan awak adalah seorang yang sangat kuat. If kau tengok macam mana dia seringkali cuba untuk sentiasa turunkan ego dia dan cuba kawal marah, kau akan jatuh hati dekat dia. Jangan sesekali judge atau dengar kehidupan past dia, sebab kau akan terpesona dengan siapa dia sekarang. Jangan pernah dengar sebab kau akan amaze sebab there’s a lot of things that she can do. You know what, someone that near the perfection (she is)”

(Okey aku dah start nak mengalir)

“She is a happy girl, yang selalu sembunyikan kesedihan. Sebab dia yakin dia mampu gembirakan orang sekeliling dengan senyuman dia. Don’t ever you try to hear any story from her because it will make u amaze on how a girl like her can survive. She always say that she love the deen, and subhanallah its not only kata-kata kosong. I have seen her struggles. I have seen how many times dia rasa down sebab dia rasa dia macam takmemberi apa-apa untuk agama dia”
“End of kalam, to the girl to whom I give this… I love you Lillahi taala. Thank you for everything”
“Sincerely, His servant”


(Allah, rasa makin deras air mata)

…………………………………………………….


Dan sebab hakikatnya, takperlu salahkan people surrounding if kita takmampu nak dapat kekuatan. Sebab, nak seribu cara , bila taknak banyaklah dalihnya.


Kalau yang kita nak adalah akhlak yang baik, berusahalah!
Come on, berusahalah!



Syurga bukan percuma.

thanks reading my diary