Terasa sangat berat nak menulis dan berkongsi mengenai isu ini. Tetapi saban hari, makin menjadi-jadi isu ni sampai ke telinga. Biasanya si ibu yang datang mengadu.
Banyak isu sekarang, anak ramai tetapi mak bapak tak mampu nak tunaikan
hak-hak anak.
Tidak pasti mengapa.
Kes 1:
Kalau pergi ke mana-mana pusat kebajikan yang menempatkan kanak-kanak
daripada golongan asnaf / ibu ayah yang tidak mahu menjaga anak, sayu sangat
hati ini. Mereka ditinggalkan di situ sedangkan ibu ayah masih hidup.
Tetapi, jika ibu ayah menghantar anak kerana memang betul2 tidak mampu
untuk menjaganya, ianya tidak menjadi masalah kerana mungkin jika dihantar di
situ kehidupan anaknya akan lebih baik. Tetapi, apa yang aku tidak sukai adalah
jika anak yang dihantar itu mungkin dihantar setiap tahun.
Ayat mudahnya,
Ibu ayah buat anak, lepastu hantar anak ke pusat kebajikan sebab tak
mampu nak jaga anak.
Lepastu tahun berikutnya, buat lagi anak dan hantar anak ke pusat
kebajikan. Alasannya sama, sebab tak mampu jaga anak. Tahun berikutnya juga
begitu…..
Astaghfirullah. Mengucap panjang setiap kali dengar kisah-kisah macamni.
Jahilnya kita. Parahnya ummat.
Mengapa sanggup membiarkan seorang khalifah cilik Allah ada permulaan
kehidupan yang begitu? Sedangkan memang ibu ayah yang bertanggungjawab perlu
menjaga? Bukankah ibu ayah yang mahukan anak itu?
Alasannya sama, sebab tak mampu jaga anak.
Kalau tak mampu jaga anak, ibu ayah perlu lah belajar family planning. Having
sex is not haram for married couple, tetapi perlu kena dengan cara…
Sekarang dah banyak kaedah yang boleh digunapakai untuk mengelakkan
kehamilan. Ianya tidaklah 100% selamat tetapi ibu ayah perlu lah berusaha. Ramai
je yang menggunakan dan Berjaya jarakkan kehamilan ni… Jangan gadaikan
kehidupan seorang anak adam… kasihanilah mereka. Mereka patut lahir ke dunia dalam
keadaan yang baik dan diterima oleh semua orang terutamanya mak ayah sendiri………
Buatlah family planning.
Tetapi, ramai yang tiada ilmu family planning ni. Kerana apa? Sifat ego.
Ego tidak mahu belajar.
Ego sebab merasakan semua itu tidak perlu.
Kes 2:
Fuhh, berat tangan anak menulis pulak kes yang seterunya ni. Ini antara
kes-kes kebanyakan yang ada.
Ayah bekerja sendiri. Ayah sihat tiada cacat.
Gajinya tidaklah tetap.
Ibu tidak bekerja. Ibu juga sihat dan tidak cacat.
Anaknya ramai, 6-8 orang.
semua anaknya dijaga sendiri.
Lagi sekali,
Anaknya ramai, tetapi terabai.
Betul, setiap orang ada cabarannya yang tersendiri di dunia.
Dan memang betul, rezeki semuanya datang daripada Allah.
Ayah bekerja sendiri ; its okay tiada masalah.
Ibu tidak bekerja; its okay sebab ayah bekerja kan. Ibu pula dah ada tanggungjawab
menjaga anak.
Anaknya ramai, 6-8 orang : ini yang berat sedikit hendak dikongsi.
Kita nak bercakap mengenai reality semata-mata. Hanya berkongsi. Tiada
nak tuding jari ke mana-mana pihak atau nak cakap aku yang terbaik. Niatnya
hanya berkongsi sebagai tauladan buat semua.
Ada satu kes, anak ramai 7 orang tetapi suami langsung tidak membantu
isteri menguruskan hal-hal anak. Gaji suami pun tidak menentu, kadang2 RM300 sebulan
kadang2 RM600 sebulan (bawah RM1K).
Dalam masa yang sama nak tanggung pulak anak yang ramai…….
Dalam masa yang sama si ibu stress sebab perlu menguruskan anak seorang diri
sebab suami langsung tidak ambil peduli hal anak… semua urusan anak si isteri
yang uruskan A-Z…..
Dalam masa yang sama, si isteri selalu menyuruh anak sulung untuk
menjaga adik2….
Dalam masa yang sama, si anak sulung ni berasa sangat tertekan. “asyik2 kakak
je, asyik2 kakak je”
Nampak tak semua serba-serbi tidak kena dalam rumah itu? Semuanya
bermula daripada apa? Daripada ibu bapa jugak… anak2 yang dapat tempiasnya… ada
banyak kes anak2 pun tiada peluang hendak bersekolah….. Lama-kelamaan si isteri
berdendam dengan si suami… lama2 si ibu ayah pun selalu bergaduh depan anak2……
anak2 pun sedih.
berat mata memandang, berat lagi bahu yang sedang memikul.
Tidak ukur baju di badan sendiri.
Tidak buat family planning.
Suami langsung taknak menolong isteri (I would say, suami ni pemalas).
Ye, nak anak ramai ni pun kita kena ukur baju di badan sendiri. Tengok
sama ada kewangan keluarga cukup/ tidak? Tengok sama ada emosi isteri dan suami
okay atau tidak? Bukan nak best2 buat sex semata-mata. Pastu anak ramai. Pastu
anak mendapat tempiasnya.
Pity the child.
Mungkin memang suami isteri tu tak ada family planning?
Tapi kalau tanya aku, sebenarnya semua ni berbalik kepada ilmu.
Suami isteri tak ada ilmu family planning.
Suami isteri tak cukup ilmu agama, mengenai hak-hak anak.
Berat sangat kalau nak bercakap mengenai hak anak ni, tapi aku akan meneruskan.
Begini,
Anaknya ramai, tetapi terabai.
Ibu ayah, berat sebenarnya perkataan “Amanah” ni.
Amanah adalah satu perkara yang akan perlu tanggung dan jawab di akhirat
nanti.
Anak2 ni adalah Amanah yang memang perlu dijaga dan dididik semampunya.
Ye, seorang anak memang ada hak untuk dijaga dan dididik.
Itu hak seorang anak.
Hak ini kalau tidak ditunaikan, kita perlu takut. Takut bagaimana Allah
akan mempersoalkan kita di akhirat nanti.
Menjaga dan mendidik anak-anak ni adalah satu cabang ibadah yang sangat
luas. Sebenarnya apabila ada anak, kita akan semakin berusaha nak memperbaiki
diri kita daripada segala sudut. Sebenarnya, apabila ada anak ni kita akan
semakin dekat dengan al-khaliq. Pencipta kita. Iyelah, bermula daripada
mengandung kita akan mendalami dan mengalami sendiri keindahan penciptaan
manusia di alam Rahim, apabila anak keluar pula kita belajar perlbagai perkara
yang lainnya.
Anak ini adalah Amanah Allah.
Bukanlah perlu berusaha menjadi seorang ibu ayah yang sangat perfect.
Kita takkan mampu pun, tapi at least kita berusahalah untuk memenuhi hak-hak
anak ni.
Kita tunaikan, pasti hidup akan lebih tenang dan dirasakan mudah.
Anak adalah Amanah Allah.
وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ
وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ
وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ
وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌۭ
Dan
bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa
melihat akan apa jua yang kamu lakukan.
(al-Baqarah:233)
Takutlah
dengan firman Allah swt ini. Tunaikan hak-hak anak. Untuk suami, tunaikanlah
hak-hak isteri dan anak2. Untuk isteri, tunaikan hak-hak suami dan anak2. Kita
semua ada bahagian masing2.
Ayat
ini sangat powerful.
We are
talking about taqwa.
Tanya
diri sendiri.
Apabila
kita tidak tunaikan hak-hak yang perlu kita tunaikan ini? Adakah kita tidak
takut akan azab2 Allah? Takutlah kepada Allah, tunaikanlah hak-hak anak.
"sesungguhnya
Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan"
Jika kita tunaikan, Allah tahu.
Jika kita tidak tunaikan, pasti Allah juga tahu.
Semuanya dalam pengawasan Allah.
Kita pilih.
Bukak mata, turunkan ego.
Carilah ilmu.
Semoga kita mampu menjadi ibu ayah yang baik.
Berusahalah agar tidak menjadikan kemiskinan ini sebagai adat temurun.
Setiap kita perlu bertekad untuk memberi yang terbaik buat anak-anak yang terlahir
daripada Rahim kita. Ayah2 yang menyumbangkan sperm pun ada tanggungjawab yang
sangat besar terhadap anak2.
Takutlah kita kepada Allah.
Tunaikanlah hak-hak anak.
No comments:
Post a Comment