Pages

Tuesday, June 13, 2023

SI PEMBURU DI DUNIA


 

Sekilas tulisan.

Sungguh selama mana kita hidup di dunia ini, kita sentiasa berada dalam mode pemburuan. Pemburuan untuk mendapatkan sesuatu yang sangat mahal tapi tak semua orang mampu mendapatkannya. Mungkin tidak semua orang pasti apakah yang sedang dikatakan aku. Tapi aku mahu semua orang tahu.

Keberkatan adalah sesuatu yang mengalir, bertambah dan berkembang. Itu yang kita mahukan. Kita perlu berhajat, berkeinginan dan memiliki impian supaya mencapai puncak tertinggi kehidupan ini, KEHIDUPAN YANG PENUH DENGAN KEBERKATAN.Kita semua sentiasa perlu memburu keberkatan, dalam setiap apa yang kita lakukan.

Bawalah sosokmu di mana-mana sahaja, pasti akan ada kebaikannya yang tersebar. Itulah berkat. Buatlah apa-apa sahaja, pasti kebaikan terselit di mana-mana. Itulah berkat. Katakanlah apa-apa sahaja, pasti ianya ada menyentuh Nurani manusia untuk sedar hakikat perlu dekat dengan tuhan dan perlu hidup bertuhan. Itulah berkat.

Itulah berkat. Kebaikannya bertambah. Kebaikannya tersebar meluas. Setiap sentuhan pasti ada kebaikan yang tersemai.

Kita berharap agar setiap pergerakan tangan, lidah dan semua anggota tubuh badan kita menjadi satu keberkatan atas setiap satunya. Betapa hebatnya jika manusia memiliki nurani dan keinginan yang sangat besar sebegini. Subhanallah. Sungguh kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap apa yang kita lakukan di dunia ini.

Sebab hidup ini adalah ibadah kepada Allah. Maka tugas kehambaan kita adalah untuk mengemudi hati menujuNya. Di dalam hati itu, jaminan dunia dan akhirat kita bernama keihklasan. Dan betapa beratnya mengendalikan hati agar ikhlas kepada Allah. KIta nak memburu hati yang ikhlas.

Jika sebelum ini kita tak pernah meletakkan goal “aku hidup sebab nak mencari keberkatan Allah”, jom pasang goal ini sekarang. Percayalah, hidup kita akan lebih tertuntun. Jom mulakan perjalanan memburu berkat?



Semoga sentiasa ada berkat.

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2023 | ALL Right Reserved to Menurrul