Pages

Monday, December 28, 2015

cerpen; Bahagia itu Rahsia Tuhan.

Ini mimpi yang pelik. Mimpi yang pelik sebab kau hanya keluar berdua-duaan dengan aku. Kau memandu kereta, selepas itu, kau  membawa aku berjalan-jalan pergi pantai. Semua lah. Mananya tidak pelik, sebab hadirnya kau tiada bersama buddies-buddies aku yang lain. Pelik.
Mungkin satu isyarat kau rindukan friendship dengan aku, atau aku sendiri yang memiliki keegoan tinggi melangit tidak mahu mengaku aku rindukan friendship kita. Apa-apa tanggapan mampu jadi betul. Iyelah, manusia kan. Takda benda yang mampu diestimate secara tepat(sebenarnya). 

Takkisahlah apa petanda mimpi itu, hanya mainan tidur atau apa-apa.
Persahabatan yang dibina bagai seutas tasbih. Ada permulaan tetapi tiada berpenghujung.

Ada suatu ketika, nama kau tercatat dalam diari coklat kesayangan aku. Aku bermohon supaya Allah sentiasa memelihara hati kau daripada digoda oleh cinta-cinta hamba berlainan jantina. Termasuk aku. Sebab aku sayang friendship yang terjalin, takmungkin aku membiarkan friendship itu hanya bertahan di dunia tanpa dapat aku menemukan engkau di syurga.
Segala sifat caring kau kepada sahabat kau yang lain yang kadangkala tak berbelah bahagi ,takmungkin dapat dilupakan. Takmungkin juga aku akan senang duduk apabila melihat kau terlibat dalam kancah kes cinta bukan pada yang selayaknya.

7 Julai 2011- merupakan tarikh aku menegur kau tatkala tanpa sengaja aku terpaksa duduk di sebelah kau. Pertama kali aku merasakan pergerakanku bakal menjadi  kekok kerana tidak biasa dengan keadaan orang asing duduk bersebelahanku. Kau tak menemukan tempat kosong yang lain, katanya. 

Bila sekilas pandang ke segenap ruang kelas. Emm, yelah betul.

Masa itu Information Technology lectures. Ternyata kata-kata pensyarah di hadapan tak didengar sepenuhnya. Maklumlah, taksangka kau dengan semangatnya menyatakan hasrat kau mahu menjadi seorang doktor. Kau mahu merealisasikan harapan ibu kau untuk menjadi seorang neurologist.  Sebenarnya, kau minat untuk mengambil jurusan kejuruteraan kerana tidak meminati subjek Biologi, tapi atas sebab kukuh kau yang tersendiri, kau tekad untuk meneruskan perjalanan dan pengembaraan kau mencari  ilmu Allah dengan mengambil jurusan sains perubatan.

Bila aku terfikirkan balik, taksangka kau takmalu untuk menceritakan cita-cita kau kepada orang asing seperti aku. Aku pun, berkongsi hasrat dan cita-citaku mahu menjadi seorang gynecologist. Tegas aku katakan kepada kau, aku mahu memelihara maruah perempuan Islam . Iyelah, dunia sekarang kadangkala memang terpaksa menggunakan khidmat doktor lelaki dalam proses menyambut kelahiran bayi kerana tidak ramai doktor perempuan yang pakar dalam bidang itu. Itu fakta yang tidak dapat dinafikan.

Suatu hari aku terasa amat sesak dengan masalah yang disangka tiada jalan keluar. Ada jalannya, tapi aku tak berusaha menyelidik dan mencari tahu kerana kepala yang terasa amat kusut. Maka linangan air mata takdapat dibendung semasa sedang dalam kuliah, banyak kali. Beberapa hari aku  dalam keadaan yang sama. Menangis.

Aku sedang mengalami keresahan akibat salah faham antara sahabat sister-hood aku. Sungguh, orang cakap bercouple itu complicated dan takkan dapat rasa manisnya ukhwah sesama jantina. Aku menambah satu fakta di situ. Kalau gaduh antara sahabat sejantina, lagilah complicated. Tapi nikmat ukhwah itu jangan disangkal manisnya. Aku terlalu sayangkan mereka.
Usai kelas, aku terus ke surau kampus untuk solat zuhur di situ bertemankan hati sedih yang masih bersisa. Kuingin merintih kepada Rabb.
Sebelum membuka kasut dan menapak ke dalam surau, telefon berbunyi menyatakan ada notification baru yang masuk. Maka aku membiarkan ia tanpa dibuka lantas langkah dilajukan untuk membasahkan dan menyegarkan diri dengan berwudhu’. Sekali lagi, air mata turut jatuh bersama jatuhnya air wudhu’ dek sifat  graviti di bumi. Mungkin air wudhu’ itu akan terasa masin sedikit kerana campuran air mataku. Hehehehehe

Segar. 

Hati yang agak berkecamuk sejak daripada pagi tadi dirasakan semakin tenang selepas berwudhu’. Maka aku masuk ke dalam surau, dan membuka notification tadi.

Kau menghantar whatssapp kepada aku. Bertanya,

          “Afza, Assalammualaikum. Kau kenapa macam sedih je. Tadi aku macam Nampak kau berlinang je” sebaris pertanyaan ditanya. Seolah-olah ada noktah di penghujungnya..

Allahu. Aku mengucap tasbih subhanallah.  Masih ada sahabat yang seprihatin dia. Diri ini terasa dihargai. Walaupun aku sangat pelik mengapa kau mesej aku.
Mesej ditaip;
           “Eh, taklah. Biasalah mata aku allergic tadi”

Masakan aku tidak terharu. Orang asing yang takpernah dikenali sedang berusaha meredakan kesedihan di hati!

          “Emm yelah sahabat, yang penting ingat ni”
          “The one who can satisfy the heart  is the one who made it”

           “Kau faham maksud aku kan?”

Aku tersenyum sebak, menjawab;
          “Aku faham, sahabat, Jazakumullah khayran katseer.

Maka telefon ditutup dan aku bersama-sama sahabat-sahabat yang lain menunaikan solat berjemaah zuhur itu. Terasa setiap masalah hilang satu-persatu. Sungguh indah saat bersamamu, ya Rabb.

Rutin sebagai seorang pelajar perubatan dijalani seperti biasa, aku hanya berjumpa dengan kau saat sama-sama dalam  satu kumpulan PBL(Program Based Learning) yang sama. Aku hanya mendengar kau bersuara tatkala menyampaikan hujah dalam perbincangan kita mengenai penyakit-penyakit pesakit yang kadangkala kronik, kadangkala biasa-biasa sahaja. Tidak pernah aku terasa untuk membazirkan kredit untuk bermesej-mesej dengan kau atau pun menyimpan hasrat untuk menelefon kau.
Pernah suatu hari, aku terasa tertarik dengan peribadi kau. Maka aku catatkan sesuatu di dalam diary kesayangan,

              “Jangan biarkan syaitan Berjaya laksanakan tugas dia! Tetapkan pendirian! No boys are allowed to enter this heart! Kerana aku sayangkan Allah. Stop thinking about boys because my bakal imam is doing the same thing right now. Who is him? Somewhere,in dunya or heaven”

            “Afza, taklayak langsung seorang hamba itu meletakkan Allah bukan pada tempat yang pertama” monolognya lagi.

Okay sekarang aku jadi malu. Dah kantoi jantina kau.

Aku rasa taklayak langung aku membiarkan kau yang merupakan seorang murabbi adik-adik usrah ke dalam kancah maksiat yang merupakan permulaan rosaknya raja kerajaan diri. Astaghfirullahalazim. Terima kasih ya Rabb, hanya seketika sahaja engkau menyinggahkan diri aku ke dalam kes perasaan remaja ini dan dengan sekelip mata, kau menghantar isyarat mengetuk hati bahawa tidak perlu untuk aku meneruskannya. Sungguh hidup yang paling bebas ialah bebas bercinta dengan Rabb, bebas berdating dengan Rabb tanpa sedikitpun mengkhianati cinta yang hakiki itu.

Aku taknak sekali-kali lagi terlibat dalam kancah cinta low class itu walaupun datangnya hanya bagaikan angin yang menyapa hati. Sungguh hati perlu selalu dihidupkan dengan kebesaran Illahi. Sejenak seketika, muncul satu suara seakan berbisik makna kejayaan yang selama ini aku tekadkan dalam diri.

“Being reunited with your friends and family in Jannah, that’s my definition of success”

Jadi, takmungkinlah aku nak mengkhianati diri sendiri. Macam Hilal Asyraf cakap dalam Simfoni Cinta, Apa-apa yang membawa kepada JAHANNAM itu bukan cinta namanya.

Fuh! Panjang lebar aku mengorek kembali kisah-kisah yang pernah berlaku. Semuanya bermula kerana aku tiba-tiba termimpikan kau macam yang dinyatakan dalam ayat aku pada permulaan coretan ini. Maka perasaan pelik itu membuatkan aku jadi begini. Maklumlah, kau dan aku masing-masing takpernah memberikan apa-apa kenangan yang manis. Setakat tanpa sengajanya kau menegurku tatkala aku sedang di dalam keresahan tiga tahun lepas menggunakan nombor telefon yang kau dapat daripada group wassap PBL. Itulah sahaja memori yang ada.

Cukup. Takmungkin kenangan yang datang mampu mengalih fokusku pada tujuan utama aku hidup. Maka dengan tegasnya aku membuat kesimpulan, mimpi itu hanya mainan syaitan yang berusaha hendak menyesatkan hati aku.

Semasa sedang bercuti di kampung halamanku di Johor, ayahku memberitahuku bahawa ada keluarga bertujuan hendak menikahkan aku dengan anak lelaki dalam keluarga mereka. Berita itu bagaikan meluruhkan jantung tatkala ada orang berhasrat menikahiku, padahal aku langsung sukar untuk bercakap dengan lelaki lagi-lagi apabila aku sudah memasang tekad untuk memakai tudung labuh, seperti sekarang. Ini perancangan Allah, kataku.

Hatiku hanya menahan sebak tatkala rupanya kau yang datang. Kau yang selama ini menyimpan hasrat mahu menikahiku, tanpa memberitahuku, tanpa dapat kuduga. Maka dengan sekali lafaz, aku sah menjadi seorang isteri yang sah kepada kau, wahai imam yang ditunggu.

            “Tak kisah ke kahwin dengan obor-obor?” aku bertanya kau tatkala kita. Kita? Tatkala kita berjalan-jalan di tepi pantai bersama-sama. Persis mimpi aku. Macam dejavu.
           “Bahagia je kahwin dengan obor-obor” gelaknya kuat tatkala menuturkan perkataan obor-obor yang membawa maksud; perempuan tudung labuh mengikut kamus Afza.
             “Obor-obor solehah, inshaa Allah. Sebenarnya abang pun taktahu sejak bila Afza jadi obor-obor ni. Iyelah, dahlama taknampak sejak dah graduate jadi doktor ummah. Tak ada sebab untuk kita jumpa.  Abang rasa bertuah. Dulu abang wassap Afza sebab nak menyatakan hasrat nak mengahwini. Tapi mungkin masa itu Allah tahu abang masih takmampu untuk nikah. Mujur Afza takpernah hantar apa-apa mesej lepas tu. Allah jaga hati Afza.”

Aku juga mengaku, sudah dua tahun tidak bertembung atau terserempak kau. Maklumlah, masing-masing dihantar untuk praktikal di hospital lain semasa tahun keempat.

             “Dapat isteri yang hebat, Abang dapat isteri package high-class tanpa sedar. Allahu”
             “Afza tahu tak, actually muslims do dating. Tapi kenapa kita takbuat dulu huh?”

Afza memandang suami di sebelahnya dengan muka penuh tanda tanya. Seolah-olah meminta penjelasan dengan kata-katanya yang dianggapnya salah. Kening diangkat.

             “Terma dan syaratnya, kena nikahlah. Macam kita sekarang ni. Hehehehehehe”

Rasa malu menerpa diri. Otak aku langsung taksampai untuk fikir ke tahap itu masa itu. Aku menunduk malu. Suamiku terlalu romantik orangnya.

            “Semoga kita mampu bersahabat, kamcing sehingga ke syurgaNya abang”
             “Semoga dapat juga sama-sama berpenat untuk ummah, doctor
             “You too, Dr. Afza Haneez bin Ammar Hafiz”jawab kau tersenyum.


Aku nak cakap dekat kau: Afza bahagia, 
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

*Tiada kaitan antara hidup dan mati. Tercoret sewaktu membaca notes pasal nervous system yang teramat sangat memeningkan. Ini cara penulis menghilangkan stress.

Satu benda, kita yakin Allah itu sebaik-baik perancang kan? Jadi. Jodoh dan ajal tu biarkan menjadi rahsiaNya. Bahagia itu hadiah Allah. Semoga hidup kita sentiasa diselaputi kebahagiaan walaupun acapkali dugaan datang menjenguk.

Tajuk LU5 Muscle contraction, menunggu.

Gene Translation, transcription menunggu.
Banyak dah melambai-lambai.

Selamat menduduki final !

Adios. Masa untuk study. 

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2023 | ALL Right Reserved to Menurrul