I am talking about common sense.
Perasan tak?
Permulaan nak bersahabat dengan orang yang mulanya dianggap
asing. Dianggap alien bagi diri sendiri.
Bila masa si “alien” itu memiliki common senses yang sama
tanpa langsung dapat diduga, tiba-tiba status ALIEN akan lebih mudah bertukar
untuk menjadi seorang kawan.
Kawan baru. Daripada kawan, Menjadi sahabat.
Memang tanpa common sense pun, untuk menjadi seorang sahabat
bukanlah suatu perkara yang mustahil. Tapi bila ada satu hobi, perangai,
cita-cita yang sama,
Mesti lebih mudah untuk seorang ALIEN bertukar status
menjadi seorang kawan.
Kita suka makan banyak, dia suka makan banyak.
Kita suka melukis, dia pun boleh tahan hebat melukis.
Kita sukakan Hlovate, dia pun addicted jugak.
Kita minat penulisan budak tomato, dia pun minat jugak.
Kita suka baca buku, dia pun suka baca buku,
Kita suka memasak, fuuh dia pun terrer memasak,
Kita suka buat orang sakit hati, di pun sama haha.
Kita suka baca buku, dia pun suka baca buku,
Kita suka memasak, fuuh dia pun terrer memasak,
Kita suka buat orang sakit hati, di pun sama haha.
Dia suka korek hidung senyap-senyap, kita pun sama.
Eh?
Pendapat itu, ada yang bangkang?
*okey kita sambung coretan dahulu. Nak bangkang, kejap lagi
ye.
Okey. Aku sangat suka bercakap pasal manisnya ukhwah. Kerana nikmat ukhwah itu jangan disangkal
manisnya.
Antara anugerah
terindah itu, jangan ditepis jauh daripada hati.
“Kalau nak cari sahabat, cari manusia yang bila kita tengok
dia, kita ingat Allah. Kalau tak ada, kitalah yang kena jadi pemula”
“Jadilah sahabat itu, saling mengukuhkan. Untuk kita hidup
berlandaskan iman” Bukannya melemahkan.
Emm, you got what I mean?
Kadang-kadang, walaupun takde common sense yang sama, tapi bila
hati ada terdetik nak mencari sesuatu dalam hidup macam;
Nak lagi kenal Alah.
Nak lagi kenal agama Allah.
Nak lagi mujahadah dalam mengamalkan segalanya mengikut
syariat.
Nak berubah jadi seorang yang lebih baik untuk diri sendiri
dan ummah.
Dan kita jumpa dengan orang yang ada rasa yang sama,
Automatik, orang yang dianggap alien itu akan mudah untuk
menjadi sahabat kita.
Sebab apa? Sebab tujuan kita sama.
Sebab tujuan kita sama.
Sebab tujuan kita thesaurus.
Sebab tujuan kita muradif.
Sebab tujuan kita sinonim.
Sebab tujuan kita tak berbeza.
Sebab tujuan kita seiringan.
Sebab tujuan kita seerti.
Sebab tujuan kita berlari bersama.
Sebab tujuan kita merangkak bersama.
*menangis. Terlalu terharu dengan Allah yang begitu sweet.
Allahu.
Sedar tak? Bila tujuan sama, hati itu akan bertambah mudah untuk bertaut.
Sahabat, gapailah sama-sama. Hakikatnya, memang kita nak
masuk syurga. Tapi kalau masuk sorang-sorang, best ke? “Being reunited with your family and friends in Jannah, that’s my definition of success”
Kelainan memang pasti ada. Tapi, tujuan hidup itu, jangan
biarkan ada kelainan.Lagipun, Tidak sempurna iman
seseorang selagi mana dia tidak mampu mencintai saudaranya sebagaimna mncintai
dirinya sendiri.
Ukhwah ni satu ikatan tanpa tali, tapi berpaksi. Sebaiknya, biarlah berpaksikan iman. Allah beri. Hargai.
Be something good for something. Sahabat ni, family kita tatkala berjauhan dengan keluarga. definisi seorang sahabat itu, berbeza-beza mengikiut orang. Iyelah, kita hidup kat dunia ni bukannya nak berpaksikan hanya pada satu otak, satu pemikiran. cara Pelaksanaanya lain-lain. Tapi, berpaksikan tujuan yang sama.
"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan
antara satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa" [az-zukhruf, 43:67]
Hanya taqwa yang dapat selamatkan persahabatan yang dibina. Hanya taqwa yang benar-benar ikhlas keranaNya akan memastikan kita mampu bertepuk-tampar di syurga, mampu tarik keluar tangan rakan-rakan kita dari jurang neraka yang dalam. Bagaimana mahu menjadi seorang sahabat yang bertaqwa? Sabda Rasulullah SAW, "Taqwa itu terletak di sini..." Sambil menunjukkan dada(hati baginda) sebanyak tiga kali. [Hadith riwayat muslim]
Hanya taqwa yang dapat selamatkan persahabatan yang dibina. Hanya taqwa yang benar-benar ikhlas keranaNya akan memastikan kita mampu bertepuk-tampar di syurga, mampu tarik keluar tangan rakan-rakan kita dari jurang neraka yang dalam. Bagaimana mahu menjadi seorang sahabat yang bertaqwa? Sabda Rasulullah SAW, "Taqwa itu terletak di sini..." Sambil menunjukkan dada(hati baginda) sebanyak tiga kali. [Hadith riwayat muslim]
Kawan baru.
Daripada kawan,
Menjadi sahabat.
Daripada sahabat biasa.
Menjadi sahabat dunia akhirat.
Menjadi sahabat sama-sama menggapai tangan di syurga sana.
Inshaa Allah.
Buat semua sahabatku-
hanya kalian yang tahu apa nilai kalian pada aku. Cuma,
jangan terlalu membandingkan. Sekali aku sayang, walaupun yang dicampak ke muka
adalah tahi, aku akan tetap cuba membalasnya dengan kasih sayang.
Salam sayang, salam rindu.
Terima kasih.
Jumpa lagi.
*ala-ala pasaraya hari-hari. Okey sekarang sila bangkang.
No comments:
Post a Comment