Friday, 6 February 2015

SKEMA Allah

Sejauh mana SKEMA Manusia boleh bawak kita pada kejayaan ?


SKEMA manusia for certain people.
Kau takde boyfriend kau nerdy, Ketinggalan zaman.
Kau takde rumah besar,** miskinnya...
Kau sekolah biasa, kau taklah pandai mana.
etc.

Sekali lagi aku highlight. only for CERTAIN people.

Manusia memang ada anggapan masing-masing.
Tak salah.

Tapi sejauh mana kau nak berpandu hanya pada skema manusia ?
Skema yang kadang-kadang takde visi dan misi.

Sibuk sangat kejar Skema manusia. Lupa skema Allah.
Lupa segala skema yang termaktub dalam al-Quran.
Terlupa seketika .

Sejauh mana skema manusia untuk 'couple' tuh.
Boleh pandu kau ke jannahNya?
Boleh buat kau ikhlas ingat Allah?

Lumrah manusia memang sering lupa.
Tapi tak akan lah nak biarkan itu jadi reason kau sampai akhir hayat ?
Kita terlupa. Kita kembali balik pada fitrah.

Sebab Allah takkan pernah jemu nak dengar rintihan hambaNya.
Tak pernah.


Buat awak-awak yang baca atau terbaca;
Jom berbalik kepada skema Allah.
*Kita nak masuk syurga ramai-ramai kan ? Janji *

thanks reading my diary

0 Smile for me♒: