Pages

Sunday, February 25, 2018

Returning?

2309 hrs.

Baru je balik daripada Bau, Sarawak. Pergi rumah makcik.

Mandi, Solat isyak lepastu jot down something dalam buku schedule aku macam biasa. Its another well spent day.

Sumbat telinga dengan zikir Dawaam.

Sebenarnya banyak sangat benda nak share. Banyak sangat luahan yang terasa nak diterjemah dalam huruf. Tak mengharapkan sesiapa faham pun, cuma ini apa yang aku suka buat. Terjemahan melalui perkataan. Perkataan yang aku kongsikan ni, semuanya daripada hati.

Jadi mungkin bila kalian takdapat hati aku, cukuplah hanya rasa keikhlasan dalam tulisan aku ni. Hahahahahhahah so sarcastic sila abaikan.

Dan buat kesekelian kalinya, aku terstuck sebab terlalu banyak. Bukan luahan, tetapi apa yang aku rasa nak kongsi. Dan semestinya, bukan benda-benda berbentuk fitnah atau pun anasir-anasir jahat.

Teringat sesuatu. Sesuatu yang pernah kasi kesan dekat hati aku dulu, hanya dengan sekali lafaz.


Masatu jadi fasi untuk satu Program Ikram, ada satu akh ni cakap sesuatu. 

"Haaa taknak lah ana buat macam tu, nanti Allah tanya kat akhirat nak jawab apa?"



Ayat tu langsung tak berbaur cercaan, perlian atau pun apa-apa. Tapi cukup terkesan. Inilah apa yang aku dapat dalam jalan ni, yang mana setiap bait perkataan adalah perkataan-perkataan yang berhikmah. Sangat berhikmah.

*menangis*

Entahlah, its so priceless. Yang buatkan aku nak semua orang rasa, ikhlas. Masih terngiang-ngiang lagi dalam kepala. 



"nanti Allah tanya kat akhirat nak jawab apa?"



Betapa terperincinya setiap bait perkataan. Betapa bermaknanya setiap bait perkataan. Cuma depends dekat kita nak beri perhatian atau pun tak. Cuma depends dekat kita nak terjemah dia jadi benda yang baik atau buruk. Cuma depends kat kita nak terjemah something tu jadi kebahagiaan atau pun tak.


Macam tu jugaklah kalau berduyun-duyun masalahh datang ke hape ke. 


Come on, terjemahlah everything yang happen dengan baik. Terjemahlah biar nampak baiknya. 


Aku sangat mudah terkesan dan cair dengan kebaikan orang. Even though dengar seorang akh ni nyanyi doa untuk berterima kasih pun aku cair. Eh?



Terjemahlah semua yang berlaku. Terjemahlah segala perkataan. Moga kita dapat hati yang diidamkan, moga ikhlas itu datang. 



InshaaAllah. Returning, dengan izinNya.


Niqabist Returning?


Returning.








No comments:

Post a Comment

© Copyright 2023 | ALL Right Reserved to Menurrul