Saturday, 25 October 2014

A thing called "CINTA"

Muhasabahlah wahai jundullah.
Dan kerana Tuhanmu, maka bersabarlah.
*The title is too mainstream*

Meninggalkan "keindahan sementara" dunia couple. 
Dihadirkan ujian permintaan sang Adam yang tak dikenali.
Datang bertemu keluarga, menyapa si wali. 
Merisik diri , untuk ikat dengan ikatan pertunangan dahulu.
Aku masih belajar, katanya.

Berat ujian. Berat. 

Namun dunia couple takkan seindah dunia di mana;
Aku makin KENAL TUHAN. Aku makin SAYANG tuhan.
Aku mula menyingkap sebab mengapa aku hidup ?
Sedikit demi sedikit. Merangkak- rangkak.
Berusaha mencari ilmu Allah yang amatlah banyak.
Biar aku merangkak. Asalkan aku masih cuba untuk bergerak.
Allah sentiasa tahu apa yang terbuku di hati.

"Rela aku pendamkan impian yang tersimpan.
Enggan ku keasyikkan.
Gusar keindahannya merampas rasa cinta.
Pada Dia yang lebih sempurna."
_Di atas Nama Cinta_

Jom buat list rangking siapa yang paling kita sayang kat dunia.
Ini adalah jawapan yang common untuk yang couple:
1. Allah dan rasul
2.parents
3.kawan- kawan
4.cikgu
5.kucing
6..................?
7................?
8. Ahmad (pakwe)
Seriously ? Seriously Allah kau letak rangking paling atas? Aku tak percaya. should i list all the reasons? I think NO. Actually, almost all the time. kau akan ingat dia je. Apa dia buat? Kalau takde mesej yang sampai hari tuh. Dia lupa aku ke? Many things.. Hakikatnya, kau letakkan pakwe tuh dekat rangking yang teratas. Mendahului segalanya. 

ikuti kisah ini.

Seorang sahabat ditanya oleh iffa.
sahabat:"Iffa, kau nak tahu tak apa benda first yang aku buat lepas bangun daripada tidur?"
Iffa      :Emm kau capai handphone kau ?
sahabat: Betul. Aku akan capai handphone aku. Emm kau rasa siapa orang first yang akan aku contact, aku call ?
Iffa      : Hmmmmph. Parents kau lahh kann ?
sahabat: Emmm. tak Iffah. Aku akan call pakwe aku. (  Mula malu dengan diri sendiri)

Conclusionnya, apa makna semua ni? Bangun tidur terus ingat pakwe. *sebak* .
Rangking yang kita buat tuh tak membawa makna apa-apa. 
MEANINGLESS. Tak bererti. Membazir dakwat.

Couple yang selalu berkepit 24-hour.
Even though the couple will answer;
"Hmmph kami memang akan kahwin, dah mintak restu parents"
Bagus. Tapi selagi tak kahwin, Takpayah nak tunjuk gaya macam dah kahwin.
*fahamkan sendiri*

Banyak lagi reasons buruk bercouple. Banyak.

Menjadi seorang yang langsung tidak pernah memikirkan jodoh.
Itu bukan aku. Maka, tak dinafikan. Aku juga pernah terfikir.
Tapi itulah. Dugaan namanya. Cuba tepis dan tolak jauh- jauh. 
Bila perasaan itu hendak hinggap di hati. Boleh. Kejap je.
Tapi sekerasnya jangan biarkan perasaan tuh bersarang di hati.
 Kerana apabila sudah mula bersarang, kita sukar untuk menghalaunya pergi.
Susah. Sangat susah. Sangat payah.

Pemilik kromosom XX = Perempuan adalah KUNCI HUBUNGAN sebelum bernikah. Kita yang berhak memBUKA atau menGUNCInya . Justeru, Jom buka kunci itu hanya apabila sudah tiba detik untuk membukanya dalam keadaan yang diredhai Allah.

Kisah cinta Abg Bazli UNIC dan isteri.
( mintak permission Bazli untuk tulis kisah dia. ehehe.)

Masa tuh hujung tahun. Aku dengan abah dan adik bercuti ke Kelantan. Plannya adalah untuk mennaiki keretapi. Nak dijadikan cerita, kami bertemu keluarga Bazli dekat sana. Mereka sekeluarga sedang menguruskan majlis pertunangan adik Bazli. Di Kelantan. Jadi kami bermalam di rumah sewa yang sama. Masa tuh hari jumaat. Jadi semua kaum adam yang ada bersama kami pergilah solat jumaat. Masa tu jugak aku keluar bilik dan terserempak dengan bini Bazli. Manis. Cantik orangnya.

Tiba-tiba satu soalan yang tak disangka terkeluar daripada mulut . "Macam mana akak kenal Abang Bazli ?", Akak dengan bersemangatnya bercerita.Tak sangka. Aku jadi senang dengan akak. Macam ni ..

"Masa tuh akak join satu program. 
Tiba-tiba ada seorang lelaki cakap dia nak kenal akak. 
Akak pun jawablah, " Kalau nak kenal, jumpa wali ana"
Akak tak sangka sangat. Bazli memang betul-betul datang rumah akak. 
Dekat Kedah. Jumpa parents akak. Sebab dia memang nak kenal akak. 
Then lepas tuh, kami bernikah "

AWESOME.
 Masa tuh aku rasa sangat awesome. 
Cantik aturan yang Allah tetapkan. 
Sangat cantik. Subhanallah.*Bazli jiran ina 

Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang  baik. Begitulah sebaliknya.
Janji Allah yang sangat FAIR AND SQUARE. Lagipun Jodoh urusan Allah.
Jodoh adalah janji Allah sejak roh kita ditiupkan dalam perut ibu
Jangan menyibukkan diri untuk memikirkan urusanNya. FIRST THING FIRST!
Inshaa Allah. Cinta Allah vs cinta manusia ? Mana yang kita pilih ?

Wahai si pemilik hati ,Dakaplah hati ini agar terus kuat untuk terus berada di jalanMu.
la haulawala quwwata illa billah .
coretan by,
-Hamba yang merangkak mencari cintaNya-

#Menulis berdasarkan pengalaman diri dan sahabat tersayang
#Syukur Allah masih menyayangi diri ini T.T

Last but not least, seriously aku pun pelik kenapa nak post pasal tajuk ni hari ni. Banyak lagi yang nak dikongsikan. Tapi dah nampak notes- notes Chemistry melambai- lambai minta dibaca. Doakan final ina. Maafkan ina kalau ada yang terasa hati .Tak terniat langsung. Sama-sama kita ingat-mengingati. KERANA manusia tak pernah lari daripada kesalahan ..

thanks reading my diary

Friday, 24 October 2014

Seriously I MISS YOU Mekda.

Terkapar-kapar ku kelemasan.
Sakit dilambung ombak kerinduan .

Tak mengapa andai diri ini tak dirindui.
Tapi biarlah hanya aku yang merindu.
*Sorry jiwang SIKIT aje*

Sayu. Sebak. Bercampur-baur tengok gambar diorang ni.

Dulu  korang sentiasa bergerak bersama-sama aku.
Tapi sekarang hanya gambar yang kaku mampu bersama.
Biar gambar itu kaku. Biar. Asalkan memori kita sentiasa hidup.

Ya, di hati kita.

Entah. Tak perasan bila perasaan ni datang.
Entah kenapa Allah hadirkan rasa ini kepada hati aku hari ini.
Tiba-tiba dia menegur hati ini.
RINDU. rindu one of my buddies , Mekda.

Nor Asnieda . A kelantanese.
Entah. Lepas keluar SAKTI, tak dengar apa-apa cerita pun pasal dia.
Sedih dengan keadaan ni. Takpe. Aku takkan berhenti mencari tahu.
Memang aku tahu, setiap pertemuan ada perpisahan.
Sebab tuh, aku kena kuatkan hati tatkala perpisahan tu nak berlaku.

Tapi hanya satu aku pasti.
SEORANG SAHABAT itu amat mahal nilainya.
Biarlah dia hilang daripada pandangan mata.

Asalkan di hati, tempat untuknya masih teguh berada di situ.
Masih tak berganjak. Masih seperti dulu.

Seperti waktu dulu aku mula sayangkan kau.
Sejak di awal pertemuan kami. Sungguh.
Allah adalah sebaik-baik perancang.

Sekali oci sayang, selamanya oci sayang.

#SPREAD THE LOVES.
# oci tetap tak lupa daya , syaza.
#BECAUSE to love someone and to be loved is a great thing. EVER
#Esok satu Muharam. 
Semoga mampu menjadi hamba lebih baik. aminn
#RoadTOfinal. studyWEEK.





thanks reading my diary

Monday, 20 October 2014

"Ingat senang ?"

jom padam sikit-sikit :)

Ingat senang ?

"Ingat senang nak berubah ?"
Daripada pakai tudung pendek kepada pakai tudung labuh?
Daripada tak pakai handsocks kepada pakai handsocks?
Daripada tak pakai stokin kepada pakai stokin?
Daripada pakai seluar tight kepada pakai seluar straight cut?
Daripada gelak HUAHUAHUA kepada gelak tutup mulut?
Daripada solat lima waktu kepada cukup solat lima waktu?
Daripada suka makan banyak nak DIET ? *Aik tetiba je ahaha*

"Ingat senang ke?"

Tak

Serious talk. Memang susah. Payah. Perit. Bukan mudah.
Kenapa tak mudah?
"Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis"

Malahan setiap perubahan ke arah kebaikan yang kita buat tiada jaminan ianya mudah.
Tapi yakin satu perkara,

  • Allah ada bersama kita
  • Allah ada di setiap langkah kita
  • Allah ada untuk membela kita
  • Allah ada untuk menguatkan kita
  • Allah ada untuk memujuk kita
Percayalah, setiap manusia itu Allah anugerahkan sepasang kasut yang berbeza. Manusia itu sifatnya berubah. Jika pada saat ini kita sendiri rasa yang kita tak layak jadi A TRUE muslimah, macam yang lain. Jadilah a RARE MUSLIMAH.

Mereka jarang didapati. Normal, bila dah berubah, people will judge you without knows how your life is. Setiap manusia dugaan dan perjalanannya berbeza. Ada yang lurus, Ada yang bengkang-bengkok. Tak perlu berubah mengikut manusia, Tapi berubahlah keranaNya. Kerana perubahan keranaNya adalah lebih INDAH. 

Betapa baiknya Allah kerana Dia telah memberi kita hidayah.
Sesungguhnya kitalah orang yang paling bahagia jika kita orang yang beriman.
The life is a transient shade.

#ROAD TO FINAL.
#ONLY 2 WEEKS TO GO.
#dah nampak Johor melambai- lambai.

thanks reading my diary

Friday, 17 October 2014

Cinta High Class Fatimah Syarha dan Dr.Farhan Hadi.

"OHSEM! Sesungguhnya, He owned these hearts.
good Luck dear Pipah"
-Bidadari syurga to-be,(22th March 2014)

Inshaa Allah. someday. Allah is the greatest planner.

Semalam cepat sangat aku terlelap akan kepeningan tahap petala. Semua gara-gara Chemistry lab petang tadi. Bila bangun daripada tidur, pop-out gambar ni dekat skrin fon. My buddy Pipah yang hantar. Buku yang dibaca masa dekat Kem PLKN Semarak

A nice tarbiyyah book.

Itulah sedikit coretan comel yang aku tinggalkan.

Sekali sahabat, selamanya sahabat. 
Ina sayang Pipah.

Sebenarnya takberhasrat pun nak mempromote buku ni. Tapi buku ni memang satu tarbiyyah yang sangat-sangat sesuai bagi remaja-remaja yang di dalam hatinya; asyik memikirkan kahwin. Bacalah. Selamilah. Sesungguhnya tidak ada istilah cinta sebelum nikah. 

Terima kasih atas perkongsian Ustazah Fatimah Syarha dan Dr.Farhan Hadi,

Jodoh tetap menjadi urusan Allah.

Sibukkanlah diri mencari Allah dan mengenal agamaNya.
Kita tiada masa untuk dibazirkan dengan mengabdikan diri menjadi hamba cinta manusia.

Percayalah,

Allah akan hadirkan jua, si dia yang akan menjadi pelengkap agamamu.
Pada masa yang tepat. Jodoh yang tepat.

Suatu hari nanti, Dengan izin Allah.

Wallahualam.

Adios.




thanks reading my diary

Friday, 10 October 2014

Buat sahabat, HOLD my hand.

Antara hadiah yang tak ternilai, sahabat.

"When I say I'm your friend,
I'm trying to have u be my neighbor in Jannah"

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don't we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind

Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi noktahnya, kerana seoarang sahabat itu terlalu istimewa di dalam doa sahabatnya yang lain biarpun tanpa bayangan.

Dakaplah tanganku sahabat. Andai aku jatuh.
Dakaplah juga tanganku sahabat. Kalau engkau jatuh.

Bila sudah tertulis di Luh Mahfuz. Bakal ada pertemuan antara kita

Akan sedaya-upaya aku menjaga persahabatan ini.

Sekali sayang, selamanya sayang.

Kepada sahabat yang pernah hadir dalam hidup ina;
Dan juga bakal hadir dalam hidup ina.

Teruslah dikau berada di dalam hati.



thanks reading my diary

Thursday, 9 October 2014

Pakcik itu -Alhamdulillah-

Besar mana pengaruh duit sebenarnya ?
Big enough to make sane people kill

Aku membelek-belek nota Biology . Lalu terdengar suara pakcik-pakcik yang sedang bekerja. Bola mata aku lontarkan ke luar tingkap, tanpa membukanya. Langsir kusingkap sedikit. Walaupun tingkap tidak dibuka, namun setiap pergerakan pakcik diluar mampu dilihat oleh sepasang mata ini.

Hati tersentuh melihat seorang pakcik yang gigih bekerja. Aku dapat rasakan bahangnya panas hari ini. Setiap pergerakannya aku perhatikan. Fikiran memikirkan sesuatu. Mereka sedang bekerja. Aku bersyukur dengan hidup ini. Hanya seorang wajah terbayang di fikiran. Wajah abah. Aku membayangkan kalaulah abah yang bekerja macam tuh. Tak dapat tahan air mata rasanya kalau abahku bekerja sebegitu. Rasa bersyukur dengan hidup ini. 

Nampak pakcik itu duduk sekejap. Sambil mengibas-ngibas mukanya. Ya, hari ini sangat panas. Kesian. Ya, aku kesian. Semoga anak-anak pakcik itu mampu menggembirakan bapa mereka itu. Mampu membalas jasa bapa mereka yang telah bertungkus-lumus mencari rezeki untuk keluarga. Memang susah menjadi seorang bapa. Kerana itu, aku sangat tabik kepada seorang yang bergelar bapa. Biar apa pun pekerjaan mereka. Mereka melakukan tugas yang mulia, beribadat kerana semua pekerjaan adalah ibadat. menggumpul sahamm akhirat

pakcik yang sedaang berehat tak jauh dari bilik .

Aku di sini. Jauh daripada ibubapa. Malah remaja sebaya aku, masing-masing sedang mengejar impian masing-masing. Jadi terpaksalah meninggalkan dua orang angels yang sebenarnya sentiasa ada untuk menjadi sang pemberi semangat. Cuma, itulah. Aku je yang tak sedar. Kadangkala aku lupa mereka. Tak patut. Tak patut.

Aku rasa amazing kepada mereka-mereka yang bergelar ibubapa sebenarnya. Lagi-lagi apabila anak mereka membesar. Aku tahu susah. Susah nak melepaskan anak yang dijaga untuk mengenali apa itu dunia, untuk kenal apa itu kehidupan seperti yang dikatakan orang sekeliling. Pasti , perasaan bimbang kalau anak terjebak dalam perkara yang tak sepatutnya ada di hati. Kita kena berusaha menghilangkan perasaan itu daripada hinggap pada hati-hati ibubapa kita. Jom ! Berusaha menjadi anak yang baik. Mudah-mudahan mampu pula menjadi isteri dan ibu yang baik untuk anak-anak kita yang akan datang.

Sebab tu, hidup kita adalah stage. Yang mana bila kita kecil sampai ke besar. Kita sedang mempersiapkan diri untuk menjadi seseorang bergelar ibubapa. Sungguh, merekalah insan yang paling amazing dalam hidup ini.

Memang sifat manusia kan, kadang-kadang bersemangat sangat nak buat sesuatu perkara. Tapi akan ada satu masa, rasa semangat itu dibawa pergi berlari. Puas dicari kemana hilangnya semangat itu, kadang-kadang tak dapat jumpa apa puncanya. Maka perlulah berbalik semula kepada Allah. Sesungguhnya hanya Dialah sebaik-baik perancang. Em, doakan untuk final exam ina yerr.

Sekali lagi, terima kasih ya Allah atas nikmat , yang Engkau beri.
Ibubapa, keluarga, Persahabatan, Islam , Experience, Knowledge, Kind people around
Too much to be listed !

Cubaan itu adalah perlu.
Cubaan itu adalah ukuran bagi sempurna atau tidak sempurnanya iman seseorang
-surah al-ankabut , 1:29-

Look inside yourself
Such perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger, love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Let’s start questioning ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside?
No..

I love you ,Allah.

thanks reading my diary

Saturday, 4 October 2014

Dating di Kampus Barat bersama Mira

Officially hari ini adalah sehari sebelum menjelangnya Hari Raya Haji. ya, aku si perantau.

Tengahari: Aku melunaskan rindu untuk melukis. Tempat yang paling aku idam-idamkan ialah Tasik dekat cafe tasik. Kat situ ada cafe yang mana waterlily warna purple sedang mekar. Cantik sangat. Akhirnya terlunas jugak rindu aku terhadap lukisan. So, aku berjaya buat dua lukisan. Ni salah salah satunya! Ditemani si gadis cantik comel tinggi Nur Azreen Amira. Aku panggil dia Mira.


Pertama kali aku merasai panorama di Barat (Kampus utama) pada waktu malam .Planning yang asal adalah untuk main bowling disebabkan my buddy, Mira mengidam sangat nak main. Tapi situasi kali ini berbeza. Biasanya aku pergi beramai-ramai dengan buddies kitorang yang lain. Tapi kali ini aku hanya pergi berdua dengan Mira. Ya, kami puas berdating seharian hari ini. Dari pagi, membawa ke malam.

Hari ni semua berpisah. 
Cik Aien dah pun beronok-ronok dekat Selangor,
Cik Amy dah pun ke Australia beraya di sana,
Aku dengan Mira ke Kampus Barat.
Camok Mokki, Eda, Lija ke Kuching , ke Tasik Biru 
T.T . Emmm . sunyi ahhhh hidup .

Sebenarnya, nak melunaskan hasrat my buddy Mira nak berbuka puasa untuk hari ini dekat Kampus Barat. Akhirnya, dapat juga kami ke sana. Jadi kami berbuka dekat sana. Yang lawaknya, Ramai sangat budak-budak degree kat Student's Pavilion (Food Court Kampus Barat) ni. Mula-mulaa memang blur dengan cara order dan semua benda dekat Pavilion tadi. Nasib baik kami bijak. Sampaikan budak-budak degree langsung tak expect kitorang budak asasi. Inilah gunanya memiliki muka matured. huahuahaa.

Jambatan Cinta= Kat sini panggil macam tuh sebab dengar-dengar cerita kat jambatan ni ramai yang bertemu jodoh .wuu. Kesahihannya? Nanti ada masa aku kaji ya. Dush sekali. Takpayah nak buang masa nak kaji-kaji , Report Biology pun belum siap lagi.

Masa menunggu waktu berbuka, kami beli roti dekat Seven Eleven kejap. Nak kasi ikan yang memang tak pernah kenyang kat tasik.  Kitorang kasik dekat Jambatan Cinta .Memang lahap tahap macam tak makan sepuluh tahun diorang makan. Amazing sangat. Cantik sangat Ekologi yang Allah buat. Subhanallah.

Then aku teringat satu kenangan terindah yang memang sangat indah yang pernah berlaku dekat Jambtan Cinta ni dulu. Kat situlah tempat pertama di mana aku jumpa one of my buddy, Aein. Masa tuh akak usrah kami bawak kami ke tasik tuh untuk jogging and picnic. (Aku, Camok, Mira, Ika). Actually masa tuh, adalah sehari selepas habis MAP(Minggu Aluan Pelajar) atau lebih dikenali dengan Minggu orientasi. Sweetnya Allah ! Sampai sekarang, ukhwah kami masih berlanjutan , bahkan bertambah erat. So, kami kasik makanan kat ikan-ikan tanpa menghiraukan orang-orang sekeliling yang sedang sibuk berjogging and mengayuh basikal masing-masing. There's sure a lots of people but everyone is busy with their work.

kasik ikann makann . Makan jangan tak makan !
Azan maghrib berkumandang, kami pun berbuka lah dekat Pavilion tuh. Memang sweet ahh dating macam ni. Budak asasi yang tersesat dekat Kampus Barat. Nasib baik ada orang teman aku hari ni.


Lepas habis berbuka puasa, kami pun pergi solat maghrib dekat surau Kolej Sakura. Kolej yang paling dekat dengan Pavilion ni. Kitorang masih ingat lagi road untuk ke surau tuh, dulu masa puasa, akak usrah kami yang bawak ke situ. Sangat best sebab surau tuh khas untuk perempuan.

Maka kami perlu melalui Jambatan Cinta untuk pergi ke bus stop Kolej Cempaka. Nak balik naik bas untuk ke kolej kami. Masa sedang menunggu bas yang tak juga berkunjung tiba, Terdengar laungan takbir raya daripada PITAS    (Pusat Islam) , merangkumi masjid, tempat ceramah,  tempat belajar agama yang bertingkat-tingkat kat sini. Tak perasan berapa tingkat. Jujurnya, masa mula-mula aku jejakkan kaki kat PITAS ni masa bulan Puasa dulu aku rasa amaze sebab PITAS ni ala-ala Masjid besi dekat Putrajaya. Cantik sangat-sangat sangat.

Masa dah sampai Kolej Seroja, kolej kami. Sebelum turun daripada bas, Hai uncle bas yang baik ni boleh pulak bertanya satu soalan masa ada takbir azan dilaungkan di corong radio siaran Hot FM ," Tak rasa sedih ke dengar takbir raya ? ". Sebak ahhh . Kami berbalas-bals ucapan selamat hari raya dengan pakcik yang sangat baik hati tuh. Then turun bas menuju ke bilik masing-masing.

Ya Allah rasa air mata nak mengalir je. Kolej ni sangatlah sunyi sepi. Tak macam  kat Kampus Barat tadi ... Kat sini takde orang punnnnn . Nak balik Johor ! My dearest room mate camok Mokki belum balik berjalan lagi. tahap kesunyian aku malam ni amatlah melampau . Sunyiii ahh . So, aku pun  tidurr .. Kroih Kroih Kroihh 

Selamat Hari Raya Qurban, dari saya si perantau yang terover feeling nak jejakkan kaki di Johor oh Tanah Airku ! (Oh bombastiknyaa ayat ! ahahahaaa) Tak sabar nak bangun solat Hari Raya besok.

"Sedangkan bangau merantau pulang mencari kerbau, 
inikan pula anak dagang yang tinggalkan kampung halaman di tanah seberang "

Last but not least,
Terima kasih Mira teman oci.

Adios.

thanks reading my diary

Friday, 3 October 2014

sayang vs kekuatan



Confusion is always good start of learning
#yes LOVE WITHOUT MEASURE#
Bila kusedari diri disayangi .
Langkah kaki ini semakin berani.
Bila kukeliru, kusebut namamu
Terasa diriku kembali dipandu ..

Itu yang aku rasa. Bila aku rasa ibubapa tersayang menyayangi diri ini. Itu jugak aku rasa bila kawan-kawan tersayang sentiasa di sisi. Sentiasa willing untuk menjadi si pendengar setia. We really go ups and down together . I hope it wont stop

Sekarang aku nak berkata mengenai kekuatan hati .Hari ni aku rasa macam memang betul- betul takde jiwa.Pagi tadi, sebelum pergi kelas yang bermula pukul 8 pagi, Aku masih sempat menjalankan rutin harian, baca al-mathurat kejap .Sambil memuhasabah diri, memohon berharap kepadaNya agar segala urusan aku pada hari ini dipermudahkan .Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Tutup al-mathurat. Pukul 7:45 a.m. Maka langkah dilajukan agar tak lewat sampai ke kelas .Kelas pertama hari ini : PBL(Program Based Learning).Kelas ni membincangkan mengenai penyakit-penyakit yang mana untuk setiap trigger, satu situation seorang pesakit akan diberi, dan kita perlu buat discussion dan sedikit research .Inilah subject yang paling aku minat. Paling aku tunggu .

Tapi hari ni rasa lain. Kelainan yang buatkan aku rasa nak menangis sepanjang berlangsungnya discussion kitorang tadi .Yet memang air mata ni teringin jugak nak keluar daripada empangan mata. Tapi, senyuman adalah perisai semua tuh. Hai 'tiny diamond droplet' kenapa awak senang sangat nak menonjolkan diri ? Emm .Biarlah hanya hati yang menangis, aku tak nak tengok orang lain rasa dan nampak .Seriously aku masih terkesan dengan apa yang terjadi masa previous PBL .Kesannya sampai sekarang. Apa yang terjadi ? Tak perlu aku cerita .Cukuplah sekadar tahu yang rasa bersalah aku memang berbakul-bakul tingginya. Ya Allah, bantu aku bina kekuatan aku semula. 

You still got a long life ahead you, sis. Dont waste it doing the wrong things . 
And what worse is ended up doing the wrong thing.
-Nurrul Hadzriena-

Nak luahkan kat orang, tapi aku pun taktahu kenapa aku menangis .So, macammana nak luahkann ? Maka ya Allah, Jawablah. Berilah jawapan kepada kekusutan hambaMu ini .Pasti ada sebab kenapa hati aku jadi tak tentu arah tadi. Dengan tetiba banyak kenangan lampau mula berlegar-legar di fikiran. Lagilah kenangan-kenangan itu menjadi 'catalyst' untuk dua pasang mata milik aku untuk melimpahkan air dari empangan mata ini. 

Kelas last hari ni adalah Mathematics. So, masa balik tadi aku pun pandang langit. Pandang sedalamnya. Sebab tuh tak dengar sangat apa yang sedang buddies-buddies aku membebel masa kami tengah jalan. Itulah aku, bercakap dengan diri sendiri pandai. Cantiknya awan. Tapi jawapan masih belum ada. Mungkin Allah nak kau muhasabah diri ina, Allah nak kau ingat Dia. Dah nampak kan sign yang Dia sayang kau ? Allah taknak kau lupa Dia walau apa pun keadaan. Walaupun takde sebab dan jawapan kenapa hati kau kusut. Okay. itu tafsiran aku. sweetnya Allah .

Mashaa Allah, La quwwata illa billah.
"(Sesungguhnya atas kehendak Allah, semua ini terwujud, 
Tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah) "
-al- Kahfi-

Ya Allah hidupkan kami dengan iman
Ya Allah matikan dengan iman
Ya Allah bangkitkan dengan iman
Dan masukkan ke syurgamu dengan iman 

Semakin hari, rasa sayang aku dekat my buddies kat sini semakin menebal. Janganlah kau biarkan ia menjadi nipis ya Allah. Harumkanlah rasa cinta sahabat dalam hati-hati kami. Kerana mereka adalah kekuatanku. Kerana mereka adalah hadiah daripadaMu. Maka mungkin aku tidak menghargai hadiah yang sangat bernilai ini. Amy,Eda,Camok,Mira,Aein,Lija, Eiman <3 Okay  Amy dan Aein akan balik ke semenanjung untuk beraya. Hai beraya di perantauanlah jawapnya kami-kami di sini.

#Kalau orang kata nak buang tatu di kulit tu sakit, nak buang tatu dosa di hati tu lagii perit .
#The life of this world is a transient Shade 
Hidup adalah persinggahan sementara




thanks reading my diary